About Me

My photo
I'm forty and (not) loving it.
Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Thursday, November 12, 2015

Hanimung


Baby X: Mummy, honeymoon tu bulan kluar madu banyak2 ke?
Little D: Bukan laaaa! Bulan madu tu kita pi Istanbul....Paris....kita dok kat hotel.
Baby X: Dekat hotel tu dapat madu banyak2 ke mummy?
(Masih tak puas hati bec this girl likes her honey)
CK : Well...you may get your madu if you ask the hotel for i..
Little D: Bukan la Baby X! Bulan madu tu orang dok dalam hotel je dan buat gatal2. (Haaa????!) Macam dlm cerita Maaf Jika Aku Tak Sempurna tu....

Mati laaa...anak acik ni banyak sangat tengok drama Melayu...
           


Sent from my Samsung device

Monday, August 10, 2015

Introvert bukan pervert

Helo uols...

I hope it's not too late to wish uols Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin..

I wanted to write on several different issues. But since sungguh laaaamaaa tak memblog, going back is like having to take one step over the hurdle. Keep putting it off.

Anyway..

Raya was OK. Agaknya sebab tu orang tua2 cakap Raya is actually fun when you were a kid...bila dah besar2 ni..terasa hambar...especially for an introvert like me. I suka dok bawah celah ketiak mok je. If mok nak berjalan, i ikut. If not...i dok diam2 ngadap mok or tidur.

Whereas, kekanda2 i..hamboi kemain lagi ke utara, ke selatan tanahair diorg jejak saudara mara. Dah la kan..nak jalan jalanlah..no hal but janganlah sampai kata kita tak suka sedara pulak kannnn...

To the point that i had to contact Temah Molly...terukkah i Yang? I tak sombong kan? Kan? I tak suka to be in family/relative wasap. Bec like every family mesti ada yg giler sikit...hypocrite sikit...jilat bontot sikit...and me, i can't stand all these kepura puraan. Like, in real life ko suka bagi i sedas dua, suddenly on group wasap ko bercakap pasal tips memikat swomi pulak. She said no you're not a bad person..you're just an introvert. Perlukah i mintak pengesahan ong lain yg i bahawasanya tak sombong...it's only i like the company of my books, hp and cats more..oh yes, and my mum. I like being in my cave..

I don't know what to say when i'm put on the spot. But if you want to cakap, cakaplah..i like listening to your stories. But i seksa nak bukak mulut and cari bahan nak sembang. Sebenarnya, i do better in the company of geriatrics yg perlukan orang utk mendengar cakap. My MIL talks..she has a lot of stories. That i like. So does my PIL. But with my other inlaws..oh siksanya jiwaku.

Masa pi umrah dengan mok i dulu, diaaa je bercakap...and i was her mute 40-year old daughter...i felt like i was an awkward 11 year old. But i smiled all the time, mind you.

I masih ingat lagi masa i sekolah rendah dulu mok pok salu threatened and paksa i pi bday party anak neighbours. And these are the people yg i didn't go to school with..bukan member sepermainan...i was malu nak tengok muka depa pun. Nasib baikla it was not the norm then..imagine kalu sekarang ni..sikit2 party...mau i mati of 'over-exposure'. Bila dah masuk secondary school and then uni, pasrah je lah mok pok i...lebih baik anak depan mata dok berkubang dlm bilik baca novel dpd pi merendek, bersidai kat shopping complex sinun atau dating, kan? But when i'm in a 'role', i ok pulak..i suka ambik bahagian in story telling..suka take part in concerts...like now, i thrive among my subjects..but no no no..janganlah suh i rub shoulders dgn depa2 lain kat firm induk..Mau i spend half the time dalam toilet to kill time rather than making small talks with other people.

So sedih la jugak bila kita need someone from outside the family to tell you, 'no, you are not a bad person. You are just an introvert'. A few days after that dia tag i kat gambor this malay lady tengah bagi stray dog makan. She said, this is just like what you'd do. Hence the faith in myself was restored.

Sunday, February 8, 2015

Random thoughts

Hola! 

Sometimes, when it is late at night, i feel like writing a blog post. Have loads of random thoughts from last year...but as we know, banyak sangat tragedi yg berlaku in 2014..the creativity was stifled.

Anyway, nak cerita pasal food. I stumbled upon goreng pisang cheese at least half a decade ago in Medan. Masa makan tu rasa...wow..! What not to like? Goreng pisang? Suka. Cheese? Gua hantu cheese. Tambah coklat pulak...Heavenly sungguh! Then, mid of last year when i was in Kuching, went to this unassuming little cafe near Pullman Hotel for its ayam penyet. Had gpc for dessert...the best gpc i've had so far! Large, crispy pisang goreng...if you're in Kuching, go visit De Monas cafe.


Then....tetiba gerai gpc muncul so near to my office! Bukan satu, tapi tiga! If sesiapa lalu dekat TPCA (old stadium) near HKL, cari gerai 1001. Tak ingat harga...RM7 rasanya. Pisang disusun 2 tingkat. With generous amount of cheese n choc rice, oreo, cornflakes ...whatever takes your fancy. Adik yg membuatnya pun so peramah. I cakap kat dia klau bawak tupperware sendiri harus dibagi 2 gpc free..save the earth gittew..so uols, bawak bekas sendiri ye...and cakap kat dia acik kereta kumbang merah said so...hihi...pepandai je i!






(pic removed)


I ordered this cake for MG's birthday. Uols tak rasa i ni menghiburkan hati ke??? Well, the kids potong stim. Depa heran why i would want to put a pic of a fat person on the cake. Duh! Baby X tanya why don't i want Frozen's Elsa or Winx Club ke...hmm...klau ikut citarasa daddynya, i rasa tukang buat cake tu mungkin tak sanggup kut nak cope dgn cake yg x -rated. Little D langsung tak makan kek tu pasal dia 'jijik' katanya....ikut sapalah anak aku ni prude sangat...not that i mind at all...bigger share for me and her dad. Pastu, came my birthday MG bagi i SR je uols! Selalu tu ada jugak from Slice of Heaven..but last year SR je! Sampai hati! And then he couldn't understand kenapa i sentap, boleh?? So sentap to the extent that colleagues at work pulak yg pi belikan red velvet cheese cake from SOH..diva sangat! Anyway, sayang sangat kat diorg.

Itu je lah nak cerita.

Sent from Samsung Mobile

Wednesday, November 19, 2014

Kicap

Sapa ritu ada tengok cite slot akasia yg ada FahrinAhmad and SaraAli tu? Sejak AriannaRose i dah jadi mokcik (ni istilah laki i)...slot akasia je mesti i nak nengok..dgn anak2 and maid. MG tertengok kalau dia balik office masa tu...pastu dia pretend cam dia tak tengok...kenkadang i caught him sengih2..

Ada satu adegan ni yg si Luq (FA) lepas menjalankan tanggungjawabnya sebagai swomi (ehem!) buat pertama kali..pastu dia selak bawah duvet ada tompokan keperawanan bininya..oh amat berpuashati dia kerana sebelum ni dia ada sedikit gusar samada bininya bohsia seperti yg telah diwar2kan..(tipikal cerita melayu sangat tauuu!)

Pastu Little D bertanya..'mummy, apa tu??'

CK: Kicap...kan tadi dia ada order room service? Lepas tu tertumpahlah..(tidakkah uols kagum dgn jawapan spontan i? Sungguh bergeliga otak i)

Pastu dgn tetiba dari mana tah.....'I nak kicap! I nak kicaaappppp!'
Ekeleh...cik swomi ku cukup nak kena ni!

And lepas tu sesikit MG akan cakap, i naaakkk sangat kicap......
Pang!!

p/s Keesokan harinya, LD bercerita yg kawan dia pun cakap moknya asyik terbayang2 scene kicap tu..hihihi..nampak gayanya istilah 'kicap' itu boleh diterima dan diguna pakai oleh kanak2 darjah 2..

I told MG...matilah anak kita dalam 15 tahun lagi mesti trauma bila tetiba dia dah faham double meaning mok pok nya..cam i dedulu je... 


Sunday, May 4, 2014

Kojak No More


A few months ago i moaned about my hair falling out in clumps. Selalunya memang gugur pun, that i had to comb with my head over the dustbin...but during that period of 1-2 months, it was so bad that bergumpal2 rambut dalam tong sampah. I could even see my scalp. I tried  all sorts of remedies such as halba, kacang hijau..ended up smelling from kari mamak to bubur. Collagen in the form of capsules pun i telan. Not mentioning sleeping with greasy hair from minyak kelapa almost every night. Sekali tu i jenjalan kat KeyHellCC and termasuk ke kedai Himalaya. I tanya ane ni if he had anything to recommend for hair loss. Terus dia tunjuk yg kat atas tu. Apparently it's from cermai. Tried for 1 month...whaddya know?! Rambut dah tak gugur bergumpal2. Sekarang ni dah masuk 3rd bottle and i don't need to tadah my head kat dustbin anymore when i comb my hair. Less scalp is showing...ada new hair growth...cey...sikit lagi rambut i akan tebal cam 'helmet' Esah.

Masa kat Kuching haritu, i forgot to bring my comb. The whole weekend i tak sikat rambut...hotel ada kasi as part of vanity pack dia. But i didnt use it because i have this penyakit yg suka collect sikat2 free untuk didermakan pada orang2 susah satu hari nanti. Tak pinjam MG punya sikat pasal...errr...tak suka pinjam orang lain punya...except my mum's. Kalau dgn mak, pinjam sodalam pun i sanggup. Cam wongiii jerr..

Anyway, kita tak kisah la kan...dulu masa nak kawin, kita bagitau lah pada bakal cik swomi kita..rambut saya wavy saya cakap...
Eh! I suka pompuan rambut gitteww...macam Julia Roberts dlm prettywoman, katanya lagi. Auuuuu!
So for the next 6 months after kawin, i sesajalah kirai2 rambut...tak yah blow dry lepaa cuci...julia roberts la katakan...

Haaa...weekend tu kan weekend 'raikan cinta'..sesikit mandi kena basah rambut kan ehemmm...(gilo! Acik dah mula berhalusinasi)..what? No sikat? No big deal lah! Kan boipren kita tu pandang kita dengan mata hati..

Pastu, i cakaplah kat MG. 'I terlupa bawak sikat'..
MG 'laaa...padanla rambut you cam the Croods"
Both images from google.

Dari Julia boleh jatuh anak tangga carta ke Eep Croods uols! Ok adik2 kat luar sana, seriously uols still gedik2 nak berswomi?? Pada yg baru berswomi tu, tunggulah 4, 5 bulan lagi...jadilah cam Acik ni uolssssss..mata hatilah sangat!

Sent from Samsung Mobile

Thursday, May 1, 2014

Raikan cinta

Ptuiihh ..katanya.
Kalau ada rancangan RC macam kat Asteruk tu utk pengantin tua cam i ni mesti geli geleman kan? 

Well recently it suddenly daunt on me that MG and i had never been on a romantic holiday ever since the kids arrived. Dia yg takut sangat anak2nya scarred for life kalau ditinggalkan..you think budak2 tu kisah? 

What the heck....i really needed a break. Anyway, dua, tiga menjak laki i bertukar jadi cam laki mamak yg sungguhla possessive dan kureng bila i nak pi berjimba dgn kengkawan ketat, i told him he has to come wt me then sans kids. I said i would determine where we go. One morning i rang him up at the office and tanya mana passport. Pastu dia cakap nanti i call you balik. Ish dia ni! Dia tau tak book flight tickets online camna? I'm seeing the flexi fare jadi tak flexi in a matter of hours...tak boleh jadi ni! Terlepas merasa nak makan brownie kukus (Bandung), pancake tepi laut (Krabi) or nasik padang (Medan). Kita pi Kuching je lah pok nya, ye?

I did the hotel booking too...through agoda. I was testing my luck...kemain lagi dalam special request i cakap nak king sized bed, good view etc since it was my honeymoon (pergh!) And first time in Kuching..

Wayheyyy! What do you know? Bukan sahaja the front desk staff threw in free breakfast for two, we also managed to check in at 12noon. And naik2 bilik ada 2 bijik swans atas katil uols! Dgn rose petals lagi...dlm bathtub pun depa buh sama..And the view? Dok berkubang dlm bathtub while watching the sampans on the river. Romantic sangar uolsss!

Adakah pasangan anda romantic? Ya ampuuuunnn...tak langsung! Kalau tak tengok tv, we'd be talking about the kids. Beli kek lapis, tikar and terubok masin..then balik hotel tengok tv some more and tido. But no squabbling children??? Bliss uols! And just what i had expected, bila tefon rumah, bebudak tengah berpesta ponggal.

Let's do it again pok nya ye? Next time kita bawak your favourite bubble bath ...baru la boleh fefeeling Julia R and Richard G cam dalam PrettyWoman.

Pssstt...lenkali kalau i book hotel i akan cakap gak i'm on my honeymung walaupun bawak anak branak semua..sukalah fefeeling dgn rose petals gittew...


Sent from Samsung Mobile

Wednesday, April 30, 2014

Cerita kawin-kawin


Conversation between Little D and Baby X kat seat belakang kereta.

BX: BX nanti dah besar tak nak kawin. Tak mo baby keluar dari perut. (To her, kawin = beranak). Nak jadi macam Aunty Esah.
LD: Bukan!! Aunty Esah muda lagi! (Woi sejak bila aunty ko ni muda lagi anak2 ku?)
BX: Tak laaaa..Aunty Esah memang tak nak kawin laaa!

Moknya: Haip! Sapa kata Aunty Esah tak mo kawin? Nanti mummy mati, dia kawinlah dgn daddy!
Poknya: Takdenya! (Dengan muka cemas)
Moknya: Dah tu? Sapa nak jaga budak2 ni?

(Pastu moknya terfikir....errr...Aunty Esah garang uols! Mau bebudak terkincit je sokmo...need something to balance out the kegarangan..yg akan gomol2 budak2 ni..)

Moknya: Ok la! Poknya kawin dgn Aunty Esah and Aunty SoPiah, nak? Demi anak2...then since you ikut wasiat i ni, i will allow you to also take on another wife...yg set2 gedik (good for nothing other than you know what la)..
Poknya: (Menyerongen kegirangan..agaknya tak sabar nunggu mok budak2 mati..)

Fuh! Yg mati cuma sorang bini tapi yg laki terus dapat 3 yg baru...bertuah ke tak nasib badan? According to Esah, sib baiklah SoPiah is in it with her..kalau tak tak rela dia uols...katanya...eleh!

Sent from Samsung Mobile

Monday, March 10, 2014

Pesawat

I was in the car with Baby X, Little D and the maid yesterday. On the way home from rumah Aunty Police. I said to the maid, 'saya tak tahu pukul berapa pesawat bapak sampai..harap2 dia belum sampai rumah lagi'. Ye la..MG balik kang tengok rumah kosong pulak.

When Baby X heard i mentioned 'pesawat', she was nearly histerical. 'Daddy hilang! Daddy hilang!'
I told her, no Baby X, there is more than one 'pesawat'.  Daddy got on another one. Only then she calmed down. I told them that there are other kids out there, their daddies and mummies are still missing...or atuk and opah, aunties, uncles, sons and daughters. So please spare a thought..

Let's pray for the safety of those on board flight MH370. Semoga kaum kerabat mereka diberikan kekuatan and ketabahan during these difficult moments.

Thursday, November 7, 2013

Just the whole tooth, nothing but the tooth

'Macam cantikkkk je...macam comelllll je...'

Macam gilaaaa je..

Pic of Little D with her missing upper incisor. Masa cabutkan gigi dia, MG dgn anak beranak dia macam dlm drama padaiyappa ammapoddi betul! There i was trying to tweak LD's tooth yg dah longgar sangat2. Dianya buat gaya2 tutup mulut and meronta2. Baby X pi ke MG dgn cakap takut....takut....MG cringed and buat gaya cam nak pitam. Boleh? Drama kels sangat! Sib baiklah senario berlaku di rumah and not you know where. If not tak tau mana maknya nak letak muka.


Sent from Samsung Mobile

Sunday, October 20, 2013

Besar kecik besar kecik

Last Fri, Little D balik sekolah merengek2 nakkan this 'magic marker'. Apparently ada orang datang berjual and diendorse oleh cikgunya pulak. Other than it can change colour, takdelah apa lagi magicnya...kalau boleh buat tetiba budak suka makan sayur ke, sedozen dah tentu I akan beli. And i couldn't understand why the teacher/s would allow this kind of jualan in school.

So I relate the story to MG during lunch today.

CK: Geram sangat I dia merengek2 nak marker pen tu. Rasa nak email je kat guru besarnya, komplen. Little D, teacher Little D belum tau lagi mummy ni garang...
(Of course mostly with other people, mummy is all talk...marah secara telepathy je. Lepas kena asak dek Aunty Polis barulah...)
LD: Teacher tau laa..!
CK: Huh??
(Aik? Telepathy I berjaya ke?! Or have I sent a nasty email or sms to the school in my sleep?)
LD: Haritu, teacher ada tanya, mak sapa garang...? LD angkatlah tangan. Ada 3 orang je angkat tangan.
CK: (Ayomaaaa!)

LD: Teacher tanya garang macamana? LD pun cakaplah, mak saya selalu kata punish! No tv, no computer, no handphone, no taman (playground). Mak saya besarkan mata! Lepas tu dia kecikkan, besar kecik besar kecik!

Acik pitam uols! Dah tak tanya dah...
Tak tau dia sempat tak masuk bab rotan pulak..

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, October 17, 2013

Charades

Baru2 ni pi rumah PIL. MIL bukak topic pasal menopause, period etc. Dia cite yang masa depa pi melawat MG kat universitinya, periodnya datang. Segan nak tanya MG kat mana nak beli 'pampers orang besar' - ni istilah Baby X. Dalam hati i went like, what? Malu?? Noooo..don't tell me anak beranak pun memalu. I tingat kat pak i yang kenkadang tu antara tugasannya adalah membelikan pampers for my mum, my sisters or me. Ye lah...kalau dah stomach cramps tu ingat larat ke kitaorang anak daras nya nak ke kedai kayuh basikal? And no, my mum doesn't drive or shop for the house. Pak i salu joke dgn my mum..dia cakap chenna kedai tu tanya, sudah tuaa pun ada lagi ka? (sila cakap buat slang chenna). 

Abang i pulak, sampai dia masuk asrama, tugasan ruji dia jugak adalah membeli pampers mak i. Ada sekali tu mak i tengah sembang ngan kengkawan dia kat luar rumah. Abang i yang tengah bawak basikal laju cam org gila tanpa stopkan basikalnya terus menjerit je, 'makkkkk! Chenna kedai tu tanya nak bergelung ke, yang berpelekat????' Boleh??

#############################################

Masa kitaorang kat rumah PIL lagi, Little D tengok gambar mak paknya kawin. Pastu dia cakap kat adiknya, 'Baby X, ni gambar mummy daddy kawin. Pastu diaorang ah, ah, ah,' katanya lagi sambil tangan depang dua2 and buat gaya orang peluk ketat2. Yang sound effect tu yg tak larat tu. Itu gaya paknya bila i suh peluk..cam  spastik je. Now anak dah ngikut. Sib baik Wannya tak tanya tarian apa cucunya buat.

It's much better than once upon a time when Little D was 1.5 or 2 years old. Masa tu lagi lucah. Kenkadang tangannya buat gaya orang humping (use you imaginationlah..kedua2 tangan bengkok kat siku and enjut2) and bunyi ah, ah, ah jugak. Semua ni ngikut aksi paknya....paknya kalau beraksi lawak gittew memang no. satu..jangan ingat dia simbol seks pulak ye..Pernah sekali atuknya tanya..tu maksudnya apa? Kitaorang cakap, oh, she's saying that she's happy. It helps that at that time memang dengan Little D i banyak ajar sign language ...what do you expect when her first word was 'auuuuuuu' i.e bunyi cam Abang Monty mintak makan. Other than that she just refused to talk.  

So folks, dengan budak2 ni tak leh main2...private jokes laki bini jangan tayang depan depa. Kalau depa tak paham sekarang, nanti lagi 20 tahun mesti depa trauma...cam i dulu.

Friday, October 4, 2013

Update

Hola uols!

I've been unwell...kena denggi. One Fri i rasa dah semacam. Dari pagi i mun mun and bey bey but i still had to go to the office because it was MG's birthday and the cake was to be delivered to my office (bila ditanya sedap ke mille crepes tu, MG boleh kata, yes it's different but biasa je rasanya...Sampai hati tau, menyampah tau jantan2 yang tak tau nak menipu utk ambik hati ni. Menipu tang lain pandai pulak).  By lunch time i felt so awful that ada kawan buat makan2 tapi i tidur je. I drove home at 4pm...i didn't know how i managed to get home, bawak kereta gelong2. Bila sampai rumah, i was too weak to even insert the house key into the lock let alone carry my handbag from the car. Rasa sejuk semacam but badan panas. Called MG up at the office...'you jangan balik lambat sangat..i think i kena denggi ni..'. Haa..tak 'lambat' la MG balik hari tu..just after 8pm. Tsk tsk tsk..The next day terus pi sepital. I didn't want to experience the fever at home macam MG ritu..seksa!

My friend said it must be karma...MG dapat denggi, then i pulak dapat. Dulu MG batu karang, a few months later, i followed suit. Must not gelak dalam hati tengok MG dalam kesakitan lain kali.

Anyway, i told MG before, kalau i demam, i nak masuk sepital pemandangan KeyLCC, nothing less. Haaa kau, dapat pun! My platelets dipped down no further than 180 which was OK. But fever was high, between 39-40 celcius for a few days. The kids and the dad came every evening...tengah elok2 kita halfway through dinner and when they came, the kids would polish off my dinner. Everytime! Malam2 lapar tau! Sib baik Esah yg squat tido kat sepital belikan i mee mamak lah.......Dok enam hari kat sepital but no one said i've lost weight unlike MG (nyampah tau!). Ye lah..cemana nak lose weight, kan? Dah la dormant je pastu makan berselera. Masa MG ritu, dia tak berselera saja..cakap makan sepital tak sedap. The only grouse i had was, setiap kali i menanda menu yg nak utk esok, mesti ada yg di alter, marked not suitable. OK, i can take it bila sapa2 tuh tanda soft diet...but low fat?? Ceh! I came to the hospital and obesity was not my chief complaint! Just imagine my first breakfast..i was looking forward to my poached eggs with runny yolk...accompanied by baked beans and toast. Potong2 the eggs...aik? Mana yolknya???! Uwaaaaaa! Tensi!

On the 5th day when the fever has subsided, i told the dr, 'i'm going home tomorrow'. The dr said..'well...err..we have to wait until your platelets stabilise'. I went on and on how i will self-discharge otherwise and the fact that most people with dengue recuperate at home. So, he can be nice and discharge me secara terhormat, or else...Pastu ada hati nak dischargekan petang..ceh! I said pagi, before Friday prayers..either that or kena tunggu sampai malam bila MG habih kerja. Tak kuasa i nak dok sehari lagi..don't get me wrong..the hospital and its services were first class but i was missing home badly.  

Well, masa kat sepital..some friends came to visit whilst some friends yg kononnya asyik berwassap dgn you dlm chat group, didn't. Sudah2la i menyiksa diri exposing myself to chit chats yg so not my wavelength kan...i had to endure dari pagi sampai malam for more than 2 years. OK la..i didn't always read what they posted but the fact that message masuk tak kira waktu tu really annoyed me at times. So, i did what i've wanted to do for a long time. No, i didn't exit the group..i took the chicken-way out of totally deleting the whatsapp from my mobile. Sorry Esah, Piah...bila dah reda, i akan download balik. At this moment, ada yg masih lagi menghantar i messages, not realising that i'm no more on whatsapp..pastu heran napa i tak berbunyi langsung. I mean, kalau kononnya they are friends yg rapat and asyik sikit2 nak wassap..nak makan wassap, tido wassap..masuk toilet pun nak bagitau! Pastu bila i terdampar kat sepital ada bunyi2 nak datang jenguk? Haraammmm!

Then there was the Hope and Help charity walk the day after i was discharged from the hospital. Adakah i berjalan dgn kasut merah i? Kasut tu adalah pelaburan utk tunjuk2 saja. I was on my bum the whole time..but i sort of park kan Little D and Baby X dengan kengkawan dan nah, pi lah korang berjalan 3km tu. Which they did in about 40 mins, impressed jugak maknya. I met other bloggers there..Hai Tijah! Sorry i macam zombi je haritu..masih tak berapa nak mood sangat lagi..Of course ada a few others yg i segan nak tegur. Main tunjuk2 kat Esah je. All in all, i thought the turn out was quite good..sesapa yg last minute tak datang tu, it's OK, duit uols dah masuk kan..hihihiii..

I'm still on MC until the end of the week. Kaki still lenguh so takdelah i mengukur jalan. Dok rumah je kerjanya. Thank god ambik anak dari sekolah pun tak payah since paknya continue carrying out his duty. When MG was discharged from the hospital, i couldn't understand why dia asyik tido je..pastu grumpy. Now i know how weak one feels post-dengue. But i idaklah grumpy..i kan forever-the-sunshine kid gittew.

Thanks to Hernie Mostajap for sending me an email to inquire how i was. Ginilah saya..hopefully next week dah boleh masuk office because dok umah lama2 pun bosan jugak..

OK, nak pi bersiap utk check up kat sepital. Tata!

Sunday, September 8, 2013

Laporan terkini

Penat jugak ulang alik ke sepital ni. Eleh! Sekali sari je pun...and yes it's like going to work. But bila kekdahnya I masuk kerja sangat pun 4 tahun ni kan? Minggu ni barulah start routine lama semula. Ulang alik 80km sari is tiring on me old bones. Otw to work I akan menemph satu company yg berkaitan dgn kerja I and salu terfikir eh, molek jugak kalau I tukar kerja ke sini. Separuh perjalanannya dari ofis sekarang...ataupun bilalah pekan temoat MG kerja nak bukak company berkaitan kat situ? Dulu ura2nya ada..sampai I pun dilamar gitu..sepelaung je dari rumah. But takde maknanya..setting up at a new place? Been there done that. Don't need new but same old challenges...baiklah I tumpukan masa beribadat..cewah..cam kawan I ngan Esah tu...org tengok pun lembut hati tak boleh nak marah.
Buat pengetahuan Mak Piah nun di sana..Esah dah bertukar jadi dara pingitan. Dia malas keluar rumah..I ajak pekena the tarik malam tadi pun dia taknak. Semalam pas ambik dia kat erpot I ajak makan lempeng kelapa kat tepi tasik pun taknak..hey! Apa sudah jadi ni? Penangan putus chenta kut..awat masa I putus cinta 80x it had the opposite effect on me? I jadi cam Esbet Taylor*..badan dipam2 cam belon.Laporan dari sepital, MG macam nak sihat dah...but platelets level is still dropping. Mengikut kata loyar desert rose yg pakar (tok moh) dlm bidang perubatan denggi, dia cakap jgn risau. It will drop to a certain point until dia naik balik semula. Aiyo, kalau tak naik canne?! I dah siap2 mintak MG pin no bank nya to which he replied, if he goes down, its going down with him. Boleh? Suka nak menyusahkan I tau! I'm just being practical...tah mana I terbaca pasal ni..jangan susahkan anak bini sekiranya berlaku sesuatu pada suami. In fact I know a guy yg bila dia nak pi outstation naik katebang mana2, dia akan hapdate kat bini dia..ni ha harta dia sekian sekian. Pin no nya sekian sekian...saja je MG ni tau..laki I banyak sangatlah gheta tu kut...tak mau I tau how much he has to berfoya2..ceh!I tanya MG, you nak I tido teman you kat sepital? Syok jugak kalau dapat get away from the squabbling kids. Tak yehhhh katanya. You nak I urut2 badan you? Tak yehhhhhh..You nak I lap2 badan you? Tak yehhhhhh...bila I bedakkan badannya (supaya wangi2 sikit and tak berlengaih) dia sungguh curiga..ingat I saja nak ambik kesempatan ke atas dirinya..hikhikhik..I kan professional I cakap kat dia (sib baiklah I kerja dgn bebudak..kalau pak budak or abang2..habislah kut.. hihihi..). See..dah berlagak macho balik and tak redho I nak bersotongan..nak sihatlah dah tu!Itu je lah laporan terkini buat MakPiah yg penasaran di tanah gersang. We lef you!

*Elizabeth Taylor
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone




Sunday, September 1, 2013

Caca merba - edited

I kat rumah King Tut. The maid and neighbour's maid nak berlibur hari ni, come rain or shine. Of course depa nak berlibur ke Mydin. Memula nak pi the one near Kotaraya (tempat Temah bukak booth jual jamu). But apparently terlampau ramai dgn PATI and the maid reported the last time they were there siap boleh gaduh2 lagi nak potong barisan masa nak bayar kat kaunter. So i said, no no no, i shall drive you to the one in Sub@ng. Tak yah turun naik bas and that all will take time (and confirm akan balik lambat!). MG has to attend a school reunion. Plan A was, all of us were supposed to go, drop the maid & co off on the way there. But Little D fell ill last night. So, plan B was, the daddy and Baby X pi school reunion and since maid nak berlibur, i kena tinggal rumah dgn Little D. But this morning, MG demam jugak, dok bergulung dgn selimut. I've never seen him this miserable (probably the day he had to marry me..hihihi..joke!). Kesian kat maid & co yg dah siap semua dah plus BabyX yg dah ready nak pi open house with the daddy, i pun volunteer to drive them.  Ni kiranya dah plan C. Orang sakit dua2 tinggal rumah and i pulak jadi supir.

In the meantime, sementara para ibu bersopping bersama Baby X, i port kat rumah KingTut...letak2 komputer je..waaahhh...bliss...! There are no squabbling children yang berebut remote astro, no grumpy hubby yg apa kita buat semua salah. Ok la, in his defence, dia demam ('err..ooorr,...errk wahagrgghh!,' katanya tadi. Ingatkan apa, rupanya, switch off the fan..lerr..no please tu satu hal lah kan, but no manja2 and grumpy tu? Bukan ke orang sakit patut cam manja2? Kalau cenggini Nurse Nightingale pun boleh tukar jadi NurseCharles Cullen tau!). Angin sepoi2 bahasa dari garden yg luas (sila abaikan bau beybey miau yg kenkadang tu terbau jugak) and banyak miau2 lompat sana sini. Segala macam warna ada. Kalau maidnya tak cuti lagi best..mesti i akan kata, Tonah (bukan nama sebenar)! Cekodok and teh o please!

Tengah i buat kerja i, si King Tut ni sibuk manggil 'love, love! Come here'. Ceyy..ingat apa..rhopenya ajak Queen Tut dok kat garden sama2 sembang2. Romantik ke tak tu uols? Romantik gila ok! Made me want to weep. Apakah lagi yg boleh disembangkan dek depa ni tak habih2? Nak kata baru kawin, dak jugak. Dlm pesbuk pun camtu jugak...cam depa diaorg je yg wujud (i bukan fren depa pasal tak sanggup setiap kali depa buat camtu hati i bagai dirobek2...jaki tahap maha. Ni orang le cite kat i). Selalu kalau ada gathering adik badik, si King Tut ni sikit2 love, sikit2 love. I ingat dia cam buat2 nak tunjukkan betapa agungnya chentanya..tapi now that i'm in their element, memang depa cenggitu rhopenya. I pulaklah yg terover2 memanggil2 MG bila tengah gathering tu, 'Bumblebee, Bumblebee, you nak makan?' Mesti sesapa peminat transformers geli geleman kan? Saja je nak simulate romantika gittew...

What to do? My adik badik semua set2 sotong. Like DLL mentioned last time, yg set2 sotong ni (bukan sotong species Azwana Ali ok) memang suka kucing...so adik2 sekalian..sekiranya anda sedang mencari jodoh dan ingin pastikan laki atau pompuan pilihan anda itu set2 sotong, sila uji dia dgn bawak ke SPCA ke atau gerai makan yg banyak kucing strays...kalau hidungnya kembang kincup and dok kat satu sudut dgn muka masam kedam, sila abaikan .to the left, to the left lah ye...ni kalau uols nak bahagia muka menyerongen sampai ke anak cuculah..but then kalau tengah berchenta tu, kentut pun wangi..

Anyway, jom masuk bab putus chenta. Putus chenta memang pedih...sapa tak pernah rasa? I rasa lagi pedih dari sakit beranak. Pasal sakit beranak tu lepaih 24 jam, nescaya akan berakhir jugak. Putus chenta ni is like tak habih2..sometimes membawa ke mati..if you are lucky, esok you jumpa orang yg lebih bagus yg buat you sungguh bahagia..to the extent that you ingat2 lupa kisah yg merobek hati you suatu masa dahulu. Most often than not, sampai ke anak cucu pun masih teringat2..the one that got away. But we move on...not that we want to but because there's just no other way.

Being in the same place dgn org yang telah memusnahkan pelamin angan2ku memang pedih. Kalau boleh you do not want to breathe the same air as him. Kalau boleh, yes, pi bawak diri somewhere else, bina hidup anda di tempat lain..i did that..i only came back when i was ready to move on with someone else. But tapi tengok jugaklah...selain daripada nak bawak diri jauh2 tu, you can also lose yourself in doing kerja2 yg boleh memanfaatkan masyarakat...i think i'm not making myself clear here. It's like this..kalau you nak bawak diri pi aprika sinun and at the same time cucuk vaksin kat khemah pelarian sana, by all means, go! But if you nak mengheningkan diri kat Gua Dalai Lama sana or dok kat tengah2 lautan sana and sekodeng burung camar mengawan (lainlah ko tu DavidAttenborough, kan?) while you can actually start a 'vaccine program' setempat dgn ex-chenta you and your expertise is really needed there. I know it hurts...there's no two way about it. Semua yg berlaku ada hikmahnya. Kita takkan nampak sekarang because all we want to do is curl up and (die) harap2 bila bangun, ia semuanya adalah mimpi buruk saja. Memang rakan2 menyokong dan simpati (but at the same time, sorry, happy gak that you are devoid of this person yg buat you cam bola) and never in a million years would they want to trade places with you because it hurts too much, they know. But they are there for you and they hope you can channel your energy building up your dreams..not there, but here. And remember, Rome was not built in a day.

I make sense, still no? 

Cont..
3/09/2013

MG demam panas since that day. Pi GP malamnya..well, he couldn't drive, therefore, i had to. Melilau la jugak, nak reverse parking also i didn't quite trust myself with my bat-eye ni. I didn't go into the surgery with MG. Pastu tengok ubat yg dr prescribed: panadol, ubat selsema and vit. Haaa?? Itu dr tak bertauliah kat rumah pun boleh kasi! I asked MG, dr ada peksa BP you? Takde. Ada cek for rashes tak? Takde. So peksa apa? Yennadey! Semalam masih bergulung lagi. Demam tak kebah2..psst Temah, adalah jugak gaya2 macam dia nak manja....senyap je dia masa i picit kepalanya..kalau tak dia selalu grumpy. Bila makan panadol, badan sejuk sikit. I told him bila i cek badannya sejuk, i rasa bawah hidungnya, ada napas lagi ke tak..i said, idaklah i sayang sangat...i taknak tido sebelah mayat je. Hihihii..bini mulut takdak insurans yaww..(ye la..risaulah jugak kan...i cakap kat MG, i taknaklah jadi janda berhias...hihi..saiko chick me)

So this morning i insisted that he came with me to do a blood test. Pakcik boleh cakap, i ada board meeting ni! Haiya! like he was in a condition to attend meetings la kan..So, off we went, got his blood tested, tengok2 diagnosisnya dengue...fuh! Sib baik dapat tahu awal. Platelet level wasn't too bad. Now recuperating at home. Best! Dapat i jadi nurse (walaupun tanpa kostum Piah oiii! Tak perlu itu semua..hero tak terdaya nak buat apa2 pun). 

Itu je lah ceritanya... 

Saturday, August 31, 2013

Neon pink N95



One day, i was at M&S. Tengah tengok2 barang. Then i saw…seamless- minimiser- available in DD++ and above sizes- tshirt bra..wah! I have always envy tshirt/sports bra orang sebelum ni. You may ask, bilalah pulak i sekodeng bra orang kan? (Esah would say that ni saki baki habit dari sekolah atas bukit sinun dulu) Well, bila pi conference or workshop and dok hotel, somehow or rather, mesti ternampak bra and undies kengkawan yg spilled out of their bags. And i marvel at how pretty (and small) they were…unlike…err..mine…yg dah la tak small, design pun jarang berganti. Agaknya not lucrative enough for kilang to manufacture banyak2 pattern bra utk those yg well-endowed kut. Anyway, back to those M&S bra, sesaja i try..it’s true what they say, a good pair of undies will make a whole load of difference to how you feel about yourself bila memakainya. Cecari colour lain takde…but the good thing was, jual 2 sekali for that one price.

Bila sampai rumah, i keluarkan dari plastic bag. Lipat plastic bag, buh kat kitchen. Bra terpampang atas meja makan…i mean it’s just a bra…kat rumah ni, men are outnumbered..cuma MG and Monty..haiya…MG pun metrosexual and Monty eunuch. So nak segan apa kan? Tetiba budak mulut yg patut dibuat cekodok tu berbunyi, ‘besarnya bra mummy!!’

Pastu macam empangan pecah uols! Semualah nak bercakap pasal bra tuh. Budak2 couldn’t understand why they look so huge. Have my nenen grown bigger they asked. No, nenen are still the same size (budak2 breastfed ni sampai ke tua mesmerised dgn nenen maknya). I put them on later. Baby X mata tak berkelip2 nak tengok bawah baju i. Of course it didn’t help the bra was pink in colour. Dah near bedtime pun tak habis2 selak baju i sampai i annoyed. Blardy! It’s only a pink bra but paknya cakap, well, do you have to have it in neon pink??? Haish! Like i had a choicelah kan?!

Then they kept asking, why is it sooooo big? Ish bebudak ni. Selalunya i pakai bra biasa..ni yg had tshirt bra diakan berspan..jadi keras cam tempurung. Pastu paknya tak sudah buat joke bangang.

Mummy, orang punya bra nasik lemak 2 kupang or 2 inggit..you punya bukan setakat nasik lemak tapi nasik ambeng! (celupar, celupar!)
Mummy, kalau jerebu datang lagi, bra you boleh ganti topeng N95!
Little D, mummy punya bra boleh guna masa nuclear attack!

It’s only a damn bra, get over it lah! Panas betul hati i..pakai bra baru pun banyak masalah. I said, it’s pink in color, so what’s wrong?

MG said, ‘you look like middle age british woman sunning on the beach of Majorca.’

Boleh Esah?  Like i keriau2lah when he purchased all his fancy undies…kalau pun nak mid-life crisis, takkan i nak biarkan dia sensorang dak?

Saturday, August 17, 2013

Penyakit keturunan

I come from a pretty laidback family. Takde menatang protocol. I dari kecik dah terbiasa tgk pak I bersiap nak pi kerja buh bedak talkum kat ketiaknya...and he'd be in just his white crocodile spenda. My sis and I bila kena lipat baju, each of us would either have spenda pak I kat atas kapla macam topi chef atau pakai bra mak I kat luar baju cam Mad0nna. When Little D was three, dia sarungkan pantynya atas kepala and thought she was cool. Whenever the maid lipat baju, BabyX would be mesmerised by my bra. Hm...ke mana tumpahnya kuah kan...

Mak ngan pak I suka cakap2 double meaning...masa kecik2 ye lah I tak faham. Bila dah besar, I cringe OK! Masa mak I first time melawat I kat UK, she had just retired. She was 50..masa tu I ingat 50 cam dah tua sangat. We went to Boots. She asked me, carikan mak KY jelly...dah tua2 ni sore lah! Aiyoo! U can imagine muka gobsmack I..Eii mak ni! I cakap. Ish kamu ni, takkan tak tau kut, katanya. I pointed to her mana rack benda alah tu and cecepat menghilangkan diri. Couldn't believe my ears...
When my siblings had left for uni/asrama, I was the only one left at home. I had to 'endure' depa bercakap kotor double meaning over lunch and dinner..geli geleman I, uols! But at the same time I had to keep a straight face. Sampai laa ni mak I ingat bebanyak anak dia, I yg paling innocent..hihihiii.

A lot of the things yg depa cakap memang I tak faham..some of it I deciphered like 20 years later bila dah besar panjang. Like one time when I was minding my own business in the toilet. Suddenly it hit me that the lebam2 on my mum's body were not just any 'hantu' yg gigit but a certain hantu. Nak terjatuh I dari toilet seat! Hish depa ni tau! Laa ni I terpikir fuiyoo...don't play2! Adventurous sungguh hantu tu. Belakang lutut, peha semua ada. Leher toksah cakaplah kan (and I'm still cringing as I write this). Yes, I do speak loklak sometimes but believe me when I say among kitaorg ie parents and siblings included, I yg paling square..can you imagine depa yg lain cemana..termasuk sekali my desperate hoswipe cousins. So, I can safely say my kids take after my side of the family...kalau harapkan MG, mak dia pakai apa masa tido pun dia tak tau (ni I tanya dia pasai once I nak belikan mak dia baju kelawar and tak sure mak dia pakai ke tak).
So my kids and their fascination with shirap, shatan, buat love, the f and the z, I would say, bring it on!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone


Tuesday, August 13, 2013

Birds and bees again..

CK: Daddy let's go upstairs..(like go upstairs as in tengok tv dlm bilik we all so that the maid can watch drama2 melayu hari raya because kalau tukar channel astro kat bawah, kat bilik dia pun bertukar sama. In our room, decodernya lain)

BabyX: Let's go upstairs, masuk bilik kunci pintu, cium2..(muka sardin je dia masa sebut benda ni)

CK: Hah?????? (belajar kat mana ni??? Must be from Oggie&Cockroaches...)


Around the same time jugak..

BabyX: Zakar tu apa?
LittleD: Zakar tu fe*** lelaki..
BabyX: Bukan laaa...teacher cakap  zakar tu bagi duit kat orang miskin..
CK: Itu zakat laaaaaa!


Wednesday, July 31, 2013

Shatan

Conversation between Baby X and Little D masa bukak puasa. Mak Pak depa dengar je.

BX: Tadi Molly (bukan nama sebenar tapi pinjam nama Temah Molly$) fe*** keluar darah kat school..
LD: Bukan fe*** la, faraj!
BX: Aiyokkkk! Tatayokkk! Tak boleh sebut farajjj....! (tak tau dakyah mana dia dapat yg faraj is a bad word)
LD: BX cakap kat teacher tak?
BX: Cakap! BX cakap, 'teacher! Fe*** Molly keluar darah!
       Ni mesti pasal dia kuat minum air shirap kan mummy! (budak pelat).
LD: Bukanla...kan Molly suka minum rebina ...sebab tu faraj dia keluar darah...(maknya kata kalau minum banyak air manis, akan dapat kencing manis..tak pernah pulak cakap faraj keluar darah. Agaknya kalau keluar warna hijau, mesti depa akan kata pasal suka minum air tebu...)

Pastu LD (yg agak exhibitionist sikit) nak pi cek faraj dia..tengah makan tu! 

CK: Hey! Mana boleh cek faraj kat sini..
BX: A ah! Tu tunjuk kat shatan (syaitan)!

Paknya nak tersedak!

MG: Ha?! Tunjuk jantan??!
BX: Shatan...shatan...! (sambil muka pelik apsai paknya tak tau pasal shatan..)


$ Temah Ratu Jamu

Tuesday, July 23, 2013

Kismet

Last week, i found a little cat at the office. Dok dia terlepok atas kerusi...i was on my way to the car. I bagi dia makan sekut kitty, dia tak nak makan. Bila pegang, bodynya terus lembik je..macam ragdoll. Aik..makan tak nak...lembik semacam je ni..tapi bunyi grrrrrrrr like any kucing manja. Sakit ke? Dah la canteen tak bukak because of puasa...how is the little cat going to fend for himself? Pastu my friend cakap, haa! Apalagi? Bawaklah balik! I didn't think twice...kalau pikir lelama mungkin i letak dia balik atas kerusi kut. Terbayang2 wajah pak tiri..terbayang2 wajah sendiri teghiak masa Princess Boyot mati. I keep telling myself, biarlah..bela je lah Monty dgn Ugi di hari tua mereka ni. No more cats please! Kalau sakit susah hati...kalau nak berjalan susah...kalau takde maid susah...kalau mati, kita lak yg cam mati laki. But like i told my colleague..it's kismet. The cat chose me..he so happened to be where i was that day. He didn't struggle when i bundled him into the car. Dok atas riba sepanjang2 jalan. Bila sampai rumah, seperti biasa Baby X akan berlari keluar rumah menyambut i kat kereta and tolong bukakkan pintu kereta. Waah! Apalagi, bila i suakan kitten tu kat dia...he got her at "hello" gittew. So, letak dia dalam cage kat luar rumah. I don't think i nak 'berkasih sayang' dgn kucing ni...cukuplah setakat bagi makan minum, jaga kebajikan but stay outside yeah...cam i mentioned tadi, ada 10 sebab why tak mau jatuh cinta lagi dgn mana2 kucing. Lagipun, imagine kucing kecik yg manja begini. Kalau ikutkan hati dia (and i) mau i simpan dia celah ketiak memalam..tapi sanggupkah nak berdepan dgn muka masam Pak tiri nanti???

The next day, took the kitten to the vet. He happens to be a she. And she's about 4 months old. Healthwise OK, perut je buncit mungkin ada cacing. Hmm...kat sapa i nak rehome kan kucing ni? A really nice, manja orangy she-cat. Yg bila kita pegang terus lembik badannya. So i told Baby X..i cakap kuat2 biar MG and maid dengar. 'Baby X..kita tak boleh simpan cat ni tau..daddy tak bagi..lagipun bibik dah banyak kerja jaga Abang Monty' kata i..(memancing perasaan budak ni). 'Nooooo!!! Ni cat Baby X! Tak boleh bagi kat Uncle King Tut dah (with whom i rehomed previous stray kittens). Ni Baby X punya! No, no, no!'

There you go..maid i rhope tak sampai hati pasal 'anak' kesayangan dia punya. Pak tiri, rhope gitu je laa.. kucing tu tak kacau pun hidup dia...(tunggulah...sikit2 kita masukkan dia ke rumah nanti..lepas vaccine nanti..). So, i decided that we should name the cat. Wanted to call her Saffy, short of Saffron since kaler dia kuning. Tapi kang, apa la perasaan Ugi when nama kawan tu punya la glamer and hers is like short form of "ugly". Kalau buh Ginger dah common sangat. So i called her "Kunyit"...baby X pun suka. Little D je protest, kata nama cat tu "Gliney"..huh?? Takde makna langsung. So i told her, no LD..names must have meaning (gila psycho mum..dgn anak pun tak mo beralah). Like Abang Monty is named after my teacher (because i am inspired by this teacher and also i thought Monty Python is so silly), Melly because she was so smelly when we got her and Ugi..well, daddy cakap dia 'ugly'.

Haaa?? Little D cakap sampai mata terbeliak2. Ugi tak uglyyyyy! Tak uglyyyyy! Dah budak tu emo. I think she took it up with MG kenapa cakap adik bulu dia ugly. See! Beauty lies in the eyes of the beholder. What the kids and i see are just plain Ugi..tak buruk pun .... who am i kidding? Rhopenya cam Scooby Doo but i still love her loads. Only kaler matanya yg hijau je yg seghope dgn maknya.

Anyway, Kunyit she is..except when Little D calls her.

P/S My colleague overheard the cleaners talking this morning. 'Mana yeah itu kucing warna kuning? Entah2 udah diambil orang?' Aiyok!! Mana i tau depa suka kat Kunyit tu. Apparently they have been feeding her with sekut. Padanlah masa i bagi makan haritu dia tak nak. And padanlah manja semacam. No way i nak gi own up kat cleaners tu..i told my colleague to tell them next time kalau terjumpa. Yg don't worry..she's off to a better life.

Btw, i called up MG kat ofis tadi. Told him that the cat has to  stay indoors for the time being - kesian jerebu. Dia cakap, okaaaayyllllaaa! See..he's not that indifferent to the kitten.


Monday, July 22, 2013

Oh my doughnuts


I love doughnuts...sesapa yg pernah baca my earlier posts may be familiar with this obsession of mine....boleh rasa macam nak makan2 my maid (then) yg pau doughnut i...mengidam pun nak doughnuts...anniversary pun expect MG beli doughnuts. I came across this french doughnuts, diamond shaped unlike the normal ring ones, in new orleans..ceh..perasan...a blog that mentioned about this beignets in a N.O cafe. I tried making them, kena simpan semalam kat fridge. Rasanya...lembut...softer than any normal doughnuts (the ones i usually make hahaha!) But i think i prefer just plain sugared ones like these. Recipenya di sini.

Last Fri, conversation with Little D again. Ni masa buka puasa.

LD: Mummy, ada kawan LD ni dia tak puasa, dia makan sweet depan LD. Lepas tu dia tunjuk zakarnya. (btw, anak i yg ni pakai istilah buku teks ye utk 'benda' tu. Dia cakap cikgu ajar..so kat umah i tak main cakap fe*** or ko**)
CK: Haaah? (mak and paknya macam nak tersedak nasik..!) LD cakap kat teacher tak??!!
LD: Cakap! LD cakap, teacherrr....Abu (bukan nama sebenar) makan depan saya Teacher. Pastu Teacher pun marah dia..

Aik???? Yg bab flasher tu sikit LD tak heran..kesian si Abu yg mungkin cuba nak impress si LD. Contrary to what Esah is thinking i.e. yg Little D mungkin tak heran pasal dah biasa tengok kat rumah, err..tidak ye...tak sapa yg go around bolen* je kat rumah...Monty la kut...

*bogel


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone