About Me

My photo
I'm forty and (not) loving it.

Monday, September 28, 2009

Update bukan telenovela

Hello. How was your Raya? Mine was OK..first raya as usual kat PIL, then baru balik Perak. Tiada unsur2 kena buli di sini, memang for years ever since kahwin, the pattern has been like that. Ada sekali tu we decided to beraya with my parents first but then terlajak sampai 3, 4 hari raya baru terbit kat my PIL. Soooo bad!! So after that nemind la, raya with inlaws then can lama2 in Perak muahahaha!

Sib baik my sis pun tukar plan dia and raya sama2 because she's the chef. Kalau harapkan i masak utk org datang..aiyo! From when we were younger, she'd been the one yg masak and i'd be the one to kemas rumah. Bab2 kemas rumah ni dia kurang sikit but there will always be food on the table. Well now, i have the maid to kemas rumah and still no food on the table haha...

Btw, i dah berjejak kasih dgn Ustazah Munah dah...yay! Went to her parents' house masa i balik kampung haritu to visit her. Lama i tak jumpa dia tau! Dari masa baby X tak wujud dalam perut lagi and now she's already 16 months..

Bro and sis in law pun ada...rupa2nya SIL's mum nak buat jugak wedding reception next month. Pas tu my father pun decided, eh, we all pun nak buatlah! Amboi! Tak habis2 kahwin depa ni ngalahkan anak raja. Nak katakan masih muda tu, tak jugak (he's obviously older than me)tapi tak habis2 sambut. Bertunang pun dah grand, pas tu lepas nikah my parents sambut kat restaurant with their close friends, then my bro threw that bbq thingy and now ada dua lagi? Obviously ada sifat2 mata hijau di sini because during my time, satu weekend je dah habis segala sambutan, there was no tunang and masa merisik i dok dapur kacau lauk and no tangkap2 gambar disarungkan cincin, boleh??? Anyway, i ditugaskan (sekali lagi)utk menyiapkan hantaran...

I have succumbed to temptation...curiosity got the better of me. After sedozen emails and smses the siamang sent me requesting to be added as pesbuk fren, i relented...i terus je pi tengok gambar2 beautiful people..hmm...bini baru dia memang lawa, kecik molek...i'm so not worthy (although bini RNazrin lagi lawa Esah). But then i told myself to rise above all that (cewah..cakap cam bagus je)...i terfikir mesti ada something yg takde pada present bini, former bini and ex2 yg lain that dia masih kemaruk nak berhubungan (bukan membuat perhubungan ye) dengan i. But i warned him to behave on pesbuk, jangan nak merapu2. I'll give him another 1-2 weeks before i take action - gedik sangat dia ni uols on pesbuk! Sikit2 nak update, nak makan pun nak update, nak balik rumah pun nak update..kalau boleh kentut kencing semua nak bagitau orang. Tak larat gue! Lepas tu asyik nak terasa bila orang guna perkataan 'kasar' sikit...(i panggil dia sewel and that made him so terasa)..so Esah, kalau i cam dia, takde can nya you nak panggil i pook, poon, cilakak segala tau!

Went to watch the ugly truth with MG yesterday. Kira cam date la walaupun susah benor si MG tu nak lepaskan diri dari Little D (i dah pergi dulu naik keta lain kononnya mummy pergi work)...the last time we watched a film together was masa little D dalam perut lagi! MG duk tengok wayang peluk tubuh sejuk cam ikan tuna kat pasar Jepun. Dia takut i raba2 dia hehe.

OK la, nak pi sambung baca buku. Cite telenovela kang baru i sambung semula..

Thursday, September 17, 2009

Sperma ku sperma mu

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.

Really should try to finish the telenovela tapi takde mood la pulak. Try to imagine this: You want to climb a mountain. You are scared tapi nak jugak climb, nekad la kiranya. But climbing a mountain is not cheap...need to buy all those equipment..yes, need money, so you kumpul sikit2 duit. May take you some years.. You even have to build up yor stamina, kan? Bila you dah ready everything, mentally, physically and financially, you pun pi la nak climb tetiba tengok, laaaaa....mountain pun dah takde..kiranya dah kena tarah buat project perumahan.That's how i felt this afternoon. I wanted to do lasik eye treatment...dah bertahun2 i simpan cita2 ni dan duit. I was told to lay off my contact lenses for 3 weeks prior to the eye test. I pun buatlah dgn berat hati (imagine tak vogue selama 3 minggu) sempena bulan ramadhan yg tak banyak aktiviti sosial ni i ambik kesempatan. So this afternoon i went to the eye/vision whatever centre. Lepas peksa tup tup resultnya? My power is too high and my cornea is borderline thin so no can do. Tak ke i kecewa sangat2??? I was told kalau lagi 2,3 tahun ada new development, they'll inform me. There goes my impian to be a specky/mole no more. So duit yg dah berkumpul tu nak wat apa?? Beli mas? Dah tak larat dah..(ceh bongkak!) Nak berjalan? Can't take time off from study. Simpan utk anak2 or hari tua?? Nehhhh! Kalau i mati awal, tak merasa...i think i'm going to go have a boob job. I kid you not.

Ni mengenai somebody ni. Dekat sedozen sms and email mintak i add dia as friend kat pesbuk. OK la, hati i masih sakit (forever sakit where he is concerned)...also tak mo la nanti pesbuk i jadi tempat perkumpulan ex2 boipren kan? But i did the unthinkable uols!!!! I pi mengoogle!!! No, tak hingin i nak google dia, i pi google bini baru dia! And i found out that she's expecting....(amboi! Tak buang masa langsung, kan??) I sentap...i know i'm irrational but mungkin some women out there may understand. I kawin dulu, pas tu dia kawin (1st marriage) but dia dapat anak dulu (cam bunting pelamin uols!). Pas tu sibuk nak tunjuk empathy kat i yg tak beranak2 ni. Then after some time, OK la, even balik, i dapat little D..ooo..pas tu i menang pasal i dapat BabyX and he stayed at one (also menang in the sense that i maintain sekali kawin..ahak!). Pas tu dia kawin lagi (fair enough)...but for his wife to get pregnant so soon like the last time? Boleh tak jangan nak menayang cam sperma awak tu powerful sangat??? (eh, dia tayang ke??).

