About Me

My photo
I'm forty and (not) loving it.

Friday, September 24, 2010

Sini ramai orang gila 2

Cerita ni dah lama. Bila buat the last entry teringat pulak cite pasal org yg kurang seposen ni pulak.

Scene: Dalam kereta di suatu petang, bersama maid dan anak2. Lalu kat tepi kebun bumi hijau PakLah yg famous tu.
Aikkk! Ada kejadian pembakaran secara terbuka! Tetiba je sesak nafas...hidung dah kembang kincup cam seldang jantan tengah naik syeh. Nak buat camna lagi ni? Report kat DOE dah, majlis bandaran pun dah, sokhabar dah, kementerian yg launchkan program tu pun dah...

Tak boleh jadi ni! Dengan anak2 sekali dlm kereta i pi melencong ke..........balai polis! Bagus jugak bawak bebudak ni..can kill 2 birds with one stone...pi buat aduan tentang open burning as well as mengadu kat pak polisi tentang kenakalan bebudak and harap2 pak polisi akan gertak bebudak.

So masuk je ke balai, terus cakap kat BabyX and Little D, dok diam2..kalau bising nanti polis tangkap, mummy dgn bibik je balik rumah. Disahuti dgn bebudak tu cakap, 'taaaaanaaaaaakkkkk!'

CK pun pi kat adik polis yg dok belakang counter tu. Puan, saya nak buat aduan mengenai pembakaran terbuka kat kebun tepi bla bla bla..
Adik polis: Apa puan? Tanya adik tu muka serious macam tak caya..
CK: Ni, pasal orang berkebun tu pi bakar2...
AP: Errrr..kami tak boleh nak buat apa2...ni di luar bidang kuasa kami...
CK: mata dah terbeliak and agaknya dah tukar warna merah cam Mummera* Ha? Kat sapa saya nak buat aduan lagi? DOE dah, Majlis bandaran dah..bla bla dah..!
AP: OK Puan..takpe, puan dok dulu, saya akan tanya pegawai saya ye..

Muka adik polis tu rasanya cam tak caya pun ada, nak tergelak pun ada. Ada 2,3 orang polis muda2 kat situ semua buat2 busy taknak angkat muka pun..takut kut kena layan i.

Sementara menunggu pegawainya, babyX and Little D boleh pergi ketuk2 akuarium kat balai tu..lompat2 main teng2 dgn petak2 lantainya..bila i beliakkan mata suh diam si baby X boleh cakap kuat2, tak takut pun polis, tak takut pun polis..! OK lesson that day tak effective la kan.

5 mins later, i was called to the counter, diperkenalkan pada 'senior' member..i idakle tau apa pangkatnya but he looked like akan pencen esok. Dia cakap, mari puan, kita pergi tempat yg senyap sikit utk berbincang.

Eh amboi...i rasa kat lobby or whatever you call it dah cukup senyap bar my kids yg melompat tak hengat donia. There were no other people yg dtg mengadu..So he took me to a space yg ada meja kat belakang.

Pakcik polis: Cuba puan cerita apa masalahnya..

I pun bercerita balik semula dgn penuh expresi...siap bagitau salasilah penyakit keturunan sekeluarga iaitu lelah and resdung hence why la i'm so sensitive to smoke.

PP: Puan kerja mana? Kat sini rumah sendiri ke? Dah lama tinggal sini?

CK: ek eleh...berbuih mulut i mengadu soalan yg tak relevant tu pulak yg dia tanya??? But still jawab la kan, nanti kang dia kata i tak respect polisi pulak..

PP: Anak dua orang je ke??

Astaga! Relevan ke soalan itu?

CK: Encik..boleh tak saya nak mintak tolong? Saya tau la ni di luar bidang kuasa polis, tapi since kereta polis selalu buat rondaan kat sini kan, jadi saya mintaklah, kalau nampak sesapa buat pembakaran terbuka, tolongla pergi bagi nasihat kat diaorg. Ni ha saya ada bukti kejadian ni bukannya baru pertama kali berlaku, dah selalu sangat! sambil menunjukkan gambar yg i ambik dlm kamera. Jgn memain uols! I don't go anywhere without my camera!

PP: Takpe puan, nanti saya tengok apa saya boleh buat. Ni ambik nombor ni...

CK: Eh nombor apa ni? ye la..takut kut kut nombor hp peribadi ke..tak pasal2 i kena simbah acid ke pulak nanti.

PP: Ni nombor bilik gerakan..kalau puan nampak lagi ia berlaku, tepon je nombor ni..

Wah...kelas gittew..ye ke boleh call bila2? Kang kena bantai gelak lagi kang..

Pas tu PP tu escort i ngan anak2 maid semua keluar balai. Sampai i masuk keta dia dok kat luar perati..

Eh?? Was he hitting on me?? Dia ingat i ibu tunggal kut....Perasan gak i ni..ye lah..dah baya2 (besar2) camni, sapa la sudi nak ngorat lagi? Buruh Indon yg buat rumah or bangla sapu sampah pun dah tak pandang dah..

Bila dah sampai rumah, breathing pun dah ok semula, i terpikir..eh..gilanya aku! I bet polis2 tu ada note down..kalau pompuan kereta merah datang, avoid at all costs.

*sapa tak tau mummera?

4 comments:

  1. lawak la hang ni CK... last entri pun best...
    Ayda

    ReplyDelete
  2. hahaha serious u pi repot kat balai??? *tabik!!!

    kat msia tu, bakaq org ja polis layan, tu pun org yg pangkat datuk, dan yg bakaq tu loyer!!

    ReplyDelete
  3. Cik Kiah,
    Ni yang I marah ni...haaaa saya orang "Alam Sekitar" mana dia? Bakar hutan? Opening burning? Pi check bakar apa tu...kot bakar orang kot? It seems open burning is your "masalah" CK not him! DOE tak de masa laaa ...probably opening burning for replanting for our golden crop kot?

    ReplyDelete
  4. Ayda,
    thank you thank you!

    Mama Hup,
    awat dah tukaq nama? Next time mungkin i akan bakar org yang bakar tu pulak...whaddya think?

    Bugis,
    erk? What golden crop?
    Nak bakar2 boleh, but hasil bakarnya to me mestilah set2 yg boleh dimakan, if not kerja sia2 je..hehe

    ReplyDelete