About Me

My photo
I'm forty and (not) loving it.

Friday, September 24, 2010

Sini ramai orang gila 2

Cerita ni dah lama. Bila buat the last entry teringat pulak cite pasal org yg kurang seposen ni pulak.

Scene: Dalam kereta di suatu petang, bersama maid dan anak2. Lalu kat tepi kebun bumi hijau PakLah yg famous tu.
Aikkk! Ada kejadian pembakaran secara terbuka! Tetiba je sesak nafas...hidung dah kembang kincup cam seldang jantan tengah naik syeh. Nak buat camna lagi ni? Report kat DOE dah, majlis bandaran pun dah, sokhabar dah, kementerian yg launchkan program tu pun dah...

Tak boleh jadi ni! Dengan anak2 sekali dlm kereta i pi melencong ke..........balai polis! Bagus jugak bawak bebudak ni..can kill 2 birds with one stone...pi buat aduan tentang open burning as well as mengadu kat pak polisi tentang kenakalan bebudak and harap2 pak polisi akan gertak bebudak.

So masuk je ke balai, terus cakap kat BabyX and Little D, dok diam2..kalau bising nanti polis tangkap, mummy dgn bibik je balik rumah. Disahuti dgn bebudak tu cakap, 'taaaaanaaaaaakkkkk!'

CK pun pi kat adik polis yg dok belakang counter tu. Puan, saya nak buat aduan mengenai pembakaran terbuka kat kebun tepi bla bla bla..
Adik polis: Apa puan? Tanya adik tu muka serious macam tak caya..
CK: Ni, pasal orang berkebun tu pi bakar2...
AP: Errrr..kami tak boleh nak buat apa2...ni di luar bidang kuasa kami...
CK: mata dah terbeliak and agaknya dah tukar warna merah cam Mummera* Ha? Kat sapa saya nak buat aduan lagi? DOE dah, Majlis bandaran dah..bla bla dah..!
AP: OK Puan..takpe, puan dok dulu, saya akan tanya pegawai saya ye..

Muka adik polis tu rasanya cam tak caya pun ada, nak tergelak pun ada. Ada 2,3 orang polis muda2 kat situ semua buat2 busy taknak angkat muka pun..takut kut kena layan i.

Sementara menunggu pegawainya, babyX and Little D boleh pergi ketuk2 akuarium kat balai tu..lompat2 main teng2 dgn petak2 lantainya..bila i beliakkan mata suh diam si baby X boleh cakap kuat2, tak takut pun polis, tak takut pun polis..! OK lesson that day tak effective la kan.

5 mins later, i was called to the counter, diperkenalkan pada 'senior' member..i idakle tau apa pangkatnya but he looked like akan pencen esok. Dia cakap, mari puan, kita pergi tempat yg senyap sikit utk berbincang.

Eh amboi...i rasa kat lobby or whatever you call it dah cukup senyap bar my kids yg melompat tak hengat donia. There were no other people yg dtg mengadu..So he took me to a space yg ada meja kat belakang.

Pakcik polis: Cuba puan cerita apa masalahnya..

I pun bercerita balik semula dgn penuh expresi...siap bagitau salasilah penyakit keturunan sekeluarga iaitu lelah and resdung hence why la i'm so sensitive to smoke.

PP: Puan kerja mana? Kat sini rumah sendiri ke? Dah lama tinggal sini?

CK: ek eleh...berbuih mulut i mengadu soalan yg tak relevant tu pulak yg dia tanya??? But still jawab la kan, nanti kang dia kata i tak respect polisi pulak..

PP: Anak dua orang je ke??

Astaga! Relevan ke soalan itu?

CK: Encik..boleh tak saya nak mintak tolong? Saya tau la ni di luar bidang kuasa polis, tapi since kereta polis selalu buat rondaan kat sini kan, jadi saya mintaklah, kalau nampak sesapa buat pembakaran terbuka, tolongla pergi bagi nasihat kat diaorg. Ni ha saya ada bukti kejadian ni bukannya baru pertama kali berlaku, dah selalu sangat! sambil menunjukkan gambar yg i ambik dlm kamera. Jgn memain uols! I don't go anywhere without my camera!

PP: Takpe puan, nanti saya tengok apa saya boleh buat. Ni ambik nombor ni...

CK: Eh nombor apa ni? ye la..takut kut kut nombor hp peribadi ke..tak pasal2 i kena simbah acid ke pulak nanti.

PP: Ni nombor bilik gerakan..kalau puan nampak lagi ia berlaku, tepon je nombor ni..

Wah...kelas gittew..ye ke boleh call bila2? Kang kena bantai gelak lagi kang..

Pas tu PP tu escort i ngan anak2 maid semua keluar balai. Sampai i masuk keta dia dok kat luar perati..

Eh?? Was he hitting on me?? Dia ingat i ibu tunggal kut....Perasan gak i ni..ye lah..dah baya2 (besar2) camni, sapa la sudi nak ngorat lagi? Buruh Indon yg buat rumah or bangla sapu sampah pun dah tak pandang dah..

Bila dah sampai rumah, breathing pun dah ok semula, i terpikir..eh..gilanya aku! I bet polis2 tu ada note down..kalau pompuan kereta merah datang, avoid at all costs.

*sapa tak tau mummera?

Thursday, September 23, 2010

Sini ramai orang gila 1

Drama di suatu pagi.

Misi: CK, CK...ni patient, nak tak blood?

Yang bernama CK tu pun pi interbiu budak yg nak kena ambik blood dgn kakaknya. Tanya kakak berapa tahun, katanya 18. OK la, can sign consent for adik. Dia cakap OK, boleh ambik darah adiknya. Tanya datang dgn sapa? Katanya pak, tapi pak tunggu dlm kereta. Tetiba, kakaknya cakap, haaa...tu pun pak saya. So, i pun pi la cakap kat pak bebudak tu,

CK: Encik, boleh tak saya nak bercakap dgn encik, sila duduk.
Sambil menunjukkan meja dan kerusi utk duduk. Bapak budak (dimana from now onwards shall be shortened to BB) dgn gaya tercangak bagaikan org yg baru bangun tidur pandang kat kita macam kita ni alien.
Saya so and so dari so and so, saya tengah buat study tentang pesakit **** dan masalah kecacatan pada **** diaorg....Kami nak tahu kenapa pesakit **** ni mempunyai masalah pembesaran *****. Selain dari tu jugak, saya nak tanya, anak encik ada tak encik bawak pi jumpa ^^^ setiap 6 bulan atau kat sekolah je..

BB: Hmmmmm.....dgn muka tension bagaikan ia suatu masalah sebesar alam...terus terang saya katakan..selalunya mak diaorg ni yg bawak...saya dgn isteri ......pahamla kan masalah rumahtangga..dia tak bagi tahu saya, kami tak berhubungan..

CK: ish...lemah le bab ni. Tak mo la nak jadi cik sri siantan pulak..

BB: Pada pendapat saya la kan, pesakit punya**** membesar pasal darah yg kita masukkan tu bertumpu kat situ (errk??!) kalau kita boleh cipta satu alat, bila masukkan darah pada pesakit ****, alat tu stopkan darah daripada mengalir ke bahagian yg boleh membesar tu
(ingin saya nyatakn di sini bhw bahagian yg boleh membesar tu bukan seperti yg ko fikirkan ye Lukmang).

I mengangguk2 memberikan galakan kerana I bagaikan org kemaruk hidu gam, sanggup berbuat apa saja utk dapatkan barangan ittew yakni gam/darah.

BB: Saya pakar dlm bidang elektronik..saya suka cipta alat2 elektronik ni. Tapi malangnya org mesia ni tak mo barang yg orgnya seniri cipta..depa nak yg import punya gak. Itula saya pikir nak cipta satu alat yg boleh tolong anak saya.
Terbayang di mata kereta import I...setelah menjadi pengguna keta mesia yg tegar selama lebih satu dekad dan dah masak sangat dgn hal2 tingkap keta yg kejap tak boleh turun, kejap tak boleh naik, CK pun berpaling tadah.

Saya pun ada phd!

CK: sungguh excited mendengar pengakuan BB tersebut. Waa...a researcher would understand another one perfectly.
Encik kerja kat mana?

BB: Saya kerja kontraktor...saya jual barang elektrikal jugak...haa..student phd saya ada 10 000 org dah..

CK: hah??! ini phd dlm bidang MLM ke, bidang perbomohan melalui mimpi ke ni?? Mula timbul perasaan syak wasangka..betul ke mamat ni??

BB: cuba terangkan pada saya sekali lagi, kajian ni mengenai apa?

CK: menerangkan sekali lagi dgn sabar dan keluar air liur berbuih2..

BB: Saya masih tak faham, cuba terangkan dgn ringkas.

CK: dah mula rasa nak mencarut dah..
Camni Encik, kajian ni ada 3 bahagian. Saya kena ambik darah, hantar xray and periksa anak encik. Boleh? Kalau encik ok, tolong tandatangan sini..

BB: Darah tadi dah ambik ke?

CK: Dah..

BB: Since you dah ambik, nampak gayanya saya kena bersetujulah kan? Padahal saya tak faham pun apa faedah kajian ni pada anak saya...
dgn buat muka mencebik cam nak nangis..eh! Emo lak dia.

CK: dah nak naik hot dah. Kata tadi phd holder, students dah 10 000 orang, takkan tak paham2!
Encik, kalau encik tak bersetuju takpe, darah anak encik tadi saya akan lupuskan. Ni borang maklumat mengenai kajian tu, encik boleh baca dulu dan pas tu baru buat keputusan.

BB: Saya tak boleh baca sekarang dalam keadaan tertekan camni.
Serious muka bapak budak ni cam nak nangis.
Ha..you tulis nama you and no telefon. Kalau saya nak tanya dgn lebih lanjut lagi nanti saya call.

CK: Semacam la pulak pak budak kali ni.
Errr..kat belakang borang tu ada nama saya dan no hp. Call lah kalau nak tau apa2 lagi..
Dgn senyum2 yg buka setakat tak ikhlas dah, naik menyampah pun ada!

BB: Saya rasa you dgn saya patut buat kajian sama2. Kita satukan bidang elektronik dgn perubatan. Kita cari jalan utk atasi penyakit anak saya ni..
bersungguh2 muka mamat ni buat proposal kat I.

CK: Encik...dgn tarik napas gaya penat bercakap dgn org yg tak paham2 ni. Masalah diaorg ni pasal *** membesar ni takde lagi protokol rawatannya kat mesia. Sebelum kita nak cipta cara nak merawat diaorg ni, kenala cari punca sebabnya. Itula yg saya tengah nak buat ni. Bila dah tau sebabnya baru le boleh cipta itu cipta ini.

Sib baik masa tu misi bagitau ada patient remaja ni (hish! Sebab tu la CK sungguh tak berkenan sangat kat teenagers ni) tak mo gi ambik xray. Dia muntah2 kononnya. So, i left, didn't even excuse myelf from that quack phd bapak orang. Seriously!!

**Jenuh le pulak i pi pujuk adik sekor yg lari dari ambik xray tu. I convinced him ambik satu je instead of dua xray. Yg kena gigit benda tu tak payah. Still kata tak mo. Nantilah hari isnin depan saya datang. Misi2 dgn HO nyampuk, yg kau ni muntah2 mengandung ke? (could be if he wasnt a guy, kan). Banyak la alasan dia bagi, lepas lunch la, minggu depan la..pas tu boleh la tepuk2 kepala maknya and cakap, takde pun, masuk agenda utk hari ni yg kena buat xray..? Hish, kalau le kitaorg bukan dikhalyak ramai, dah lama budak tu i luku.

Last2 i cakap slow je. Helo! Sapa lak yg nak tunggu adik datang next week utk xray? Saya pun banyak kerja. Jom sekarang kita buat, Cik Kiah bagi duit raya nanti.
Amboi, sebut je nak upah, terus kata OK la.
10 inggit i sogokkan kat budak tu utk 3 sec job tau! Teenagers! Does my head in!






Saturday, September 18, 2010

Masalah rumahtangga sedunia

Ada laki orang ni tepon i, mintak i slow talk dgn wife dia. He is concerned that the wife doesn't handle stress too well. Cepat sangat nak melenting and as a result BP naik menggila. Laki orang ni jugak cakap oleh kerana dia lah makhluk yg paling dekat (di badan bukan di hati) dengan makcik ni jadi dialah yg selalu get the brunt of it. Dia cakap, dia tak tau cemana lagi nak menggembirakan hati bininya, selain daripada turun padang sesama sidai kain angkat kain. Mulut i ni ringan nak bertanya, kalau you rasa dgn sidai kain angkat kain boleh solve half the problem, awat you tak buat dari awal kawin lagi? Tapi oh tidak....berlagak sebagai feminis nanti dgn jantan ni takkan solve problem bini dia yg tengah nak meletup2 BPnya.
Baru semalam i dapat SMS dari sang pompuan pulak, kalau tidak kerana kucingnya yg berpuluh ekor tu, dah lama dia tinggalkan lakinya. Ni susah la sikit nak relocate anak2 bulu kesayangan kan? So, we asked each other, adakah rumahtangga sesapa yg betul2 bahagia? Adakah sesapa yg tak rasa bahagia dlm rumahtangga itu kerana they're asking for too much? Like hoping our other halves to sidai kain, bila nak keluar tu bagitau, kalau dah minum tu cawan bawak ke dapur, jangan gi buat dapur kat depan rumah lak. Takkan gaduh sikit dah rasa tak bahagia....si laki lepuk kain pelikat berlingkar kat tepi katil, dah rasa tak bahagia..si laki tak nak tukar pampers anak tengah malam, dah rasa cam nak mintak cerai...Is it mengada2 ke rasa tak bahagia ni? Kena tunggu sampai ada penderaan fizikal baru boleh pi naik mahkamah ke? I told her that please bagi satu contoh rumahtangga yg bahagia..i can't come up with any example...pak mak i sampai sekarang merungut about one another..yg makcik tadi pulak came from a broken family. My sister sokmo ada masalah kewangan, so bahagiakah dia? Atau she's one of those people yg rasa hidup cukup dgn chenta ala2 piramli and sakdiah in penarek becha? Dulu2 i selalu tanya mak i, 'mak, mak, apa kata mak tinggal je bapak pas tu pi ngorat mestapamakrop? Kan dia dah lama menduda tu? Or paling kurang pun azizsatar (masa tu pakcik ni masih kosong lagi)?' 'Hish..taknak aku menyemakkan kelambu!' kata mak i..I supposed to her why la lepas keluar mulut buaya nak pi willingly masuk mulut rimau lak. But masa tu i couldn't understand. Why la you want to stay with the man yg selalu mendidihkan darah you. Pi la cari jantan lain yg at least sedap mata memandang. Now ni dah besar panjang i understood that jantan (melayu) memana sama saja. At least yg ini (bapak i) idakle expect her to berlari2 anak bukakkan gate each time keretanya menjalar nak masuk rumah like some husbands i know. Well, there are women out there yg tak putus2 mencari chenta...tak serik2 lepas cerai nak kawin lain yakni seperti ex-madu-dlm-diam Wahidah. Adakah betul kerana chenta ataupun kerana status kewangan (idak kut this time round) ataupun payah gak takde jantan kat rumah...kalau tangki air atas bumbung tiba2 bocor payah gak nak deal ngan masalah camtu (but my friend said, ada duit semua boleh jalan).
Mak i cakap, kita selalu kena pikirkan pada orang yg lebih teruk dari kita...but then i ask her, tak boleh ke kita jaki kat other people who have happier marriage than us? Apakah rahsianya? Orang selalu cakap, suamilah yg menjadi tonggak kejayaan sesuatu rumahtangga tu..sebab itula sesetengah pompuan tu tak mau pi seniri try and test, lebih senang ambik yg had orang lain dah testkan i.e. laki orang. Tak caya pi tanya JijiEjette, TokSiti, Wahidah etc.
Utk makcik di atas tadi, so now, i punya tugasan utk minggu ini ialah to convince her that she has to go have her BP monitored. Kalau kena tahan kat wad, kenalah masuk gak sepital dan ini bukanlah cubaan lakinya utk menyahkan dia. I mean if he wants to do that, baik cuba masukkan dia ke unit psy and not la KPJ, or PCMC kan...and i think she also should go see a counsellor (cemana la ejaan yg betul utk ni Esah oii..)...for her anger management and also to have a better self esteem..i rasa semua masalah ni berpunca dari low self esteem hence kenapa dia terlampau defensive hence asik nak melenting je (eh, cam kita kenal je lagi sorang makhluk yg cenggini perangainya kan Esah?). Elok gak bebila nanti i perlukan counsellor, dia dah test dulu mana yg elok haha.
I supposed we are responsible for our own happiness..of course nak rasa gumbira sokmo tu is impossible. Especially kalau happiness orang lain bergantung kat tindak tanduk you..kenkadang terpaksa korbankan jugakla your own happiness buat masa ni. Ada sorang ni kata dia buat sembahyang tahjud almost every night, selalu baca quran sampaikan dia dah tak kisah dah dgn benda duniawi. Ada yg akan buat kerja amal sampai tak hengat donia (like the late PrincessDiana and many other women i know) and ada jugak akan mencukur lakinya sampai botak in retaliation to her husband selalu menstresskan dia. Ada yg tulis blog (ehem)...ada yg asik lemparkan ungkapan jiwang karat kat pesbuk (sapa le tu..nak kah sangat kau ni aku hidekan?) and my friend yg asik berlari sana sini panjat gunung semua was propelled to be like ForrestGump adalah kerana masalah rumahtangga and i supposed having her own thing makes her happy. Adakah orang2 yg selalu mention 'my beloved hubby', 'my sayang', 'sayang i', 'baby i' (ptuihhh 10x) on pesbuk or blog adalah betul2 gumbira, kalau ye, i nak tau apakah rahsianya???
Masa raya haritu, my cousin yg telah mematchmakekan i ngan MG datang ke rumah. Dia dah berpuluh kali cuba nak matchmake kan i dgn sesapa ever since i boleh berjalan...last2 menjadi gak la ke jinjang pelamin i dgn MG ni..(kalau sampai i dapat cucu nanti baru i akan cakap kat dia 'well done!'). Dia berceritalah pasal salah satu mamat yg dia pernah nak matchmake kan i dulu (yg jugak sedaranya)...ni masa2 i kat UK dulu and this guy was in Paris. We met each other a few times at her house in UK masa tu. He was chubby but nice enough. Tapi i bo layan sangat pasal masa tu i tengah hangat berpacaran ngan Siamang. He invited me to Paris, memang syok kalau ada duit but i sentiasa sengkek, so never went. Bila i balik UK dia cari i jugak, tapi masa tu dia dah stremlined sikit, dah jadi butterfly kata orang. I pulak was not myself, dah macam orang kena sampuk lepas kena dump ngan siamang. Eyeewwww..basically masa tu i sungguh melemaskan..macam pompuan melayu terakhir..kalau boleh dating 3X i insist org tu kawin dgn i. I was so not my easygoing self like the time he knew me masa student. Antara sebab2 siamang dump i, dia kata i ni kuat makan, nanti atas pelamin tak cantik badan cam belon. Pas tu dia cakap jugak yg i ni pentingkan career je, mesti kalau ada anak nanti lintang pukang rumahtangga. So i tried to be someone yg kononnya ideal di mata siamang hence jantan2 sedonia. Makan sikit (depan orang je), gelak hihi hihi je bukan mengilai cam langsuyak and tunjukkan yg kita ni arah kekeluargaan lah..basically get married and produce loads of babies and be tied down to the kitchen sink kerana itulah ciri2 wanita sejati siamang. Because kitaorg ni sedara sedara, it's sort like mak i suka, mak dia suka, cousin we all sukalah if we did end up together..during one of our relatives' funeral, my mum finally met his mum, and his mum said..ooo..ni la mak Cik Kiah...(eh! Cam i pernah jumpa mak dia, kan??). Pas tu i tak tau sapa kawin dulu....masa raya hari tu, saja mak i bertanya pasal sedara tak jadi tu..my cousin cakap that he got married, match made jugak but after 1 or 2 years it didn't workout. He got a divorce, no anak and now he's in the middle east ($$Kerchingg!).....(ni mak i la bercerita balik kat i pasal masa juicy gossip tu was taking place, adala berak budak yg i kena cuci pulak!). Masa mak i bercerita tu, i dah tersengih2 dah...ingatan ni balik ke masa kitaorg dating2 dulu. Dialah jantan yg bawak i naik atas menara twintowers tu....
Sepantas kilat jugak la lamunan i terhenti..antara sebabnya i ni dah jadi mak orang and satu lagi...he was just not that into me! Hehe..Kalau i tak call, dia tak call, kalau i call baru dia ajak keluar..ceh..saja je i erased that part from my thoughts. But seriously..i was damn embarrasing at that time! I was this spineless, low self esteem, pura2 baik woman or how i hate asap rokok (padahal oi sapa punya semporna dlm laci study table i ni..and uols tau masa breakfast kat rumah mak i masa raya haritu, elok je abang i pi hulurkan rokok cap jambannya kat i..dia kata jangan purak2 tak isap. Mak i cakap tsk tsk tsk tapi dia jugak cakap masa i memuda dulu dia selalu jumpa rokok dlm keta i. Pas tu dia pulak pergi pau. I cakap i blamed her..sapa suh dia ngan aunty2 i dulu isap rokok sambil makan sireh kat rumah tok i dulu? Sapa yg bagi contoh tak baik ni?? Memang i benci asap rokok, tapi bila join sama somehow asap rokok tu tak menyiksakan pulak)
I wish i could meet him now, the real me, have roti canai somewhere, makan cam tak hengat donia (i had to pretend cam i tak kuat makan masa keluar dgn dia urgghhhh!). I'm sure he would have liked me better, but 10 years too late la..

Friday, September 17, 2010

Update lepas raya

Orang tu kan, mentang-mentang la dia baru la ni updates keluar bagaikan orang yg makan julap, dok mengutuk la i ni yg sibuk dgn aktiviti raya...ziarah menzia rahi walaupun dlm keadaan paksa rela. First day i pi rumah PIL. Petang tu i balik kampung i. Setelah kahwin nak dekat satu dekad, barulah tercapai dek akal i yg actuallynya we could be in 2 different states for first hari raya because rumah PIL and rumah pakmak i idak le jauh benor sebenarnya. So rather than bertolak balik on 2nd raya, pecahlah tradisi this time round. Ni semua sebab gara2 my sis dah beraya dulu kat kampung and sure dia nak balik ke rumah inlaws dia 2nd raya and i don't want my children to miss getting together with their cousins. Lagipun, kalau idak balik la kami ke rumah sendiri lepas lepak2 kat rumah PIL yg selalu takde pengunjung pun 1st raya.

Meriah tu meriah but penat badan pun satu hal. My father has this perangai yg setiap kali org datang mesti nak jamu nasi. Tak cukup dgn ketupat rendang je kaedahnya. Kenkadang tu naik hot jugak because nak suruh masak tapi apah ayam, ikan semua takde dlm fridge, takkan nak goreng telur je kan? Pas tu kita ni asik dok dapur je bau kari semua..tak merasa la nak melawa2. Masa my sis ada OK lagi because she's the cook in the family..masa tinggal i je aduhhh! So i thought ni tak boleh jadi ni..so i did what i do best with my own little family masa takde maid yg terrer masak like the current one. I bantai masak 2,3 jenis kuah sekali, so i told my mum kalau orang datang and my dad insist to jamu nasi, ha, goreng je ayam and tuang kuah yg i dah masak earlier. (pastu mak i boleh cakap, eh pandai jugak kamu ni masak ye...Masak tu reti, saja tak confident je).

Then we went to this rumah sedara. Ni bukan nak ngumpat, cuma nak ngenang je (ada beza ke?). I tak berapa gemar sangat kat sedara ni..mak i banyak menolong these sedara anak beranak in terms of duit. But what i can't understand kalau diaorg tu hidup tak berapa senang, didik la anak tu supaya belajar rajin2, jangan kahwin awal, tolong mak bapak untuk ubah kehidupan. Ni tak..anak lepas kolej or lepas uni semua kahwin pas tu tak kerja. Anak yg first masa belajar nursing lari dari course, sib baik dapat kerja gomen pas tu. Boipren lari kahwin org lain and beberapa bulan pas tu dia kahwin dgn budak penjual burger yg sekarang ni tak kerja pun. Maknya cakap kalau tak dikahwinkan dulu takut nanti kahwin lambat or tak kahwin terus. Adiknya pulak yg dapat masuk uni, lepas grad terus kahwin. Dapat kerja trainee manager somewhere but the clause cakap tak leh kahwin dlm tempoh probation, but lepaskan peluang utk kahwin. The thing is, ni pun boipren dump dia pas 2,3 bulan terus kahwin org lain. Sekarang ni dok rumah je. So, camna nak tolong mak bapak and adik2 yg masih sekolah?

Mak bapak punya prinsip camtu..anak nak kahwin, kahwinkan..macam kahwin ni adalah segala2nya. Kata orang dah jodohnya tiba..no no no...! To me i feel it all boils down to how the parents raised their children. Masa i kecik2 dulu mak i selalu cakap kat i kena belajar rajin2, supaya boleh dapat kerja elok. Kalau makpak dah takde, sapa nak tanggung kalau tak kerja? Idakle pulak depa cakap belajar cari laki ke..laki boleh tanggung ke...

Itu yg i kesal sangat pasal sedara i ni..i rasa nak bersedekah pun cam berat sangat. Tapi takpe la, kali ni i ziarah diaorg ngan mak pak i semua. Masa we all dtg, the father who is closed to 70, was not around..shift jaga kat sekolah belum over lagi. Then we saw him jalan kaki menuju ke rumah...He's like an atok...badan tak tegap lagi, at that age still kena bekerja..kalau tak kerja takde gaji. Imagine if it was my dad...

So masa balik and bersalam, i unjuk jugaklah some sedekah for him and his wife..I felt guilty...irregardless how he raised his children..

Thursday, September 9, 2010

I need blood

Kesinambungan dari tajuk di atas, errrr..not me exactly..

I feel like The Grinch who hated Christmas...i don't hate raya but i'm not ecstatic about it either. I kind of like ramadhan and puasa where you don't eat during the day hence you don't over indulge, don't need to eat hence no socialising, therefore you get more work done during the day and also i don't need to let off my 'research assistant' at lunch time. Or does raya matter very little to me because i was so used to not celebrating one when i was at uni? Sentiasa ada classess or had clinics so couldn't ponteng. Or is it because the love of my life (then) dumped me on first day of ramadhan many many years ago and i spent raya cooped up in my bedroom, my dad got angry at me and said i was anti-social..which made me take the bus back to KL on 2nd day of raya. Came back to an empty house..all housemates were still at their respective kampungs. Dramatic sungguh.


I have been invited as a guest speaker to some event after raya. Knew bout this since July. Told myself to not leave it till the last minute to prepare the slides. Whaddya know? Yet to submit the abstract for their programme book. Since i started to collect samples at the new place, i've been terribly busy...keluar masuk keluar masuk that place and workplace B saja. Yesterday sempat menjenguk my newly renovated office. The place is blardy cold. Sejuknya macam tunggu bas kat UK in winter with the wind chill effect some more. I had my pashmina, kaki dah bersila kat kerusi, even opened the windows, still my fingers were frozen. I got the maintenance guy and asked him to increase the temp slightly (of the central aircond system). He said no can do. Aik? Takkan takde thermostat? I said, so, shut it down. No can do also because meaning the whole floor will be without aircond. So i said, in that case, here's some plastic (balut buku), i want you to tape it over the aircond outlet (lubang whatever) in my room. But Cik Kiah, he said, this will make the other rooms bertambah sejuk as more air will be going into theirs. I said, saya dah tak peduli pasal org lain. Saya ni dah kesejukan sampai ke tulang sum2 (i actually wanted to say sejuk sampai dah terkencing dlm sepentot). Plus i sentap because my settee got lost in the renovation process Esah...! Cemana lah i nak beradu ni..


I send my kain to be made into baju kurung in April. 3 pasang semuanya, 2 siap in June, one day before a wedding they were intended for. I had to wait pekerjanya habiskan jahit kelim lagi. I went back to the tailor on Monday for the third pair, and the tokey asked me whether i plan to wear it for raya. I mean 4 months!! I just looked at her and smile (smile? dammit!). She said they will try to finish sewing the baju by Thurs...cam tak percaya je. Kan i have 'pushover' written all over my forehead....there was this staff yg sent email merata mempromosikan kek lapis swak. I ordered like a dozen or something. Ingat nak distribute here and there, to those people who assisted me in my study. Got half of it last week. So i thought tak pe la, mine and MIL's share boleh kemudian. Tengok2 orang tu tak dapat stock lagi la pulak....and still i senyum bila org tu bagi i duit balik. What is wrong with me??? I am upset but at the same time i don't want the other person to be upset if i get upset with her. Logic ke?


Ramadhan ini menginsafkan i (cewah, bunyi bagus je) or rather this phd thing yg menginsafkan i. Previously when i was collecting samples at workplace B, i sat in a room and the subjects came to me one by one. But at this new place since space is limited, i had to park myself at one corner and i get to see all. Ada teenagers, ada primary school kids, preschoolers and even toddlers and babies. Ramai yg takde rambut (chemo) dan ramai jugak yg berjalan2 or lepak atas sofa with a tube and bag darah attached to the back of their hands. Yesterday, as i was recording something into my notebook, a mum came and placed her 6 month old chubby baby girl on the sofa next to me. She was fast asleep, terkangkang and tangan dua2 ke atas (cam buat jumping jack). The only difference to many babies i've come across before, even to my two at home when they were that age was the fact that she had the tube and bag darah attached to her arm. I was choked...rasa macam nak keluar lari dari tempat tu. The baby and her 4 year old sister had the same disease, dua2 kena masuk darah. I spoke to the mum before, datang naik taxi dari PantaiDalam...tak nampak macam orang senang...Mestilah 50 ringgit is such a big amount to them and there i was thinking bila balik nanti nak singgah beli dessert kat Delicious.


A few days back, there was this family from BukitBeruntung..2 of their kids have the disease. Their 7 year old sebesar budak 4 tahun. Hari tu they were in a rush, nak pi pejabat zakat, dapat sumbangan utk hari raya. I terkenang anak2 kat rumah yg nak pakai baju sungguh memilih...kenkadang nak makan pun boleh demand nak pizza le, macd le, nak kek sebesar alam lah (walaupun bukan time bday diaorg) and toys tak nak share (if they have their way). This morning pulak i walked into the bilik rawatan, on the bed was a little boy about 5 who was fast asleep, on chemo. Just half an hour ago he was running about at the waiting area. If he wasnt bald, i couldn't tell that he was ill. And what about this identical 5 year old twins? One on wheelchair, one mak dukung. Dua2 having the same kind of cancer.


So, at the end of the day, it really doesn't matter that my baju raya tak siap, i tak dapat merasa the kek lapis i ordered or that i didn't get to stop by for my desserts. There are other bigger issues out there. My pesanan kemasyarakatan is please uols, pergilah menderma darah. The kids need bags and bags of them. Saya sudah, anda bila lagi? (i tipu! Dulu i nak pi menderma but was rejected kerana pernah dok overseas. Ni sebab case mad cows disease ka? Can someone enlighten me? Or sebab protocol lain ka?).

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin uols. Kalau ada yg tersinggung, i minta maaf walaupun disengajakan, kan ni blog i, hence my freedom of speech.
I lap u Esah!

