About Me

My photo
I'm forty and (not) loving it.
Showing posts with label cerita teladan. Show all posts
Showing posts with label cerita teladan. Show all posts

Wednesday, January 15, 2014

Azam tahun baru saya


Azam tahun baru 2014 untuk saya-bukan-cik kiah:

1. Sekiranya ada orang nak melintas jalan kat zebra crossing walaupun tiada traffic light, saya akan memberhentikan kereta dan membenarkan orang itu lalu. Saya berazam tidak akan menunjukkan mentaliti dunia ke3 saya dgn memecut laju seperti anak munyit bila melalui zebra crossing. Malulah kat orang luar kan...(Lagi2 kalau saya tinggal di pusat pentadbiran yg ulung di negara kita ni).

2. Kalau saya pulak yg diberi peluang utk melintas zebra crossing, saya tidak akan berjalan seumpama saya nak pi kena sunat, dengan lemah gemalainya..

3. Sekiranya saya berada di tandas awam dan terasa nak kincin sangat, saya akan berbaris single line...bukannya kalau ada 4 pintu toilet, pi buat 4 barisan pulak dgn orang ramai...so kg.com tau! Saya heran kenapa orang ramai tak terfikir kalu 1 barisan, lagi cepat peluang nak dapat kincin bec ada 4 pilihan toilet. Kalau pun depan u takde orang and u berdiri depan 1 pintu toilet, what if orang kat dlm tu bey bey keras or sibuk berselfie ke and u kena menunggu sampai kematu? U kena start balik queue kat pintu lain, kan? So akak2 sekalian, single queue ok! Baru nampak cam cherodek* sikit!

4. Bila nak masuk lif, tunggu orang kat dalam keluar dulu. Saya tidak akan berperangai macam sekawan seladang dan bulldoze masuk je. Pas tu, kalau saya naik kat tingkat G and nak pi tingkat 15 sinun, saya akan dok bahagian dalam. Tak perlulah saya jadi patung Buddha pulak tercegat dekat dengan pintu lif and menyusahkan orang nak keluar masuk.

5. Saya akan buat eye contact dgn semua orang dan bukan yg hensem je kerana saya bertugas dlm bahagian customer service. Dan takkan sekali2 saya akan buat muka macam kena tinggal dek boipren walaupun memang ye siamang tu baru cakap oktengsbai kat saya semalam. Dan oh ye...saya takkan bergossip2 dgn co worker saya depan customer melainkan saya share sama gossip itu dengannya. Baru adillah kan?

6. Bila naik pengangkutan awam seperti lrt dan yg sewaktu dengannya, saya akan kasi seat saya pada orang tua, pompuan mengandung, yg bawak anak kecik etc. Berbudi bahasalah kan...saya takkan menjaga budi bahasa saya cuma dengan pelancong asing saja, nak2 omputih. Sekiranya saya berbelalai, saya takkan buat silap 'termasuk' ke koc pink komuter...kerana saya lelaki macho dan bukan hanchorr..

7. Bila masuk pintu, orang di barat salu pegangkan pintu untuk orang di belakangnya. Dan orang kat belakang tu akan kata thank you! Dan seterusnya dia pulak pegangkan utk orang belakang dia. Saya takkan hempaskan je pintu selepas saya masuk. Saya tak pernah ke negara barat lagi dgn katebang everyone can fly tapi saya akan berfikiran macam orang barat (setazah saya cakap, setakat pegang pintu ikut cam orang barat takkan menyebabkan akidah saya rosak).

8. Dan kalau saya pulak orang yg dipegangkan pintu tu, saya akan senyum manis dan cakap tima kasih! Saya takkan tunjuk muka kelat cam orang tu nak ngorat saya pulak. Tak kelas la camtu!

9. Bila bawak keta and keta sebelah indicate nak masuk depan kita, saya akan bagi...rugi dua tiga saat je pun..bukan boleh sampai perlis pun dgn dua tiga saat tu. Dan kalau saya pulak orang yg nak cilok tu, saya akan angkat tangan. Awat nak eksen nak  agro sangat2 pun? Kalaulah keta saya cam keta tengku adam (yg esah n piah hari2 dok usha) tu logiklah saya nak berlagak...ni keta saya takat vulva (oops!) Mybee je ...Tapi kan, kalaulah saya potong barisan kat tol, saya harap2lah tuhan rosakkan keta saya sebagai balasan.

Itu sahaja azam saya-yang-bukan-cik kiah.

Sent from Samsung Mobile

Friday, June 21, 2013

Saja nak share

Puasa is in less than a month....i have loads to ganti dari zaman pregnant Little D dulu. Dah bertapuk2, bayar fidyah tiap tahun sama rhege dgn cincin belah rotan sebentuk (tu dia perumpamaannya). So this year i thought instead of bayar fidyah through meybeng, baik donate terus je ke fakir miskin. And i so love shopping online...tak kisahlah walaupun bukan utk diri sendiri.

So i surfed the net looking for a company that delivers groceries. Tesco tak buat payment online. I once used the service of doorstep.com. Tapi laa ni depa buat utk office supplies and pantry je. Then i came across redtick.com. Their delivery service doesn't include the area of the Home i wanted to send the stuff to. But they have online chat on their website. So i asked the  staff..namanya Amy, cemana i nak hantar barang utk charity ni? 2 minutes later she got back to me...dia cakap oleh kerana it's for charity, they will send the stuff for me, FOC. Hati i dah berbunga2....

So 'shopping'lah i...hati bahagia sekiranya penerimanya bahagia jua (statement sayu). Paid online at 6pm. Goods will be delivered between 12-2pm the next day. Not bad! Less than 24 hours. Pastu malamnya i terfikir...aiya...what if the house hasn't got a freezer big enough to accommodate the whole chickens that i ordered? So, masuk balik ke website, the agent was offline. I emailed them, mintak tukar ke canned meat, total up kurang 50 sen dari harga ayam2 yg i was substituting for.  5 mins later, this Amy replied my email, sure, they can do that for me, katanya. 

The next morning, this Amy emailed again, dia kata canned meat yg i nak tak cukup 6 cans. So they have substituted for another brand yg mahal sikit. But no problem katanya, they will absorb the difference (5 stars!!). pukul 12.02min when i was in a meeting, the van driver called to confirm the address and i gave them the person in charge punya hp no. 5 mins later he called saying that dia dapat uncle chenna yg jawab no. tefonnya. Dia kata org tu cakap 'Aro.....aro...'. I said, huh? Like i spoke to the Ustaz yesterday, takkan salah no. pulak. So i pun call...laaa...setiap cerita samada cite hantu ke, romance ke, mesti ada character badut kan? In this story, the van driver was one.  I said to him, 'ish! Bukan chenna la! Ustaz tu bukan warganegara Msia. Sebab tu sore dia lain...!' Tah hapa2. i didn't hear from him again, so i guessed, all was well. At 2pm, got an email from Amy again...apparently the driver has left a box of eggs = 7 trays in his van..terlepas pandang. But she will make sure he delivers them the next day. Kan dah cakap badut...

All in all, i'm very satisfied with Redtick's performance and i shall be using their service again in the future. Rasa sekejap cam i kat developed country pulak. Ye lah kan...a lot of the times kalau depending on other people ni macam dgn bank ke, Astrok, pejabat gomen (but saying that my experience with LHDN and Immigration had been good), jaga kat Cyberjaya yg gaduh dgn Esah (while i pi beli sandwich), Kenny Rogers, B00mtown (harus mention gak ni) cam &%&%# je kan...Go check it out...manalah tau dah dekat bulan Ramadhan ni and ada sesapa nak ber'shopping'. Tak payah hangkut beras berkilo2 dgn kereta sendiri ...apparently, my friend cakap the price of the goods are reasonable, some even cheaper dari supermarket biasa (ni dia cakap pasal i don't shop for groceries, hence...)

OK taraa...!

Thursday, November 22, 2012

Asyik nak nak je

Hmm...tak merasa I nak buat wordless Wednesday tau! And you wonder why my kids thought you ni polis Esah oi!
Anyway, been hibernating...macam nak merajuk but takde sapa nak pujuk. So kenalah pujuk diri sendiri and snap out of it kan? But honestly, I've to attend a course. Compulsory lagi Dr Lurpak! Rhope2nya aku dan gangnam Phd dua tiga kerat tak cukup credit hours. Got meh? Well, I'm not one to protest, hence..assignments berlambak uols! Tergendala sekejap kerja thesis ku ..(Not really sekejap, nearly 3 weeks jugaklah).
A lot of things have happened since. But at the end of the day, I couldn't cope with having to 'compartmentalise'' my thoughts. Need to prioritise. Not to say one is more important than the other but if I don't pass this course (yg cam hantu pasal ada exam jugak), tak merasa le naik stage ye walaupun thesis excellent gila, viva no sweat etc. Terngiang2 di telinga pesanan co-svku. Sleep thesis, breathe thesis, eat thesis...perform most minimal bodily functions saja like bey bey n shi shi. In my case, sleep, breathe, eat lempoyang, misai kucing, stemcell saja...ie assignment course ittew. One fine day tu I didn't bathe for 26hours kau! Hehehe...don't think anyone in this house notice pun..sib baiklah weather ala2 Inglan. I'm the oldest student in the class...tak mo le nampak lemau sgt otak ni kan..kena la score jugak..My friend's opinion is 'once a nerd always a nerd'.
Anyway, hopefully hapdate ni secukupi utk memuaskan napsu serakah Esah yg di kala ini sedang mengaccompany boipren schizonya balik kampung kat Mombassa sinun. Saya sudahi dgn cerita teladan di bawah ini.
Last weekend I withdrew some money and pi shopping...kat Gardiang je...beli ubat2an utk awet muda (dan menaiikan napsu...kahkah gilo ko?). Anyway, tinginnn sangat nak makan apam balik...(Yes Esah, you like karipap pap..me like apam). Dlm purse tinggal 5 inggit je. Kalau terbang duit tu mau menggelupur atas tanah. Maklumlah, tengah2 bulan ni. Otw to the gerai, jumpa kucing, so bagi dia makan biskut miau dulu. I tengok rhege AB 50sen. Then I told the adik AB, ampam balik 10. I saw the adik main laju je masukkn dalam plastik. Aikkk! Dia ingat 10 inggit ke? Malu la gua kalau silap. Duit cecukup 5 inggit je. So I said, dik, 10 keping tau, bukan ringgit. The adik told me, tau kak, saya bagi extra. Masyallah! Dalam kereta, bergenang airmata I. Is it because I fed the cat thus Allah murahkan pulak rezeki I? If true, Subhanallah! Berbunga2 hati...tersengih cam Abang Nuar pulak yg belanja I (btw Esah, jap lagi aku bagitau cite psl Bang Nuar). Bila sampai rumah, I nampak ada surat utk I. So I bukaklah...masa ni airmata bukan setakat bergenang lagi..jatuh berderai2 uols! Tu dia...terpampang gambar kereta I kat surat tu. So pretty uols sampaikan I ingat kereta I disambar jadi model bulan Nov gittew..rhope2nya kena saman AES...! Terbang budgetku nak pi facial bulan ni. Ces! Apakah dosaku? (Yes I know, no need to think aloud here).
P/S sesungguhnya Bang Nuar buat statement yg wanita idamannya adalah NoraSiDanish Cookie tu. Eleh Bang Nuar, apalagi? Kan adik Danish cookie tu single mingle, esok pun I boleh tolong pinangkan. Unless lah u...oops! (Sempat tutup mulut sendiri..)

Btw, ni Monty tengah cakap, tak puas2 aunty Esah ni tau! Asyik nak nakkk je.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, November 3, 2012

God's little creatures

I ada kawan ni. Nak kata baik sangat dari dulu tak jugak. Tapi since dah jadi teman se-bot, you can't help but get close to one another. Hati dia baik. Suka tolong orang..suka bersedekah. Dan tidaklah cam I yg liat nak ke kelas ngaji..lagi2 kelas ustazah yg garang. Teringat jaman2 sekolah dulu yg kakak2 senior suka sangat nak paksa2 pi usrah. And dia takde nak buang2 duit beli henbeg, bling bling cam I ni. Sempoi je orangnya. Anyway, because of all her attributes ni lah I propose kat dia satu plan ni. I am a loyal supporter / reader of myanimalcare.org. One post mentioned about the plight of some dogs at a construction site. The dogs were abandoned and starved. They were emanciated. Two lovely ladies feed them daily but only manage to do it once daily. They actually cook the dogs rice with any food scraps given by donors. They welcome any kind of assistance in the form of human / dog food or cash. Since my friend ni ada family business yg melibatkan makanan yg sentiasa ada leftovers yg tak terlarat makan dek depa, I asked if she would mind donating the leftovers to feed the animals. I said since the tempat kejadian tak jauh dari rumah dia, I'm sure if we were to contact the two ladies, they wouldn't mind coming to collect the leftovers. At first dia tanya, kucing ke? I said no, dogs. Eh, anjing taknaklah katanya. I asked why not? They are also god's creatures. Lagipun kan makanan tu kan akan dibuang juga. Ah taknaklah katanya..and that was the end of discussion. She said they were taught since little to not bagi muka kat binatang. Which I presumed here must be cats and dogs.
Recently, she asked me why is my hbag always so huge and heavy? I said because among other things I carry catfood with me. She then said, ooo u must be like one of those ladies that feed stray cats. I proudly said yes I do. She told me of this makcik yg selalu bagi kucing makan on the way home from surau. Tak sukalah! Bagi kat depan rumah orang..pas tu kucing berak kat rumah kita. I just said, you just tell the makcik to not give any cats makan dekat2 dgn rumah u. And if you don't like cats to trespass your garden, pancut je lah air...
I'm disappointed. I'm really, really disappointed with her because dia selalu quote hadis itu ini ayat quran itu ini, ajak orang kasih kepada Allah n Rasul...tapi sayangnya dia tak extend kasih sayangnya kpd makhluk Allah selain dari manusia. Entahlah...susah I nak terima orang macamni jadi kawan rapat I. I rasa macam I mewakili all the stray cats and dogs out there sangat2 kecik hati dgn dia ni. Semoga suatu hari nanti hati dia berubah.
Kalau ada yg rasa Cik Kiah over lah, asyik2 nak bela nasib binatangggg je, ramai lagi orang yg kelaparan kat luar sana. Dah nama blog pun MakBulu...bukannya bulu roma or bulu jem@£¥! Sebenarnya orang yg ada rasa belas kasihan kat haiwan, akan rasa belas kat manusia. But not vice versa. Ingatlah, yang di atas tetap memerhati dan mencatit walaupun you tolong seekor semut sekalipun.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, April 16, 2012

Rojak entry

I started this blog in 2006. Back then it was under another name. 6 years down the road, my style of writing has changed. Sekarang lagi banyak carut2...dulu banyak cakap omputeh je. Maybe because of pengaruh Esah kut...the carut marut i mean. i certainly didn't take after her Queen's English. At that time, Little D was the only child...my biggest problem was selalu berebut doughnuts and chipsmore dgn maidku. Sekarang, of course my biggest problem is dot dot dot. Last week he made me so mad, that when i was in the shower, i terkeluar cakap, why don't you just die! Ooops...tak baik mendoakan yg buruk (sambil beristighfar 10X)...(tapi my exact words were, pi mampus la! -(beristighfar 100X). But it's all water under bridge....somewhere out there ada opah yg kena jaga 6 orang cucu with the youngest one is HIV+ve and laki opah tak boleh kerja kerana ada sakit chronic, mak bebudak tu dah meninggal and paknya lari. So, my problem is minute compared to hers. Ini peringatan utk diri sendiri dan juga utk orang2 di luar sana yg rasa tak mau hidup lagi kerana boipren lari ke, boss macam mak mertua kassimselamat, supervisor serupa bisul ke, laki ngalahkan kambing jantan etc. We will only achieve ultimate happiness bila kita abdikan diri pada Tuhan - amboi bercakap macam Ustazah pilihan pulak..but betullah kan..this i realised after i cursed that person dlm toilet tu.

Anyway, I ada cerita masa i buat umrah hari tu. My friends cakap in Mecca and Madinah, macam magic. What you wish for there and then akan dapat - ye le berpada2 la jugak apa nak diwish for kan? Takle wish nak kawin aaronaziz ke..At the same time mulut and hati kena jaga because kalau buat onar (new word of the day), jam2 tu jugak dapat.

Magic
#1. I suka tengok babies org Arab yg chubby2. So one Maghrib at Masjid Nabawi (MN)Madinah, i cakap dlm hati, dapatlah dok sebelah pompuan Arab yg bawak anak. Tup2 this lady came and sat next to my mum and she brought along her child about 2 years old. Sweet!

#2. I couldn't stand bila nak masuk MN mesti ada suku sakat yg suka nak bertolak2. Most of them dari benua kaplam tu. Once, bila dah dapat masuk masjid, my mum nak landing kat satu tempat yg celah2 kaum tu. I said, taknaklah, nanti bila sujud mesti end up bawah kain diaorg and baunya .....So we moved to another area yg lapang takde org lagi masa tu. Tup tup lepas tu dipenuhi oleh jemaah and guess la...kiri kanan depan belakang semua kaum dia. Hik hik hik..

#3. One time at masjidilharam (MH) Mecca, while waiting for isya, perut i berkeroncong. I cakap dlm hati..laparnya. Then came an Arab woman who handed me a packet of biscuits.

#4.One subuh when i was at MH on my own after solat sunat jenazah, i ran to the balcony from where i was praying in hoping to see the jenazah (i thought they would lay them out near the kaabah). There was none. Later, i cepat2 keluar from the masjid as i didn't want to be caught in the traffic (of bodies) and when coming out of Gate 95, there they were....the jenazah being carried out in the crowd.

#5. In Mecca, everyday going and coming back from MH, mesti ternampak kucing2 kurus yg macam tak cukup makan. Berhabuk and berdebu. Until one day, i asked God not to tunjukkan anymore cats to me because i sungguh tak sampai hati. From then onwards, i didn't see any cats anymore.

Probably had i asked God to cium hajar aswad, sembahyang kat hijr ismail etc. insyallah mungkin dapat kut..but since mum was on wheelchair and we prayed and tawaf on the 1st floor, takdelah i buat permintaan sebegitu.

Talking about cats, i came across this black and white spotted cat with 3 kittens in Madinah. She and her kittens lived in a box on kaki lima bawah hotel called Fayrooz if i'm not mistaken. She looked clean and well fed. So were her kittens..umur lebih kurang sebulan. I fed her some friskies once (yes, i do carry some cat biscuits in my handbag) but dia tak reti langsung makan. Then the last Subuh in Madinah, she was nowhere to be seen. Mesti pi cari makan ni..i told my mum to stay put and i ran across the road to this mini market and bought a can of tuna. Bagi kat dia, pon dia tak makan! Lerrr...later that day i saw here eating some meat from kebab. Agaknya dia biasa makan daging je kut....

Then in MH, there was this cat that sat next to the tangki air zam2. I poured some into the plastic cup and bagi dia minum...pandai kucing ni! I whipped out the friskies (again..!) but before i got to feed him, some Arab kid chased him away ...pasal geram tengok cat kut. Hish! Then on the way back to the hotel that very night, mum and i saw these 2 boys (i think their parents were street peddlars, they were definitely not Arabs) who kept a cat under a plastic box (macam kotak bawang camtu) and they pushed the box merata2. Imagine the cat bawah tu tunggang terbalik. It happened under the zam2 tower. There were other people yg tengok and tak heran pun perangai anak ifrit 2 ekor tu. Masa tu bulu tengkok i dah naik dah. I went up to them and said, let the cat out! ( tak guna cakap omputeh bukannya dia faham pun..). One of them replied, sepuloh riyal. I said no! Masa i nak angkat box tu, one of the boys stood on the box and jerit2. Waah! Ingat aku takut?! (takutla jugak tapi mak i ada tongkat, so i can libas2 gaya jedi knight if it came to that lah). So i pun jerit Polis! Polis! (memula terpikir2 apa polis in Arabic? Is it polisi? eh itu indon..). Mencicit diaorg lari sambil jerit2 - ada aku kisah? The poor cat got out of the box tapi idakle lari jauh2 pun. We stood there for a few minutes just in case the boys came back to torture the cat. Lepas tu yg i berdoa, please God, tak mau dah jumpa stray cats in Mecca. It is a holy city and people are supposed to do holy things..but i just couldn't understand how on earth the stray cats all looked so thin and sickly.

I rasa tak puas. I so want to go again, kalau boleh, next year :)

Friday, March 30, 2012

Misi kemanusiaan lagi

Welkam Vannekam!

I have been away, came back, on my back and apa lagi? oh yes, kompitel buat hal, i can't go on the internet...ni pinjam MG punya di sebalik dengusan2nya yg konon nak buat kerja tapi masih aktif memegang remote astro. I have loads to say but i have 2 homework to do before i can go on menceceh. First assignment, dah buat i.e. sambungan cerita pasal aruah PB. second one, i am doing it now.

Sejak akhir2 ni, banyak isu2 kemasyarakatan yg i post kat sini (ewah, baru dua dah nak keriau). one of course as you all know, about cats, animals etc. Second one is on the issue of kebajikan pesakit2 mental kat Msia. I think i've posted something on this many moons ago about that 'rumah kebajikan' yg ramai inmatesnya tapi kekurangan staff. The inmates were chained to the bed, naked, botak and all. This is one senario yg oh sungguh common di Msia because stigma kut ye, kalau ada ahli keluarga yg 'mental'? You put them somewhere yg jauh dari you and haraplah orang tu jaga and bagi makan..pada you ni kira pun dah cukup bagus.

Sebab stigma juga bersedarakan orang gila, our people lebih sanggup berhabisan beribu riban bawak si pesakit jumpa tok moh here and there. Diagnosis buatan orang or kena sampuk jin lebih senang nak diterima dari schizo ke, bipolar ke, molar ke (got huh?). I had an uncle whom i think now that i'm a little cleverer (katanya) was a schizophrenic. According to my parents, masa dia time2 spm dia telan ubat taknak bagi tido berbotol2 because he wanted to stay up and study. SPM dia pun kantoi..then he started to hear voices and slept with pisau bawah bantal. Jenuh opah i bergadai golok bawak dia jumpa tok moh sana sini. He even had a short stint at TR. I told my parent, i think he was a schizo. Eh idak idak! So and so buat dia sebab menolak chentanya. Sebagai orang Sains, i bagitau la hujahnya..the fact that his symptoms started to show when he was in the late teens, the fact that he heard voices and all...Eh tak! Gangguan jin tu. Sekarang uncle i tu dah aruah dah and the only meds he had was probably ubat cap kaki tiga. I have another aunt and uncle bau2 bacang yg agak2 kurang seposen jugak tapi tak kacau orang. Suka dok kat pondok dlm kebun and kerjanya menyerongen je. Don't play2 you know! Orang kampung cakap yg aunty tu kawan ngan rimau (alah..yg ala2 warisjarihantu tu).

So, what more could i say? My uncle was devoid of any necessary medical help because our people refused to acknowledge that he 'was sick in the head'. Their solution to this problem was to kahwinkan dia...btw, mengahwinkan orang yg tak berapa centre bukanlah satu perkara yg isolated ye..ada anak cina AhKau (nama paknya) yg pak i selalu beli barang runcit dulu pun dikahwinkan paknya. Even we kids know yg dia tak berapa centre. Suka usha weols and cuit2..(erk, now to think of it, paedophilekah dia?).

Hmm..now i'm not sure if this post dah menyimpang jauh dari apa yg i sepatutnya propa kan. Anyway, please support this group of people yg sungguh berhati murni bekerja keras mewujudkan Msia yg lebih harmoni (cewah). You can find out about what they do here. Seperti yg telah diwar2kan sebelum ini oleh lain2 blogger yg tersohor www.helpandhopecommunitycare.com. They need RM35k to sponsor 5 unfortunate pesakit psy untuk belajar berdikari. And tempoh pembelajarannya adalah selama 6 bulan. Marilah kita semua menderma by clicking here (http://www.helpandhopecommunitycare.com/#/special-project/4560429502). Hari ini hari mereka, kita, anak kita atau sedara mara kita, tak tahu lagi.

Wassalam.

Friday, July 29, 2011

Muhasabah diri

Minggu ni hati i ada banyak juga susah (cak. cam. kel...ko paham esah?). Bella cakap the problem with me is that i'm a people pleaser (aka no balls one lah - but this is coming from me). Btw, Esah, Ani BNS, Bella bukan taknak kawan dgn kita dah, dia sebenarnya sibuk menguruskan adiknya serta ladang ternakan lembu frisian kat KK sinun serta menjadi isteri mithali dan jadi polis pemerhati di laman pesbuk..ye la kot2 pekerjanya tak siap kan mansionnya di ladang anggur..almaklumlah..mestilah ada org yg akan ambik kesempatan dirinya yg jutawan buah2an dan macam2 lagi ittew.

Anyway, ceritanya:
1. Ni kena cakap secara analogy ye. Cam andaian i simpan buku2 i kat library awam, kiranya kalau satu hari i dah tak pakai buku2 ni, i dermakan je la kat library tu. Tapi eh eh..i need to borrow some..but the librarian cakap, tolong isi borang A->Z dan tak boleh pinjam semua ye! Does not matter i yg donatekan buku2 ittew..erk?? Anda faham semua? Pastu bila dah dapat greenlight utk pinjam, kuli librarian yg dok kat counter sibuk sokmo..so buku2 masih tak boleh keluar lagi.

2. Cemana ni? Peksa dah nak dekat, buku tak boleh pinjam lagi...(ni masih bercakap secara analogy lagi)

3. I perlukan buku2 lain yg i tak dapat cari. Librarian cakap, awak contact orang ni, dia ada lebih kurang 700 buah buku yg dia kumpul..takkan dia nak pakai semua kot. So i pun contact, and this person cakap, nantilah, i akan decide mana yg i taknak, pastu baru i bagi you sikit, ok? Entah bila le tu...errr....i really want to complete my phd in 3 years ..

4. Anak buah DarthVader yg dari dulu i suspect mungkin kominih dlm selimut (remember the one yg cakap kat i, 'so easy one! You just follow the protocol') rhope2nya pernah kasi warning kat budak ni yg mengajar i teknik2 utk buat roti mengikut protokol tersebut (analogy le gak ni) supaya jangan buatkan roti2 utk i! Biar i buat sendiri. How dare she! Walaupun duit i banyakkkk berkepuk (apa motif utk jadi tin kosong di sini pun i'm not sure) dan boleh upah sesapa buatkan roti utk i, tak pernah i terpikir nak buat camtu! I am pissed off..sampai ke situ dia boleh have that impression of me...i tau la i ni takde basic dlm hal2 buat roti, but that's why i'm here for..nak belajor le. Inilah masalahnya org yg first degree universiti kampung, masters phd pun dari unikam yg sama, and kerja pun kat unikam..tak pernah keluar tempat lain in the last 10 years. Tak yah la nak rasa threatened dgn i..you either provide me with some assistance like you're supposed to or get the hell out of my face. (Dialog ni dah i karang dlm kepala otak i, so kalau senario yg seakan sama berulang, nescaya i akan menang award nanti). I am like the camel who is just waiting for that last straw..

5. Kenkadang, when we are faced with an obstacle (or in my case several in one go), we pray and hope for some divine intervention. I was hoping that it'd be in the form of the 'library books' or better those 'precious books' yg i kena mintak dgn org lain or si kominih berenti kerja ke. But 'help' never came in the form that i expected. Ni nak cerita le ni..Mak i suh i cari cikgu mengaji utk little D. Sib baik i masih ada mak i utk mengingatkan i tentang benda2 akhirat ni..kalau tak dok berangan nak hantar anak main muzik la, balet la, tennis la but benda2 keagamaan lupa. I must emphasis on the word berangan here because selagi i malas nak keluar rumah and jadi supir budak2 tu, kita angan2 je lah nak oi..(pssttt..Ani BNS, pinjam kuda kepang satu). So buh add kat internet..cikgu ngaji yg nak buat nak buat housecall. So 3 weeks ago, startlah little D jadi anak muslimah. Baby X refused to join sama tapi akan main lego depan cikgu, boleh??? Cikgu ngaji ni budak U, cari duit lebih buat belanja. I pun suka le tengok student gigih camni, so unlike the ones i knew yg mengabihkan taxpayers and bapak's money beli hanfone canggih2, pas tu tak pass2 sampai kematu. Anyway, i cakap kat maid i, bila 'ustazah' datang, buat le air, masak jemput2 ke, nuggets ke, paling kurang pun biskut la. It's only 3X/week. And i suka bertanya bila i balik dari office, ustazah makan ke? Kul berapa dia sampai? etc. Tak pernah yg my maid cakap apa yg dihidangkan tak dimakan dgn licin, walaupun cuma biskut kelapa. I asked my maid to risik2 dia punya family background..saja je.

Then one day, my maid told me that the ustazah came and sebelum mengaji dah tanya, kak, ada nasik tak? Dia lapar sangat, so my maid said, no sweat, nanti dia panaskan lauk. Licin lauk2 semalam my maid said. So, risik2 rhope2nya, dia anak org susah...bapak kerja buruh buat jalan. Mak hoswipe. Adik beradik ramai and she's among the elder ones. Sebelum masuk uni dia dah pernah kerja utk kumpul duit buat biaya nak masuk uni. She's not on any scholarship, ajar ngaji utk dapat duit poket. Yg tak bestnya, oleh kerana cikgu mengaji selalu cakap berapa2 la utk parents bagi gaji, ada yg bayar 5 inggit je utk sejam punya lesson. Waaah! Bayar tuition maths english ke hapa sampai 5, 6 puluh sejam boleh lak (or whatever the going rate is), belajar mengaji boleh bayar 5 inggit je?? The saddest thing is, she can only afford to eat once a day. Not more that 5 ringgit/day. Time2 lain makan biskut, kuih or roti je utk alas perut. Bila i dengar my maid cerita, i sebakkkkkk sangat. There was i hot sana hot sini...at least i ada duit, ada rumah (kalau esah nak tambah, dia akan kata duit bazir gi beli henbeg dgn bling2 and lagi mau keriau2). It really puts things into perpectives...yes, god didn't grant me my wishes but he made me realised that i am lucky than most. So, sekarang ni dlm kepala otak i asyik terfikir pasal this poor girl and tetiba i rasa hidup i lebih bermakna lagi...if you know what i mean (and yes, that i whine too much).

P/S sesapa yg tengah cari cikgu mengaji utk anak2 area2 bangi, putrajay, kajang, leave me a message.