OK la, cau cincau dulu...i nak pi naik atas, cari MG dan buktikan spermanya pun tak kurang powerful jugak.

Wednesday, September 16, 2009

Telenovela episod 4

Oh jangan gusar tuan puan...telenovela ini tidak lama lagi akan tamat. In fact seperti cite Dallas, Dynasty atau Superman, bila dah meleret2, skrip pun jadi merepek2....rating musti turunnya lepas ni. Mestikah i perkenalkan hero atau villain yang baru? Kita saksikan sebentar nanti...

Anyway, hati berdebub debab...selepas membaca email pagi tu, satu hari CK tak dapat nak concentrate..apa dia? G (mat saleh yg dok kat London sinun) nak datang melawat saya hari minggu nanti..alamak! OKlah, kami telah bersahabat lebig daripada 6 bulan. Setiap hari ada saja kami berbalas2 email menceritakan apa yang berlaku kepada diri masing2...kenkadang saya heran..fair enough hidup saya di sana tu memang membosankan..takde aktiviti2 yg bernas dan menghiburkan yg saya boleh lakukan. Saya selalu tertanya2, G pulak apasal nak dok melayan persahabatan siber? Dia tak pergi ke pub hari2 atau takde ke dia gofren? Dengar cerita macam takde tapi tak taulah kan? In fact semasa saya di mesia tempoh hari pun saya berusaha perhi ke cyber cafe utk mengutuskan email kepadanya..tapi menggunakan cyber cafe kat kampung saya tu memang macam sial je. Bayar ikut jam tapi dlm satu jam nak hantar satu email pun kucing sempat beranak lagi uols! Hang nak mampus! Idakle saya buat kerja tu hari2 sehinggakan G akan merungut2 kerana jarang mendapat khabar berita dari saya. Setelah berfikir satu hari tu, saya pun membalas email G. Saya cakap, sorry, saya tak boleh jumpa awak minggu ni. Saya ada hal. Tapi minggu depan saya free..

Hehe...takkan la saya nak bersembunyi sampai bila2 kan? Saya perlukan satu minggu utk psyche myself up. Harap2 satu minggu cukup utk saya kurangkan berat badan saya sebanyak 500auns (ini memang salah satu penyakit saya. Bila nak jumpa orang, balik kampung ke, saya lebih risaukan berat badan padahal as if it makes any difference!) dan fikirkan tentang aktiviti yg patut kami lakukan nanti dan juga menu utk saya memasak. Ye la...takkan nak bagi si mamat tu makan ayam panggang and telur goreng ketuhar gelombang je..

Oh ye, saya masih lagi bersahabatn dgn MH macam biasa bak LindaOnn dgn Fahrin dulu..selalu dilihat bersama tapi eh kami takde apa2, kami cuma kawan je! Tapi (ni cerita selingan) ada la mulut besar sorang dari kawan kami dari TamilNadu ni telah menaburkan pitnah konon2nya saya dan MH membuat hubungan sulit. Sibuk dia menjaja cerita kami di common room and beyond. Saya tak sempat nak sepak muka tembam bermisaikan MGR tu kerana MH cakap, biarkan je la, dia budak2lagi tu. FYI, mamat TamilNadu ni duduk satu asrama dgn MH, memang dulu mereka selalu berdua akan tetapi persahabatan itu terhenti bukan kerana saya tetapi kerana bau badannya yg busuk mengalahkan bedak sejuk masa diperam uols!! Tak tipu! Nasib baiklah saya tak pernah satu kumpulan tutorial dgn dia kerana uols bayangkan la..dah la kat sana tu ventilation tak bagus..mana dapat udara segar? Rata2 yg satu kumpulan dgn dia akan pening2 lalat lepas satu jam and kalau ada budak mesia, diaorg akan tenyeh le minyak cak kapak kat segala lubang deria yg ada. Walaupun bulan puasa dan cerita ni dah lama berlalu (dan saja saya nak panjangkan lagi telenovela ini)saya akan umpat dia sekarang. Pernah sekali masa cuti mamat TN tu datang ke mesia, dan dia boleh samakan KL dgn tempat dia...whatttt? Delusional ke hapa??? Dan dia cakap, CK marilah lawat tempat saya, awak akan rasa bebas, tak payah pakai tudung kerana tak siapa yg akan paksa awak. Saya pun cakap, tak siapa paksa saya, ini adalah kemahuan saya. Tapi jantan busuk tu cakap dia pernah jumpa org mesia kat negara dia yg cakap eh, seronoknya kat sini. They don't make you wear the tudung. Menyampah saya mendengar cerita dongengnya itu.

Oleh kerana G nak datang tak lama lagi, saya pun kena aturkan jadual saya. Saya cakap dgn MH, hari minggu ni sorrylah ye, saya ada kawan dtg, kita tak boleh tengok Blind Date sama2 (sad betul kitaorg kan?). Dia OK je..kan kami cuma kawan tapi mesra?
Hati saya memang berdebar2 nak jumpa G. Masing2 dah tengok gambar each other. Dia berfikiran terbuka dgn ketrampilan muslimah saya yg manis dan ayu (ptuihh) dan saya erk...menerima kekurangan rambutnya?? Ada seperkara lagi yang saya tak tau camna nak tackle...kat mana mat G nak tidur? Adakah dia jangka....puas saya tanya kengkawan saya keliling kelalang mengenai protokol mat saleh ni. Utk jalan selamat kawan saya minah saleh ni cakap, apa kata awak tanya je dia terus terang?? Saya pun tanya, mmmm...nanti awak nak tidur kat mana ye? Adalah bilik flatmate saya ni, dianya takde hari minggu nanti....Si G cakap, eh, awak tak perlu risau! Saya akan uruskan sendiri penginapan saya..saya baru nak tepon katil dan sarapan kat tempat awak. Fuhh! Lega Cik Kiah!

Hari yang ditunggu2 tiba. Saya masak pasta to be safe. G datang naik keretapi (favourite kenderaan depa kat sana) dan tengahari je dah tercegat dia kat asrama saya. Oh mat saleh ni..punctual sungguh! Memang awkward betul....nak shake hand je ke, nak kiss pipi ke?? Dia pun tunggu cue dari kita..last2 buat cium angin lekat pipi (whatever la, donno how to explain). Walaupun belum pernah berjumpa, bersembang macam kawan lama. Agaknya pasal kitaorg memang selalu bersembang albeit on cyber. Setelah saya beri dia makan kenyang2, hmmmm..kemana kita ye? Biasalah kan bila dah masuk musim luruh...cepat je hari dah gelap. Kami pun decide masuk bilik je...

Hehe...of course tak! Saya ni bukanlah pompuan murahan (walaupun laki saya selalu cakap saya ni suka jual lambak. Apa y terlambak pun tak tau la). Memandangkan nak pi sightseeing pun dah gelap, window shopping apatah lagi...apa yg ada kat tempat dia ada di tempat saya, so, kitaorg pi tengok wayang. Cite Jurassic Park 3 yg dah kedua kali saya tengok. Berkongsi Nachos dan Cheese di panggung wayang (Cik Kiah tension jugak pasal CK memang gemar sangatkan nachos tu kalau boleh taknak share..dia taknak makan katanya tapi last2 share. Ceh! Ya tuan puan tiada elemen romantika langsung di situ).

Lepas wayang kami berjalan kaki balik ke asrama. Saya hidangkannya masakan ala cina duck orange, sweet n sour spare ribs dan nasi goreng cina. Sudah tentu saya tak memasaknya! Ada chinese take away Paki punya kat belakang asrama saya. Kami tengok Blind Date bersama2 flatmate saya yg lain. Lepas tu coffee dan sembang2. Hmmm..kalau anda semua harapkan sesuatu yg romantik berlaku, takde apa2 pun sebenarnya...kalau ada mungkin sekarang ni saya dah ada anak berambut perang dan bermata biru haha! Lepas tu dia pun berjalan pulang ke rumah tumpangannya.

Keesokan harinya saya bawak dia ke muzium dan jalan2 kat pekan kut..tak ingat dah. Kami makan tengahari lepas tu saya bye bye dia naik keretapi. Hari minggu yang singkat tapi bila dikenangkan semula memang memori yg pleasant. Dia balik je saya terus tido tak hingat donia. Penat wooo melayan org ni..kena tak berhenti2 bercakap.

Musim luruh menghilangkan diri dan musim sejuk tiba. Bila tiba musim sejuk, saya selalu jadi cranky. Agaknya pasal tak dapat cukup matahari kut. Saya dan G masih berbalas2 email. G menjemput saya datang ke London pula..tapi saya beri alasan yg saya sentiasa sibuk. Tapi yg ianya, mahal la tiket ketapi. Saya pernah datang ke london melawat kegkawan saya tapi saya tak beritahu dia kerana hmm...saya tak kosser sebenarnya.

Suatu hari (lagi), di celah2 cuaca yg muram dan seperti biasanya bila nak balik ke asrama, saya singgah dahulu kat comp lab. Utk mengirimkan email harian kepada G tetapi kedatangan satu email yg lain mendeba-debarkan hati saya...

OK uols...i nak pi bukak pose ngan kengkawan i hari ni, so ni nak pi bersiap. Jangan keriau2, stay tune!

(amboi! Captain! Kemain lagi bagi2 arahan ye! sentapppp!)

Telenovela episod 3

Amboi..! Kemain lagi korang2 yg mintak2 telenovela itu diteruskan. Cam la Cik Kiah ni takde kerja lain (selain dpd tengok astro, membuta dan…OK itu dua je la perkara ruji). I ada literature review nak buat OK…my supervisor pun idakle sekejam uols yg mintak I menulis 2, 3 bab(ak) dalam satu minggu. Whatever it is, starting raya weekend I stop sekejap, OK? Nak pi masak rendang. Anyway, where were we? (Nampak gaya I teruskan jugak drama bersiri ni because I have a tendency bila stop, stop langusng…nanti kang tak dapat I walker’s crisps and cekelat dari org ittew).
(tetiba je bila berdrama ni I kena angin nak tulis dlm bahasa ibunda pulak…cam buang tebiat. Let me get into the right mode).
Sementara saya dan MH memerhatikan kocakan air di tasik (dan saya berangan2 cam saya ni JuliaRoberts dlm My best friend’s wedding yg tengah scene atas bot tu), MH pun mengemukakan saya satu soalan.
MH, awak tau ke apa nak buat kalau org jatuh dlm air?
CK, panggil ambulans. Sementara tu balut org tu dengan selimut.
MH, mana nak cari selimut? Katalah macam sekarang, kalau awak jatuh dlm air…tau tak yg sepatutnya awak dibolenkan (bogel kata org perak) dan saya kena kongsi panas badan saya dgn awak? (I’m trying to word this very carefully so that it doesn’t sound obscene because it wasn’t…more like si MH ni nak hit on me cara saintifik)
CK, no way, kalau awak buat begitu, saya akan sepak awak punya u know what..
(Ceh! Dia ingat I ni ValKilmer dalam the saint ke, and he’s my ElisabethShue?….my god! I’ve to stop quoting all these movies…Nampak sangat yg my head is permanently in the clouds asyik tengok cite romantic yg sama berpuluh kali)
Saya terus terdiam dan mula berfikir….. haiiii….mamat ni ada apa2 ke? Yg selama ni kami (saya, mak angkat dan dia) selalu berjalan sama –sama balik ke asrama (pasal asramanya pun berdekatan)…kat common room selalu bersembang-sembang…Seterusnya, kami berjalan-jalan menghirup udara segar, makan tengahari di pub dan bersembang-sembang macam biasa. Takde siapalah nak membolenkan sesiapa. Sudah tentu hati saya melonjak-lonjak, tak sabar nak balik semula ke asrama dan berjumpa dgn ‘makpak angkat’ saya dan perkabarkan cerita sensasi yang weird tapi flattering itu.
Baru saya nak bukak mulut, pak angkat saya telah bertanya…tadi MH ngorat awak ke? Saya kata, eh, mana awak tahu? Mereka cakap, mereka lama dah syak perkara ni pasal si jantan tu suka sangat nak meleser dekat saya…but sudah tentulah saya tak pernah sorang2…sentiasa ditemani oleh mak angkat bak dara pingitan (ptuihh). Haa sekali saya keluar Bandar sorang2, terus je si MH tu ayat saya…jantan! Walaupun ayat mengayatnya cukuplah unik…
Oh tidak tuan puan….kami tidak memulakan hubungan yang tidak bermoral…cukup sekadar pi jalan-jalan (saya heran la napa dia ni tak slim2…walaupun suka berjalan…apa omputih cakap? Rambling??), tengok wayang dan makan ayam goreng kat DixyChick (ko ado Esah?) Saya yang kureng sikit bab berjalan2 ni pun ikut jugaklah walaupun dalam hati menyumpah2. Memang dalam hati sentiasa tertanya2…ish..takkan la kut pehubungan ini boleh ke satu tahap lagi? Saya Muslim, dia pergi gereja setiap hari Ahad. Saya nak balik dok Mesia jumpa makpak dan dia tak sabar2 nak balik negaranya menjaga lembu2nya dan bertani secara moden. Apsal ngaji pandai2 sampai juling bijik mata tengok mikroskop pas tu nak bela lembu je, saya pun tak tau la. Kalau paling nak kompromi pun dok kat Negara benggali putih ni je la (amboi, belum apa2 dah fikir nak menetap kat mana…sib baik tak pikir pasal nama anak ke).
Sebagai anak mak yang solehah, saya memang tak pernah merahsiakan apa2 dari mak saya. Cemas jugaklah mak saya ketika itu takut dapat cucu yang rambut bergulung 7 keturunan tak hilang. MH walaupun tak sedap mata memandang, namun dia …..pandai…saya ni memang lemah sikit dgn lelaki yang otak bergeliga. Satu lagi, dia memang kelakar. Tak pernah la pulak dia ajak saya kahwin atau cakap I lap u u lap me…hakikat yang sebenarnya, kami masing2 cuma nak mengisi masa lapang saja. Tapi sebagai seorang perempuan, kita ni kan kompleks sikit…suka nak berfikir2 pasal masa depan what if..padahal si jantan take it easy, one day at a time…nanti di penghujung cerita mengenai MH ni, terserlah sungguh perbezaan antara Mars and Venus..(kena la sabor sikit CaptainLukmang oi..takleh la nak lompat2 episode lak..).
Hari berganti hari, bulan berganti bulan…dah tiba musim panas. Hati ini pun melonjak-lonjak nak pulang ke tanahair. Kiranya sedikit sebanyak telah terubat jugalah hati yang telah luka ini…langsung tak terfikir utk menjejaki siamang itu sebabnya………kalau saya berhenti cerita ini di sini, saya risau nanti saya langsung tak dapat ole2 daripada you know who..mata ini sangatlah mengantuknya…
Sebabnya, saya telah mengatur segala aktiviti saya di mesia…berjumpa ustazah munah, kengkawan seofis dan…..berjumpa kali pertama dgn jejaka yang melonjak2 nak berjumpa dgn saya..Ceritanya anda semua boleh baca di sini, tak kosser nak ulang balik semula. http://makbulu.blogspot.com/2008/01/cerita-ceriti.html
Saya kembali semula utk meneruskan pengajian saya untuk tahun kedua. Saya makin bersemangat…semakin kurang perasaan yg selalu muram macam nak panggil batu belah batu bertangkup. Saya sempat berpeleseran dgn makbapak saya di Langkawi semasa saya di tanahair. Memang sad (cam kata omputeh)…dan besar panjang dan berkeroje tapi masih usung mak bapak pi holiday. Nak buat camana? Kengkawan semua sibuk mengulit laki diaorg. Entah kenapa saya terfikir utk membawak buahtangan utk teman siber saya si G tu.
Suatu hari (hehe..bila I start je sentence dgn ‘suatu hari’ mesti akan diikuti dgn cite sensasi ) seperti hari-hari yang lain, saya akan tiba di computer lab seawal 8 pagi walaupun kelas bermula kul 830. Sudah tentu hobi saya membaca email….masa tu jugak saya sentiasa tertunggu2 email dari jantan mesia tu tapi ya ampun….! Kucing sempat bertanduk 5, 6puluh kali sebelum saya dapat balasannya. (Haaa.. ni pasal dah org kata jodoh tu la Cik Kiah end up jugak dgn jantan tu padahal yg gelap depan mata ada, kalau nak ngorat yg kat siber tu pun boleh). Anyway, suatu hari, saya membuka email ni….Si penghantarnya bertanya, Cik Kiah, boleh tak hari minggu ni saya datang jumpa awak?
Haiyaaa..seriously la…I need to go get my beauty sleep. Cemana la I nak habiskan telenovela ni cepat2?? Citenya memang panjang edelweiss oi…at least lagi 2 babak..sabar itu separuh dari iman..
Goodnight everybody!

Tuesday, September 15, 2009

Telenovela episod 2

Sebenarnya, berada di luar negara sebagai matured student yg belum berumahtangga memang 'awkward'. Nak terkinja2 cam bebudak undergrad berboipren tak boleh nanti orang kata mengada2. Nak rapat2 sangat dgn postgrads yang lain bahaya jugak, nanti bini diaorang ingat kita nak mengorat laki depa.Agaknya sebab itulah Esah di sinun lebih prefer utk perasan dirinya Filipino. Memandangkan saya memang kuat makan lebih2 lagi hari2 saya makan ayam panggang ketuhar gelombang je, bila ada perhimpunan mesian, saya memang datang. Walaupun kalau boleh saya nak pergi makan dan balik tanpa buat2 small talks ni. Sebenarnya bersembang dgn kalangan para ibu sungguh la saya tak boleh masuk. Diaorg cakap pasal anak, ayam murah dan car boot sale. Manakala para bapaknya pula akan bercakap pasal kereta Merc jenis apa yg nak dibawak balik. Tapi sebenarnya saya yg social misfit..saya cuma nak bersembang pasal kebosanan hidup saya dan kesialan jantan siamang itu, boleh???

Pada tahun pertama saya di sana, saya lebih banyak menghabiskan masa di institut. Dah senja2 baru nak balik. Jaman tu mana ada wifi segala, so kalau nak bertenet mestilah kat computer lab.Bercakap mengenai persahabatan cyber yg terjalin itu, eail2 yg saya dapat memang menceriakan hidup. Takde kes kes i lap u, u lap me. Lebih ke arah 'You've Got Mail'...menceritakan kisah hidup seharian masing-masing. Ada sorang Mat Saleh ni dok kat London, yang akan saya namakan G, rajin dia bercerita mengenai kucingnya Shelly. Sudah tentu sesapa yg pencinta kucing akan menarik hati saya. Setiap kali dia makan angin (dah menjadi tabiat orang putih dan orang Filipino celup di sana tu, setiap kali bertukar musim mesti akan pergi makan angin) dia akan mengirimkan buahtangan atau sekurang-kurangnya poskad kepada saya.

Suatu hari, seperti biasa saya akan balik dari bertenet dah nak dekat senja, saya terserempak dgn sorang mamat ni yg membawa plastik sampah warna hitam tu.Semasa saya sedang menapak menaiki tangga (kat jalan tu macam berbukit sikit), mamat tu tercegat di kepala tangga memerhatikan saya. Saya mula rasa berdebar-debar hati....lebih lagi ketrampilan jantan itu yg ada bayangan pukul 5 (walaupun hensem) an pakai sweater serta track bottom selebet je. Mamat tu menyapa saya...awak ni Cik Kiah ke??? Saya membalas...yeee...??? Anda ni sapa?? Dia cakap, saya Ali, ingat tak kita berjumpa masa hari raya di rumah so and so??? (perbualan itu tadi adalah di dalam bahasa inggeris yang tersekat2 kerana lelaki itu kurang fasih). Laaaa..! Ghope2nya mamat tu Ali, mamat dari Turki (lantas kehensemannya) yang ada saya jumpa di rumah tah sapa tah. Tapi masa tu kehensemannya tidak ketara kerana bayangan pukul 5 nya macam dah 3 minggu...lagipun pasal cakap tak fasih, dia banyak dok diam je masa tu..ala2 dark and broody/brooding?? je lah cam Bill dalam cite TruBlood tu (Okla, si Bill tu pucat lesi).

Saya masih tertanya2 dalam diri, apa benda dalam beg plastik hitam tu? Sabit ke? (ala2 cite mak mak kita dulu..jangan main kat luar nanti bai potong rumput akan sabit kepala..is ish racist benar org dolu2). Kalau saya bersambung telenovela ni di lain hari mesti Esah Juon akan hamput i or worse, tak bawak ceklat besar2 bila dia pulang ke tanahair nanti kan??

Mamat tu bersuara, Cik Kiah, nak roti tak? Cik Kiah, Huh??
Mamat, tadi saya memasak buat roti, saya buat banyak2..jadi saya mundar mandir kat sini harap2 jumpa kengkawan dan boleh agih2 kan...
Cik Kiah yg tengah lapar itu, eh, sudah tentu! Terima kasih...takkan nak bagi semua??
(Hambik kau! Satu beg plastik tu dia bagi)

Selama satu minggu CK dan rakan2 menjamah roti cam nan tapi dlmnya ada macam2 tu...sedap sungguh walaupun dah difrozenkan panas balik frozen balik....Tak lama selepas itu, saya mendapat email dari mamat itu..mengajak saya pergi minum2 kopi. Ketahuilah kengkawan..minum2 kopi ni tak selalunya innocent...(hal2 ini Esah dan JTnya lebih arif). Saya ni bermasalh sikit....kalau dgn seseorang yang fasih berbahasa pun saya susah nak berbicara, apatah lagi dengan orang seperti mamat tu....Tetapi roti dia sedap...mungkin kalau saya berkawan dengannya, saya akan diajar buat roti itu atau paling kurang pun dapat resepinya...teman2 serumah saya berpendapat, ala Cik Kiah, pergi je la sating ngan mamat tu, kitaorg nak makan roti tu lagi. Sampai hati diaorg..sanggup melachorkan kawan sendiri kerana sebuku roti. Walaubagaimanapun saya dah tak ingat kenapa kami tak pi minum kopi...mungkin kerana saya sibuk kut..a ah...sibuk bagi alasan. Tapi tak lama kemudian saya dengar mamat tu tak habih pun pengajian phdnya...sib baik kami tidak menjadi kawan...kalau tak telinga ini mungkin menjadi mangsa mendengar masalahnya...cukuplah dulu telinga saya ni kebas menanggung masalah siamang yg tak pas pas periksanya. Sampai hari ini, kesedapan roti Mamat itu masih menjadi igauan saya....(sila ye, sesapa yg ada resipi roti turki, jgn segan2 utk berkongsi bersama).

Suatu hari, kawan secommon room saya, mamat hitam (MH) ni bertanya, cik kiah, awak nak tak pergi trip ke LakeDistrict anjuran international students assoc? Waahh! sudah tentunya nak pergi, lebih2 lagi tiketnya tak mahal. Saya pun ajak 'mak angkat' saya tapi disebabkan boipren nya bukan pelajar, tak boleh ikut, dia pun tak jadi pergi. Teruk betul depa ni...kalau berpacaran memang lupakan kawan. Kami ajak jugak kawan2 yg lain, mula2 semuanya berminat but last2 tinggal saya ngan MH je (dgn orang2 lain yg tak kami kenali).

So, berlepaslah kami di satu pagi Sabtu yg hening...muram je hari cam nak hujan..bila dah tiba di LD, lagi la sejuk cuacanya (walaupun kononnya dah masuk musim bunga). Beku tulang sum sum ku dan setiap kali angin bertiup, macam nak terkencing dalam panty Carfourku. Lepas tu tak habis2 saya disudu oleh burung undan (omputehnya cakap swan)yg rakus dan gelojoh. Harus saya ingatkan di sini, MH ni bukanlah set2 DenzelWashington atau WillSmith. EddieMurphy pun bukan. Jadi tak payahlah tuan puan imaginekan benda2 romantik tu...memanglah settingnya cukup bagus sekali....namun begitu orangnya berada di tahap BMR merah menyala....jadi saya takdelah nak berangan2 romantik walaupun sedesperate mana pun kita...MH nak naik bot, saya pun kata OK walaupun sepanjang perjalanan atas bot tu, hati ni berkata2, sejuk la, kot ada monster tiba2 keluar dari air berbaloi le jugak.

Kemudian, MH membuka bicara...dia bertanya kepada saya, sekiranya seseorang tu jatuh dlm air yg sejuk bedi tu, CK tau tak apa rawatan seterusnya?? haaaa????

Minta maaf ye tuan puan, anak saya kat bawah tu menangis kena katuk dgn adiknya..sebentar..

Sunday, September 13, 2009

Telenovela: Reminiscing - episod 1

Semasa saya buat kursus sarjana saya di negara benggali putih dulu, umur saya masih muda (dari sekarang ni)...baru 27 tahun. Masa umur tu, kengkawan saya sibuk mendirikan rumahtangga. Sepatutnya, bila saya pulang dari sana selepas mendapat ijazah sarjana muda, sepatutnya 'turn' saya pula tapi apakan daya, harapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Selepas nak dekat setahun bekerja di mesia dan dalam pada waktu itu saya menghadiri jemputan kahwin kengkawan sebagai wanita single, ooo..sungguh menyedihkan bila ditanya soalan cepumas. Tambah2 lagi bila bff saya (ustazah munah)pula pada suatu hari, dia dgn teman lelakinya ,mengajak saya jalan2 kat alpha angle. Buat seketika, teman lelakinya menghilangkan diri, jadi UM dan saya duduk bersembang2. UM pun memulakan bicara....Cik Kiah, mak bapak M nak datang jumpa mak bapak i....oh tidak! Saya masa tu bergenang airmata...saya hiba kerana ye lah...hilanglah tempat saya berlepak2 waktu hari minggu pabila UM dah kahwin nanti. Hiba mengenangkan nasib saya yang bercinta lama2, tengok2 UM yang tak pernah berpacaran sebelum ini yang akan melangsungkan perkahwinan dan satu faktor hiba lagi ialah, sungguh murninya hati kawan saya ini, dia da boiprennya mengambil keputusan memberitahu saya dengan baik tidak over the phone saja...

Saya tak sempat menghadiri perkahwinan kawan saya ini kerana saya mengambil keputusan membawa hati saya yang telah retak seribu itu ke luar negara. Saya boleh memilih apa saja negara dalam dunia ini utk melanjutkan pelajaran, namun begitu, ke negara benggali putih itu juga yang saya pilih. Mungkin kerana saya ni tak begitu adventurous dan juga kerana fikiran saya berkecamuk dan saya ambil jalan mudah 'to go back to something that is familiar'. Saya masih ingat lagi...saya tiba di Heathrow sudah pukul 7 lebih petang...saya kena tukar kapalterbang untuk ke utara. Kalau sebelum itu saya tidak sabar2 utk menjarakkan diri saya dengan mesia, masa itu hati saya beku dan badan saya letih lesu. Setibanya di utara, sudah tentu hari sudah gelap lantas saya menahan sebuah teksi utk ke rumah tumpangan yang paling berdekatan dgn universiti yang telah saya aturkan dari mesia lagi. Setibanya di rumah tumpangan tersebut, saya cuci muka, tukar baju dan rebahkan diri di katil sehinggalah esok pagi. Penat sangat rasanya...beberapa hari sebelum berlepas, saya amat sibuk menguruskan pemergian saya kali ini....barang2 yang akan dihantar kemudian, menukar duit, membeli belah, berjumpa kengkawan dan oh ye...si Siamang buat kali terakhir. Memang kerja gila...kami telah tiada apa2 ikatan tetapi masih berjumpa bak teman lama tetapi kerana dia jugalah saya membuat keputusan meninggalkan tanahair.

Keesokan harinya, saya uruskan kemasukan saya ke asrama universiti. Saya mendaftar sebagai pelajar baru dan juga oleh kerana saya ulat tv, saya pergi ke bandar berdekatan dan beli tv second hand. Mana bisa saya hidup tanpa tv (kemungkinan selama 365 X 3 saya berada di sana, 3/4 darinya saya berada dalam keadaan supine dan mengadap tv). Saya berazam untuk menumpukan seluruh perhatian saya kepada pelajaran supaya pengorbanan ibubapa saya yg membenarkan saya pergi lagi (setelah berada di sana selama 8 tahun sebelum tu) tidak saya sia-siakan. Saya juga ingin membuat pembaharuan kepada diri saya...apa yang patut saya lakukan? Selalunya orang perempuan ni kalau ingin memulakan hidup baru, mereka akan buat sesuatu kepada their crowning glory...ada yg simpan rambut panjang cam Beeg0 (eh, dia bukan pompuan..silap), ada yang pendekkan rambut or botakkan (cam Britney) dan ada yg bukak tudung (cam janda AzizMOsmang). Jadi, saya ambil keputusan utk memakai hijab...sebabnya 1. saya telah bernazar sekiranya saya lulus peperiksaan specialist part 1 saya (tak susah exam ni tapi masa saya dok exam ni baru kena dump so kepala ada sikit sewel) 2. menukar ketrampilan saya dgn harapan saya akan menarik perhatian lelaki yg beragama (cewah). Saya sudah bosan semasa di KL dulu, orang ingat just because rambut saya kaler2, saya ni kaki clubbing atau senang diangkut merata2. Bila saya beli buku agama di pasar malam, orang yg menjualnya pun akan memandang saya semacam. Bila saya keluar dating, ada pulak yg secara rileknya akan bercerita pasal kegiatan minum2 diaorg...tahukah anda bahawa walaupun saya lama di negara omputeh yg seteguk minuman keras pun tak pernah saya rasa? (OK la..kecuali yg dah dimasukkan ke dalam kek or tiramisu or christmas pudding kerana sumpah masa tu saya tak tau) 3. Juga utk mengawal diri saya kerana saya tak mau saya hanyut...at least setiap kali saya masuk pub, orang disekeliling nampak saya ni siapa (sebagai seorg muslim) dan ini membuatkan saya sedar sentiasa utk menjaga imej tersebut.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan.Saya meneruskan kehidupan saya 'as regular as a clockwork'. Tiada hiburan...aiya..where got one over there? No gerai2 to lepak, kedai tutup kul 6. Cuaca semedang sejuk, hujan dan gloomy 24 jam. But it's OK! I wanted everything to be as miserable as i was. Bila serata dunia sibuk2 dgn Y2K dan di London sinnun orang sibuk2 merayakan kedatangan tahun baru, saya dlm posisi terlentang...kunyah walker's crisp perasa prawn cocktail depan tv. Hari Isnin hingga Jumaat saya akan sibuk sokmo, dgn assignment, lab, klinik, oncall dan bila tiba hari minggu, highlight of the week ialah rancangan Blind Date.

Rata2 teman2 sekursus semuanya yg lebih mature dan telah berkeluarga..yg tidak boleh dibilang dengan jari. Jadi kami yg free agent ni memang rapat. Dgn saya juga ada la sorang lain msian tapi dia ni ada boipren...jadi dialah pengganti UM saya di sana. Saya seperti anak angkat dia dgn boiprennya.

Di sana, masa berlalu begitu pantas. Perubahan musim sungguh ketara. Tatkala bunga crocuses (cemana ke ejanya?) menjengukkan diri diikuti daffodils yg menguning di padang, terasa diri ini mendapat nafas baru seakan bunga2 tersebut (wow..my attempt at bermadah). Kekosongan di hati taklah dirasai sangat...banyak persahabatan yg dijalin dialam cyber...syok apa..ada je email menanti setiap hari...bukan satu, bukan dua, tapi beberapa orang..hehe. Sampaikan perkembangan terbaru di depan mata pun saya tak nampak..

Apakah perkembangan itu???

Sambung lagi di lain waktu...nak tidola...

Friday, September 11, 2009

Update

All this week, i was at 'school'. Lab orientation. Since some parts of my research require lab techniques, so kena la diajar. I did biochemistry in my 1st year and that was like what? 16 years ago? Menatang pipette masa tu pun panjangnya dekat sedepa and guna ibu jari je nak stop stop. Anyway, the so called orientation tu idakle structured. Most of the times me and another 3 other bebudak hingusan nak buat masters were left standing outside the lab menunggu org nak mengajar. All the standing around,stagnant je, kat suhu bilik 20cel (because nak preserve equiment, tissues, chemicals etc.) menyakitkan tulang belakang i...not mentioning rasa asik nak terkencing je. Well folks, inilah hakikatnya hidup i for at least the next 2 years...jadi lab mouse. I dah terimagine diri i sebagai scientist and bekerja hingga larut malam nak dapatkan results....keep forgetting that i ni ada anak2 kat rumah and the fact that lazimnya kat mesia ni...mana ada org kerja lewat (melainkan set2 korparat) pasal takut kena s.a.m.p.u.k. Apparently, kalau office hours, kenkadang the traffic in the lab is bad, so, kalau nak aman, buat kerja after 5pm...ye lah tu.

I heran betul...masa i kat obersea dulu, idakle fikiran i merewang ingat bebenda tu and i wasn't scared pun. Masa i kerja kat sana dulu, lepas kerja i selalu nak guna internet, esp. on fri evenings. You know la, mat salleh ni on fridays la semua batang hidung tak kelihatan because they go to the pubs. Sekali sekala when i left the comp lab mesti dah gelap gelita kat corridor pasal org nak jimat letrik. Meraba2 le kita ni cari suis, pegi ke basement ambik barang and baru balik...idakle kena apa2...Then masa i buat masters pun cam tu. Nak balik ke hall of residence lalu celah2 buildings..kita takut kat bebudak remaja je kat sana tetiba muncul because diaorg tu le terkenal ngan perangai cam jin afrit. I hope, none of my experiments will require me to kena stay back sampai bermalam kat lab..kalau idak, sapa le i nak mintak upah tolong temankan i....harus aku mintak tukar research ke social science je kang...atau sesapa ada nak share ayat2 pendinding ngan i ke?

Anyway, bangun pagi tadi i rasa maaaalaaaass je nak pi sekolah. I pun sms la coordinator and cakap sorry i nak kena sort out some clients, won't be in today. Itule masalahnya murid lebih tua dari cikgu...pasal dia segan2 ngan i n dia cakap OK. Bukannya apa, i'm the type yg, well, you get me out of my routine (i.e. nowadays ni read, read and more reading) so better make it worth it la...so, all the standing around, course pun not structured, ticked me off a little bit.

But...no way did i stay at home...i pi masuk opis...tapi taula ka..opis banyak distractions! I was like a long lost son. Tak putus berhubung la tetamu (in other words colleagues yg mengacau). It was so good coming 'home'....

Thursday, September 10, 2009

Memories are made of..?

I presented the first draft of my proposal this afternoon to my 2 supervisors. Damn...the research is gaining more breadth as time goes by....while they were discussing and getting overexcited, i just wanted to say, hey stop talking...these supervisors kan...they get OTT with their ideas, syok sangat ada khadam nak merealisasikan their ideas and all the time in my mind, i dengar bunyi ker-chinggg! You know why? It's not easy to recruit subjects especially dlm bab2 nak bagi darah ni so, i ada strategi utk 'merewardkan' sesiapa yg sukarela tu...obviously dari poket i lah kan...so the bigger the research, the more subjects are required, so bye bye kaylcc, bye bye internet shopping for a long time....Talk about just a few months ago me moaning, ooooo..life isn't challenging anymore...hah! ambik kau! Now to think of it, would be much easier if i had opted to try losing weight ke, train for marathon ke...

Last time i balik kampung, my sis n family were there also. We arrived a few hours before bukak puasa and there she was with her daughters making kuih raya. I envy her energy and enthusiasm...most of all, i am envious that long after she's gone, her daughters will have memories of them making kuih raya with their mama just like what we had with our mak.

If my children were able to give their opinions now, should i be gone tomorrow, they'd probably think long and hard....what kind of memories would they have of me? My head is forever buried in something....kalau tak fictional reading material, it'll be work stuff and obviously, lately scientific articles..they'd probably say, mummy selalu terbongkang atas katil dikelilingi buku and kertas. Bila depan tv, laptop atas riba, selalu kata don't touch, ni 'homework' mummy (walaupun some of the times melayari non-academic sites...hehe). Mummy's also a spoil sport...she'd wrestle us in bed pasal nak gosokkan gigi and also dictate daddy what can/not be bought for us to eat (no sweets, Chocs OK, vitagen less sugar version only etc.)She hardly combs our hair (because sorang botak and sorang maid sikatkan) but she does it for melly...of course she talks to the cats...carries Monty into the toilet with her while she's doing you know what. (Now they've 'mentioned' it, mummy diaorg eccentric gila!)

OKlah, nak pi tido...

Saturday, September 5, 2009

Nak kawan or 'gila talak'?

I don’t think it’s appropriate for me to write this. But I shall do it and I assume that MG doesn’t read my blog anymore. Well, he did say dia takde masa nak buat benda tak berpaedah ni eventhough I have caught him uttering phrases I’ve used in my blog for e.g. swimming trunk out of german porn-movie set etc…
I nak cerita kat sini because I have no one from my past that I can tell this to i.e. my bff ustazah munah and I have been too busy / malu nak mula balik to have girly chats like we used to. But lawyers memang busy lah…ngalahkan menteri lagi.
Anyway….remember that I made a pledge since beginning of this year, I shall erase siamang dari kotak memori i? I have been doing that actually….especially bila mengenangkan benda2 menyakitkan hati I yg pernah dia buat dulu plus the person that he has become now. Don’t get me wrong, I’m way passed the he-dumped-me saga…I Cuma mengenangkan kenapa la dia terhegeh2 sangat nak berkomunikasi dgn I, nak maintain I dlm social circlenya whereas it’s not as if we are sharing the same circle of friends now. Kenapa dia tak sedar2 diri yg ada ketika dulu after we all dah breakup bila I mintak tolong dia, 1001 macam alasan dia bagi i?? I had just started working in KL and he was about the only soul I knew yg ada kereta. I ingat sangat there was one time when I just got back from kampung…the journey that should have only taken about 3-4 hours jadi 6 jam because bus rosak and I arrived back in KL at 9ish at night. From Puduraya I walked all the way to CM to catch a bus to my place. Bus tu tak kunjung tiba, and dah la area kat situ dodgy semacam. I couldn’t even get a cab! So I called him up and asked, boleh tak I take the LRT to your place and then you send me back??? (masa tu takde LRT to the area I was staying). And dia kata sorry, I ngantuk sangat, I nak tido. I knew him as well as I know the back of my hand….apa jadahnya dia nak tido sebelum kul 10 lagi? It was all very dodgy but tak kisahla, we were not together then but sampai hati…..nasib baik after an hour or so trying to flag down a cab, berjaya gak I sampai rumah dgn selamat.
What I can’t understand, walaupun sekarang ni I tak pernah membalas email or his smses, they keep coming. Apa ke halnya? He just got married! About a month ago, he smsed me saying that dia ternampak bayang2 I di masjidil haram. Pas tu ada lak sekali dua dia mimpi i..in his dream it’s like I had lost someone dear. So he texted me and asked, am I OK? Pas tu adala pulak sms dia yg masuk tanya, oooo…you dah buat phd sekarang ye, like you’ve always wanted. Then he asked, you dah tak pakai tudung ye? It took me 10secs to figure out, huh? Sapa lak antara kawan I dedolu yg tau I buat phd? None. Bila lak I bukak tudung??? Then I figured out that he had been googling my name and tertera la nama I as student kat so and so and terpampang la gambar I kat facebook nya profile picture as AustinP0wers hari tu – bukan dah bukak tudung, I pakai wig la! Previously he had inquired whether I’ve attended so and so seminar, commented on so and so hotel accomodation etc. Kerjanya asyik mengoogle je….
It’s kind of flattering/sad/pathetic/worrying all in one that after a decade of breaking up ada lagi issue yg dia rasa tak selesai2. Apalagi yg dia nak? Nak kata nak jadi kawan memang tak boleh – I hate his guts and he thinks I ni perasan that I’m better than everyone else. Dah cakap camtu, tapi masih terhegeh2 nak I tau perkembangan hidup dia. Does he want my approval or just wants to show off?
Dalam masa bercinta memang satu pengalaman yg luarbiasa. Notice how I avoid using the words pengalaman indah? Because it wasn’t all indah. We fought, we made up, we fought, we made up than we fought, fought and fought. Had we both been in msia, dah lama dah the relationship bungkus and pi cari org lain. It was hard to let go but we eventually did because for him, he was not sure I was the one, and for me I couldn’t be with someone who could imagine his life without me (a ah, masa tu idealistic sungguh). It was not easy to ‘undo’ or let go of memories 6 tahun tu. What made it harder was because banyak ranjau ditempuhi….i kat sana, dia sini, I sini dia entah mana, nenek dia tak suka I, his mum thought he could do better (in terms of girlfriend) but when we managed to sort out all those problems, kasih pulak berubah arah.
Even though, right from the very start I knew the relationship was not going to have a happy ending I’m glad I was not the one who called it quits. Had I been the one, mungkin sekarang hidup I pulak yg jadi cam dia….masih tak tentu arah…penuh dengan what ifs and regrets. It’s hukum karma, what you give, you get back…gitu le gamaknya.

p/s MG…..you better cinta sejati kat i…idak kang you pun nanti jadi sewel..

Friday, September 4, 2009

About the cats...

Two days ago, i wrote a fairly long entry on my last trip balik kampung but netbook ngok ngek ni hang and i didn't realise it. Dok la menaip and bila nak sent, eh???? Memang tension!

Anyway, this one shall be fairly short because mata mengantuk sesangat. I haven't been writing about the cats for a long time. Well, for a start, i have decided that Ugi (short form of Ugly) shall be known as Udi from now onwards...the way little D would pelatly pronounce it...anyway, Udi is ugly no more..(tak baik panggil dia 'cemantu' (little D's version of macamtu).

About a week ago, tengah sedap2 i baring atas daybed tengok tv, there was a mouse dok berlegar kat belakang i..memang kurang asam, tak peduli langsung kat bau2 kucing dlm rumah ni. Of course i unleashed the hunters...all 3 of them and 12 paws between them mesti qolluinna la tikus tu...or so i thought. Tikus lari belakang curtain, Udi pergi selak curtain lain. Monty lari naik atas with all the commotion. Melly couldn't care less, masih terbaring tayang perut. Ceh! Tak boleh harap. Then Melly went to the kitchen to eat (apalagi). We heard squeaky sounds coming from the kitchen, waaa..the fattest of them all dah berjaya tangkap tikus tu...but no Melly, tk payah bawak ke depan tv nak tunjuk Mummy...just kill kill kill. And you know bila those three decide to main2 dgn tikus tu apa jadikan??? Tikus tu terlepas lagi la...!

Haiyaaa!

Seriously, do you see them as 'ruthless hunters?'