About Me

My photo
I'm forty and (not) loving it.

Monday, March 25, 2013

I am running a petting zoo

Yesterday was another successful ops sunat (3). Akak tu punya kucing jugak. She has all these mama cats at her house yg gigih berkecimpung menjadi baby making factory. I told MG I can't afford to keep feeding her colony of cats (this one talk only larr bec somehow or rather aku bagi jugak makan...sampai 20 kilo sebulan biskut kucing). Asyik beranak pinak je...so all mama cats have been catknapped and done...now happily berisi and bulu nampak cantik. Hopefully, this week dapat tangkap these two teenagers...tak mo nasib jadi teenage mums. After that can start with the romeos pulak. Yg nak tergelak tu, kita sibuk mengejar yg anak dara ni, yg sekor jantan ni terlompat2 kat kaki kita rela ditangkap..sat laaa...sikit hari lagi ko pulak akan jadi eunuch.
Kawan I yg sama (seperti cite kat bawah), pernah 2x menegur..katanya haram perbuatan I ni ...mengkidnap kucing orang utk disunatkan. Walaupun niat I murni..utk kesejahteraan ummah (ewah!) But niat tak menghalakan cara, katanya. That's coming from a non animal lover (who kept 2 goldfish in a small bowl utk perhiasan..masih terbayang2 gf tu nak pusing badan pun susah dlm bowl tu. Obviously they only lasted for a few days and died I suspect from lack of oxygen. And who also told me animals in the zoo can't tell the difference betwn small and big cages. Really? To this friend, if you happen to read this, back off yeah! Jgnlah terlalu taksub bercakap pasal perhubungan manusia dgn manusia je...sesungguhnya kasihilah kamu dgn makhluk di muka bumi ini supaya di atas sana mengasihi kamu -says one hadith). Anyway, I got quite pissed off. Sepissed off I dgn akak empunya kucing tu yg tercari2 kucing dia tu..nampak tak kucing akak? Memalam dia tido dlm rumah dgn anak2 dia...kesian anak2 kucing tu...
Jawapan pada akak kucing dan kawan CK tadi:
Akak perasan tak yg kycing akak tu penuh dgn kurap? Dari telinga sampai ke muka and perut? Bulu pun copak capik?! Akak pun perasan tak yg anak dia telinga berkurap until a few weeks ago? Berkerak2 and berdarah sebab digaru..sebabnya dah cantik molek sekarang pasal SAYA jugak yg bawak ke dr, sapu minyak gamat kat telinganya. Akak perasan tak jugak yg dedua ekor anaknta kena sakit mata sampai bernanah and tak boleh bukak? Sekarang dah ok pasal SAYA jugak yg bawak ke dr and sapu ubat mata 2x sehari. Ni lepas luka operation nya sembuh, saya jugak yg akan bawak mak kucing tu ke dr utk nyahkurap. Bukan akak tak tahu yg saya bagi kucing2 akak yg sekampung tu makan..2x sehari and dgn biskut premium. Saya jugak yg bagi depa wet food sekali sekala utk treats. Adakah akak ingat saya menjalankan petting zoo? Saya jaga kebajikan kucing2 tu and akak anak beranak dapat pat2 and gomol2 dgn depa bila ada masa and teringin? Dan tolonglah jangan ingat yg saya nak bolot kucing2 akak. Saya buat ni semua kerana saya kesiankan depa..sesungguhnya fries dan keropok lekor bukanlah makanan semulajadi utk kucing2 dan kalau nasik gaul tulang atau kepala ikan saja tak cukup zat. Dan saya harap buat masa ni, akak dan anak2 akak janganlah pi pungut mana2 kucing lagi ye...saya risau poket saya rabak, Monty saya mogok kerana banyak sangat PATI kat luar rumahnya...dan oh ye, maid saya pun dah tak larat buang taik kucing akak yg bey bey kat porch kami. (Tadi maid saya keriau sambil menyental, saya pun takut sampai lari masuk bilik dok diam2). Jadi akak, tak payahlah dah akak tanya2 maid saya setiap kali kucing akak lesap 2, 3 hari ( dan bila balik terus jadi pondan), sebabnya, kalau akak betul2 kisah kat depa, moh le kita tong tong duit utk makanan depa, nak? Saya bukan nak mengungkit...tapi kot lah akak marah pasal saya yg takde pertalian keluarga dgn kekucing akak tetiba sibuk nak bagi makan.
To my friend pulak, lu pikirlah sendiri samada I ni ada or takde hak langsung ke atas kucing2 tu. Its not about nak berebut kasih kucing..its about being humane.
Fuh emo!
(Semalam lepas maid bagitau yg akak tu sibuk2 cari kucing dia yg tengah dlm pantang kat vet, I benganglah jugak. I keriau2 kat my maid , 'ada ke orang gila yg sanggup berabis duit kat kucing orang?! Sayalah kan?!' Mesti maid I cakap, seniri tanya, sib baik seniri jugak yg jawab.)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, March 18, 2013

