Orang tu kan, mentang-mentang la dia baru la ni updates keluar bagaikan orang yg makan julap, dok mengutuk la i ni yg sibuk dgn aktiviti raya...ziarah menzia rahi walaupun dlm keadaan paksa rela. First day i pi rumah PIL. Petang tu i balik kampung i. Setelah kahwin nak dekat satu dekad, barulah tercapai dek akal i yg actuallynya we could be in 2 different states for first hari raya because rumah PIL and rumah pakmak i idak le jauh benor sebenarnya. So rather than bertolak balik on 2nd raya, pecahlah tradisi this time round. Ni semua sebab gara2 my sis dah beraya dulu kat kampung and sure dia nak balik ke rumah inlaws dia 2nd raya and i don't want my children to miss getting together with their cousins. Lagipun, kalau idak balik la kami ke rumah sendiri lepas lepak2 kat rumah PIL yg selalu takde pengunjung pun 1st raya.
Meriah tu meriah but penat badan pun satu hal. My father has this perangai yg setiap kali org datang mesti nak jamu nasi. Tak cukup dgn ketupat rendang je kaedahnya. Kenkadang tu naik hot jugak because nak suruh masak tapi apah ayam, ikan semua takde dlm fridge, takkan nak goreng telur je kan? Pas tu kita ni asik dok dapur je bau kari semua..tak merasa la nak melawa2. Masa my sis ada OK lagi because she's the cook in the family..masa tinggal i je aduhhh! So i thought ni tak boleh jadi ni..so i did what i do best with my own little family masa takde maid yg terrer masak like the current one. I bantai masak 2,3 jenis kuah sekali, so i told my mum kalau orang datang and my dad insist to jamu nasi, ha, goreng je ayam and tuang kuah yg i dah masak earlier. (pastu mak i boleh cakap, eh pandai jugak kamu ni masak ye...Masak tu reti, saja tak confident je).
Then we went to this rumah sedara. Ni bukan nak ngumpat, cuma nak ngenang je (ada beza ke?). I tak berapa gemar sangat kat sedara ni..mak i banyak menolong these sedara anak beranak in terms of duit. But what i can't understand kalau diaorg tu hidup tak berapa senang, didik la anak tu supaya belajar rajin2, jangan kahwin awal, tolong mak bapak untuk ubah kehidupan. Ni tak..anak lepas kolej or lepas uni semua kahwin pas tu tak kerja. Anak yg first masa belajar nursing lari dari course, sib baik dapat kerja gomen pas tu. Boipren lari kahwin org lain and beberapa bulan pas tu dia kahwin dgn budak penjual burger yg sekarang ni tak kerja pun. Maknya cakap kalau tak dikahwinkan dulu takut nanti kahwin lambat or tak kahwin terus. Adiknya pulak yg dapat masuk uni, lepas grad terus kahwin. Dapat kerja trainee manager somewhere but the clause cakap tak leh kahwin dlm tempoh probation, but lepaskan peluang utk kahwin. The thing is, ni pun boipren dump dia pas 2,3 bulan terus kahwin org lain. Sekarang ni dok rumah je. So, camna nak tolong mak bapak and adik2 yg masih sekolah?
Mak bapak punya prinsip camtu..anak nak kahwin, kahwinkan..macam kahwin ni adalah segala2nya. Kata orang dah jodohnya tiba..no no no...! To me i feel it all boils down to how the parents raised their children. Masa i kecik2 dulu mak i selalu cakap kat i kena belajar rajin2, supaya boleh dapat kerja elok. Kalau makpak dah takde, sapa nak tanggung kalau tak kerja? Idakle pulak depa cakap belajar cari laki ke..laki boleh tanggung ke...
Itu yg i kesal sangat pasal sedara i ni..i rasa nak bersedekah pun cam berat sangat. Tapi takpe la, kali ni i ziarah diaorg ngan mak pak i semua. Masa we all dtg, the father who is closed to 70, was not around..shift jaga kat sekolah belum over lagi. Then we saw him jalan kaki menuju ke rumah...He's like an atok...badan tak tegap lagi, at that age still kena bekerja..kalau tak kerja takde gaji. Imagine if it was my dad...
So masa balik and bersalam, i unjuk jugaklah some sedekah for him and his wife..I felt guilty...irregardless how he raised his children..

Cik Kiah,
ReplyDeleteSelamat Hari Raya!
Its been awhile the last time I wrote to you.
I agree with you about "...parents raised their children"...bila jadi sesuatu they always said, "What did we do wrong?" kan? kan? but the thing is "What should we do right for them? Oh well, semua keluarga mesti ada skeleton in their closet, nampak ngan tak nampak aje ....
Anyway cheers to you and your family!
Hi CK,
ReplyDeleteSelamat Raya!! Susah kan CK. Org2 mcm ni la sampai bila2 takkan keluar dr kesusahan.. Sometimes I rasa, "meh sini aku brainwash korang".. but then again, how they see life is totally different from us, confirm pendapat kita tidak akan diterima.. tapi i kalau dioffer oleh husband i utk jadi full time house manager dan dpt 5k per month from him, I nak la kannnn.. hehehhehe
CK selamat hari raya aidilfitri!! maaf ye sepanjang saya komen kalau terasa hati. I'm not good with words..*blur terus nak tulis ape*
ReplyDeletemengenai hal mcm ni, kita tak faham pandangan mereka kot CK. ade golongan orang tua memang mempunyai skop fikiran seperti itu. anak perempuan mesti kahwin. kita mempunyai skop fikiran yg berbeza. anak2 yg berpeluang mendapat pendidikan tu sepatutnya rase bertanggungjawab terhadap keluarga mereka. kalau CK pun boleh terase hati sebagai saudara, mengapa tidak mereka sebagai anak? itu pandangan saya.
-cn-
Bugis,
ReplyDeleteHeloooo..long time no see. Yes, all families ada skeletons in the closet. I suka pasang telinga bila orang tua2 bercerita...especially kalau cerita yg mengalahkan drama swasta.
CL,
I pun nak jadi housemanager dgn gaji RM5k. Duit tu kaedahnya utk kita pi beli2 aiskerim je kan? Pas tu OK la, i ambik like another RM600 utk gajikan bibik pulak..hehe..mengada2!
CN,
Selamat Hari Raya to you too! Itu yg i terkilan..their kids are younger than me, sepatutnya peluang lebih luas utk baiki taraf hidup keluarga. Tapi ni tak...anak2 cukup2 je utk sara hidup sendiri, bapak yg dah tua masih kena bekerja. Tapi nak dijadikan cerita bapaknya pun masa sekolah main2 tak nak belajar..padahal anak cikgu besor. Cemanalah melayu nak maju kan?
Alhamdulillah. Nasib baik la parents i dulu bertungkus lumus sumbat i kat sbp nun di pantai timur semata-mata nak suruh jadi pandai, masuk univ best dan dapat kerja best. Walaupun tak kawen lagi, tp i rasa ini la antara anugerah terbaik dr mereka. Lagipun, Jodoh kan di tangan Allah. Syukur! ;-)
ReplyDeleteBtw, Selamat Hari Raya.