Mother of five - 2 biological, 3 of the hairy species. Bimbo and domestic goddess wannabe..
Monday, April 29, 2013
Listen, listen, listen: No potong misai!
Speaking of cats and their well being...ni i mula nak mengomel ni. Kak Pah listen listen cakap animals pun ada masalah...how i wish dia ni ceredik sikit and boleh la or genuinely fight for animal rights...boleh i habaq kat dia satu kes ni, which really got my knickers in a twist and Ani BNS's for that matter - sampai bersimpul2 g-string makcik tu (i assume je you pakai g-string Ani oii..ye laa, taknaklah nampak VPL under your jodphurs kan..).
This blogger yg tidak kurang fofularnya ada kemunsykilan. Risau yg kucingnya tak suka dok rumah. Pada i, ni memang resam kucing jantan especially...dah sunat or tak sunat ke, memang akan jadi polis peronda siang hari, lepak2 and tido celah semak mana. Bukannya depa dok ronda 24 jam..dia pi cari port tempat sejuk and tido2 ayam with angin sepoi2 bahasa kena kat badannya yg berfur coat sentiasa tu. Malam2 nanti depa pi volunteer rukun tetangga or pi clubbing gamaknya. Tapi, kita sebagai tuan (or is it hamba abdi depa?) must learn to compromise kut...agak2 neighbourhood tak safe, simpanlah kat rumah and setiap hari bawaklah supervised walkies..like what we had to do with aruah Princess Boyot dulu..since she had the tendency to go walkabout pastu tak tau cari jalan balik. With Monty pulak, he goes out from dawn, keluar masuk 4, 5 kali for food and bila sentap org alam flora tegur dia or budak2 kindy acah dia ...he likes going out after dusk. But i pancing dia balik dgn ikan tongkol..you want to eat, you come back. Pastu curfew until the next day. La ni longgar sikit pasal hari2 asyik hujan, malam baru stop. Jadi dia tak puas dok luar ru,ah siang hari. So he will go out after his fish meal at 6pm but bila paknya balik dari office around 830, dia akan ikut masuk rumah (because dia akan 'terlupa' yg dia dah makan ikan and akan mintak lagi). And then dokla terlentang belakang curtain sampai esok pagi.
So with cats ni, memang kena learn to adjust and kita compromise to provide the safest/healthiest alternative for them. Janganlah sampai 'adjust' kucing tu utk ikut kehendak kita..What happened was, the blogger decided to follow an old wive's tale of potong misai kucingnya and gi tanam (albeit 2 lai je katanya). Apparently, kalau buat camtu kucing takkan berjalan jauh...pastu she commented yg kucingnya cam rupa monyok and dah tak keluar rumah dah...so are you happy or otherwise? So memang 'mujarablah' petua orang tua2 tu!
That really raised my hackles...of courselah kucing monyok! Cer baca ni 'http://www.todayifoundout.com/index.php/2011/04/what-happens-if-a-cats-whiskers-are-damaged-or-clipped/'. Ani BNS cakap macam potong kote laki supaya laki tak menggatal kat luar rumah. Tu dia...! Marah betul makcik kan! Sapa tak? It's like penderaan pada binatang. And it matters not misai kena tanam ke or kena vacuum, i'm sure the petua 'works' just as well. Cuba kita kalau mata tetiba rabun or buta sebelah? Tak ke monyok and dok rumah je pasal deria dah tak fully functioning? Jangankan kata buta..i ni yg dah berbulan buat lasik tapi masih belum adjust night vision pun dok melepak kat rumah je memalam. Terbantut social lifeku. Blogger bukan calang2 orang..buatlah dulu research, google je. Bukan susah benar pun. And then you pi kompang kat blog you about petua ni....you have like thousands of readers daily..habislah kucing2 orang2 yg termakan dgn nasihat you ni. The thing is, i made a comment to the particular post..it was not a nasty one, i was merely providing her the website link as the one above. Well i did say, potong misai macam mendera jugak. I didn't log in to my blogger account but i was not totally anonymous as i signed off as 'makbulu'. My comment didn't get published. Like it was within her rights not to publish my comment, it is mine to make sure that i reach out to my readers yg tak seberapa ni that TOLONGLAH JANGAN POTONG MISAI KUCING ANDA!