Macam-macam ada

Aiyok..this morning Pak Tiri sudah keriau2....anak2 bulu bertuah kat luar tu pi tinggalkan bey bey diaorg merata2. Ada kat rumah sebelah yg kosong, bertepek2, kat pasu bunga kitaorg...how do you 'educate' cats yg tak diajar dari kecik where to bey bey? Furthermore, tanah yg available pun kecik dari kangkang kera. But Pak Tiri has given me looks that could kill....I did for a moment contemplate of moving the makan2 site to bahagian depan rumah where the garden is. But how to lead a mass exodus ala2 Pied Piper of Hamelin albeit with cats? Nak tembus dlm rumah weols ke as thoroughfare? Or pinjam rumah sebelah punya laman? In the end I decided against it because kat depan takde covered area yg luas...and it rains all the time now. Lagipun, even if they were to have their meals in our front garden, they would still go lepak at our backyard/porch because its fully covered and there's always fresh water available there as opposed to their owners'. Stop bagi kucing makan? Tak pernah terlintas pun. Rewards from the AlMighty have come in many ways. So MG, if you are reading this, believe me, I did try to think of ways to minimise their err..run ins with you. The maid kutip all the kuihs from the flower pots...the maam of the house pulak pi gosok lantai rumah sebelah...rasa fulfilling pulak sekali sekala buat manual labour ni..beats writing my you know what.
As you know, we will be moving away soon...by raya I think. MG has given me the greenlight to bawak sekali anak2 bulu yg berkenaan (and I hope he won't change his mind about this!). So we are putting up this house for sale. Adalah a few neighbours yg dah datang melawat, survey utk anak2. Yg kelakar (pun intended) depa datang bila tuan rumah takde. There's this one kakak yg sejak dari dulu really convinced yg rumah we all ni mesti berbau pasal ada kucing. Pernah risik2 dari maid yg kawan dgn my maid..rumah CikKiah mesti berbaukan..? Tak caya walaupun that maid denied it. Pastu masa dia datang dia bising2 tanya kenapa rumah tak busuk? Mana dia tandas kucing? My maid baru bersihkan rumah and sembur2 perfume ke because tau orang nak datang, tanyanya lagi. Ish akak ni kan...sib baik la kitaorg takde masa tu. The akak sangat berminat nak beli rumah ni because it's clean and in pristine condition and she decided they'd be moving in to this house and rent out theirs! Perghh! Ada hati tu..kelakar tak? My maid's mulut boleh tahan..so dia bahasakanlah jugak sikit2..she said, kak, kalau akak duduk rumah ni esok, kalau malas dicuci, akan kotor jugak! Well, according to my maid the akak's standard of hygiene is errr..kalau kat rumah ni mrmang fail lah. In the end tak jadi...pheww!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, March 13, 2013

She eats men for breakfast

Semalam, ada sorang colleague jantan ni cari i. We have worked at the same place for a very long time. I tanya, apsai you cari i ni? Bedah, Timah, Senah takde ke? Cey cey...saja je i sebut nama colleagues pompuan2 muda kat tempat i tu. Ye lah..kita ni kan dah dinosaur, of courselah kalau takde masalah, yg si jantan tu lebih rela dilihat bersama depa tu.

He said he needs to tell me something...dia kata i sorang je yg akan memahami..kerana i have 'hermaphrodite' thinking. Hah? I think it's meant to be  a compliment...(or did he say i think like a pondan/khunsa? Whatever!). Pastu i nampak dia terkebil2, terkulat2.....sudah! Masak betul i dengan perangai dia ni..cenggitulah rupanya bila dilanda perasaan bersalah yg teramat sangat. Ceritanya begini..bebaru ni dia pi buat credit card. Adik promoter tu cakap, 'boleh siap in an hour...tapi i belum makan lagi ni..'. Kawan i tu pulak terfikir, eh aku yg muka po-ot ni pun ada gak orang nak flirt2 ye. kembang sungguh dirinya tengahari tu. Dia bawaklah adik tu pi makan..

