Sebenarnya, berada di luar negara sebagai matured student yg belum berumahtangga memang 'awkward'. Nak terkinja2 cam bebudak undergrad berboipren tak boleh nanti orang kata mengada2. Nak rapat2 sangat dgn postgrads yang lain bahaya jugak, nanti bini diaorang ingat kita nak mengorat laki depa.Agaknya sebab itulah Esah di sinun lebih prefer utk perasan dirinya Filipino. Memandangkan saya memang kuat makan lebih2 lagi hari2 saya makan ayam panggang ketuhar gelombang je, bila ada perhimpunan mesian, saya memang datang. Walaupun kalau boleh saya nak pergi makan dan balik tanpa buat2 small talks ni. Sebenarnya bersembang dgn kalangan para ibu sungguh la saya tak boleh masuk. Diaorg cakap pasal anak, ayam murah dan car boot sale. Manakala para bapaknya pula akan bercakap pasal kereta Merc jenis apa yg nak dibawak balik. Tapi sebenarnya saya yg social misfit..saya cuma nak bersembang pasal kebosanan hidup saya dan kesialan jantan siamang itu, boleh???
Pada tahun pertama saya di sana, saya lebih banyak menghabiskan masa di institut. Dah senja2 baru nak balik. Jaman tu mana ada wifi segala, so kalau nak bertenet mestilah kat computer lab.Bercakap mengenai persahabatan cyber yg terjalin itu, eail2 yg saya dapat memang menceriakan hidup. Takde kes kes i lap u, u lap me. Lebih ke arah 'You've Got Mail'...menceritakan kisah hidup seharian masing-masing. Ada sorang Mat Saleh ni dok kat London, yang akan saya namakan G, rajin dia bercerita mengenai kucingnya Shelly. Sudah tentu sesapa yg pencinta kucing akan menarik hati saya. Setiap kali dia makan angin (dah menjadi tabiat orang putih dan orang Filipino celup di sana tu, setiap kali bertukar musim mesti akan pergi makan angin) dia akan mengirimkan buahtangan atau sekurang-kurangnya poskad kepada saya.
Suatu hari, seperti biasa saya akan balik dari bertenet dah nak dekat senja, saya terserempak dgn sorang mamat ni yg membawa plastik sampah warna hitam tu.Semasa saya sedang menapak menaiki tangga (kat jalan tu macam berbukit sikit), mamat tu tercegat di kepala tangga memerhatikan saya. Saya mula rasa berdebar-debar hati....lebih lagi ketrampilan jantan itu yg ada bayangan pukul 5 (walaupun hensem) an pakai sweater serta track bottom selebet je. Mamat tu menyapa saya...awak ni Cik Kiah ke??? Saya membalas...yeee...??? Anda ni sapa?? Dia cakap, saya Ali, ingat tak kita berjumpa masa hari raya di rumah so and so??? (perbualan itu tadi adalah di dalam bahasa inggeris yang tersekat2 kerana lelaki itu kurang fasih). Laaaa..! Ghope2nya mamat tu Ali, mamat dari Turki (lantas kehensemannya) yang ada saya jumpa di rumah tah sapa tah. Tapi masa tu kehensemannya tidak ketara kerana bayangan pukul 5 nya macam dah 3 minggu...lagipun pasal cakap tak fasih, dia banyak dok diam je masa tu..ala2 dark and broody/brooding?? je lah cam Bill dalam cite TruBlood tu (Okla, si Bill tu pucat lesi).
Saya masih tertanya2 dalam diri, apa benda dalam beg plastik hitam tu? Sabit ke? (ala2 cite mak mak kita dulu..jangan main kat luar nanti bai potong rumput akan sabit kepala..is ish racist benar org dolu2). Kalau saya bersambung telenovela ni di lain hari mesti Esah Juon akan hamput i or worse, tak bawak ceklat besar2 bila dia pulang ke tanahair nanti kan??
Mamat tu bersuara, Cik Kiah, nak roti tak? Cik Kiah, Huh??
Mamat, tadi saya memasak buat roti, saya buat banyak2..jadi saya mundar mandir kat sini harap2 jumpa kengkawan dan boleh agih2 kan...
Cik Kiah yg tengah lapar itu, eh, sudah tentu! Terima kasih...takkan nak bagi semua??
(Hambik kau! Satu beg plastik tu dia bagi)
Selama satu minggu CK dan rakan2 menjamah roti cam nan tapi dlmnya ada macam2 tu...sedap sungguh walaupun dah difrozenkan panas balik frozen balik....Tak lama selepas itu, saya mendapat email dari mamat itu..mengajak saya pergi minum2 kopi. Ketahuilah kengkawan..minum2 kopi ni tak selalunya innocent...(hal2 ini Esah dan JTnya lebih arif). Saya ni bermasalh sikit....kalau dgn seseorang yang fasih berbahasa pun saya susah nak berbicara, apatah lagi dengan orang seperti mamat tu....Tetapi roti dia sedap...mungkin kalau saya berkawan dengannya, saya akan diajar buat roti itu atau paling kurang pun dapat resepinya...teman2 serumah saya berpendapat, ala Cik Kiah, pergi je la sating ngan mamat tu, kitaorg nak makan roti tu lagi. Sampai hati diaorg..sanggup melachorkan kawan sendiri kerana sebuku roti. Walaubagaimanapun saya dah tak ingat kenapa kami tak pi minum kopi...mungkin kerana saya sibuk kut..a ah...sibuk bagi alasan. Tapi tak lama kemudian saya dengar mamat tu tak habih pun pengajian phdnya...sib baik kami tidak menjadi kawan...kalau tak telinga ini mungkin menjadi mangsa mendengar masalahnya...cukuplah dulu telinga saya ni kebas menanggung masalah siamang yg tak pas pas periksanya. Sampai hari ini, kesedapan roti Mamat itu masih menjadi igauan saya....(sila ye, sesapa yg ada resipi roti turki, jgn segan2 utk berkongsi bersama).
Suatu hari, kawan secommon room saya, mamat hitam (MH) ni bertanya, cik kiah, awak nak tak pergi trip ke LakeDistrict anjuran international students assoc? Waahh! sudah tentunya nak pergi, lebih2 lagi tiketnya tak mahal. Saya pun ajak 'mak angkat' saya tapi disebabkan boipren nya bukan pelajar, tak boleh ikut, dia pun tak jadi pergi. Teruk betul depa ni...kalau berpacaran memang lupakan kawan. Kami ajak jugak kawan2 yg lain, mula2 semuanya berminat but last2 tinggal saya ngan MH je (dgn orang2 lain yg tak kami kenali).
So, berlepaslah kami di satu pagi Sabtu yg hening...muram je hari cam nak hujan..bila dah tiba di LD, lagi la sejuk cuacanya (walaupun kononnya dah masuk musim bunga). Beku tulang sum sum ku dan setiap kali angin bertiup, macam nak terkencing dalam panty Carfourku. Lepas tu tak habis2 saya disudu oleh burung undan (omputehnya cakap swan)yg rakus dan gelojoh. Harus saya ingatkan di sini, MH ni bukanlah set2 DenzelWashington atau WillSmith. EddieMurphy pun bukan. Jadi tak payahlah tuan puan imaginekan benda2 romantik tu...memanglah settingnya cukup bagus sekali....namun begitu orangnya berada di tahap BMR merah menyala....jadi saya takdelah nak berangan2 romantik walaupun sedesperate mana pun kita...MH nak naik bot, saya pun kata OK walaupun sepanjang perjalanan atas bot tu, hati ni berkata2, sejuk la, kot ada monster tiba2 keluar dari air berbaloi le jugak.
Kemudian, MH membuka bicara...dia bertanya kepada saya, sekiranya seseorang tu jatuh dlm air yg sejuk bedi tu, CK tau tak apa rawatan seterusnya?? haaaa????
Minta maaf ye tuan puan, anak saya kat bawah tu menangis kena katuk dgn adiknya..sebentar..

suspennn nihhhh cik kiahhh oiiiii. sambung cepatttttt....ader jer iklannnn ek:P
ReplyDeleteDear CK,
ReplyDeleteDah lama tak menjenguk kat sini...banyak cerita rupanya...hehehe. Can I link my blog to yours, senang sikit nak follow update. Will wait for approval before linking. thanks.
cekeleg guyliangggg mmg dapat ke org lain lah jawab nya...and walkers prawn cocktail tu ku makan senirikkkk
ReplyDeletebab2 telenovela ni, mak aku suruh beli gas pun , aku tak gerak....berapa episod cik kiah?
ReplyDeleteEdelweiss,
ReplyDeleteLaaa..kalau tak de iklan, lenguh pulak le jari jemari montok ku.
Ina,
Hehe...cerita tak berpaedah yg iye nya. A ah, link la, takpe, i'm honoured.
Esah,
Lepas kau carut, sekarang ni kau ugut pulak ye??!
Captain,
Hehe..don't worry berapa banyak episode pun..yg tentunya i tak payah pergi beli gas. Kat umah ni everything is piped in..stay tune!