Thursday, April 25, 2013
Chenta pelesu
Ada cerita sikit. I know A through her blog and samar2 real life jugak. I envy her 'little world'. Anak yg baik2 yg mendengar cakap serta witty gitu. Her ability to cook, run errands for the family as well as having a career ..most importantly, her relationship yg mekar bugar dgn hubby dia. I think she has it all. Then kawan pada kawan pada kawan cakap he husband has an affair. Pastu i terfikir...kesiannya dia..mesti dia tak tau ni. Well, according to MG, the wife is always the last one to know...sesuatuuuu sangat statment ni kan? Pandainya laki dia...boleh berlakon jadi stepford husbnad kat rumah and stepford boyfriend kat luar.
Lepas tu, dapat tau jugak dari kawan kepada kawan pada 'the other woman' that the wife knew, dah lama. All this while that she has been writing....yg tak best nak dengar tu is the husband had said to the kawan pada kawan that he is never the way she potrayed him to be...siap dia boleh gelak2kan lagi pulak the wife's potrayal of 'life is a bed of roses'..what hurts most (to me as a woman), boleh dia bercakap, ada ke orang yg nak kat my wife? (or look or ngorat, something like that lah).
Kalau betul apa yg sampai kat telinga i, sampai hati betul laki tu...Kalau dah tak suka kat bini you, leave je lah. Don't make her the laughing stock of your circle of friends. Janganlah stay disebabkan anak2 saja. I pity that woman...she must be so desperate to win his love or to convince herself that the man that had loved her so much once upon a time is still the same man. People fall out of love..him ending the affair to save the marriage doesn't mean he still love you the same. Kalau chenta dialah yg paling penting kat you, is the kind of love he's offering good enough for you? If it isn't, then leave. He's still going to be the father of your kids. Tak yah lah dah buat cerita yg degar2 how loving you two are with each other...of course it's your prerogative. Tapi yg kesiannya that guy you call sayang is laughing behind your back.
Itu je lah citenya..utk santapan minda petang ni.
Sunday, April 21, 2013
Cerita siamang dulu, kini dan selamanya
Alkisahnya...Temah tanya I tadi apa kes dgn adik kat atas ni dgn boipren dia yg kononnya jejaka idaman malaya. Kasi can lah kat Temah kerana diakan jet setter..jarang berada di Malaya ni kerana sibuk mengendalikan perniagaan jamu nya. Masa kisah depa meletop hari tu i menggelitik nak mengomel but never got round to it. So citenya begini Temah...
Adik kat atas tu telah dipermainkan hati dan perasaannya oleh boiprennya yg nama ala2 fizzy pop gittew. See...berboiprenkan Siamang tidak berlaku hanya pada you, I or Esah..comel lote kat atas pun boleh kena. Adik tu berpacaran dgn Si Fizzy Pop agak punya lama ke...sempatlah kalau depa ada anak, mesti dah masuk std. 1 apparently. Di samping itu mestilah siamang menabur janji2 pelesu..lepas menang award ittew ini dia akan masuk minang. Tunggu punya tunggu...(macam menunggu Monty eunuch i tu tumbuh bebolanya balik), tup tup keluar perkhabaran yg fizzy pop bertunang dgn orang lain (pakai jeans dgn topi sempoi gila! Kalau i bakal mertua memang i tak kasi masuk rumah..sapa? Dia ingat dia Brek Pik ka??). Kesian adik manis di atas tak dibagitau bahawa pelamin angan2ku musnah gitew. Kalau kita mau dah teghoyak pi panggil batu belah batu bertangkup....tapi dia cam tenang je...siap boleh cakap lagi yg a ah..kami sejak dua menjak ni dah tak berapa rapat lagi. Something about him not wishing her on her birthday...kalau i lah Temah..ko berchenta bertahun2, siaplah kalau nak bagi wish2 je. Lempang bak mai..kalau tak sekurang2nya kitchenaid sebijik, jangan harap nak bergilpren kan i lagi hokay! Tapi, itu i..yg materialrealistik ni.
Mungkin fizzy pop ada cakap saya tak pernah menjanjikan dia apa2..tak taulah kan..bukan i yg interbiu dia but that always seem to be the std answer bagi jantan siamang yg berchenta dgn u, kawin dgn org lain. Tup2 tak sampai seminggu (kut) tetiba terbukak cite yg 'tunangku isteri orang'..phwoaaar! Gempak Malaya masa tu.Sila baca di sini Temah. Tetiba si Fizzy Pop kata, eh no wonderlah saya rasa laaiiin je sejak dua menjak ni..macam...entah2 pompuan tu dah guna2 saya..(kalau omputeh kata she has bewitched me, tapi omputeh takdak unsur2 tok moh). Sampaikan boleh cakap yg saya tak tau pun asal usul pompuan tu tetiba je diriku bertunang. Bengong sangat statement tu. Memang dah sah2 yg dia menggunakan otak kecik dlm sepentotnya utk berfikir. Agaknya, in his defense dia nak kata sesungguhnya saya tak patut disalahkan atas kelakuan siamang saya tempoh hari. Apparently citenya, laki tunangannya timbul and cakap a ah..wanita itu isteri kedua saya...ala2 dia hilang ingatan yg dia dah bersuami dan pi ngorat fizzy pop. Yg i munsykil tu, family pompuan tu tak tau ke? Pastu Fizzy pop cakap yg laki pompuan tu ngaku yg bininya weng...kalau makcik2 kat kg mesti cakap...sian budok pompuan tu..lawo budoknya eh..tapi gilo! (Esah lepaih ke i cakap N9 ni?). La ni i tak tau sapa yg lebih memerlukan khidmat Esah..Fizzy Pop ke or ex-tunangan dia.
Ni i nak bagi nasihat kat adik cantik manis kat atas. Walaupun you kata ex boipren you tu memang kena buatan orang pasal tetibaaaa je dingin beku kat you, sebenarnya tak, ye dik...lainlah boipren you tu hensem sangat cam brek pik or kaya rende cam tonik pernandes. Ada ke orang yg betul2 nak kat dia sampai nak guna khidmat tok moh? Dan dia tak juga kena virus 48 hours yg buat dia hilang ingatan (kalau wujud le virus cenggitu). Yang ya nya, dia spesis siamang. Chenta dgn you tapi nak kawin dgn orang lain (matilah..sedap je tuduh siamang jantan berperangai gini). Had he wanted to marry you, he would have done so long time ago. Trust me, we all have been there. You are better off without him.
Sekian ceritanya..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Thursday, April 18, 2013
Salah you kalau sakit mata tengok I
I was doing some work this morning and came 10 something, mata dah mula redup...subuh2 lagi MG dah pesan suh ambik anak and hantar ke kafa hari ni. Dia kata dia ada bussiness meeting over lunch...ye ke? Kasi can lah...yg tak boleh tahan tu dia siap pesan kat maid suh ingatkan I. Pastu sat ni sms lagi kat I..risau benar I lupa kat anak dia. I may be wearing wrong shoes to the office on somedays but I haven't yet cicir or lupa nak ambik anak.
Kalau selalu tak yah ambik anak, I dah berpower nap dah...but since i have to keep awake, I pun pi berriadah. Decided not to bring my handbag along. Pastu kaedahnya dah keluar rumah malas nak balik..sekali harung je dgn ambik anak. Matila...bibik I pi ambik budak lagi bergaya. Since no handbag, no powder or lipstick. Tshirt exercise je, selendang selempang, and colour tak match. Yg paling ganas, I'm not wearing my sepentot ajaib!!! Habis all bits wobble and jiggle when i walk...tapi masa Temah ada sini haritu, dia puji2 spek hitam I...hati I kembang kuncup tapi masa tu malu nak berkata2. So I shall put them on and act oh so mysterious. Habih la...bawah bangunan pun pakai spek hitam. Kekwat sungguh 'bibik' ni. Ok school bell dah berbunyi.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Sunday, April 14, 2013
Shopping II
On Sunday morning, I asked MG, nak pi mana2 ke? He said no, so I said let's go to KLCC, beli Little D's birthday present. I had some stuff to get as well.
One of the things i had to look for was Himalayan Rock Salt. Ada kawan i tu tetiba satu hari merengekkkk minta i carikan this salt (aku gilprennya ke??). I suspect dia nak awetkan some parts of her body kut, since OilofOlay dah tak memberi kesan sangat kepadanya dah...Suh i tanya2 kat the other CikKiahs at my office. Hellooo..like i go to the office these days lah kan? And like other CikKiahs would know because tak pernah kita org bersembang pasal garam pulak. Pastu my friend tu boleh specifykan lagi..tak mo yg online punya. Ewah! Doesn't she know i do most of my shopping online? Kalau dapat benda yg tak authentic tu, nasiblah and cuba lain pulak. Tapi kerana chenta, ku gagahkan jugak (dan kerana kut2 bebila in the future nak suh dia rembat sebijik dua elvavi, guccik ke utk i, kan?) Anyway, found out that one of my neighbours' (far removed) jadi dealer garam ni. FYI, ni yg utk buat mandi or rendam kaki and not for masak. (To which MG asked, apa bezanya? Because apparently our house guna garam ni utk masak. Laa...patutlah garam dlm balang tu warna pink pink. I told MG, i supposed yg utk rendaman punya tu the texture is rougher). So i pesan kat neighbour tu. Dari Thurs jadi Fri, jadi Sat and Sun. Takkkk jugak dia datang hantar ke rumah i. Nak buat business ke tak ni?
While we were there at KLCC, i tanya MG if he has come across any shop that sell organic stuff. Dia cakap, apa payah sangat? ColdStorage kan ada. I said, takmo yg masak punya...he said adaaaaa....I said betul ke? He replied, i tau la! Kan i yg selalu pi grocery shopping? (MG is ace bab2 camni. Bab2 mana nak beli benda, kedai kat mana and jalan2 kat sekitar KlangValley ni. Kenkadang i munsykil...cemana dia pandai jalan2 ni..bukan pernah kerja kat KL pun. Sekolah asrama out of state....Nampak sangat he's 'been around' kan....). Voila! What do you know? Memang ada pun..and all for RM2.89 for 500gm. So terus i cancel dgn neighbour yg jual rhegenya RM50 sebalang. Mungkin presentationnya lawa la kut. Who cares kan...nak buat rendam kaki je, bukan nak bagi hadiah kat PM. So this is what it looks like. Although it does say 'ideal for cooking', kat belakang peket ada cakap boleh digunakan utk mandi or rendam kaki also.
Kegunaannya: sila google (kalau tersalah cakap kang cam dakyah sesat pulak). Selain daripada yg disebutkan dalam google, adalah jugak orang ittew mintak sepeket nak pi halau jin...(sapa? Tak boleh cakap kat sini...).
We got home just before 4pm. Kids were knackered..kononnya lah...pasal dah dapat toys idaman hati. Sebelum tu melompat2 hyper semacam. The parents? Masuk bilik, pasang aircond, solat zohor and asar and zzzzzz sampai maghrib. Rasa geriatric sungguh!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Saturday, April 13, 2013
Shopping
Anyway, my best shopping companion is my bff. Kitaorg kalau suka, ambik terus je. Takde tunggu2 sampai besok or tawaf 45 buah kedai pastu masuk balik kedai no. 5 utk beli. When we were in Medan, we went to Pasar Ikan. Dah la we all kena kepung dek beggars so ended up masuk satu kedai je but managed to get everything from tudung, telekung to kain pelekat. Takdenya dia nak suggest, eh, jom tengok tempat lain dulu..
The same when we were in Bangkok. Masuk satu kedai kain ela, berkodi bawak keluar and puas hati. Camtu jugak when we went to KB.
MG's not too bad for a boy...tapi disadvantage nya dgn dia ni, he's easily distracted dgn shopping had dia pulak. Kalau kuda tu, kita pakaikan pengadang mata...supaya tengok depannn je. But still, dia tak pernah cakap jangan beli. Semua boleh (asalkan bukan duit dia..hehe) walaupun bling bling yg rhegenya boleh buat downpayment kereta. Staminanya cukup kuat (I'm talking about stamina shopping, bukan benda lain ye Esah)...sampai hilanglah suara I masa we all shopping barangan hantaran kawin dulu2. Dehydrated I uols! Ko mampu Esah? Dari kedai bukak sampai dinner time...sampai demamlah I keesokan harinya.
Anyway...unpleasant shopping experience? When I was in Kota Betawi with this akak2. Sorang lakinya sakit kaki and tak larat jalan jauh. Sorang pulak lakinya cengih..kalau bagi dua jam, dua jam je ok? Jangan pasai nak terlebih 3 minit ka. You would expect these akaks would gladly leave their husbands back at the hotel right? WRONG! Akak #1 husband was happy to be left alone tapi binik dia pulak cakap, apa you nak buat kat hotel sensorang? Ikut je lah!
Like grrrr ok..bior je le lakinya..dia ingat lakinya nak melanggani tukang urut sepeninggalannya kut. Akak #2 punta husband sibuk nak ngikut walaupun tak suka shopping. Boleh? Tapi nak dok minum2 kopi je dgn husband #1. Ok fine tapi bagi kitaorg 2 jam je kat Tanah Abang tu..hampeh! Bininya takut laki pasal gaya2 bos and perengus..kitaorg yg lain pun takut jugak.
Dahla laki hang bagi 2 jam je pastu hang pi dok cari telekung sampai sedozen and cerewet pulak tu! In the end it left me with just 1/2 hour nak pi usha2 and beli kain for myself. Lambat 15 minit and muka husband akak #2 dah macam asam kelubi. Hoi kalaulah laki I ikut sekali masa trip ke KB tu, memang I babai je minah 2 ekor tu. Kosser!
Pastu akak2 tu boleh suggest lagi. Eh bila kita nak buat shopping trip lagi? Jomlah ke HCMC this time...what? With sorang yg tak leh berenggang dgn lakinya (tapi selalu gaduh, cemana tu?) and sorang lagi yg lakinya asyik masam kedam, tak hingin ok?!
And I do have to rant about this here. Sometimes bila Ari@ni ada sale, I punpergi jengok. The last time I went rasa cam nak pengsan. I asked the adik salesperson to kuatkan aircond and dah fullblast pun rhopenya. I could understand the women going crazy...but apahal yg si jantan pun nak masuk sama, pehal? udahlah tempat nak try tudung tu sempit.
Kalau jejantans takde boleh le kita try kat cermin luar je. So ladies, leave your men outside the shop (tak yah nak tayang laki. Bukan ko sorang je yg aada cik abang).
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Friday, April 12, 2013
SSM¤
Last week, jumpa orang sana, makan sushi..berpinggan pinggan. Ingat tak habis, tapi habis jugak. Pastu boleh makan lagi pulak eskrem perisa ubat gigi. Kawanku ni bukan setakat rambut tebal cam helmet fullface tu, cheek bones menonjol walaupun nampaknya macam dia dah start makan banyak balik. But I guess the rest of the time yg dia takdak kat Malaya, dia makan daunnn je kut.
Pastu dgn kawan lagi satu pi makan kat garud@. Rhopenya kat Kg Baru tu ada dua. Takpe, bila hampa balik lagi sekali kita pi yg had satu lagi tu.
Saya ada jadi judge utk satu pertandingan ni. Committee pilih saya pasal depa kata saya tak mungkin akan tanya soklan2 killer. Kengkawan yg mendengar sama asyik text saya cakap tak sangka saya ni pandai..selalunya kebimboan terserlah. Saya balas balik, wahh! Saya dah berjaya jadi bimbo ke? Dah lama saya wannabe je..satu peningkatan pasal jadi budak pandai ni saya tak heran sangat...Esah selalu buat saya perasan cam saya budak pandai...Apa2pun saya balas balik kat kawan saya tu of koslah saya tak menunjukkan hidden talent saya...kenalah blend in dgn surroundings kan..hikhikhik.
Saya kena dok semeja masa makan dgn judge lain. Habis saya sapu dekat setengah dozen roti jala baru saya conscious yg orang lain makan sebatang dua je. Pastu saya join meja kengkawan kononnya nak mingle around..saya bantai lagi setengah dozen! Bonding over food gittew...kenyangnya tahan sampai pagi esoknya.
Takdak ubat diet dari langit yg boleh menyekat napsu makan ni...lebih2 lagi kawan semua sekapal. Tapi yg tak adilnya, depa masing2 tinggi lampai cam pokok pinang and saya maintain renek.
Satu lagi cuma nak habaq, wedding anniversary saya dah berbulan berlalu. Cuma nak share red velvet cake yg sungguh sedap tu. Memula desperate hoswipe cousins saya mensurprisekan saya dgn cake tu masa birthday. One of them selalu gebang how sedap the cake is. Ingatkan apalah yg special sangat. After that, I couldn't get over it. Sah depa buh candu. MG takdak masa sambutan bday tu. Described to him how sedap it was. Went to BSC, nak beli sepotong utk anak beranak rasa. MG cakap mana cukup! So beli sebijik. Dia sekarang dah tak pandang kek lain dah...jangan harus nak bagi dia SR ke utk bdaynya. Takde can lah nak surprisekan dia pasal I tak tau nak drive ke BSC. Mesti dia jugak kena drivekan or bagi duit kat dia terus.
All this talk about food is making me feel hungry....oh ye jgn sesapa nak promo ubat diet kat I..nanti MakPiah tolong lempangkan.
¤ Saya Suka Makan bukan sistem saraan mesia ye.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Tuesday, April 9, 2013
He loves me, he loves me not
Lama tak cakap pasal relationship...baru2 ni ada kawan I cakap yg dia dah tak lap husband dia dah....takde sebab yg nyata..he is not a wife beater, womaniser and is a good provider. She said that dia macam tak bersemangat dah nak tengok lakinya pasal katanya dia pun rasa lakinya dah tak sayang kat dia macam dulu lagi...people do fall out of love, in my opinionlah. Ada pepatah kata 'familiarity breeds contempt'...ada jugak kata 'absence makes the heart grow fonder'. Betulke tu? In my friend's case ni, lakinya kerja outstation, balik sesekali je. Has she gotten so used to not having him around that it becomes 'out of sight, out of mind' ?
Its true that after you've been married for sometime, you tend to lose that loving feeling. Selalunya it starts off with one party taking the other for granted i.e dah tak make any effort langsung2. Kalau satu masa dulu sanggup dubbing lagu kat cassette bagai, 4-5 years down the road, post 'aku terima nikahnya', nak bagi hadiah masa anniversary pun dia tak kosser. Padahal masa belum kahwin tu ada anniversary 3 bulan lah, first keluar date lah, tarikh declarelah, anniversary kucing gilprennya beranaklah etc. etc. Bila one party malas, the other party lama2 pun mesti give up punya.
I believe that a marriage should always be worked at. MSU cakap, it should always be under construction. If you are stuck in a rut, try to get yourself 'unstuck'. Ibaratkan macam pokok. Mesti selalu dibajai, dicabut rumput and dicantas utk pokok tu hidup subur. Kalau setakat siram je hari2 (its akin to bagi nafkah zahir batin without any extra frills), memanglah pokok tu hidup, tapi kurus keding tak sihat. Kena penyakit, gol terus.
Adakah sentiasa rasa high dgn kasih sayang? Idak jugak..tapi tak taulah orang lain but with me, when I love, I love hard. And tahap kesabaran I dengan chenta memang tinggi....I tak mintak intan permata tapi bila tidur jangan bagi bontot and kalau boleh pegang tangan tu, lagi best..kan CPK, kan? And endure je lah yg I memang suka nak peluk, pegang semedang...I is sotong...if I can't be one, I get very upset.
(Esah cakap I takut kat laki...bukannya apa, I takut dia lari tinggalkan I..sapa nak jaga anak2 semua kalau dia takde? Jawab..! Hehe..)
So nasihat I kat kawan I tu: seek help. Get someone yg qualified to be your orang perantaraan. Most husbands do not listen to their wives. Bila kita cakap apa masalah kita, kenkadang kita bunyi nya lain, dia dengar lain, faham lain, buat conclusion lain. You owe it to your kids to try and work things out. Tapi kalau dah tonggeng terbalik pun masih takdak feeling2 gitu, probably you should call it a day. Whatever it is, give him a chance to be the person you want him to be (kalau dia nak lah. Kalau tak, find a middle ground atau kalau tak sanggup, then babai also). If things do work out, oh manisnya berchenta sekali lagi. If it doesn't, bid your farewell....but don't drag on masalah you tu...life is too short kat muka bumi ni to be unhappy. (Unless you think its ok because what you want is the other dunia yg kekal abadi tu only. If that's the case, work towards it, insyallah you will feel calmer at the same time).
Saya sudahi dgn gambar kek di atas. Sungguh sedap dan sungguh menggembirakan saya, setelah sekian lama. Chenta itu datang semula :)
( Ada sesapa muntah kayap? Sila angkat tangan)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Monday, April 8, 2013
Selingan
A bit of everything
Anyway, i came across this blog by a teacher who is posted kat tengah ceruk CH sinun (http://www.kapalterbangkertasku.blogspot.com/). She's truly inspiring! Naik motor berjam nak sampai ke sekolah, berselut bagai, dalam hutan...ko mampu Piah? Kalau i...adoi uols...tak mampu acik...tak leh bermekap, pakai heels, rantai gayut2 semua. (Actuallynya, i takut pacat! And han** (tak mo sebut2...takut dia ingat i seru dia pulak..what with MG yg kerja tempat jin bertendang tu, kang beertenggek ikut balik. Bab2 melawa tu i sikit tak heran. Kalau boleh pi ngajor tak yah bersiap bagai or mandi lagi i suka! (Yes, and i wonder napa le Baby X tang mandi tu sikit punya bercinta ke). 4 years ago, i tercari2 objektif hidup i kat dunia ni. Work became so mundane...i love being in the academic world, i love to teach..but benda2 on the management side (and bengong2 yg tak perlu diperkatakan di sini) made me question myself...is this all?
Bila tengok orang volunteer with Mercy, pi Aceh, Cambodia, Gaza semua, i sungguh jealous. I told my mum...she said, i ni tak lasak..penakut (masalah i cuma pacat, han** and oh....toilet. If you realise, it's all inter-relate. Kalau toilet kena masuk kebun or semak, bila mencangkung, nanti pacat panjat. Pastu kalau kena pergi tengah malam, ada han**). She didn't think i'd be able to stomach it. Lama jugak berfeeling melancholy begitu. In the end i opted out, pi sambung study (yg cam takde penghujungnya sekarang and dah nak semput). But now alhamdulillah, tak sabar nak mengabiskannya and get back to work. I will always be an educator first, cli****** second. I've also planned with a colleague to reach out, give back to society gitu (harap2 panjang umur dan diberi kesihatan yg baik). Therefore, that blog i mentioned (and this http://almanar-nuri.blogspot.com/) have truly inspired me. (Of course lah gilpren gelap i pun menjadi sumber ilhamku (cam tajuk cite, kan ni?)...sanggup tinggalkan basikal kesayangannya, London transport yg ohsome tu, nightclub kat Piccadilly circus sinun, holiday kat french riviera 45X setahun, utk berbakti di tanahair sini. And what have i been doing with my life? Dok peram je otak ni).
Sekian, tu je lah ceritanya. Now i got to go mandi..because i need to go to the bank and pay off my credit card..kalo tak, tak koser i nak bazir air. I always tell MG, when the creative juices are flowing and dia nengok i dok berteleku depan laptop (dan bukan internet surfing), sila jangan expect i pi mandi. I selalu terfikir, kenapa i sungguh nak agro bila BabyX taknak mandi. My parents had a blase attitude about it..but of course masa tu i dah budak U dah..setahun sekali balik, takkan depa nak kisah kan? Lagi depa syok pasal i am a homebody, dok umah je tak merayau ke mana2. But of course, takkan nak bagi option kat si kecik tu that it's ok not to mandi (this luxury is only reserved for those who are more than 2 feet tall) nanti orang cakap, wah, pak nya bukan main lagi bergaya, stylo habis, tapi anak bersisik..! Yesterday, she kicked up a fuss cam biasa bila suruh mandi pagi. Dgn rambut kembang cam hantu kak limah, mengamuk dlm bathroom. This little girl don't play2. Dia buat batu je, baring atas lantai sambil bolen. Hmmm...i pi ambik 2, 3 lai pantys i yg belum bercuci tu and bagi kat dia. 'baby X, tolong cuci pantys mummy.. Tangan mummy sakitlah'. Fuh! Dgn gumbiranya dia melakukan tugas tu and of course bila dah basah, mandi teruslah kan. MG would have said, it's kes penderaan anak...i call it 'behaviour management'. Pandai tak mak? (tinggi sikit lagi, kita cuci kereta pulak ye?)
Really got to go!
Saturday, April 6, 2013
Wednesday, April 3, 2013
Nafsu makan..nafsu bergossip...nafsu melihat..
Btw, kengkawan i dua orang tu: sorang Ratu Hengland yg merangkap CEO pompuan rumah sakit jiwa yg dibenci orang bawahan (gamaknyalah kan...i told her it's a compliment for her because to me bukan senang nak dapat title camtu...because like me, i will forever be a pushover. Setakat Queen of (kekucing) hearts je lah). Saja nak emphasise on the word pompuan. You know what they say about female bosses, right? Pushy sungguh acik tu...suka suh i buat benda2 yg i kena-buat-tapi-i-would-rather-do-it-at-the-last-minute kind of thing. Then kawan i yg sorang lagi chief editor ruangan gossip sokhabar korma-aljazeerak. And between the two of them, ada kah lagi orang kat Malaya ni yg diaorg tak kenal? Sebab itulah most little girls punya ambition kalau tanya dek cikgu would be 'pramugarik'. Pasal boleh tahu banyak hal org gamaknya. I should have at least attempted one walk in interview utk jadi pramugarik dolu2 kan? Biarlah i ni ada sikit vertically challenged and mak i kata vontot i besar lori and sudah pasti langgar orang kiri kanan. Mesti contohi meenachi yg dah 23 kali pi interbiu katebang kelip2. Last weekend yg ke 24 kali katanya...i feel youuu! I hope dia berjaya kerana kalau i jua keturunan ammapoddi, sudah pasti lama dah i tonggang roundup. So my sakit perut could be from the lauk kerang semalam (or is it mempedal, keli sambal, pajeri?) or kena daulat pasal bergossip tak hengat donia dari kerabat sultan ke pak menteri and bang nuarjen?
Nak sambung cerita sejak dua menjak menjak menjadi ibu mithali ni...masa kat swimming pool..i have always told MG to really get back to swimming. Ye lah kan..umur dah tua cam dia tu (ahak!) kenalah take it easy bila nak berexercise and no exercise is kinder than swimming. Tak de nak strain2 joints bagai. And i do think he swims beautifully (tak yah cakap kat dia because dia dah cukup jati dirinya @ kembang). Furthermore, i do like (tipu, i adore...swoon) swimmer's body..the v-shape, bahu bidang, sekeping cenggitu. Ada sekali tu, masa MG bawak budak2 pi swimming, i heran nengok dia bawak seluar ketat swimming yg cam cyclist shorts tu. Eh awat pikir i...selalunya he wears swimming shorts..walaupun taklah menutup aurat pasal atas lutut, at least mata i tak sakit nengok benda terkepit terbonjol gitu. So, when i was accompanying Little D, sudah jelas lagi terserlah jejantan kat situ semua pakai had2 yg terkepit terbonjol gitu. Sampaikan i had to text MG, 'tolonglah wei..i dah jenuh zina mata hari ni'. I'm not a prude (but sikit2 tu adalah kut) but masa kat obersea dulu, i was so used to seeing the boys at my uni pakai swimming shorts. Rasanya takde sapa yg pakai set2 ketat atau swimming trunks dari set filem porno jerman. And i do think Little D's chief coach is soooo comel what with swimmer's body some more kan...fuh! Tergugat iman akak sekejap.
And when i got home, i segera menceritakan kegugatan iman i kat MG. And i found out rhope2nya, kat sini, swimming pool semua kena pakai set2 yg had lycra punya. So, MG's swimming shorts walaupun decent tidak terkepit terbonjol, tak memenuhi syarat2 pool. Sungguhlah MG bengkek pasal katanya, apsal diaorg ni tak ikut perkembangan fesyen? I beli seluar ni mahal tau kat MaksimoBoonting! Oooo...i said, mengikut perkembangan fesyen ye...Yg seluar kecik trunk you dulu yg set2 jerman porn star tu ikut fesyen bila? Tu katanya masa obersea dulu lah..I said sumpah i tak pernah nengok bebudak uni i pakai camtu! So i asked him, dulu dia sekolah kat Eur0trash ke? Hik hik..
Monday, April 1, 2013
Sports illustrated
Every Saturday Little D ada swimming class. Since 'orang rumah' I ke pasar, I lah yg kena bertugas pepagi Sabtu tu. Its way too early for me...to mandi, bersiap and look presentable like everyone else's mummies. Anyway, lepas tu I berangan yg satu hari nanti she'd be discovered by a scout. Had my hopes high because both she and baby X are no strangers to water since little. Ni kononnya masuk swimming class ni utk fine tuning lagi. And I kononnya nak just take a backseat and do my work on my laptop (so okd fashion tak bergaya ok! Orang bawak ipek je..yg kita ni lappy walaupun tak gedabak).
Akan tetapi...bila menengokkan si Little D tu, I couldn't really see NurulHudaAbdullah in the making. Lembikkkkk je aksinya...pastu posing2 ayu kat atas tebing. She looked more like a mermaid (out of 'Legally Blond'..kalau wujud)..lemah gemalai je. She'd fare better in a ballet class. Coach cakap kat depan and she'd be distracted by something else. Last2 I jadi cam helicopter mum...hovering closed by..telling her what to do. Ish! I've become one of those mums yg lebih kuah dari sudu! But saving grace is, she's not scared of water. Suruh jump, she'd jump, even at the deep end. Dalam kereta on the way home, I said to her, 'little D, nak belajar dancing tak?' And she gave me this weird look. Then I went on and on why she has to be good at a skill be it swimming, dancing, horse riding, running, piano etc. bec. it will determine which school she goes to form 1 esok..be it the one kat ofis daddy, dekat F1 sepang sinun ke (this is so fine coming from former orang bukit who does not want to have anything to do with the school OGA)... Then I sambung merepek lagi about how if one comes from a good school, chances nak dapat scholarship to good universities are higher...and while I was yakking budak tu blink2 je kat I and continued eating her waffles. Arghhhh! I have become a Tiger Mum! And I always tell myself to chill and to live and let live. Biorr je budak tu decide what she wants to do. Doesn't have to be academically inclined. My mum was never (a tiger mum) one...sib baiklah all of us turned out ok. But the world is so competitive now..!! Masa kecik2 dulu manale I ada peluang pun..nak swimming, horse riding etc. I asked MG what he was active in. Any pakaian seragam or sports..ye lah kut2 boleh mentor anaknya tu. I was never good at sports but I made up by being actively involved in the girl guide. And I did take up tennis, golf (sports for dropouts kata budak2 sekolah I dulu). You main sports tak, I tanya. Tak. You active in cadet police? Tak. Bomba? Tak. Bulan sabit, scout, band? Tak. Laaa! You takde masuk pakaian seragam ke? Ada, katanya. Chippendale!
Acik pitam uols!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

