About Me

My photo
I'm forty and (not) loving it.

Wednesday, October 28, 2009

Marah 2

Merasa i glamer sekejap dgn publisiti murahan dpd mu Esah. I lap you Esah...tak sia2 kau belajar pasal org2 psycho ni because you summed it up so nicely. The thing is, cite semalam tu tergantung, sib baik takde sesapa perasan and kata aku cilakak pasal tak habihkan cerita kan?

Anyway, yes i flipped after aunty dia requested to be my pesbuk friend. Actuallynya Karakatoa dah meletup bila nengok dia comment pasal moving on tu. Ni le perangai si siamang.....his words camtu sepatutnya ditujukan pada diri sendiri...pas tu ulang kali pulak cakap on pesbuk (and in his smses) that he couldn't care less what people think of him (meaning me lah tu). Bagus la camtu, after we've reached certain age we shouldn't bother about what people say or think of us - contohnya macam pi beli nasik bungkus kat canteen masa bulan pose (eh, aku buat camtu ke?). Tapi cakap ulang kali tu lebih macam nak convince himself.

So, i thought last saturday, enough is enough la. But i'm not so juvenile or kejam as to pi tulis kat wall dia calling him a PSYCHO and what not, so i sent him an email yg berbunyi begini, 'Can i be honest here? I cannot ever see you as a friend not because you were my ex but because i just don't like the person you are. The very last argument we had revealed yourself to me in so many ways and i am 'disturbed' that once upon a time, i was with such a person that i have nothing in common with at all. I have so moved on. I neither want to know what you get up to, your daily going ons nor would i like to let you know about mine. I am choosy about whom i'm friends with in real life or on facebook and yes, being one of mine is a privilege. I let you in because you asked me too many times but it doesn't mean your entire existence doesn't bother me.'

Ha tu dia..i think i was still polite even after so many years with him being a thorn in my side. Pas tu dia hantar sms yg menyakitkan hati jugak but not that i wasn't expecting it. Ni i ambik the gist of it je, 'U really hate n despise me huh? Oklah, so that u have a better n happier life, i will delete myself frm ur list of fb frenz. Thus u pun tak payahlah make sarcastic remarks on ur fb to spite me hehe. Life's too precious to allow people like u to bother me. u should have the same attitude towards me so takdelah u terasa my entire existence bothers u, hehe'.

There you go, cam cilakak je. But he saved me from terkial2 mencari the delete function lebih2 lagi sekarang fb cam puaka je servicenya. Pas tu tak pueh lagi menghantar sms tu, dia pi tulis lak kat wall i..'bye2 @# (my petname. Hish!). I will remove myself from your list of friends so that you do not have to be bothered by my existence anymore'.-->Btw Esah, yg ni aku dah remove dah that comment pasal taknak la pulak satu donia alumni nengok cite bollywood kitaorg yg tak habih2 kan? But yg lain tu kena tunggu ustazah munah assess dulu baru nak delete (aku baru invite UM jadi friends tadi. Kan psycho gak aku ni...'kawan' puaka aku add, kawan baik aku tak add sejak azali lagi)

Dramatic sungguh! Hish Esah, bak kata you, he bullied and intimidated me. But that's it!

P/S I kenal siamang ni lebih dpd dia kenal dirinya sendiri. I somehow feel that i haven't seen the last of him.

Tuesday, October 27, 2009

Marah 1

I am so angry now, this week je dah marah 2 kali. What these 2 people that i'm angry with have in common is that they are sombong bongkak cakap 'i don't give a shit about what other people think of me' and 'i don't give a shit about how you people are'. I dah pendam lama dah sakit jiwa i kat orang2 ni. Marah pendam pas tu cool balik, kawan balik pas tu marah pendam, cool balik and just now (and the other episode before) memang i dah tak tahan dah, all expletives keluar (OK la, setakat bengong, ngok...). The person just now cakap i ada attitude problem, suka nak meletup. Ek eleh!! Kalau once in 6 months tu maknanya suka ke? Cuba tanya MG...pernah ke i meletup? The last time i meletup ngan dia was in 2004, sebabnya kecik je sebenarnya tapi pasal dah berulang kali berlaku and i snapped..melayang periuk (tapi pas tu aku gak yg penat mengutip nasik goreng atas lantai). I bukan jenis orang yg cepat marah because i ni bebal, kurang sensitif bab2 orang nak mengena ka, mengata ke etc. Selalunya dah 3,4 kali masuk toilet and piki, baru le laaaaa...memang pickup passola betul. I guess when it happens once too often, i snap and when that happens cam ada makhluk lain (Cik Kiah Hyde) yg take over my body and mulut jadi cam cib##. Tapi i bukan jenis mencarut, paling over yg keluar pun would be idiot, ngok or mengong. Enough with the mukadimah, lets story mory.