Di situlah bermulanya permasalahan dia tu. He said the girl was all over him at lunch. Hah?! All over like what i tanya? I kata is it like...i gave him a perumpamaan..let's say if she was a wet dog ( and i seriously meant no disrespect to this girl..at this pointlah), are you telling me you dah kena samak? He said yes, many times! Wooooiii! (since i know him so well, i don't think he's making this up) You mean this woman/girl that barely knew you dah raba2 you merata2? Yup, katanya. I asked orang tak pandang2 ke? Pandang, jawabnya lagi. But he said he didn't reciprocate and he was quite impressed with himself. Dia kata sekarang ni dia cukup 'makan' kat rumah, previously mungkin dia pun akan 'ngap' jugak. So, soalannya ialah..mengapakah dia yg tak hensem tu pun ada jugak pompuan nak? (before that i tanya jugak, kat bank manakah yg menawarkan 'package' yg begitu menarik utk pelanggan lelaki ni? Credit card boleh siap dlm masa sejam di samping menunggu ditawarkan juga massage...must tell MG, STAY AWAY, if he values his life that is)

Well, i said, there are women out there yg memang nak test power...and bila depa ni nak test power, mangsanya would be men yg po-ot atau rhope nerd2 sikit. Idakle depa nak pi test kat jantan2 pemangsa macam watak ArunAjis dlm OR tu kan, because kalau set camtu sudah pastu depa pulak yg kena ngap..because these women are predators themselves. Lagi satu, mangsanya pulak mestilah yg matured, had ada  title kat depan nama lagi bagus because apparently that spells $$$. Kalau setakat kerja mat despatch ke idakle depa nak mengorat, kan? Cer tanya mat despatch memana...satunya mungkin depa pun tak qualify utk kad penambah hutang tu and another thing kalau dia pi meraba mat despatch masa tengah 'driving' maunya motor tak masuk longkang??

So he asked me, what should he do? I told him my Kak Nam self would say, eh, pi lah dating lagi..i so nak dengar gossip (sebab tu lah dia kata i ni non-judgemental, hermaphrodite)...which btw, bila ko nak hapdate Esah oi..! But my sane self would say, yg you nak pi cari nahas tu apsal? Kalau nak kawin lagi satu sangat, i doubt this is the kind of woman you would like to end up with. Selain daripada no jamu pasakbumi can help you gain the energy bak HeMan, she would also most probably cukur you botak, hokay? I mean, where does this type of woman come from??? Masa i single mingle umur 25 tahun bergetah lagi (the getah part tu i tak cakap but my friend tu yg tambah), i did think any guy above 30 are old, gatai and i stayed away from them. Nampak sangat pompuan camni nak kena lempang2! Berani pi meraba jantan 'tua' satu hal lah kan...laki orang pulak tu!

I told him, dah! Jangan nak pi contact2 lagi minah ni pi cari penyakit. You takde jumpa dia lagi kan? Pastu i tengok muka kawan i tu terkulat2 lagi. Whatttt?! Yg you pi jumpa dia lagi buat apa? Saja gatai kan? He said, there won't be a third time because he said, masa tu nescaya akan end up kat hotel kalau sempat, kalau tak tepi semak je...Ganas betul pompuan tu..

Monday, March 11, 2013

Rambling

Wah...gigih menghapdate 2,3 hari ni. I'm doing my work at home (yes MG, I am..tapi tak mo cakap kat you pasal nanti you kacau suh i hantar anak, ambik anak sekolah etc. I ni konsep work from home la...When the writing juices are flowing, tak boleh stop2, nanti terus padam. LOL!). But baru baca sorang ni punya thesis 4 line terus otak merewang..

I'm so forgetful these days. MG said because i dah tua...eh tapi kan sapa yg pakai specs orang tua sekarang ni..(gelaran utk bifocals oleh anak2ku). Ada hati MG pakai specs bulat je...mesti dia perasan cun and mati2 dia tak nak gayakan utk i. He said cuma utk tontonan gadis2 di ofisnya saja. Menyampah! Anyway, even between the sitting room and kitchen, i boleh terlupa apa i nak cakap. Once when i was at Emp1re, i masuk Bel@nga and ordered roti jala to take away. I said i'll come back later to pick up my order. Pas tu masuk kedai sebelah try2 baju, beli selai dua. Then i got into the car and left for home. Two weeks later while i was eating at a restaurant in Emp1re again with the maid and kids, i baru teringat..eh?? I do remember paying for roti jala..so i asked the maid whether i brought home any recently. And she said, nope..memang sah2 i tak ingat, kan?

Anyway, dok kat rumah buat kerja ni walaupun takde anak, bukanlah tanpa gangguan ye. For a start, si gemuk belang anak mak dah 2,3 kali mintak dok atas riba. Pastu mintak dokong ke pintu pasal dia nak keluar. Manja sangat! Next thing i saw him chasing after a stray cat..bergoyang perutnya bila berlari. Nampak sangat objektif nak menggemukkan dia masa kecik dulu berjaya. A breeder told me kalau nak kucing montel, bagi makan ikan yu. Aiyok! Mana pulak nak cari ikan yu...lagipun, kesian ikan yu yg dah nak pupus tu. So we substituted for ikan tongkol. So now each time pergi pasar cari ikan tongkol for Monty and dapat yg kecik2 je, of courselah i berleter kat si gemuk tu. Ha tengok! Because of you (and orang Ganu punya nasi dagang...but yums yums. Mana nak dapat nasi dagang kari ikan tongkol yg sedap kat KL ni?), ikan tongkol pun dah nak pupus..yg kecik2 tak cukup umur je yg ada ( i donno if ikan tongkol and blue fin tuna yg overfished tu are related). Dengan si gemuk ni, bila moodnya ok, dia tak peduli pun kat kucing2 yg datang makan tu...bila angin tak baik, bertempiaran diaorg lari kena kejar. Pastu dia yg terbongkok2 makan makanan diaorg. Of course mulut i berleter...i told him it's akin to makan harta anak yatim..tu dia! Ugi JPB (Jangan Pandang belakang) pulak dok melepek atas kertas2 kita..pastu kaki or ekor terjuntai atas keyboard. Nanti kalau i pindah masuk bilik dia akan ikut sama..Bila berjalan depan dia, kaki kita dikaitnya.

Another interruption is in the form of my maid...suaranya berleter..ya hampun! Tadi dia keriau2 entah kat sapa...she discovered that our pokok limau purut kena 'rape'. She  said sampai daun yg muda2 pun habis kena kebas. Semalam dia kata banyak lagi daun. Today, pokok dah separa togel. this is one of the hazards of rumah tak berpagar..and pokok tu dok elok tepi jalan. Mestilah ada orang yg geram nak jadi chefwan kan..thing is we don't mind kalau sesapa nak..mintak permission sekali je and lepas tu kalau nak lagi, ambik je lah..tak payah tanya dah. Janganlah sampai pokok jadi togel. That is also  what happened to the kids' godfish dalam tempayan. Dari 4 ekor tinggal satu...2,3 hari lepas tu, yg sekor tu pun hilang. Ni i suspect kerja budak2 sekolah. Once, our guppies yg berpuluh ekor plus babies yg besar cam jentik2 pun boleh hilang. Habis kena kaut...takkan ada memerang pulak kat garden we all.

Ok, enough rambling.

Sunday, March 10, 2013

Cats etc.

Cannot sleep. Will take this opportunity to karang entry yg takde berbaur gewamp gewamp.
Budak gemuk belang tengah tido celah kangkang. Dia buat selimut cam pangkin dia. Tadi berebut bantal panjang dgn daddynya. MG nak peluk, si gemuk belang nak bertenggek kat atasnya. You knowlah cats...suka benor dgn elevated position. Two days ago masa tgh usap2 bulunya, jumpa telur kutu kat jambangnya...best ketit antara dua kuku. Khusyuk I mencari, mamat khayal sekejap, syoklah org belai2 rambutnya. Pastu terus nyah kutu..ni antara syarat2 utk naik atas katil.
Ugi dah turun kebawah, tido atas meja makan, directly bawah fan. Masa orang tengok tv, dia lepak2 sama katil..MG lelap je terys dia mintak keluar bilik. I suspect dia cannot tahan MG snore. Makcik ni bila kita nak bersiap2 ke office atau memana je, dia melambatkan kerja kita. Sibuk nak masuk dlm wardrobe. Bukan tak nak bagi dia explore..tapi track recordnya agak kurang baik..datang anginnya dia akan kench sesuka hati. Hobi suka ngacau budak buat homework. Dok atas buku. Jenuh bebudak cakap excuse me 490x, idak di pedulinya.
Setiap kali I selsema atau hidung sumbat, ada sorang colleague kat office mesti cakap, get rid if your cats! Should I? Hmmm...sekali lagi dia keriau2 kat I, I akan tanya dia when is she going to get rid of her children. At least the cats are better behaved than her kids..seriously! Kalau ada makanan terhidang atas meja, depa tak naik atas meja ok unlike.....and they are toilet trained! Enough said. Bab2 kucing ni jangan sentuh. Memang boleh buat akak naik darah.
Tadi dah cakap dgn MG that at our new house, we will be joined by Jack Kuning, Benny Bengkok and sesapa lagi yg nak ikut. Tapi still maintain dok luar rumah je. Hmm..kena construct tandas awam kat garden utk depa ni..klau tak neighbour keriau nanti.
Tadi pi orang kawin...kain baju kurung tetiba senteng. Awat kecut pulak?! Ni mesti kes makan baklava sarang burung sensorang...terima kasih daun keladi, kalau boleh esok2 nak lagi!
Ok lah! Mata dah ngantuk ni...
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, March 9, 2013

Angin

This morning akak sungguh angin. I happened to read a post on LD by a famous blogger. Tertera kat postnya no. Meybeng utk tabung kalau kita nak menderma, for the families of the fallen heroes.

Lepas tu, adalah si Anony ni (short form from annoying kut) mengomen. Maksudnya lebih kurang camni , 'Menderma kpd askar? Saya dah bayar tax. Oh terlupa, gomen makan duit tu'.
Utk adik tu, I'm sure mesti adik punya, meh sini akak nak mengomel. Secara lazimnya, kalau berlaku sesuatu kematian, masa ziarah atau klau kita tak pi ziarah pun, kita hulurkan sumbangan utk menyatakan simpati kita selain dari nak ringankan beban keluarga yg ditinggalkan tu. Lagipun, apa salahnya bersedekah buat amal jariah..

Those men lost their lives for our country. Siapa sangka dgn tetiba those women and children kehilangan tempat bergantung, orang yg disayangi? Pi beli sokhabar Star hari ni, selak muka surat, tengok gambar2 and baca satu persatu cerita anak bini yg ditinggalkan. Sedih ok! Ada wife yg baru nak celebrate anniversary, anak yg tunggu surprise bday present from the dad...They redha but still in shock..who wouldn't, right?
Let me tell you also, the police get paid pittance ok? Pastu working condition..ya rabbi! Office panas, aircond tak cukup, meja macam meja cikgu sekolah rendah kita dulu. Computer dari zaman jepun...ni cakap berlandaskan fakta not auta (according to my friend yg buat research kat balai polis). And these are the people that we expect to look after our security and they ever willingly do so. Don't talk about bad apples here..memana pun, it happens.
They lost their lives so that people like you and I can sleep at night. They are gone, but this is the least we can do for them, look after their loved ones left behind. Let not their sacrifices be in vain. This is not the time to condemn the govt for allegedly misusing taxpayers' money. Be grateful that you haven't lost anyone closed to you so tragically.
Lastly al-fatihah to those who lost their lives in LD.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, March 8, 2013

Tetiba meroyan

I is busy...sampaikan nak meybengkan credit card payment harituh pun dah 2,3 hari lewat. Ni kena bagitau pasal ada orang tu mintak I sape-kan account tune talk dia..belum lagi kojol tapi dah dia nak merajuk2 dgn I pasal I lambat..alkisahnya, I ni menggunakan software lanun kat laptop I tu..so I taknaklah hook to the internet just in case kan..dah tu that week nak ada presentation, lagilah kita tak angkat muka kan..boleh terbayang2 I muka dia yg merajuk tu. Nyampah tau! Tapi oklah..dia gigih berassignment di celah2 kesibukannya baby sit orang gils.

Apa nak cerita ye? Of course isu SultanTiram nakkan Sabah and ada hati nak claim Swak jugak..biar ditunut (tenut? Tenuk?) dek Dayak bak kata hosmet Esah. Its unfortunate it has to end this way but they chose their end kan? Yg kesian are the wives and children of our fallen heroes. Tak pasal2 je kan! And of course our politicians have to milk it for what its worth..nampak sangat bengong and tak maturednya. Kenapa perlu anggap kalau polis, polis BN, askar BN..does that mean kalau pembangkang menang and jadi gomen, they are gonna recruit their own police force and army? The thing is, semua orang nak jadi pemerintah, tak sapa nak jadi pembangkang (yang bijak). And please la keep things like our national flag, national day and apa2 je yg milik semua rakyat tanpa mengira bangsa, agama and fahaman politik, NEUTRAL. Tak yah la nak selit2 your party punya cogan kata (the only cogan kata i know dari kecik is 'perpustakaan gedung ilmu' - nerd sangat kan?) Ni tak..orang tu kata if diaorg naik, bendera nak ditambah baikkan..yg orang tu pulak, tema hari kebangsaan haritu berbau slogan parti pulak. Sorrylah..delayed reaction. I is so meluat tau...dua2 pihak bengong, immature and soooo takdak kelesss.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone