About Me

My photo
I'm forty and (not) loving it.

Saturday, February 23, 2013

Demam rindu (edited)

Hola!

Tetiba skeaping spanish pulak. Too much of Dora on tv..the kids, not me.
What can I say? AnuarJen was phenomenol! Suaranya...waduh...and it was like he was singing just to me. Jangan ko sentaps Esah..kalau ko ada of course kita pergi sesama (tapi kita tinggalkan si AniBNS. Suka sangat dia stalk boipren I tu..kejap2 dia mms gambar dia dgn AnuarJen. Woii, rentikanlah mengekori boiprenku kat SakAlam tu..!)
Anyway, about a month ago, tetiba kawan I sms cakap bang nuar kat TV9. Sudah pasti I tukar channelkan? Bila tau dia buat concert, hati I berdebak debuk. I said to myself, lupakan saja! Ko tu patutnya studyyy je..still hati I tak keruan. Ye Nel oiii, I terus keluarkan credit card I jam2 tu jugak, purchased 2 tickets via online. Nak bawak sapa tak tau lagi. Bawak MG? Nanti kang jadi macam time i paksa dia nengok ArunAjis dalam teater Badai Semalam. EraPajira yang comel tu pun tak dapat meneyelamatkan keadaan. He was bored stiff. Nak tengok konsert ni kena ada feel....kena asyik..nyanyi sesama, lambai2 tangan, goyang2 kaki...kalau tengok dgn org yg tak feel mesti potong stim. Btw, during the concert, we were seated beside two couples, on each side. Langsung takde feeling dari depa berempat. Muka stone je. In fact the couple on the right left masa AJ encore. Kalau i mau tonggang terbalik frust pasal termiss lagu 'lelaki ini'. Anyway, all I knew that night when i purchased the tickets was, AJ dah dalam tangan. Tersenyum simpul I tido malam tu. Esoknya I paksa rela kawan I kat opis ikut I. Malam concert tu dah rasa nak demam dah. Kebah sekejap bila tengok AJ shook his booty. Take me home..! Acik ni menjerit kat BangNuar. Bila dia tanya kat audience, takde anak2 kat rumah? Takdeeee, jerit acik lagi. Sapa Feb babies? Tanya bangnuar lagi, since he is one. Meeeee! Sampai lambai2 tangan. Kawan I tu cakap, eh ye ke ko bulan Feb? Woi! I will be whatever he wants me to be gittew.. Esoknya flat and sampai la ni hidung macam ada tersumbat katak. Asyik high dgn piriton je. Anyway bangnuar, thank you for the good time...ada rumours saying you nak buat concert kat Jakarta...akan ku bontoti mu (sounds a bit lucah, no?). Cepat2lah buat konsert lagi, tak larat nak berindu2an camni.

P/S. Selamat pulang ke tanahair kpd kawan alam maya. Sorry terpaksa cancel jumpa hari ni pasal gua asyik bersin je. Insyallah kita jumpa esok.
Last week, I pi service keta kat jln sg besi. I rasa I nampak laki one of you (blogger) kat situ. Sapa yg lakinya kerja kat jln sg besi, sila angkat tangan. Cewah..cam kita pernah berkenal2an pulak ye..



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, February 17, 2013

Wish you were here (really)

Ke hadapan Esah yg kucingtahi,

Hi Bebeh,
As you can see, I'm still swooning over Bang Nuar Jen..

Will be right back.

With lots of love,

From me and BangNuar
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, February 15, 2013

Anak beranak keturunan Badang

Kalau masuk tidur kul 10 malam, ni lah jadinya. Pukul 2 lebih pagi dah terkebil2. Tension...nanti time nak pi office mesti start mengantuk. Was so tired last night...dah lama tak turun padang kan..sebenarnya I had my little troop to do all the hard work and I sekadar mandur sahaja. Itu pun boleh penat camni. Baked a cake last night. Kononnya macam pandai..tweaked the recipe here and there. Udahnya cake came out quite dry and on the tawar side. Decided to ice it but malas nak guna cake mixer yg dah dicuci..hence beat the butter and sugar manually je. Ended up with very thick icing. The icing sugar pun gua tak bother to ayak..rasa penat gila semalam. MG was the food tester. Then made some lemon lassi from yogurt leftover from the cake making. Fed MG also..dia kata perutnya cam nak meletup dah. Tapi still nganga juga because nak jadi supportive gittew.
Just nak sambung cerita from the Spore trip. I drove all the way from JB to AyerKeroh. MG was sleepy so I took over. Actually, I prefer to drive. Kalau tak dok sebelah rasa loya semacam. Especially kalau traffic jem. The day before when we were leaving spore, traffic was slow as we were entering msian checkpoint. Gua kat sebelah dah rasa panas, loya semacam. Capai plastik bag and urkkkk ....tak keluar apa pun, angin je. Pas tu on the way home, singgah lunch kat A.K. MG took iver the driving. Dekat2 Sban traffic dah mula slow. Little D cakap dia nak muntah. Cari plastik dlm handbag and bagi. 20 mins later, BabyX pulak announced, nak muntahhh! Suh share plastik kakak since it was huge. Lagipun, little D setakat urk je but nothing came out. Si kecik cakap noooo! Ada air liur kakak. Pulak! So korek2 lagi dlm handbag and jumpa satu lagi. Awat mak ko beg ngalahkan beg Doraemon pun tak tau lah. Moral of the story: MG please stock up banyak2 plastic bag in the glove compartment. Lepas muntah, baby x pi tayang 'hasilnya' siap bagi descriptionnya lagi kat I. Sib baik dah nak dekat sampai rumah. Stop je kereta maknya pulak berlari ke toilet and uweeeekkk! Pak bebudak cakap, lain kali semua orang dok je kat rumah, biar dia sorang je yg jalan!
P/S pesanan penaja: Saya udah tiga, awak bila lagi? Ani BNS, sila catit ye.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, February 14, 2013

Selingan


Si Baung cuti seminggu utk beribadat. Dia ni bila ramai orang cuti dia akan bertapa kat ofis., Tapi kang tiba bulan mengambang, air pasang ke, gerhana matahari ke, dia akan ambik cuti. Hari tu beria tanya pasal Sporingghe..tetengok ambik cuti utk penyucian dirinya je. Sian 'anak2 buah' I tak pi holiday.
Anyway kena cover dia buat procedure kat bilik yg sejuk bedi ni. So damn cold that everything is either jutting out or standing up. Macam aircon 16c and kipas high. Hidung dah sumbat. Next time must remember to put on my thermals and socks. With si Baung ni kan, kenkadang memang mengacau hidup I..kan I ni masih cuti belajar...tapi kalau tak tertonggok depan pintu bilik I tanya itu ini, suh pikirkan itu ini, memang tak sah! And I pulak keep telling myself to say No. Alaaa cakap je..takde salah pun..tapi bila tengok dia terkebil2, serious gua cair. He's my boss but I'm the boss of him, boleh? Kita buat camtu camni, kata I. Ikut suka you lah, katanya (pastu dia pi masuk bilik dia and rungut sensorang, hence why namanya Baung). OK la..its this dynamic relationship betwn him and I. Kasi can lah..
Baby X ngamuk taknak pi tadika pagi ni. Tak puas hati kakaknya cuti semalam and she had to go. Budak ni I dah faham sangat peelnya...the last time when kakak cuti and she had to go in, dia boleh nangis2 ala NY. Ingatkan she was scared ke..rhope2nya dia tak puas hati kakak akan dapat extra tv time. Yesterday I even had to seludupkan kakaknya to my bedroom pagi2 so that when baby x wakes up dia akan ingat kakak dah masuk school. Tapi Tipah ni tak mudah tertipu rhopenya..I had already left this morning so no adegan pegang rotan and acah2. Seriously lah budak ni! Cakap pandai...bila tanya besar nak jadi apa? Dia cakap Princess. So I supposed she doesn't need to finish school to be one. If I were to say, no school, no tv! Dia akan cakap, takpe, dia nak dok diam2 je kat kerusi. And then terkebil2lah dok sensorang. What she likes to do is if I ask her to sort out laci underwear I ke, lipat tudung..kemas dressing table, siram pokok, cuci toilet...
This weekend dia akan start belajar ngaji dgn ustazah yg dtg ke rumah..mestilah I akan jadi mummera jugak kan?

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, February 13, 2013

Singaporingghe

This is quite a common scene whenever nak buat kerja kat 'office' i kat rumah. Bila orang bukak komputer time tu le si bulu nak manja2, adalah dekat 5X, and that's just in the morning!Belum lagi masuk yg the other one...yg had tu suka dok atas buku kita or kaki atas keyboard. 

Anyway, last weekend balik kampung. Of course lah jem kan. Cina raya kita nak raya sama, india raya, kita sibuk nak raya jugak...took us double the time that would normally take us to balik to my kampung. MG kept muttering, dah boleh sampai S'pore dah ni..! Pakcik ni ada hajat tak kesampaian...

Recently, we went Singaporingghe. The last time i went over the tambak was when i was BabyX's age. Tu dia...ada a few times i ajak MG..jom le holiday ke sana. Taknaklah! Ada apa katanya. Then sometime middle of last year, he mentioned about some kedai yang telah dibukak kat S'pore. Kat Mesia takde katanya..nama kedai macam nama species burung je to me. And masa tu dia cakap jom! Of course la i bagi pandangan kotor kan...(pasal duit dah habis melabur ke bling2).  Anyway, during the recent trip, sampai2 je kat OrchardRoad, checked in hotel, letak bag semua, terjahlah kami mengukur jalan. GPS dalam bentuk MG sungguh bagusss.....lepas masuk satu dua kedai buat cukup syarat, masuklah kami ke kedai yg nama cam species burung tu yg dah lama menjadi idaman hatinya. Phwoaarrr! Dia buh model jantan kat depan kedai yg pakai jeans je uols! Jenuh anak2 i panggil kedai orang bogel. Selipar pun that guy tak pakai...(sepentot? Hmmm..munsykil i sehingga ke hari ini sebab his jeans were very2 low cut..). I was embarrased to look at that guy but i still gawk! Not only that, kat dalam ala2 nite club gittew. Dgn balam2 nya, music sikit  punya kuatnya...(chippendale je takdak!). I dok kat sofa dgn baby X main osom and lamprit. Little D hilang dicelah2 rak baju dgn paknya (yg macam kerasukan). Baru day one uols and MG dah merenduh dgn beg pelestik!

Second day pi zoo..ni of course i yg jaga itinerary kan..Apa2 yg ala2 Animal Planet memang i suka. Balik zoo, swimming jap kat hotel then keluar makan and balik hotel je pasal esok nak pi USS (i bet hati MG bagai digaru2 nak pi shopping). At USS...baby X hated it! Nak masuk tengok movie Shrek pun airmata dah keluar ala2 NengYatimah. Pastu convinced her to naik roller coaster dekat Shrek's castle tu. Apparently paling baby sekalilah kat situ...ala2 runaway mine train kat sunwaylagoon je kata maknya (or so i thought). Ya rabbi...naik je benda alah tu, i rasa cam nak nangis pun ada because i ni taklah berani uols..speed should not be combined with height. Kalau separate ok..dua2 sekali memang cam nak kena heart attack! BabyX keras jegang sebelah i. Pas tu memang moody gilalah makcik kecik. Naik river rapid yang ada dinosaur yg tak cuit kita langsung tu pun jenuh berpujuk. Really went downhill from then onwards. Nak tangkap gambar dgn characters pun taknak. Pastu muntah kayap dlm plastik bag dlm restaurant kat depan Mummy tu. I think she was beginning to feel unwell. Dah start batuk2. Tunggu parade pun taknak uols! Suffice it to say, jimat duit makpak korang because obviously plan nak pi HK and GoldCoast dah sememangnya kena cancel. Little D pun sama. Betty boop pun takut! Balik hotel mak dgn anak2 semua dah flat. Mak flat bec tension dok perati anak yg dah start semput2. Sib baik bawak nebuliser. Anak2 flat pasal trauma USS hihihi! Paknya suka kitaorg flat pasal...dia pi shopping sensorang lepas tu!! I told MG, you la pulak jaga anak...i tingin gak nak shopping. Haa? Duit pun you tak tukar, katanya. Memang i tak berhajat langsung nak kirai duit (nak tengok biawak komodo kat zoo je..gila pelik). I tested the 'water' je lah kan...I texted Ust.Munah, asked her, errr...apa nak shopping kat Spore ni? Don't think i can fit into most bajus. Dia kata sapa suh shopping baju? Pi la shopping barang rumah (Then the next day i got crazy buying silicone cup/cake moulds). MG bila dah dapat greenlight, terus pi terjah masuk kedai orang bogel tu lagi. Nak stock up katanya. Then he went to check out kedai jual barangan rumah yg baru bukak that weekend. Cam tetau je MG nak datang.

The next day was free and easy. Went to C&B. Bestnya shopping tak perlu keluar duit sendiri..ni boleh daddy? OK....ni cantik tak? OK....(how i wish it's kedai elvavi ke...malberak ke yang i boleh main capai2 je ni). Then we pi Arab Street because i dah kemaruk nak makan nasik. Hajat hati MG was to go to this certain shop to look for certain something (phwoaarr..punyalah rahsia cam trade secret kan. Yg apparently bukan rahsia lagi.) but i rolled my eyes. I said, si kecik dah semput2, we need to see a dr. Obviously must get to JB sooner. Sian MG..kempunan dia..tu yg dok merenung jauh je tengah plan bila nak pi lagi ni.

Tiba kat JB petang tu pi cari KPJ dulu. BabyX ok je since i've already started to neb her. Punyalah pesan kat dia jgn keriau2, jangan lasak2...esok paginya turun naik slide kat swimming pool hotel cam tak ingat donia. We drove home the next day. Three hours je from JB to where we live kalau tak jem and berenti makan..tu yang MG dok berangan2 lagi tu..next time kids stay at home yeah! Senang mak pak nak pegang pelestik beg.

All in all, i love the place. The trees lining the roadside, the nice smelling taxis, courteous taxi drivers, clean public toilets...i cakap kat MG, next time datang kita dok hotel yg sama ye..big studio hotel room for the price we pay. Err..you book Mandarin ke..Hilton ke...apasal i tanya? Lagi dekat dgn tempat shopping, keluar hotel je boleh terus masuk kedai yg nama species burung tu katanya (Err..i do think we should try to visit the aquarium, birdpark etc.also next time...)



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, February 5, 2013

Main lip lap pulak dia

Many moons ago before I moved my 'office' to the living room space upstairs, I did my work at the dining table. Sekarang ni pindah ke atas because MG's cuckoo bird wall clock suka mengejutkan. Tercarut I kenkadang. Anyway, one night while I was at my laptop, I terdengar orang keluar masuk kat rumah sebelah. Bunyi suara budak etc. I thought, good la, taklah sunyi sgt di malam yg hening ni and my kids would have someone to play with tomorrow. The next morning, I left for the office at 630 as usual. Eh! Tengok rumah gelap, no kasut nothing. Depa dah checkout awal kut...pi airport la tu selalunya kalau org tumpang sekejap2 ni...balik office I asked my maid whether she heard bising2 orang sebelah semalam. Dia kata tak. I kata ada orang sewa kan? Dia kata taklah..
I thought nothing of that bec memang I ingat those people left very early in the morning. Not long after that, ada orang sewa for a week or so. Tok nenek cucu cicit semua ada. The makcik told my maid how they felt uneasy kat rumah tu. Cucunya menangis cakap takutttt takutttt. Bila tidur sensiang pun ada orang cuit2 kaki. Bunyi pintu orang keluar masuk tapi takde orang. Pastu himpit masa tidur. My maid said memang other tenants pun pernah komplen kat dia...I said why didn't u tell me? Dia senyum je. So, that night yg I dengar bising2 tu? Dia senyum lagi. Aiyo kadawale!!
A few days after that, I keluar subuh sapiee lagi. I jenguk kat rumah tu..oo..gelap...takde orang sewa. No slippers, no parked car, nothing. Pastu I bongkok to capai kunci kereta yg jatuh celah seat. I angkat muka and saw lampu kitchen dah terpasang. Aiyok! Eh ada orang ke? But there were no movements, no bayang2 orang bergerak. I blinked and lampu terpadam balik...arrrrrrrrr! Aiyoo kadawale uols! Dia main2 bukak tutup lampu dgn I pulak! Cepat2 I start engine and blah.

P/S sekarang ni bila Monty balik lewat pasal pi ronda rukun tetangga and keriau2 nak masuk rumah, I bukak pintu and mesti cakap pelaaaannn je..yelah..kuat2 nanti MG ingat I sewel lak. I said kalau bukan Monty jangan masuk! My mum said, awat cakap pelan? Kot 'dia' tak dengar nanti, camna? Cemas I uols!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, February 2, 2013

Gewamp gewamp!

Mintak permission dari mak yaya yayen nak guna perkataan gewamp gewamp. Canggih YY...kecik2 lagi dah ada followers gewamp style dia.
I tengah gewamp gewamp ni...sebelah rumah I ni, the tenant of the house has changed the house to rumah tumpangan sekejap2. House owner mungkin tak tahu and dia pun overseas, takde jenguk2 rumahnya. Semenjak rumah sebelah bertukar jadi rumah tumpangan Ah Chong, sejak tu lah my BP naik I think. Well, most tenants are ok. Ada yg org berniaga kat pesta entah apa yg akan bagi kitorg food jualannya. Ada yg datang second time and bawakkn kopok lekor utk budak2 ni...ada yg beranak pinak and the kids became their friends - cool lah..lagipun dpd rumah terbiar kosong n mistiknya menjadi2..ooo...I haven't told u about this?
Anyway, this time round, its a repeat tenant. Masa first time dulu dia datang pun dah buat onar..nampak macam I ni kuat komplen tapi sebenarnya tak. Cuma bila komplen, memang I bising because I tend to simmer, sekali meletup kluar wap macam pressure cooker. Sidetrack sikit..last week MG and I went to receive kunci rumah baru. Dlm keta MG dah pesan, u komplen byk2 sikit..err..ok...actually I'm easily pleased. Nak cakap pasal building ni, its not my forte but his. Anyway, dah laki bagi arahan kan so I pun bukak mata besar2 nak tambahkan kepekaan I. We were 10 mins early. The developer's reps arrived on the dot. They got me at hello gittew. Most people in mesia suka sangat ikut time Mesia so klau ada yg punctual memang I impressed gila. Stimes with traffic jam etc memang tak boleh nak elakkan but at least sms, bagi berita semasa. They also knew their stuff. Yg sorang tu bila I tanya pasal lantai kayu kat tingkat atas dia explain pnjang lebar and takde cong2. Of course I saja tanya because MG dah pernah bagi tutorial kat I. So I had nothing to complain.
Ok back to this story. This tenant, memula dulu sewa utk bertunang anak dia. Pasanglah khemah segala. I mean, my house is just next door. Bukanlah expect dia menjemput tapi at least bila dah habis kenduri tu takde ke terfikir nak bagi jiran sebelah rumah sikit? Padahal bila buat kenduri tu adalah menginconvenientkan kitaorg jugak. With the noise, asap masak kat luar, haphazard parking....but yg paling best sekali when they left, sebondot sampah depa tinggalkan kat tepi jalan, but more on to my side. Dok la pelestik hitam tu kat situ berbulan2. Lori alam flora tak lalu kat situ and AbangLa sapu sampah buat derk je. The cleaner n tokey rumah tumpangan dah diberitahu 45x suh remove sampah tu, idak dipedulikan. My maid cakap dia geli nak buat pasal pelestik dah bocor n berulat2. Anyway, why should she? I dah panas hati sangat so I the kak kaplam sapu sampah 10 inggit utk remove the sampah, masuk dlm pelestik lain n I suh letak betul2 depan pintu rumah sebelah. Hambik kau!
This time round, anak kawin pulak. Dia sewa rumah sebelah for his relatives. Kereta parking semua mcm ¥@¥&£! Semalam, boleh elok ambik parking I and masuk 2 kaki ke porch we all. I taulah tumah tkde pagar but ginalah otak. Anyway, belakang rumah ada ample parking space beside the playground. But berat bontot nak jalan the extra 30 langkah. Memula I bagi salam 3,4x nak mintak the person move his car. Orang tak keluar walaupun pintu tak tutup n boleh nampak kaki orang tengah nonton tv. Pastu I tinggalkan note bawah wiper. Idak dipedulikan walaupun ada orang keluar masuk and its quite impossible to miss the note. Padahal when the driver elok nak parking situ my maid dah bagitau jangan. Hish, jangan sampai I gelap mata. Sib baik when MG came home he went over n asked them to move the car. Today buat hal lagi. MG came back from pasar n couldn't get his car into our porch. So park je menghadang kereta tu. Lepas tu dia punya ting tong banyak kali mintak MG pindahkan kereta pasal dia nak keluar. Punyalah biadap! Yg kita ni jengket2 le bagi salam semalam, takde main tingtong. These people! I tengok yg keluar dari rumah tu siap berkopiah berpurdah lagi. Takde maknanya kalau attitude menyusahkan orang. Should go back to the hutan where they came from. Gewamp tau!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone