About Me

My photo
I'm forty and (not) loving it.

Monday, August 30, 2010

Entry rojak

I haven't been blogging for quite sometime even though i sempat bagi arahan supaya orang ittew tidak lupa menyiapkan tugasannya setiap minggu. You have like trillion followers, so you owe us all..keep entertaining!

I decided to go underground for a few days. Menyampah tau! Ada la mulut lebar jantan sorang kat tempat kerja i ni buat remark depan org lain, eh dah lama i tak baca blog you. Pas tu siap nak bagitau the others how he managed to track down my blog dulu. So you know who you are, please respect my wish to remain anonymous (from you people at work). Banyak lagi benda lain yg you boleh jadikan agenda utk mesyuarat tingkap you.

Last weekend, MG and i went out again in search of another sofa. The thing with us (or me), we like to mix n match. Ni kira dah second round of menukar perabut. The first time dulu when we first started to play house. We got a basic 2 seater from Homelife (yg dah tak jumpa lagi kedainya kat KL, ada lagi ke?) and 2 rattan banana chair from Rattandec0r. Main lagi bebudak bulu tu suka mengasah kuku diaorg kat kerusi tu...in fact the sofa dah berbulu2 kat belakangnya and nak tukar cover, kedainya pun dah pupus. So one day i ran by my plan with MG over the phone while he was at the office (as usual) - i cakap i nak tukar kerusi pas tu i mumble2....the day the new sofa was supposed to arrive, i sent my maid to hebahkan sapa nak sofa i yg lama (one of my neighbours did) and the rattan chairs went to my kekanda (i sanggup bayar RM200 utk transport lagi..punya la gigih nak lupuskan barang. Kalau tunggu MG balik rumah, sahla kerusi2 tu takkan ke mananya). Hence we got one 3-seater...tetiba i rasa living room i luas betullll..bebudak boleh buat cartwheel lagi..then i felt ridiclous..bila tengok tv, berderet la kami 4 beranak berasak kat kerusi yg satu tu..cam the Simpsons la pulak..

So last weekend, off we went hunting again. Pesen kerusi utk round ni (just like the one we just bought) mestilah berbadan kayu, tanpa unsur2 gatai kakitangan terbit di hati anak2 bulu utk mencakar. At the same time also, i idakle berminat pulak pada perabut jati because i rasa cam mak2 sikit.

From here onwards i nak complain about layanan pekedai kepada customer..i.e. us. First stop was SSF kat Puchong yg baru bukak. MG cakap their furniture collection dah bertambah menarik (yes tuan puan, laki ku dah pi window shopping dulu. Don't play2!). Udahla kedainya cam malap je..pas tu banyak nook and crannies..kat celah2 tu idakle dia ada stesenkan orgnya. If you want anything you have to go to the counter and get somebody. Sib baik pi dgn laki yg ada inbuilt GPS. MG ada berkenan kat satu sofa (can you call it sofa ke when dia idakle berplush cushion semua? Ni badan kayu yg dibaluti dgn sikit sponge..hehe)..he said the chair has character (yeah i said...character is not cheap you know). But we didn't like the fabric yg dah sedia ada tu. We told the SA pompuan tu, dik, boleh tukar tak? She said nanti ye, so off she went and got another SA. And masa tu tertonggok la kitaorg kat counter, idakle dioffer tempat duduk and i tak berani nak duduk kat mana2 because semua kerusi bertanda, display unit only, do not sit. Ada 4-5 org staff kat counter faffing about. All we wanted was to look at buku fabrik kan..adik yg serve kitaorg tu tengah brok brek ngan manager/Sv dia kut. I asked him, dik, boleh tak....and he said, jap ye kak, ada masalah sikit ni. Tak tau apa masalahnya because the SV whatever was speaking on the phone in china. I dah memeluk bag i dah masa tru dgn muka masam cam asam kelubi...so i went up to the adik kononnya nak menyindir, i said, it's ok, tak eyour time, we'll go somehwere else dulu. And the adik boleh cakap, a ah kak, akak pi tempat lain dulu. Bengong! As i was leaving dgn hati yg panas, i cakap rubbish! Ek eleh..jaga gurkha yg tak tau apa benda tu pulak yg kena. Pas tu MG boleh cakap kat i, you ni cakap la kat dia apa kita nak, tak yah la cakap kat dia camtu tadi, dia tak paham pun. Ek eleh, ni lagi satu diva..terus sulk becase he didn't get what he wanted.

Pas tu we went to UrbanCulture Damansara..i have always liked UC. Servicenya bagus, baik kat situ or the outlet in ampang. Too bad we didn't see anything we liked there. Then MG dgn gaya2 sulkynya berkata, i sebenarnya suka kerusi kat SSF tadi..CK, no way i nak pi sana balik. MG, takpe, kita tengok outlet diaorg kat KDamansara pulak. Adala pun kerusi tu...service nya pun excellent. So giranglah hati si MG. CK pun keluarlah card utk zap zap (role reversal betul kan? Takpe, i shall unleash my 'toyol' self to his wallet for a very very long time..sikit2 lama2 jadi bukit.

Another place yg sungguh suck servicenya (dan takde kena mengena dgn perabut) ialah Svensen's SJ. Went there many months ago. Ordered brownie with ice cream for the kids. Pakmaknya dah jenuh tunggu makanan, dah makan dah and still brownienya tak sampai2. Dua, tiga kali bagitau kat waiter tu, each time he said yes, and then masuk ke kitchen. Until la 1 hour later baru dapat. Little D dah guling pering (another perak punya istilah of ....i myself pun tak sure apa) dah atas lantai. Nak katakan depa sibuk, ada 4, 5 family je masa tu. So masa nak pi bayar, i cakap la kat Ass. managernya about the incident. Dia pun pi la tanya waiter tu, ghope2nya budak tu lupa masukkan order. Pas tu i tengok the bill..i said, your service sucked big time today pun you all masih nak charge i service tax ke?? And the AM had the cheek to say, er Puan, yg tu dah memang ditekan dalam bill..tak leh buat apa2 dah. What you think i'm stupid?? Kalau ye pun tak leh nak reverse perahu, offer la ice cream ke, cekelat ke as compensation. So Svensen's i'm never ever gonna masuk there anymore.

Loyar sabung ayam, saya pun rasanya nak saman org la satu hari nanti ni..ni had yg suka bakar2 ni...wait..shall i saman the perbadanan for keeping their eyes closed or apakata i saman org yg melancarkan kempen bumi hijau tu? Come on la Uncle, when you launched the campaign last time, i dah agak dah this bakar2 sampah thing will happen..apa kena tah org mesia ni..bila ada daun kering, this will trigger the pyromaniac in them. Selamat Hari Merdeka Malaysia - bila minda org kita nak merdeka dari merosakkan bumi and mencemarkan alam, tak tau la!

Monday, August 16, 2010

Badang jelmaan

I bagaikan Badang gagah perkasa hari ni walaupun berpuasa. I bawak MB1 pi renew pespot dia diatas titah Esah..tapi kalau Esah tak perintah pun i still akan bawak jugak because MB1 is such a lovely woman, plus kakaknya punya nasik tomato and salad buat Esah and i tambah nasik sampai 8 kali dulu..so how can i not repay her kindness? Di antara parking yg jauh, kena beratur sana sini, isi borang (btw Esah, i didn't just sit on my bum you know...i kept her company throughout) and we had 2 hours to kill...so we all pun seretlah kaki (by this time memang literally seret) ke kompleks katebang kelip-kelip yg ada kedai2 and yg pentingnya beraircond..kalau la boleh lepak2 sambil minum kopi and makan doughnut ke...then i terpandang kat tingkat atas and saw fish spa. I asked MB1, pernahkah anda membenarkan kaki anda dibaham ikan? Dia kata, pernah, jom kita pi. So she belanja, we asked for 30 mins instead of 10...sib baik because the first 10 mins tu my feet was nowhere near water. Mari kita saksikan adegan tersebut.


Tuan punya empunya kaki ini adalah seorg pro..dia terus celup je. Silap abaikan aurat yg terserlah itu.




Yg ini acah2 je ikan kat dalam air tu..


Ok la, i started off with one foor first. Nampak tak bayang2 'pirahna' dalam air tu..after 10 mins or so, i felt really relaxed..rasa cam terbit pulak kasih sayang kat ikan2 yg sungguh bekerja keras tu...

Dah siap kaki kena nibble dgn ikan (i hope diaorg tak pengsan and yes esah, it was orgasmic), balik semula ke pondok buruk yang dipanggil imigresen tu, pespot siap and i sent MB1 home. Nak lepak2 layan rokok daun pun tak boleh kerana kedua2 wanita ayu muslimah ini sesungguhnya berpuasa. Oh i forgot to tell uols tadi, sebelum keluar dari rumah MB1, ada kucing atas atap yang telah berjaya i selamatkan tanpa perlu i panggil bomba. According to MB ghopenya kucing yg kurang cerdik itu telah berada di situ since the day she got back, which is like 4, 5 hari la kan and they have been feeding him. So i pun selamatkanlah - not that difficult Esah oiii..i bukak je tingkap living room yg paling dekat dgn atap tu hence the cat and i capai je..kah kah kah...

Anyway, i went back home, then i though baik i bawak little D pergi gunting rambut since pesen rambutnya dah jadi tah hapa2 dah. She said she wanted to look at 'kompitel mainan' (i.e. toy computer/notebook)..nak tengok je katanya. So, i pun pi bawakla ke Parkson..ha kau! Sekali tengok, usap, tekan pas tu cakap, nakkkkk! Sambil buat adegan peluk2 kompitel tu. I said, mummy tak de duit, kita tunggu daddy, ok? She said, mummy bayar la pakai duit bulat2..
Mummynya berkata, duit bulat2???
A ah..duit bulat2 yg bayar naik train tu..(meaning duit syiling 5posen yg i masukkan ke ketapi yg bunyi toot toot, bergerak tapi tak ke mana2 tu).
Laaaaa..
Sib baik la boleh dipujuk serta disudahi dgn menelepon paknya kat ofis serta dijanjikan oleh paknya boleh peghosahkan kompitel paknya malam nanti.
Then we singgah Coldstorage..terasa cam nak buat trifle lak. each time ada je tetamu dari Inglen, mesti i nak masak omputeh, like this.
So here's the finished product:

I feel so like Nigella but if only i look half as good as her. Apakah rahsianya yg dia tak segemuk i? MG baru menjamah the trifle...therefore, rahsianya uols......si Nigella tu masaknya semua menjadi..kalau tak crew pilem yg habiskan, nescaya anak ngan lakinya bedal...i pulak, bila masak, asik tak menjadi..balik2 i sorang yg bedal....nampak gayanya trifle i akan mengikut jejak langkah yg sama..it's too runny!

P/S CikCumi and CN
Atas nasihat uols, i tak jadi beli Elvavi..budget pun dah takde...dah pi beli sofa..haha..

Wednesday, August 11, 2010

Baru 1st day


It's first day of puasa, barely 4pm, but i dah tinggal nyawa2 ikan. Dengan rasa pedih di ulu hatinya, kepala berdenyut2 and asik nak menguap je. Lately, that feeling of pedih hati has become quite common with me...each time it happens i will remind myself that i should make myself an appointment at the IJN. Mula la i ingatkan my kengkawan to rush me to that place pronto, kalau dia org sayang i la kan..kalau tak sayang, pi la panggil ambulance, memang sah i akan keras kejung sementara nak menunggunya datang walaupun tempat tu sepelaung je dari opis i. I tak pernah bersahur since sekolah asrama pompuan tu. The hassle of having to wake up kul 430, pi cuci muka, sikat rambut and put on something decent to go to the dewan makan is something beyond my kudrat...kalau co-ed ada gak pekdahnya, sambil makan sambil usha. Ni setakat nak bagi pakcik dewan makan sorang tu hard on menengokkan dara2 jelita (ptuih) in baju tidur setiap kali bulan poser, tak yah la. Kalau ensem takpe gak...
Until just recently, i can get thru until lunchtime tanpa makan apa2. I remember masa i kat obersea dulu, dek kerana malasnya i nak prepare breakfast and lunch to bawak pi uni (mana mampu nak makan fish n chips or chips and curry hari2. Scholarship jaman tu sebanyak taik idung je. Ampun APJ, kalau tak kerana uols, tak menjadi orang i sekarang), bangun pagi je i terus niat puasa sunat....kenkadang tu terlupa yg kul 8 malam dah janji nak tengok wayang ngan kawan, jadi bukak poser dalam panggung wayang je. Idakle i nak pancing rasa guilty org2 kat tanah malaya dgn mempromokan yg masa sahur cuma makan sandwich ngan air milo je..sapa tu, tataw (hint: dia dok Inglen, dan katanya walaupun dia dok Inglen, dia bukan kapir, hence bila bulan poser dia tetap akan poser. Cukup atau tidak minus yg dapat red flag tu belakang kira).
Tapi dah umur2 sebegini...i ni idakle dah masuk musim winter, autumn pun belum lagi, mungkin end of summer la kut (btw uols, Esah tu muda sebulan je dari i. Kalau mak i tahan sikit je lagi tak teran awal2, memang sah kitaorg sebaya. Takde pasalnya dia 20an tau!)...kalau dah baya gini i rasa i have to take heed what my body is telling me. Physiologically dah tak boleh dah nak berlagak cam komando konon tak yah makan sahur..ni kepala dah weng, badan rasa lemah semacam. Tapi sempat gak la tadi singgah merket (org Perak kata pasar/market) utk beli bahan2 utk buat pengat pisang. Awal2 ni boleh le berlakon jadi isteri mithali...walaupun kat adik jual pisang tu sempat la bertanya, 'dik, dik..akak ni tak kenal pisang..yg mana satu utk buat pengat?'
OK lah uols, i'm going to take a nap..Selamat Berpuasa!

Friday, August 6, 2010

Muhasabah diri

It's been a long week. Had a discussion with the SV sometime midweek. Of course i'd not be myself la kan prior to that...rasa macam nak makan semua orang, and sikit2 nak merajuk...all because of a man..kalau boipren kita takpe le jugakkan.

That evening i met up with some old friends. Semua kerja local area sini je (come to think of it..) but the last time i met them is probably 3 years ago except Ustazah Munah la. We went to this swanky restaurant/bar but i must say the dessert cost less than TheLoaf (sorry TunM) and tastes better pun. I've been to this place only once before so i was really looking forward to read the menu from cover to cover and spend another 10 minutes deciding on what to eat. But one of my friends ni, perangai dari sekolah dulu memang bossy, so she decided what we should have...the others semua, i tak kisah, i tak berapa lapar...so i la yg left fuming kan..kalau you tingin makan benda tu, you order la utk sorang but no, no, no, order utk semua orang. Urghhhh!!!

I ni memang pantang betul kalau orang orderkan utk i...but tak berani pulak le i nak kata tak nak. So for all 10 minutes, i must have sulked..quietly.. (can read here). So, the next day i pi balik to the same place to read the menu, order and eat, to my heart's content..hehe. All in all the evening was good....

Today i had to make several phone calls..call pejabat sini, call sana, tulis surat rasmi sana sini. I hope after 3 years ni, selain daripada dapat degree lagi satu, i pun excel dalam menulis surat dan membuat panggilan rasmi. Penting tau uols! Kat Mesia ni semua nak surat..kalau boleh nak kentut pun kena tulis surat mintak permission kat kapla.

Home front...the kids are OK..this week adalah minggu bebas dari selsema and batuk. MG's OK..sejak dua menjak naik pangkat ni, makin sibuk dia..balik rumah lambat, kat rumah cam zombie je. Kalau ada gofren pun i wouldn't know...do i care ke sebenarnya? Or ignorance is bliss. After meeting those friends, with one of them macam StepfordWife (or in my opinion she must have gone through a refresher's course in marriage) i have so much kekurangan...i don't do groceries, i don't have any skills at making pasta ke, special nescafe ke, i don't iron clothes, cuci or lipat baju, i don't even make breakfast on weekends. What i do is just sleep and terkebil2 atas katil pandang ceiling or baca buku cerita. I go out see friends at night some more...i dok lepak ngan my cousins sampai anak dah tidur baru balik and i go holiday with my girl friends. Isteri apakah aku ini?? (so sweet of UM to convince me that MG's way of showing that he cares for me is not menunjukkan 'caring'nya) If i don't come home tonight also, MG takkan sedar sampai pagi esok...

My specialty is to look after sick people..but sayangnya MG jarang sakit. Kalau dapat mc dari doktor pun selalunya dia taklah terlantar and tau2 tengahari dia dah pi menjongket (kata org perak) kat Ikea. Sebab tu when the kids fall sick, i terus masuk mode doktor, nurse, florencenightingale what have you lah..

So MG, actuallynya cupcakes yg besar2 and caramel shortbread that i brought back that night lepas i keluar ngan kengkawan is not for me to mentekedarah, but they are for you: one way of me telling you that you'd do me just fine even though i'd like you to be more like 'sotong' (bukan Abang Sam hokey). I'd rather be with you dpd jejantan yg control freak yg kalau i end up dgn any of them takkan membenarkan i buat seperti yg telah i highlightkan kat atas. (Btw also, the danishs that i brought back from my outing with my cousin pun adalah hadiah i kat you walaupun i yg makan agak banyak jugak).

May we have a long and weird marriage. Amin..