Story #1
Encik Sri Siamang..hmm..sapa lagi yg boleh buat i marah sebegitu? You know, people say exes can be friends..tapi tengok la jenis camna kan? I bukannya masih bengkek that i got dumped. Itu cerita lama. Yg i tak berkenan is what came after. Dia pulak, perasan yg he is my oldest, bestest friend la kut, perasan yg he's got some kind of privileges over my other friends. Selama ni i pendam je, i have never told him how i feel about him and other stuff. Semenjak dia dah jadi org kayap ni, berlagak bukan main. He ridiculed my proton car (cam nisan sentra dia bagus sangat), the fact that i jarang beli toys for my kids (depa main tupperware and senduk kat dapur je) and i hantar anak i masuk nursery sebelah rumah je and not some tumble here and there tots or kindersurpriseland what have you. When he asked me MG kerja mana, i cakap XYZ company, dia boleh kata, oo...they don't pay much overthere kan? Mulut ni senyum je walau dalam hati cakap cilakak, kecik2 pay si MG tu, montel gak la bini dia ni melantak makanan best2. Then came the last straw (or so i thought) bila dia meroyan and habih semua cite2 dari kitaorg kat UK dulu sampai ke clients i semua terpalit. I thought that was it la....(masa tu dia cakap 'ooo..i don't berfacebook to cari glamour. Kalau nak glamour, i masuk iklan..- a ah..beautiful people la katakan).

Tup tup, last month, dekat sedozen la sms and email dia pada i mintak diaddkan jadi kawan kat pesbuk. Still i tak pulangkan paku buah keras (PPBK). After some time i thought, OK la...(hati ini pun tergodek2 nak tengok gambar bini baru dia) but hati memang rasa tak sedap because cam ingat2 lupa je yg perbuatan and kata2 dia memang selalu menyakitkan hati. Hati i sakit because dia dump i ke atau pun hati i sakit sekarang because i dah tak cinta maka ternampak lah segala perbuatan dia yg menjengkelkan? I have never figured out what the answer is actually. Kalau the latter tu betul, memang patutlah i tension dgn diri sendiri kenapala aku sebodoh sebuta kassim selamat nakkan kat jantan tu and along the way mendump lelaki yg sebaik dan sefofular Barney (the dinosaur), no wonder la komuniti mesia kat mster dulu ingat aku gila.

Anyway, last weekend, dia sms i cakap he dreamt of UK, and ada i in his dreams. Btw, sejak dari peristiwa berdarah (dlm hati) Jan lepas, memang i tak pernah berbalas smsnya. In fact dlm pesbuk pun i layan tak layan je dia bercakap. It annoyed me that bila bersembang ngan kengkwan kat pesbuk, dia akan mencelah and made reference or talked about things yg only a bf/gf/die hard friend je akan ingat - e.g. that i used to have a TomCruise poster in my bedroom, that i had a big elephant toy and then he called me by my petname some more!!!! Urgghhh!!! (lain la kalau cam esah call me by my petname on pesbuk. Dia panggil i pook(i), Poon(dek)..

Ok la, back to his dreaming about whatever...i nak sms kat my bff telling her 'aiyoh! The ex just sms me to say he dreamt about me' but being Cik Kiah yg selalu hantar sms silap orang, i pi hantar kat dia pulak! Then he smsed back and cakap what about 'the ex'? I have long seen you as a friend, and not an ex.

Ni yg nak buat CK tergelak sinis satu hari. Ada hati pulak le kita ni jadi kawan dia. I ni kan social misfit..i view the world simply where people are concerned. Good, bad, evil. I keep the good ones near me, the bad ones hi hi bye bye and the evil ones - tak hingin aku nak tegur pun! Sib baik yg category last sekali tu jarang la berjumpa org camtu. Ada sorang dua pun tak mengacau hidup aku takpe. With Siamang, obviously la dia bukan among those i nak keep near me kan? Hi hi bye bye je lah. Then i wrote on my wall about 'some exes can be friends, some jauh panggang dari api'. Sapa yg makan cili dia la yg terasa pedas (because ada sorang dua lagi my exes or pseudo exes yg pesbuk friends). Siamang balas and cakap why bitterness still lingers la (waaa..banyak cantik muka dia. As if!)..Got to move on la (amboi! Sapa yg tak sudah2 nak mengacau hidup i??)..let bygones be bygones la (apsal la 'nyamuk' ni tak mati2 ngan bygone?). Pastu nak dijadikan cerita lagi, aunty dia lak request nak jadi pesbuk friend i! That's when i flipped. Sapa lak pompuan 50an yg asik bertukar profile picture kejap bertudung kejap idak ni? I don't know her, have never met her time2 kononnya i nak menjadi menantu diaorg...but ofcourse she's heard of me i'm sure..so now? What? Nak join jadi friend i because teruja melihat percaturan bahasa antara i ngan anak sedara dia ke?

Sunday, October 25, 2009

Telenovela episode 5 (is it?)

Ada sesuatu tentang musim luruh dan sejuk di sana yang mengusik perasaan saya. Musim luruh sebenarnya sangat indah, bila daun-daun kering yang telah menguning gugur ke bumi…dan bila berjalan di taman, berkeriuk2 bunyinya kena pijak. Sementara suhu di luar masih boleh tahan, takdelah menyengat sampai ke tulang sum-sum. Perasaan diusik kerana, alangkah bestnya sekiranya saya mempunyai seseorang utk berkongsi keindahan semulajadi itu. Kemudian, bila dah masuk musim sejuk, pukul 3 petang dah gelap…bila balik dari kelas pukul 5 petang, dengan angin yang dingin rasa cam nak lekang telinga dari kepala. Sebab cuaca sejuk begini, orang lebih suka dok bawah duvet, sebab tu agaknya kengkawan I banyak yg dapat baby bila pi sambung belajar…dah kerja mereka asyik dok bawah duvet. Kalau laki nak lepak kat gerai, gerai pun takde kat disinun.
My entire existence at that time serba tak kena. Bila kemunculan matahari makin lama makin singkat, semakin murung pulak rasanya. Rasa nak terbang balik ke Mesia tapi tak sanggup pulak nak berkongsi satu time zone dgn you know who. The initial plan was to get away from msia dan memulakan bab baru dalam hidup…aiya tapi kat UK? Macam boleh enjoy sangat la tu kan, makji esah oi?
Anyway, dah memang jadi rutin setiap petang sebelum balik ke asrama, saya akan periksa email sekali lagi. Suatu hari tu, datanglah email yang mendebar2kan beralamatkan Negara Hitler. Si Siamang membawa khabar yg dia pada masa tu telah berada di sana untuk kursus selama 6 bulan. Dia sertakan nombor telefonnya kepada saya, ‘sekiranya awak nak hubungi saya, dan saya suka sekiranya awak sudi’. Oh tidak! Bila la episode ni dalam hidup saya akan berakhir. Dia ibarat gam basikal dan saya penghidu yang tegar. Saya balik ke bilik, masak nasik, goreng telur, bukak tv, pi bilik mak angkat saya…tapi hati saya tak tenang. You know, selama satu tahun hidup saya bebas tanpa ‘gam’…saya balik msia masa musim panas tempoh hari, saya tak terdorong pun nak cari ‘gam’. Saya tak berhubung dgn sesapa pun yg akan memperkhabarkan berita tentang ‘gam’ atau sogokkan ‘gam’ pada saya. I was fine! That’s what one is supposed to do to break a bad habit..jauhkan diri daripada gejala tak sihat tu tapi tengok2 gejala tu yg ikut kita (cam saka kita la pulak kan?). So, apa yang saya buat???
Saya pergi tefon dia uols! Hish! Jaman tu kat asrama university I tu takde tefon kat dalam bilik or paling cikai pun kat communal area flat (apa la lu LU). Yg ada was kat tangga, shared between 4 flats and tak kosser le I nak buat adegan bak batu belah batu bertangkup kat tempat org lalu lalang pulak kan? So keluarlah I dari bangunan asrama ke tepi pagar yg ada public phone which btw bukanlah yg warna merah dan bertutup penuh cam kat London nun dimana Makji Esah selalu meninggalkan calling cardnya..kan makji kan? (eh, selingan pulak). Dgn i yg cuma berselipar je, mak datuk mau beku jari kaki i pada hari2 biasa. Tapi semua tu tak rasa langsung masa tu..
Mula2 cakap gaya rasmi, so how are you, I’m fine..pastu I pun dah tak ingat apa dah (sorry la, terpaksa abandon penggunaan bahasa klasik pasal gue lemas). What I remembered was, dia cakap nanti dia nak mintak cuti, nak mai datang UK. Kengkononnya dia sungguh rindu dgn UK, rindu kat mat saleh yg cakap English. Eleh..! Cakap je la yg dia tu rindu kat I, atau sengaja nak menyemakkan hidup I sekali lagi. I also don’t understand apsal la I allowed him to mess me up once again. Dia tak buat apa2 dia cuma kata dia nak kawan i. But both of us knew that we were only kidding ourselves. Bila cakap kita ni kawan, he thought he had this liberty of bercerita kat I segala mala, termasuk masalah etc. and kononnya I ni his most suitable sparring partnerlah and me for hoping that somehow something would trigger in his mind that he couldn’t live without me because he needed me as his friend his lifepartner. Perghhh! Dalam cite romance je jantan2nya akan sedar pompuan pillar of the earth macam I ngan makji esah tu but in reality, men usually will choose the ones yg iyakan je apa diaorg cakap, yg sedap di mata, sedap di seluar..
So, plannya, he was supposed to come over during Christmas break. Tapi lagi 3 minggu nak xmas, dia email, so sorry CK, supervisor dia tak bagi dia lepas. I pun dah tak ingat sangat apa alasannya. So he said, apakata you pulak yg datang sini CK…what?? Aiyo…sebenarnya, kecil tapak tangan, padang bola I tadahkan..i threw cautions into the wind. I memang mengikut kata hati betul. I tau memang ada 50% chances that I akan terbakar sekali lagi. Oleh kerana masa itu I anak mak yg mithali, I mintak permission mak I, mak..CK nak pi Negara hitler jumpa siamang. Mak I kata, pergilah…just jaga diri baik2, takut nanti orang kidnap and jual I jadi hamba seks (kalau keadaan I cam sekarang ni mungkin jadi hamba abdi kut..haha). I think my mum knew I had to get him out of my system. Ataupun dia tau, kalau ditegah pun, I akan merengek nak pergi gak or would have gone anyway, baik siap2 bagi blessings. Memang kuat betul penangan gam basikal ni.
So adik2, jauhilah diri dpd tabiat menghidu gam. Tata for now, baby X dah nangis tu. Sambung nanti.

Saturday, October 24, 2009

Saturday rambling

Seminggu dua ni memang sibuk sangat tak sempat nak blog. I have all these stories to tell but they stayed on my mind only..bukak laptop malam2 terus tertidur because i'm that tired. Had a presentation with the supervisor last Wed, hence kena baca, baca and baca. If people think i buat phd ni penuh dgn gelak ketawa (pasal unsur2 dah sewel sikit tu ada), they are so wrong! My eyesight sekarang ni dari rabun jauh, rabun dekat pun dah ada! Mula2 tu i realised, eh, apasal pinar2 nak baca dekat ni?? Dah la tak leh pergi buat lasik kan???

Esah, oi, you really gave me a scare. I thought that some people's hoity toitiness (ada ka word sebegini?) have rubbed off on you..so..tak kelas la kalau tak privatekan blog kan?? Sib baik cuma masalah teknikal...i lap you Esah! (mesti kau ada dapat sms carut marut ku suh kau unprivatekan blog, kan, kan?)

It's Saturday morning, hubby's gone to part-time teaching dia. I wonder how he teaches...dia tak pernah nak menanya bini dia yg berkecimpung dalam bidang ni how best to do it. Talk about one man's ego le ni....(takpe i kutuk dia sikit sini..yesterday i asked him, u masih baca ke blog i...dia kata, no time la! Translated into, hish! kerja tak berpaedah. Ces! Sebenarnya, kalau baca kan bagus! Boleh gak learn a thing or two). Pernah sekali tu i tengok he took such a long time to mark 8 exam papers. I tengok le gaya dia membuatnya...la...masa i budak hingusan belum pi training dulu pun i buat gaya tu...tapi tak tergamak le i nak bagi komen kat orang yg tak mintak bininya mengomen, biarlah luncai terjun dgn labunya...(kan Esah? Ni belum lagi masuk mintak komen i (not) pasal bab fluoride, gigi budak etc. Cakap kawan dia yg kerjanya bina bangunan and takde kaitan ngan mulut lagi dia percaya)

Anyway, i just got back from the pool. Thank god i have found an activity that i like doing. Have been going for about 3-4 times a week. I mostly go on weekdays, kalau pagi tu i sorang je kat pool (with hantu air?? hehe). Kalau petang, there'll be a few other ladies. At first i was quite conscious about menunjukkan susuk tubuh bak batang balak tapi after i've been a few times, i rasa i lah di antara orang yg tercomel kat situ...hehe..kalau kita tak perasan, sapa lagi nak pujikan? For a start, walaupun nak masuk air pakai airliner sikit, supaya mata tak nampak sepet cam ikan keli je...whether i dah mandi ke tak pagi tu sebelum masuk pool, belakang kira.
Kalau boleh nak vogue sentiasa cam Miss AA yang kemas rumah pun akan kelihatan anggun sentiasa..(eh mana i tau lak ni?) For those who knew me, i'm so not anggun ok, wannabe tu adala...My mum has always dressed well and my dad tak puji unless kalau ada benda yg menyakitkan mata baru dia tegur.Sampai sekarang pun she takes care of her appearance eventhough due to some eccentricity, the bedak sejuk ada sikit terlebih (dia pakai cam talcum powder kerana sekarang BS menggantikan compact powder).

Obviously le pakai eye makeup utk masuk airis kerja gila even the late Princess Diana dulu pun orang heboh pasal dia pakai eyeliner & mascara masuk OT (belum lagi masuk sauna ke kan?) What the hell kan? I could never understand that. Do people expect female surgeons to look like old hags? Masa i buat masters dulu, ada sorang makcik omputeh ni, dah la pakai theatre gown warna oren, bukan style pyjamas tapi cam set2 dinner ladies kat sana yg zip kat depan tu. I really thought she was the orderly, rope2nya madam anaesthetist kau! Sejak i tidak lagi ditanggung oleh mak bapak tapi kerajaan mesia, i mula berexperiment dgn lipstick...then ke eyeshadow then ke tah hapa2 lagilah.Bila i masuk OT, takkan la nak pale face je pulak kan kerana takut org kata kita yg pakai mekap ni not serious at our job kan? Kalau i la jadi si Princess Di tu, ada boipren kat dlm OT sama, lagilah aku beregek.

MG tak pernah nak compliment bila i melawa. Kalau dijolok barulah dia cakap..rhope you cam makcik dari tanah seberang tapi kalau kurus, cam budak UITM. Hish! I don't know whether the latter is meant to be a compliment or not because i tak pernah bercampur gaul ngan gadis2 genit UITM. So different from the siamang (biarku khabarkan di sini since laki aku tak baca blog ni) yg pernah cakap bila i pi jumpa dia di satu negara eropah dulu (nantikan sambungan telenovela sebentar lagi) - you always look good. You know how to dress well. (ya tuan puan, sila muntah cirit hijau..ungkapan itu diucapkan nearly 10 years ago, 10 kgs lighter and 10 000 wrinkles less. Pandai sungguh siamang berkata2...no wonder la i cair setiap kali and kena dump 4, 5 puluh kali...haha.

Thursday, October 22, 2009

Selingan

Hening malam menusuk kalbu
Menggamit si pungguk membelah sepi
Bila hati dipaut rindu
Renung bulan terusiklah memori

Wednesday, October 14, 2009

Feeling blue

Really can't describe the way i feel now. I came back last night from girls' night out (sapakah mereka???), reached home around 1130, came across MG and little D terbongkang depan tv. The only ones that were still up and happy to see me were the cats. MG didn't ask me where i went last night, like my friend commented this morning, i might be lying in a ditch somewhere full of maggots baru dia nak perasan that i'm not around (masa i tak kahwin dulu, i doa kat tuhan, ya allah, tolonglah jodohkan aku dgn lelaki yg tak suka berfoya keluar dgn pompuan (MG so far), yg tak control freak (MG) dan yang tak manis mulut ngan pompuan (MG) - sekarang lagi mau komplen. I would advise you unmarried people out there bila berdoa tentang jodoh, won't hurt if you be a littleeeeee bit more specific (should have asked god, yg tak control freak tapi nak ambik tau bini gi mana, yg tak manis mulut tapi suka bersembang ngan bini..etc. etc.) I have always jokingly told my friends that when some people have affairs, the thought of being found out will add to the thrill. Hmm, kalau dalam case i, nak thrillkan apa??? He's oblivious even if the 'affair' to take place right under his nose!

Speaking of man-woman relationship and marriage ni, i guess i am a sceptic because my mum was one (still is). She's married to my dad whose brothers kalau tak kawin 4, mesti ada scandal ngan maidlah, colleague lah, what have you. My maternal grandfather was a man with principles...a noble man etc. according to my mum..he's her idol..so it was quite a shock to her to be married into a family yg org jantannya tak leh nak pakai sangat (although my paternal grandfather was allright, pious man he was). My mum has always made her feelings known, to my dad and to her biras...kenapalah ditunggu lagi jantan2 yg lebih teruk dari bapak ayam..at least bapak ayam tu dia tak jaga anak tapi dok berlegar2 gak kat situ..ni tak, nafkah tak bagi (tapi nafkah tu bagi..setiap uncle i setahun mesti ada anak), and most of the times memang takde kat rumah and imagine dulu takde handphone, bila berlaku emergency kat rumah, anak bini tak tau nak contact camna.

When i was younger, i asked my mum, kalau appa kawin lagi, what would you do? She said, she would tukar padlock rumah kepada yg lebih besar lagi and humban semua barang my dad keluar rumah. I asked, don't you wannna fight with the other woman for him? She said, tak hingin!

So, when i had this discussion yesterday, i am surprised that my female friends macam tak pernah terfikir benda2 camni boleh berlaku pada sesapa. Diaorg kata, i je yg fikir benda2 camni (and this came from two of them yg bapak diaorg ada bini lain). I said that if MG were to one day come up to me and said, CK i nak kawin lain. Eh, ada ke jantan yg berani nak buat camni? Katakan la, i dapat tau...i said, tak yah la MG susah2 nak pikir samada i nak terima ke tak, pasal memang i tak boleh accept but i won't stand in his way sebabnya....what if he has found his soulmate? Nothing can stand in the way of true love..Kalau i merayu, memujuk, say for the sake of anak2, he might stay kan? But hatinya dah takde pada i, so for what? I'm a true believer that everyone deserves to be happy...so kalau starting new is the answer so be it. Of course before i bow down, i akan kapak, shred, gunting harta dia kan? Biar puaskan hati yang sakit (sakit kerana ewah ewah, ingat ko sorang je nak berseronok2 dgn partner baru ye?)And i akan tuntut harta sepencarian (take him to the cleaners!) then kita bye2.

My male friend of course kat i gila and the ladies cakap apasal la i berhalusinasi sebegitu? I told the ladies, if you want peace, you have to prepare for war (MG cukup tahu my standing regarding this issue), kita mesti sediakan payung sebelum hujan..

(Self-analysis: i think i hold this view because apa yg berlaku in my family kut and obviously sedikit sebanyak my mum corakkan my pemikiran. Also probably from life experience. When we love someone, it's better off to hold back at least 20% of your heart..selalu ingat what if...kalau tak bila dah jatuh tu susah nak bangun balik. One more thing i think, it's also wise not to emphasise one's weakness kat partner because bila ribut melanda, it may be used against you - nanti kang ada la suara sumbang bercakap, ooo....dia tu tak reti masak...dia tu tak pandai bergaya...dia tu tembam..So ladies, kalau pun you tembam, rejoice..! No hal one! Lagi you cakap, i gemuklah, i tak lawa! Haa..esok, itu la yg dia akan use against you...tsk tsk tsk..

Sunday, October 11, 2009

Social misfit

So Esah said dia tak ramai kawan walaupun mati2 orang nak jadi kawan dia sekarang. Maklumlah…she’s an elitist blogger, cult leader, matriarch apa lagi gelaran yg telah dibestow on her? Dia ni kiranya cam some people in mesia yg berlumba2 sultan or pembesar nak bagi gelaran and end up as dato seri tan sri dato paduka and menyusahkan orang bila kat majlis2 berpusing otak nak pikir mana yg nak disebut dulu. But Esah said dianya pemalu….(waaa…tambah laksa sarawak sampai 4 mangkuk tak malu??) and that a lot of time is required to maintain friendships and which she does not have (uols jangan tak tau, dia private secretary to Queen E tawww!). Anyway, this entry is not all about Esah…I pinjam je dia sebagai pembuka kata..
I must admit that I ni pun sebenarnya pemalu (cemana kita start kawan2 dulu ye Esah and Miss AA?). My friends are mostly my workmates and I don’t keep in touch with any of my uni or school friends kecuali to just hi hi and bye bye kalau terserempak. I’d probably have one or two yg low maintenance friends like ustazah munah tu. In fact jahatnya I that sometimes dari 10 batu dah I tau that someone looks familiar but bila tiba dekat I buat2 cam tak perasan, pura2 jawab handphone dari phantom caller ataupun kalau tak berselisih, I’d probably menyorokkan diri I dari pandangan org tu. I only have 50 friends on my pesbuk, itupun dah tinggal 48 pasal I deleted 2 yesterday pasal I rasa I tak pernah berbual dgn org tu on pesbuk and masa sekolah2 dulu I idakle berkenan sangat dgn org tu. Nearly quarter of the 48 friends that I have pun telah I Hidekan because diaorg gedik sangat….the types yg nak kentut pun nak update status to couples yg asyik ambik quiz together2 and pas tu nak publicly declare their affection for each other (sebab tu I tak tergamak jadi pesbuk friend abang I because I rasa dia pun ada ciri2 sebegitu).
Masa kecik2 dulu, my parents suka paksa2 I pergi birthday party anak2 jiran. I’d rather stay home and watch Daktari or The wonderful World of Disney ke, sampaikan my parents pernah ugut that they’d file a complaint against me kat my HM and taula kan..yg paling ditakuti bebudak baya tu is the HM. Kejam diaorg tu..I hated dressing up because I takde dresses lawa2 cam bebudak pompuan biasa pasal paling pompuan yg I pernah ada pun was tshirt and skirts. I ada sedikit allergic kepada renda2, ropol2 and zip baju kat belakang..rasa gatal je… btw, zip baju kat belakang tu sampai la ni I tak suka and kalau tailor I buat gak, nescaya I pakai sekali je la wat cukup syarat. Nyonya tu cakap kena ada zip pasal baju kurung modern tapi I masuk tak yah bukak zip pun, so boleh tak next time jangan bubuh zip? Of course ni I cakap dalam hati je la kan??
I have a problem of saying no to people and sometimes friends take advantage of me because of this. Mamat rumah tepi sungai yg pernah gila kat I dulu pun pernah take advantage of me…I went home during easter hols one year and dia kirim kat aku 30 packet berahim! Suruh aku bawak balik dari mesia just because that summer dia nak berfoya2 kat Europe and nak bawak bekal utk 30 hari (walaupun kerana chenta dia kirim poskad from each city he visited…tak pedulik! Sakit hati aku masih terasa sampai sekarang!) Imagine kan, kita balik msia pun sekali sekala mesti byk barang nak borong dari kampong and kena bawak barang org yg berkilo. Tak ke maknanya hak asasi manusia I telah dicabuli? Then sama cam encik siamang tu…when he finished his studies and nak go back for good he MADE me buy his hi fi set. I cakap I taknak, but he said, he’d still leave them with me so it’d be nice kalau I bayar la jugak (BOLEH???). Yes, I’ve wised up over the years…slightly. Itupun it’d take sometime before I’d be able to ‘sound’ the person..mesti lepas brtafakur dalam toilet 4,5kali memikirkan jawapan2 yg pedas utk persiapan diri sekirannya situasi yg sama berlaku. I must have lost a friend or 2 as a result because with me, sekali I dah meletup, that’s it, there’s no turning back.
Dari kecik sampailah jadi bini orang, I would follow my parents to beraya rumah sedara mara, gi org kahwin etc. Sebabnya I malas nak dengar my father berleter kat my sis yg keras kepala dulu because dia ni set2 yg kalau dtg moodnya dia taknak jumpa orang, dia taknak la, paksa camna pun takkan jalannya (waaa..sekarang ni bukan main lagi dia jadi model citizen, ziarah keliling kelalang) and then my father would marah my mum yg tak dapat nak control anak katanya. So, to avoid all the gaduh2 during raya, aku la jadi pak pacak mengekor diaorg (abang I usah cakaplah kan…bila yg dianya pernah mengikut perintah, tell me?). When I got married to MG, I was all set to menurut perintah suami, kalau dia nak I ziarah 7 hari 7 malam pun akan ku turut kerana takut nak menderhaka (perggh!) tengok2 dia pun 2 kali 5 ngan aku…the only difference is that I’d rather spend my time kuak lentang in bed whereas he would ukur kaki lima OU, Ikea, Pavi, MV whatever. I sebenarnya tak pandai nak bersembang. Same like MG. So sebab tu we all liat sikit nak pi rumah sedara mara without our parents. Tak reti nak cakap apa. Nanti kang ada embarrassing silence. Kalau ada dia orang we can just plonk ourselves in the corner and smile.
Pernah sekali tu, many years ago, ada sorang uncle aku ni kononnya dah nazak kencing manis…his house was up north. My mum rang to tell me about it, I said OK, but I didn’t say I nak pi tengok. The thing is, this uncle of mine was so nasty to us because dia sakit hati ngan my mum his adik ipar. Dia set2 kawin banyak and my mum tak suka org camni and ada la voiced her displeasure. Pas tu kat we all pulak anak2 yg dia suka sindir2 bangsat. So, when he fell ill, I thought, dia ada ke takde didn’t affect me one bit. After my mum hang up the phone my dad rang and lemparkan kata2 tak sedap didengar kat telinga I ni…yg I dah lupa daratan la…tak ingat sedara mara la etc. etc. Mendidih darah i mendengarnya! But I ni tak dikurniakan tuhan dgn mulut yg pantas. I setakat tahan telinga je la but I retaliated dgn tak balik rumah berbulan2. Dgn mak I pun I jarang bercalling2 because I thought she should have stuck up for me. Tapi biasala mak2 ni bila dah tiba certain age or certain level kat kelas agama dia, dia akan iyekan je cakap lakinya. Much later, my mum told my desperate hoswipe cousin who later told me that rope2nya anak my uncle sendiri pun ada yg tak nengok bapaknya sakit, siap melancung keluar Negara lagi! Semua gara2 bapaknya masa sihat perangai ngalahkan bapak ayam so anak pun tak ambil berat masa dia sakit. And kononnya dia nazak masa tu, pas tu sihat balik, sempatlah hidup a few years lagi.
Yesterday U.Munah smsed me to ask my opinion what if she refused to go to a cousin’s daughter’s kid aqiqah. I’m the wrong person to ask because I just told her, family gatherings can sometimes be hard work. So during your off days, do you really want to be working at maintaining good behavior and remain polite all the time?? Like many family gatherings, kenkadang ada makcik tokcik sepupu sepapat yg bermulut puaka. Yg tak kahwin akan ditanya bila nak kahwin, yg tak beranak akan ditanya kenapa takde anak. Like getting anyone to marry is like beli nasi lemak senang je or beranak ni cam bukak paip keluar air. Lagipun org2 yg menanya ni bukanlah genuinely kisah sangat….Cuma saja jangan tak bercakap and as a result ada yg terkucil hati tu diaorg bukan peduli pun. Pas tu ada pulak set2 yang gemar benar bagi ulasan terkini seperti, ko ni sihat betul sekarang ye! And sihat here does not refer to the person’s medical history OK. Kalau ye pun org tu dah masuk tahap obese membimbangkan, diam je la…lagi2 set2 yg camni gemar member ulasan tatkala ramai orang so you can’t really retaliate by bagi pelempang sebijik.
Anyway, I’m just airing my grouses because come hari raya, terserlah betul kepincangan orang yg bernama Cik Kiah ni…tak tau nak bergaul ngan orang….apa2 pun, semalam I bersosial makan2 laksa Sarawak dan macam2 pudding, sedap!! Siap mintak tapaw bawak balik lagi! Sampaikan maid sms kata PIL ada kat rumah pun I tak baliklah! I lap U people!

P/S apa2 pun I nak cakap yg I tak puas hati kat sini. Maid report yg MIL puji cermin and gambar yg naik dinding rumah I sempena raya ni. Dia kata to the maid, beria2 betul Bapak (MG) bersiap utk raya kali ni. Ceh! Amat tak puas hati I. Memang la MG si ID nya (because he’s damn hard to please like all Virgo people, so I tak kosser nak bergaduh pasal nak hias rumah) tapi pemberi creditnya Cik Kiah ni!!!!! Selagi hutang tanpa dikenakan bunga itu belum dibayar…… perghhhh!

Monday, October 5, 2009

Another mid-life crisis?

Why is it lepas raya kain baju kurung semua jadi senteng?
I've decided to take charge of my life...err...actually of my weight. I made a remark to my little boss last week, since kita ni suka makan, why not kita makan je but be more sports active. That got one gelak besar from her because, she also did a runner from the pilates class same as me.
But seriously...last week pi berziarah kat Kelang (MG's side) and we stumbled upon that huge JJ shopping complex. So i said to MG, jom masuk, i nak pi cari swimsuit decent. MG macam nak tergelak besar...why decent..oh well...where i live, you can't expect to lompat masuk air dgn baju yg separa decent (meaning yg tak tutup dari hujung jari tangan ke hujung jari kaki..) Apa2 yg in between nescaya akan menjolok lubang hidung org kat sini. And i am not about to bring attention to myself, kalau 36-25-36 kemungkinan jugak i akan flaunt it (exactly why tuhan tak kabul2kan permintaan i tu sampai la ni). Biarlah i flaunt my physique yg terover generous ni kat swimming pool hotel2 yg jauh dari rumah (and mak i). Obviously, even the swimsuit muslimah looked good on the mannequin...the one i chose tu idakle muslimah, masih ikut bentuk badan (gedebab ni)pasal i masih tak sanggup nak berbajukurung lycra di dalam air.
Why swimming? Because i love water...as opposed to jogging, aerobic, yoga, pilates whatever...nak pergi gym kat sini terlampau ramai jantan2 melayu (seriously..where are the women? Takkan balik kerja kena masak je kut???. So pas tu i pun googlelah nak cari kat mana public pool terdekat ngan i. Found one or two..tapi semua set2 utk serious swimmers meaning yg swim the length of the pool and takde cut across cam i selalu buat. Satu lagi ada bhgn dalam and without MG to watch over bini dia ni, cemas jugaklah i. Then i came across this kakak punya blog..memang bagus sungguh, dia bagi summary about each and every pool yg ada kat tempat ni..and the best thing is, rope2nya ada satu pool yg 4 kaki je dlmnya sepelaung je dari rumah i (where have i been all this while??) and nak dijadikan best lagi..separate male-female pool! Terjagalah ke-maluan i.
So, i will definitely start my new lifestyle tomorrow (ptuih..!. Jangan nanti semi-bajukurung (lycra) ku sudahnya dibuat main anak2 dah. I wish i could wipe that smirk off MG's face..

P/S Before raya hari tu i tak sempat buat facial or man/pedi..semua tempat penuh. So, i tension and masih nak mendamagekan purse and diri sendiri..i went to have my eyebrow trimmed. Well, i do pluck the odd ones yg tak ikut line myself usually (a ah laki i am aware of this) but kali ni nak merasa tangan pro. No, i didn't end up looking permanently surprised, infact nampak even dua2 belah (as opposed when i do it myself - i have a problem with getting things to be symmetrical. I did hope MG tak perasan because dia asyik cakap kat anak, mummy dah gila..hehe. But he noticed and what he said was even worse...'i see..(dgn muka kesian)..you sekarang ni at the age where you want to try new things ye? It's OK....' Menyampah pulak bila he tried to be understanding (condencending?) like that. Give me 'gila' anyday!

Saturday, October 3, 2009

Mengomel

On Thurs i was on my way to work and on this radio channel the topic of discussion was loan PTPTN and why org tak bayar. There was this one caller, agaknya in his 30's, dia cakap, dia punya batch was those yg tak leh bayar dgn EPF so dia kata for them takde kelebihan (or is it the word he used was pulangan?), sebab tu dia tak bayar lagi. Ek eleh! Memang melayu mudah lupa! Bila org panggil Melayu masyarakat subsidi, marah! Selama dia belajar, dapat degree, dapat kerja, takde pulangan ke tu? Dah pinjam, bayarlah! I memang sokong betul yg these loan defaulters disekat dari keluar negara...tak kisahla dizaman everyone can fly ni, biar padan muka! Talking about these loan defaulters, imagine my surprise to find my schoolmate nya nama dlm paper. Padahal dia tu sekarang ada company sendiri, mak bapak kaya and some more can be ketua pemuda lagi...(tak malu ke pi sergah2 K@rpal dulu, la ni lagi glamer nama kau masuk paper tak bayar hutang. Tsk tsk..) Ada sorang caller pompuan ni bayar for a few years, pas tu bila nak kawin dia berenti jugak pasal nak kumpul duit buat persiapan (eh, boleh ke cenggini?) and sekarang ni dia heran kenapa dia kena blacklist..???

Kalau dah terang2an kena tangkap khalwat pun boleh mengaku tak bersalah lagi ke? But it does make a change that kali ni the man pulak yg left ternganga dgn bunga dan cake when he saw the wife with another man. Kalau tak asik pompuan je yg terjumpa receipt bunga dlm poketlah, sms sumbang dlm handphone lakinya lah etc.

Ya ke ex-wife ustaz rebonding was married before and left the husband for that man? If betul memang what goes around comes around la kan....

Satu lagi pasal Pasah Sandak...cepat le kalau betul nak kawin dah. Reveal je la sapa jantan tu..dulu cakap dia takde apa2 dgn duda beranak satu tu..tapi kalau takde angin takkan pokok boleh bergoyang...yg duda beranak satu tu pun satu hal jugak! Ex-wife main punya comel lote etc. tapi masih jugak cannot control that thing in his trousers..

I so need a DatoK to restore my faith in man...(pssst...Karamsinghwalia dah dato ke belum?)