Sunday, September 5, 2010

Better reading for ramadhan

This morning i nak pi bikin rambut and kuku for raya. Cam my friend cakap, sebenarnya takde sapa pun yg nak tengok we all ni...especially idakle teman ni set yg sociable gila yg pergi dari satu ke satu rumah tokcik, tokpak, ayahalang, busu, segala neka kan...balik2 dok umah mak i, kalau tak tolong hidang kuih, i'd be menyakat bebudak...yakni anak2 i sendiri. I hope i can say no to 'extras' yg akan disogokkan oleh hairdresser tu nanti...the last time i was there i came back, i was nearly RM1k poorer..idakle i ni extravagant gittew, as my mum would say, beli meh (mas) lagi ada pekdahnya. But it's so difficult to say no! Org datang jual magazine subscription i sign...adik datang jual CD alifbata ke rumah, i beli...pakcik yg kata dia mai dari Pattani ketuk tingkap keta i jual keropok, i beli, walaupun keropok tu idakle sedap sangat as commented by MG. I kesian...People have to merayau2 cari clients, berpeluh2 ketiak...whereas i dapat dok kat opis berhawa dingin (kenkadang tu sampai sejuk sangat tangan tak dapat pegang pen). People have to menapak di tengah panas, whereas i only need to keluar masuk keta i yg posh tu (weii tak malu...cakap besar!). Dalam dunia ni kita mesti ada perasaan belas kasihan. OK ini tazkirah i utk hari ini..(makes a better Ramadhan reading).

I went to collect data at a new place. Workplace B has exhausted its supply of the target group i wanted. Kat tempat baru, the staffs are friendlier...i nak apa, cakap je, even though they are busier (bukak sampai kul 9pm and not 8-5pm). Idakle ada sapa yg bertanya, 'surat mana?'. Or, 'sorry..kitaorg tak ambikkan blood utk study'. I was there yesterday from 7.45am till about 2pm...masalahnya...parents my subjects suka norr bersembang dgn i. There i was sitting at the table nak key in data, and diaorg pun datang dok sebelah..sembang2 pasal penyakit anak diaorg, pasal pembantu rumah, salasilah hidup i, kpi, raya etc. Mesti la kena layan....dah la kita ambik darah anak dia kan...yang i ni pulak, macam pandai sangat nak bersembang2 dgn orang...cuba put me in a setting cam kenduri ke, dinner company MG ke...dok la i kat situ sengih2 je..(aku ni sawan ke snob Esah??)

Anyway, on other matters. I have been married to MG for 8 years. Kitaorg tak bercinta pun sebelum decided to get married..we'd probably the 2 people left out and not married at that time. Bila bincang pasal nak kahwin pun it was very bussinesslike. All we knew about each other was dia takde penyakit gila babi and that my side of the family takde sapa yg psycho (ke tahap yg ubat2an moden tak dapat ubati) and less than 2 months, there we were married. He's not a talker. I think within the first 2 years of our marriage, i dah habis dah benda yg nak cakap dgnnya...

People say marriage is all about communication....if that is true, mine is really in the danger zone. How to talk when the other person tak tanya? So one day i thought (ni bebaru je ni), it's OK, i will 'educate' him about me. Kalau org tanya, what does your wife do? Jangan le cakap je, oooo..she teaches. Cakap le jugak, she's also a consultant, she only sees children and no, not healthy ones so tak yah tanya if uols boleh buat appointment anak uols dgn dia..OK, topic mengenai diri sendiri i dah i update dgn dia. What else can i tell him (susah tau kalau dapat laki cam penyu..diam je dok dalam cengkerang and kebil2 pandang kat kita).

One day i said to him during dinner...do you know that when male lion mates with a female tiger, you'll get a baby liger? Do you know that baby liger will grow very big, much bigger than the dad but will also die young? Because ni genetic freak, which doesn't happen in real life, i think i read somewhere that it has excessive growth hormone etc.? MG pi cakap, waa so clever you! I menyampah tau! Cam nak sindir2 pulak...how can i forget yg he's not an animal person like me? Ye la, minda kita kenalah sentiasa terbuka...takkan nak cakap pasal lampu hiasan jenin, kaler cat laura asli, sofa laura asli, zara, raoul, massimodutti sokmo??? But still, i wasn't deterred..I tanya lagi...do you know why i won't go to SporeZoo? Because they have the white tigers...and you know how they get white tigers? Through inbreeding...satu lagi benda yg would not happen in nature. By that time mamat tu dah tak sabar2 nak habis makan....

Satu hari di dalam keta, i test lagi...apakak perkara yg membatalkan puasa? Cepat je mamat tu cakap berjimak...i asked lagi? Korek hidung said he..So i said to him..you know the class ugama i attended not so long ago by Bro K from UIA? He said kita ni kat mesia banyak campur aduk bebenda dlm bukuteks ugama kita masa sekolah2. For instance he said, hanya ada 4 perkara yg membatalkan puasa iaitu makan dgn sengaja, minum dgn sengaja, seks (bukan saja seks rambang ye Esah) and haid and nifas. He also said no such thing memasukkan benda ke rongga2 yg lain. For this MG said, ikutlah you, entah2 dia mazhab mana tu! I said, no, kalau buat statement mana2 Bro K akan selalu cakap, ahli sunnah will do this and that. Bila MG dah cakap camtu, i pun pi mengoogle gigli and here's some info i obtained from the net: http://www.abuanasmadani.com/?p=401. Hence, terpulang pada masing2 utk buat keputusan sendiri (tapi idakle i pi korek segala mala rongga kat badan i depan MG just to prove a point, kan?). Yg i tau for so many years, i yg berpenyakit asma yg tegar ini maka terbatallah puasa i, i thought, each time i nak guna inhaler..islam is never menyusahkan. Bro K jugak pernah berkata2 yg kita ni selalu macam nenurut tradisi..for e.g. woi, bacalah yassin pada malam jumaat. Dia cakap, takde nas2 yg mengatakan baca pada malam jemat, pahalanya lagi cepat sampai ke Allah. He said benda ni semua bidaah. Samalah jugak cam konket di malam Jumaat ye para suami di luar sana (bukan suami i). Idakle dapat pahala cam membunuh orang kapir.

Dulu ada sorang makcik ni bagitau i..weii takleh pi buat facial masa bulan pose. nanti kalau keluar darah dari jerawat boleh batal pose (ni according to her cikgu ngaji). I said, ada keluar cam period ke darah tu. This makcik said, kita ikut je, kalau dah was2. She said, sometimes hukum allah tu kita tak boleh question. I said, what is the reference? Hish ko ni..nak jadi kapir ke? Semua nak soal, kata makcik ni lagi pada i. This same makcik also said kalau bulu kucing jatuh atas sejadah, it's najis. So i asked her, apa beza dgn kita gugur rambut? Najis ke? Kucing bukan binatang haram dipegang pun, apasal rambut dia yg gugur boleh najis lak?

Seriously la some people..rasa bangga gila ikut menonong je bila cikgu ngaji cakap apa2. To these people, lagi susah agama tu, lagi rasa dirinya dekat dgn tuhan. Tapi sapalah saya nak komen lebih2..

Thursday, September 2, 2010

Not for Ramadhan reading

I just feel like bitching...i know it's not appropriate because of bulan ramadhan etc. but to hold it in, rasa cam tahan kentut bila dlm kapalterbang..perut rasa keras je. Bila turun tangga kapalterbang (of course la airasiak je these days kan..) and dapat lepas sikit2, fuh lega!

Two nights ago, Ustazah Munah texted me...suh i check fb profile of this woman. She's married to UM's once chenta-agung-tak-pernah-jadi. How she adored that guy...sampai sanggup simpan stock tic-tac kat biliknya incase he came to visit her at her place (ni cite dolu2 kat uni). And her being the type yg tak makan sweeties, sanggup ber'acquired tastekan' dgn tic tac. Anyway, this silly guy, yg tak pernah sedar kawan baiknya tu menaruh harapan kat dia, sibuk la nak cite semua kat pasal gofrennya kat UM. I think ada a few times mintak UM ikut dia shopping utk pi cari barangan utk gofrennya yg di msia tu. She was a few years younger than us...tapi baca majalah Vogue wa cakap lu...kalau jaman2 student kat sekolah menengah dulu, jangankan nak kata majalah vogue yg i langsung tak tau kewujudannya, majalah wanita pun i tak mampu! Balik2 beli gila2 or mingguan perdana (adakah lagi sokhabar sensasi ini?)

Anyway, he married her of course. UM hated him (benci tapi rindu), of course i did too (pompuan kan, mesti le simpati ngan kawan). Dari gaya cite si jantan, the gofren tu macam PMT (bukan pondan melayu terakhir ye)..semua ciri2 gadis ayu pemalulah kata org. Well, 2 nights ago, UM asked me to check her profile pic on fb. UM thought the pic was quite inappropriate...she was in a spaghetti string top...ada nampak lurah dendam lagi uols..I mean kalau Esah ke buat camtu, idakle mulut ni nak terjuih2 mengatakan..because Esah never berselindung who she really is (yakni ratu wet tshirt contest kahkah). OK la, we were like 2 makciks bitching about her..Probably we felt tipah tertipu with her PMT persona last time..ataupun jantan tu yg made us form that kind of impression?

(tapi kelakar jugak being perempuan - sampai ke tua masih sore dgn kisah dolu2)

When i was working fulltime up till last year, my contact hours with the trainees were 12 hours/week, plus jumpa clients about 6-10 hours. Of course ada admin work, research, postgrads etc jugak. I stumbled upon this person's blog yg rasa ooo sooo busy because student contact hours dia about 4.5hours/week plus kena buat research, supervise postgrad students, write paper etc. Haiyaaa..biasa la tu! Kalau la the schedule at my place camtu, idak la Si Baung tu lagi bergulung rambutnya..I don't moan about this job though because it doesn't require me to stay back at the office until late at night..you know like people in the private sectors..like UM la for instance. Ada flexibilty pulak tu, idakle kul 8 dah kena terbit and punched in..

For the past 2 days, i started to collect my sample kat tempat lain. Today i was without my assistant. At the end of the day, i dah tak rupa orang dah. Tudung senget benget, muka berminyak, rambut terkeluar2. Wanted to do a stopover at Delici0us for some desserts for buka puasa on the way back. Laaa..pandang bawah, seluar koyak la pulak dekat lutut. Ni mesti pasal seterika terover panas this morning and masa ironing mata masih separa terbuka.I think that restaurant is one of those places yg i rasa conscious la pulak nak masuk if i looked like ive been dragged through the bush backwards.

Enough mengomel for one night.

P/S kau tu bila nak hapdate? Asik update status fb dgn ayat2 berbau cinta yg bukan padaku je...nak kena hide dgn ku ke?