About Me

My photo
I'm forty and (not) loving it.

Tuesday, March 24, 2015

Cerita berbulu here and there

Holaaaa!
Merapu time uols...sungguh lama tak merapu....bahan2nya ada cuma tak terdaya nak menulis. I'm always so tired bila dah balik rumah..selalunya budak2 gaduh keriau2...violent kaki tangan semua naik cam samseng filem tamil. Selalu i bawak keluar rotan je...time out semua tak jalan dah..ni baru 2 anak pompuan. Kalau boys tak taulah camna.

The nenek maid lasted until CNY...thank god! MG  cakap cepat2lah weols dapat maid betul...kalau tak berdosa tiap2 hari weols gossip pasal dia. Perasaan i nak kesian kat nenek tu terbang keluar tingkap because she hated the cats...fullstop. semua masalah dunia dia, dia blame kat anak2 bulu i...rumah pun takde lah dia mencuci bagai...i still had to hire cleaners on weekend to clean the house. But thats ok...no big deal if only she had loved the cats..or the least janganlah agro dgn depa.

Ni bila i balik kerja tengok food bowl depa selalu empty. Air minum cetek or ada bendasing and tak berganti. Ada sekali tu the ckeaners tak datang bec cuti. So i cleaned the house atas bawah. Si nenek boleh bagi remark 'dah bersih rumah ye?! Haa...tunggulah yg tu masuk, mesti kotor balik'. And mulutnya terjuih pointing tu Abang Monty yg baru nak melangkah masuk ke rumah. Si bulu tu pun tau masa i mop dia tak dibenarkan masuk rumah. See how refined he is...pastu sedap2 kena slander dengan nenek. Masa tu memang bulu belakang telinga i naik semua...i cakap kalau dia tak suka sangat dgn bebulu tu, she can leave. Why come to work with me when dia sedari awal tau rumah ni ada depa?

The time i broke the news to nenek that perhubungan cinta kita sampai CNY je, dia cakap, mana makcik nak pergi??? Memula tu i macam nak kesian. Pastu i tengok bawah kat lantai...foodbowl bebulus kosong...hilang semua rasa belas i.

Alhamdulillah our new maid is OK. Rajin...can be blur...but tak manis mulut cam supermaid i tu...manis2 mulut tu lah yg buatku terpedaya, kan? Semoga perhubungan kali ni berkekalan sampai budak2 kahwin...hihihi.

Anyway, cerita2 sampingan.  Recently ada photographer datang nak tangkap gambar to advertise for something we had produced. Yg sampai ke anak cucu akan kekalnya iklan tu...what do u know?? Mata i naik bengkak sebelah...within that 2 weeks seriously mata tu cam kena daulat. Mula2 naik ketumbit...no..takdak intai sesiapa..kalau ada pun setakat MG tengah mandi je pun. Lepas surut, terpercik minyak panas pulak. Sib baik tak kena bijik mata. Pun ok after a few days. Tup2 lagi 2 hari sebelum sesi bergambar, eh elok pulak terpercik disinfectant masa cuci tangan! Tak taulah apa mata tu dah buat tapi memang kena 'basuh' cukup2! Since semua mengejar masa, picture had to be taken on that day jugak...walaupun dgn specs, i still nampak cam syndromic...sebelah mata besar sebelah kecik.

Ni at the height of the bengkak episode...saja je tayang siap dgn taik mata lagi...


On normal days, haaa...agak besar tersembul jugak mata i kan??


Ok...ni cite lain. Finally...after bertahun2 berkecimpung dalam themed annual dinner, menanglah i award best dressed. Other people came aa prince or princessess...kalau witch pun set2 yg cantik cam maleficent tu...haaa ambik ko...senang je nak mekap muka hijau n tampal hidung tu. One drawback of the nose...asyik tercelup dalam minuman.

A few weeks after that MG ajak pi dinner company dia. Katanya buat julung2 kali boleh bawak spouse (iye ke? Whateva..!). I tanya apa tema and bila? Ada ke lagi 2 minggu nak dinner baru bagitau i? Tau tak i don't do things by halves? Nak sewa/tempah baju and of course susuk tubuh voluptious i ni (read: fat) kena ada perancangan yg rapi utk cari baju. Nak jadi witch yg setakat selet2 warna hijau kat muka n pakai wig pun it took me one month to do research.! Apatah lagi nak suh i transform jadi Adele ke...QueenLatifah ke..(about the only 2 celebrities yg i tau bam2 sikit). Of course MG kena jelingan maut dari i..


(Gambar selfie berwajah witch telah disimpan semula atas tujuan keselamatan)



Sent from Samsung Mobile