About Me

My photo
I'm forty and (not) loving it.

Thursday, April 30, 2009

Pompuan Melayu 'Berakhir' 2

I mula tersesar dari landasan (figure of speech only) bila dah kena dump ngan jantan corparat tu. Kita ni kononnya kena maintain ayu sentiasa tapi dia, baik sikit dari si Monty sebelum kena sunat je. Biasalah, when I first started work in Msia (my first serious job), I perasan cam I ni worldly womanlah..tapi dgn gaji seciput and low self esteem idakle I went painting the town red every night. My only vice was sekotak salem mentholated yg I share ngan kawan I 2 orang ni, and pi smoke lepas kerja kat tmn tasik belakang opis. It’s not like I suka rasa rokok tu tapi utk merawat hati luka yg dulu boipren kata pompuan tak elok merokok, sekarang ambik kau! (ngok kan?? Why nak self-destruct pun tataw). I never made it a secret from my parents…at that time they indulged me because ingat i dah mereng kut. Memang selalu ada sekotak kat dlm keta I even bila I balik kampung. It helped also that my mum used to socially smoke with makcik2 OAP and kengkadang dia akan pau rokok i. But these 2 women amateur smokers nampak sangat amaturnya..my ciggies would normally last 2-3 weeks…kalau die-hard smoker tu tak teringinnya pasal apparently rokok I dah masuk angin (ni according to my bro..piraah…dia isap rokok bau jamban tak sedar diri)
Apart from those 3-4 stints of clubbing during uni days, I haram tak masuk yg kat KL punya. Lagi I cultural shock nengok KL night scene adala. Nak meneroka alam karaoke ke, philharmonic orchestra ke, concert ke, all required moolah, which I didn’t have. Masa tu gaji nak qualify for credit card pun tak lepas. Then I left again to further my studies, when I came back, I got myself married off pretty quickly to MG (I was mighty desperate by then, haha) and that put an end to my career of isap-tapi-tak-sedut merokok. Until la, 7 years later….
Dah ‘mature2’ begini, I found myself to be more easily led…agaknya pasal duit pun ada la lebih sekupang dua (dapat la beli roti gardenia, and tak yah beli no frills brand sprmarket punya je). Mula2 chaperone si Ne0 and F0xy Lady berasap, then last Friday lepas meeting (yg sangat mencabar minda), seperti biasa 2 ekor tu nak akuuuu jugak jadi chaperone after office hours – in my defense, I would say, they made me…sampai 3 batang you! When I got home, dah bau badan cam ekzos lori, I owned up to MG, tadi I isap rok. Selamba je jantan tu cakap, haritu cerut yg I beli kat US mana? You tak leh kongsi I punya tau! Laaa…idakle dia nak concern bininya yg menambah risiko kpd kanser paru2.
Selain tu, acara2 discovering myself lain yg I tingin buat is to berkaraoke…kesiannya I tak nah cuba. I thought nak share suara I yg cam katak ni, I would only do it with the person yg tau segala mala ketuat kat badan I, i.e. MG la kan. I ajak, tapi dia kata lebih baik dia pi buat benda yg lebih berpaedah. Potong stim betul! Nyampah! Belum lagi I ajak dia pi tengok orchestra ke…pentas budaya ke….asyik2 nak cakap kat I, dulu kan, I dgn Ar@#$%^% (nama ‘gofren’ dia. Why in inverted commas because diaorg tak nah declare, boleh ke gaya camtu?) pi tengok Siti kat so and so. Kitaorg pi tengok Makyong...kitaorg pi tengok orchestra..kitaorg pi tengok hindustan (ni kalau upah pun i tak hingin)...Ni ngan bini sendiri, taknak lah! Buang duitlah! Buang masalah!….amboi! Buang duit kat ‘gofren’boleh lak???? I memang takde ciri2 isteri mithali….i said, Oklah, you taknak, you dok rumah jaga anak..i nak pi bersosial ngan kengkawan i. Don’t say I didn’t ask!

Pompuan Melayu Ber'akhir' 1

You know when you are much younger how your parents used to make you cringe in embarrasment? Even for things as simple as asking a waiter for teh kurang manis or nasik separuh? Apsal nak demand2 sangat kan?? When one is passed 30, one I think has reached the age of ‘no malu’. Bila dah mula ‘buat perangai’, it can easily be misunderstood as the person’s hitting mid-life crisis (eh itu aku ke?) or worse, buang tebiat.
I was raised to be a ‘pristine-white’ girl…(oi, orang ittew, you may laugh). I was sent to a convent school, mix ngan pompuan je, not even male teachers. The only male person around was the gardener. Itupun, he was uncool, mulut ngalah pompuan, if any of us girls were to misbehave (for something as simple as meludah dlm tong sampah), si mulut pok pek ngalahkan Makcik Wok lagi tu akan complain kat cikgu besar. We were the type of girls yg nak pi kencing kena angkat tangan dlm kelas and bila balik sekolah tunggu transport masing2, takde can le nak main ‘buaya’ tepi longkang tu. Then off I went to this boarding school yg semua pompuan atas bukit nun…the only jantan you might see was the jin kind. (ada le sorang assistant tukang masak yg agaknya dari set jin pun by the way he stared at us girls bagai gaya nak makan je).
Mak I yg set displinarian mengalahkan cikgu Bedah lagi tu had her own set of rules….no bercintan cintun ngan jantan, no jantan penpal…I remember my sister yg lebih adventurous tu dgn gigihnya meneroka alam berpenpal dgn jantan sekolah seberang. All hell broke loose when my mum found out (dari mulut I ke?? Entah tak ingat)…the fuss was as if dia nak elope ke Siam.I budak skema yg mengikut perintah mak bapak ni, nak baca Mills&Boon pun mintak permission dulu uols! And I was in Form3 at that time. And bila nak baca kat rumah, kena pilih those yg cover nye innocent…harlequin, harold robbins?? Not on your life you!
I memang maintain anak dara pingitan sampai la I masuk negara benggali putih tu (irregardless apa2 pitnah yg ditaburi oleh kau Esah). I wrote all the time to my mum and I’d tell her everything hinggakan panty pakai warna apa pun I cakap. Pas tu, masa memula pergi and the taklimat given by the officer kat MSD tu, dia cakap, scholars..! You all should write me and update segala perihal you all. (maklumlah, kita org ni crème de la crème la katakan). I did that you know, wthout fail, for every semester! Naik taxi terlebih sekupang pun I akan tulis to justify! My first vice was mengisap rokok ngan bebudak minah saleh tu…I was supposed to be their watchman tapi hati melonjak2 nak try. Batuk kokol I sampai pinar2 bijik mata. Even when I was at uni pun, I was a model citizenlah kata org. Class tak nah miss, lepas kelas study lagi kat library sampai kul 9 lebih (until the last female bus berlepas)…dapat pulak boipren yg jeles, kongkong nak mampus cam set2 pak arab (tapi dianya bersosial ngalahkan singa jantan takpe!). I think, my life must have begun after the boipren balik mesia and I kerja thus ada duit nak berfoya2. Even then, the naughtiest thing I got up to was to make 3 trips to this nightclub on Friday for ladies night: ada strip show. And honestly, yg bawak kitaorg was this guy yg kena dok luar sejam sementara menuggu the girls went crazy. Bila si singa jantan (a.k.a siamang) dapat tahu (i told him cos i wanted to share), he put a stop to it and dutifully (cis!) i ikut walaupun dia jauh beribu batu.

OK, sambung lagi di lain masa.

Wednesday, April 29, 2009

Biar papa asal bergaya...

have been mighty busy all week...bukannya atas sebab2 aktiviti malam seperti yg diwar warkan oleh Esah (dia tu...! Suka sangat nak imagine i beraktif2 ni...). Mentang2 la dia baru nak hapdate seciput sebanyak janggut ikan keli je tu, dah demand lebih2.

My laptop kena masuk klinik kat bawah because while i was using it tiba2 hitam gelap..on tak boleh, off pun tak boleh. Entah virus babi melanda gamaknya. Pastu tadi my desktop pun mengalami nasib yg sama...mula la nak cemas..nanti kang org kat pusat komputer tu bising tah hapa2 ingat i masuk website larangan pulak kan??? And no Esah, i havent been making full use of the nice settee either..

Anyway, ceritanya begini..i have just bought myself a new car. Lagipun kereta nasional i dah lama...i tunggu je utk cukup cover loan. Dia takde la rosak mana2 but it's old, and sekarang ni asyik perbaiki wear and tear dia je..lagipun, i just teringinnnn a spanking new car. So i went and got myself one. Memang i berhajat nak kereta kecik (supaya kali ni MG pulak kena beli keta besar nak kena muatkan anak, bini, kucing and pokok2)......tingin mini cooper macam ada kawan org tu tapi poket cuma mampu 2 tayar MC je kut...but i still got myself a quirky looking car, 2 doors and if you're about 3 feet tall, baru selesa dok kat belakang..(hint2 pada si esah, bila balik mesia esok, korang bertiga, rebutle sesapa nak dok depan).

Anyway, one day diri i telah disoal-siasat habis-habisan oleh hamba allah ini mengenai kereta i. I memang slow, bila dah balik rumah, sehari semalam, dok bertapa kat toilet opis barulah i terasa seperti hak asasi manusia i telah dicabuli! Even mak i pun tak tanya sebegitu detail.

HA :Bila dapat kereta?
I :Isnin lepas.
HA : Berapa harganya?
I : RM$%%$#. Tapi dapat discount RM15K (ni laki i lak sampuk. Apsal nak justify aku pun tak taula kan??)
HA : Berapa bayar bulan2?
I : Errr..err..(rasa macam bersalah pulak, apahal kan??) Lebih kurang RM1@#$$...
HA : Kalau mampu bayar takpe! (Ulang 2x) ---Laaa...kalau i tak mampu, takkan la i beli pulak kan..itupun dah kira, tolak, tambah etc. etc. dah.

Tapi i sengih je (menyampah! Dgn diri sendiri)

HA :Kereta *toot* hari tu bukan baru lagi ke?
I : tak...dah 6 tahun lebih dah..
HA : Berapa jual hari tu???
I : Dapat la RM2#$%^ lebih...

So sekarang, hati i masih geram because bongok pergi jawab semua soklan2 tu dgn segan2..padahal, i punya suka la kan. Hajat hati nak mini cooper, beemer tapi kalau beli tu nanti ada la maid dpt gaji separuh je ke, anak tak pi nursery or setengah rumah kena repossess pulak ke.

Ada cerita satu lagi pulak, hamba allah 2 lak ni.

HA2 : Kereta tu you punya ye? Bila beli?
I : A ah..A few weeks ago.
HA2 : Second hand ke???

Ayoyo!!!kadawale!! Ini macam pun ada! Sampai hati...i dah kerja 10tahun lebih, dok menyekang mata, memerah otak study lebih2 utk dapat qualification utk naik pangkat camni lak jadinya. Kalau tak soal2 lebih2 as if i tak mampu, second hand la pulak org ingat kan...

Tuesday, April 21, 2009

I like white, dark or is it milk chocolate?

I am getting various comments from people who previously haven’t made themselves known to me. Thank you….i will reply to each and every comment soon. Sejak akhir2 ni bila bukak topik mengenai aku, laki dan dot dot dot memang mendapat sambutan ramai…we women must unite against the évil force’ hahaha..

Utk menjawab komen anonymous in my previous entry, laki asyik dicelah ketiaknya tapi masih sempat tersesar dari landasan, so apa yg silapnya? Sekali lagi Cik Kiah angkat bendera putih and terus terang, idak le teman tau. Kalau tau memang konpem Cik Kiah dah berjaya solve satu mystery yg universal. I think it’s because they can…tuhan dah kata boleh kahwin 4. Obviously for most men at the beginning saja nak test power…tak terfikir pun nak menambah cawangan (dan masalah2 yg bakal timbul sewaktu dgnnya) but kalau dah terjebak jauh, no harm maa!! Tuhan kan dah kata boleh kawin lagi…gitu la gamaknya si Norman ngan Memek.
Take my male colleagues for example…I think a lot of them are committed to their wives and families. Pergi kerja balik kerja, holiday pi bawak makan angin. Makan minum semua tanggung..no problemlah kata orang. Oh yes, they flirt with the ladies at work…kalau dapat set2 yg setakat harmless flirtations kat tempat kerja takpe..tapi kang ada pulak la minah yg menaruh harapan….dpd omong2 kosong kat office terus omong tah hapa2 kat sms..itu yg parahnya.
Ada pulak yg sekor dua tu yg asyik kurang sindrom kasih sayang…kononnya bini asyik sibuk ngan anak2. Dah tua bangka nak berfriendster uols! Pas tu masuk chatting…pretended to be someone else. The minah dah tangkap syok and nak jumpa. My friend ni pergi jumpa! Kononnya this woman telah diduakan oleh lakinya yg dah menjadi ex and now she’s all out to take revenge on men! Agaknya dia ingat my friend ni is her saviour and thus buat si mamat perasan macho sekejap. Tapi, first time jumpa my friend ni, terus dia mintak tolong sponsorkan baju kebaya nyonya, boleh?? And my friend ni pulak boleh cakap kat I, ish, pisau cukur la pompuan tu…don’t intend to see her again. But korek2 punya korek ghope2nya minah tu tak cun…no wonderlah tak nak jumpa lagi.
I think most men (almost all or all??) memang nak berbini 2,3,4, 5 etc. kalau dibenarkan? Sapa tak nak kan??? When you have a box of chocs, you don’t just go find yg ada nut aje kat dalam kan? Mesti nak try yg ada nougatlah, turkish delight lah etc. Most of them setakat berfantasia je sebabnya takut kat bini (sebab utama), takut anak marah (penting gak ni) and jaaaaaarrrraaaang sekali yg akan rasa bininya la satu2nya soul mate dia sehidup semati..this only happens in cite P Ramlee*. Kalau dibenarkan I think pompuan pun nak gak kalau boleh kawin ramai…I nak yg romantik satu, pas tu yg rajin kemas rumah (jimat duit tak yah gajikan bibik), yang pandai masak (since sampai sekarang I tak pandai2), yang boleh buat I ketawa and last sekali jangan lupa, yg loaded (so I tak yah membanting tulang hari2). Hah! Lima sekali kau! But no, god has stated pompuan boleh kawin satu je at any one time…so, we accept it. So tak boleh la nak kita menyeringai cam that man from Ktan or is it Tganu yg kena masuk turun court nak kawin satu lagi..and pandai sungguh dia dapat semua pompuan yg self supporting.
At the moment my bahtera rumahtangga masih OK…but there’s no guarantee 5 tahun lagi, 10 tahun or even tomorrow tetiba si MG terjatuh hati kat minah genit mana2? Walaupun I dah tetapkan syarat2nya sebelum dia boleh menggatal ngan org lain (i.e. selagi bijik mata I tak nampak putih je pasal dah jenuh ngan intan berlian and toot! *censored*, tak usah haraplah I nak iringi ‘pemergian’ dia ngan doa). And boy, banyak sungguh dia boleh komplen pasal i….memang I akan sakit hati on top of rasa inferiority complex yg melambung….i’m sure I will give him war (ni dah tentu)…but at the end of the day, sampai bila I nak feel sore about it kan??? Jangkahayat kat dunia ni dah la pendek…eventually, I’m sure most of us will pick ourselves up, brush off the dirt and move on.
Sebenarnya I nak bercakap pasal topik grieving sesuai dgn mood orang ittew, tapi melalut cite lain pulak. But to anonymous tadi dan sekelian wanita yg lain, kita doa la banyak2 takde pompuan (or jantan??!) yg menggoda laki kita, kita jangan tergoda dgn laki lain and sapa2 yg menjadi penggoda tu..dah dah lah tu..pergi le buat khidmat masyarakat kaedah lain.
P/S Gigih betul Cik Kiah menghapdate dua, tiga malam kebelakangan ni. Previously laki takde, ni dah balik pun masih mengadap komputer. Laki I tengah terbongkang depan TV you! Jet lag la kononnya

Monday, April 20, 2009

Lelaki2 melayu terakhir

MG is coming back today. I am taking half day off or is it full day ke since i'm taking along little D, first to the office with me and then to the airport. I know, i know, people out there must be so sick of me harping about MG one entry after another. As if dia pergi bergadai nyawa di perbatasan berbulan2 ke ye? The reason i need to see him as soon as he gets off the plane is because i need to.....see the goodies he's got for me!!!! Tak sabar Cik Kiah!

Anonymous commented on my last entry, camna nak buat laki kita layan kita dgn lebih baik??? Gitu ke gamaknya?? Well honey, i don't think i have the answer for you..MG pun 2 kali 5, sesejuk beku cam ikan tuna kat market di Jepun tu. I once asked a colleague who has been married for god knows how long, sejak dia final year kat uni lagi. What is it did you do to make your husband still look at you the way he does? Dia kata pasal diaorg tu selalu berjauhan kut. Her husband's a medical specialist attached to one of the universities,,,selalu oncall, kejap2 dah terbang sana sini utk conference and asyik sub (specialise) situ sub sini and each sub at least will take 6 months. Well, it works for her although in some cases, bila bersub, kasih pun bersubdivide laa...

Take my parents for e.g. They have been married for over 40 years but my mum still has her grouses- why can't your father treat me better?? Why cant he speak to me nicely...etc. etc. Ni my mum bla bla bla kat we all anak2 masa dia kat hospital hari tu. So we said, they are both past 60, camna nak expect my father to change?? I cakap let's count our blessings la...at least my father takde le pi kawin lain ke, berjudi, minum arak or kaki pukul bini. My mum cakap, well, laki org lain tu, pagi2 elok je breakfast ngan bini kat kedai mamak..ni bapak korang bila keluar breakfast ngan mak akan baca suratkhabar..

Aiyayai..!!Well, MG and i do that all the time! In fact semenjak ada wifi and hp canggih (saja nak bongkak) i akan dok surf internet...tak le pulak nampak MG kisah ataupun mungkin satu hari nanti dia akan cakap kat i, Kiah i'm leaving you because i dah jumpa pompuan yg suka dok ngadap muka i masa i makan..mana le tau kan? Jantan ni bukannya boleh percaya!

But i sometimes wish MG to be more like my dad. Pak i ni, kalau jaman2 masa tok nenek i ada lagi and we all balik kampung masa raya ke, kan anak cucu ramai therefore semua tidur lintang pukang. Asalkan takde yg bukan muhrim tidur seselimut je dah. But to go easy on my grandma, selalunya dia akan groupkan, pompuan sini, laki sana..atau pun pandai2 la korang groupkan anak bini masing2. But as far as i can remember, my dad sejauh mana malam pun dia dok bersembang kat verandah, pagi esok mesti i akan jumpa dia terperosok celah ketiak mak i gak. Cuba kalau MG tu, i bergolek jatuh bawah katil pun dia akan tetap terbongkang kat atas cam king of Swaziland ngan gundiknya. My dad also will always comment when my mum pakai baju baru..samada sedap pada matanya ke tak. And laki aku, the best compliment he gave me one morning when i was ready to go to work was, you ni cam org mid-life crisis lah! And then i know i must have made some effort...(walaupun jauh dari target).

Saying that, bukan takde kita ni sakit hati berlakikan batu, kayu or ikan tuna, betul tak?? I have another colleague who's also married to an academic but from another institution. Almost every morning they will have breakfast together...entah apa disembangkan..gelak-gelak, tengok each other makan...eii! bencikkk! Memang boleh bad mood Cik Kiah satu hari kerana dek jeleskan pasangan couple veteran tadi..laki aku, jangan harapkan nak breakfast sama2 kat tempat kerja i (kalau iyepun dia kerja dekat2), kalau nak jumpa i sebab hal penting like nak ambik barang, tak nak keluar kereta langsung, boleh?!!! Takut sangat kena raba dek bini! (A ah esah oi, settee empuk ku di opis tu masih virgin lagi..cuma dicemari oleh air liur ku saja). Kengkadang terfikir gak, alangkah bestnya dapat laki romantik yg setiap masa nak membelai je...ish! Dapat kat Cik Kiah ni, tak keroje le jawabnya, asyik nak dok kat bilik berdua je..anak2 pun mati kelaparan!

I think to each its own lah...allah itu maha mengetahui...your jodoh depan mata tu is the best one for you..(nampak sangat i ni takde jawapan kat soalan Cik Anonymous..!)

Friday, April 17, 2009

Mindless ramblings

Laki i satu hari ni tak sms atau call (ni kalau dia dah excited sangat nak mengkhabar beritakan of his purchases)....1001 things came to mind. Terlampau sibuk sangat ke ?(not!) Sakan bershopping ke? (most probably)....tapi bayangan kena diperosok masuk lubang tandas all came to mind...ye la kan..idak le sayang sangat tapi kalau tetiba jadi free agent balik, nak le kena buat persiapan kan? (this is in retaliation to yesterday's comment: He told me that he hasn't slept well since he's been there. I said, hah! You must miss me! Dia terdiam sejenak, and then cakap 'whateverlah!'. Dia whatever kan i you!!!) Anyway, at the risk men sky highkan bill max1s i, i pun call dia. Laaaaa..ghope2nya pakcik dah kena block uols...agaknya banyak berlanggan talian tak sihat ke...(you know, the kind that you know well kan Esah?? Yg selalu terselit calling cardnya kat dlm phone booth kat londown sinun).

I was caught looking at my male colleagues' deriere...OK la so what? You guys pun tengok tah hapa2 kan?? In my defense, diaorg jalan depan i balik dari sembahyang jemat. Tertengok je pun, idakle ada naughty thoughts ke...tapi yg menangkap i tu agaknya lagi thrill kut thinking that 'ooooo...i'm looking at them'. Ceh! No big deal.

I was having a 'discussion' with a colleague earlier. I was saying how proficiency in the english language is sooo damn important di zaman2 persaingan hebat ni. Kalau tau 10 bahasa yg lain lagi la bagus, tak kisah la jawa, banjar, bugis ke.....i express my worry that ada kemungkinan nanti anak2 i masuk sekolah kat rumah yg mananya predominantly malays, mesti akan ada sikit susah jugak mau cakap itu bahasa. Dia mati2 kata, eh, tu terpulanglah kat mak bapak camna, bagi anak baca buku omputeh ke tak. I cakap kalau setakat read and write je tak cukup...kena la be comfortable to converse in that language. I kata cam contohnya i...dulu sekolah konben..cikgucikgi semuanya sisters...cakap english idakle perfect tapi manglish la. Tapi makcik tu defensive pulak..dia kata pandai cakap omputeh tak semestinya pandai belajar..laaaaa....tak nah i mengaku i pandai. In fact masa interbiu nak dapat scholarship dulu, my SPM cukup2 agregate je. And bila dah masuk u, ada sorang budak PP*P ni cukup tak puas hati pasal SPM nye subjects semua dapat tiang tegak kecuali english, tup2 dia kena buat a-levels 2 tahun dulu kat sini. He said the interviewer bila dia bukak mulut je terus bantai cakap BM with him and bagitau dia, dok msia dulu la na....(another e.g. is bebudak law tu kan...dakle pandai benor depa tu tapi cakap soksek soksek...so, nampak le cam terer ngat kan??? (mintak ampun bebudak law naa..). So back to this guy, dia anti sungguh dgn kitaorg yg dia rasa setakat tau spekong tapi takde substance (kata dia le).

Got to know that the trainees think my close friends and i are the 'hip' ones....wa...tak sangka diusia lanjut begini, i've finally made it! I'm 'in'....All my life selalu rasa diri ni bagus sikit dpd bebudak nerd je (ataupun itukah aku??). Now i've to really work on being a 'bimbo'. Tapi kalau according to Ne0 my friend, Cik Kiah, lose the humongous handbag first...ni yg susahnya...mana nak dicampakkan segala mala hole puncher, stapler, tweezer, nail file, nail clipper, notebook (oo..sorry..moleskin (eh kan kata tadi nak jadi posh. Posh ke hapa benda?! Notebook baik sikit dpd buku 3 lima tu je), botol susu (weekend), pampers (weekend)??? Dgn bag sebesar alam, lagi satu tangan kena dukung siBulu pulak (imagine nak dukung si Boyot??) Lambat sikit la nak dapat title ni.

OKlah. Nak balik ni...sesiapa yg suka peram sawang kat blognya (and it does my head in because the dates on her entries selalu tarak serupa sama dunia org punya), hapdate2 la.

Monday, April 13, 2009

Pelik tapi benar

I've survived 3 days without MG. The kids are still in one piece...although i must say that my parents have been phoning to check that we're OK here. The first time they called, i was screaming at little D because she was doing a WWE on baby X. Nak terjulur lidah si kecik tu kena cekik dgn kakak. Lagi ditegah lagi buat...then baby X started to cry because she thought i was mad at her. Kadawale, kadawale. Tetapi dgn takdenya bapak diaorg, i pun jadi bertambah aktif sikit....bawak diaorg pi tengok ikan kat tasik. Walaupun dah dekat 5 tahun dok sini, baru first time pi tengok ikan kat tasik berdekatan..besar2 naa...kalau tak tiap2 minggu pak bebudak ni akan bawak educational tour ke shopping2 complex tertentu. Masakan little D di usia setahun jagung dah tau Testo, KLCiCi dan sebagainya.

MG has been smsing me regularly, tak sangka ingat gak dia kat bini dia walaupun dicelah2 kesibukan menghambat barangan di Republik Pisang dan sebagainya. Pas tu kononnya dah dapat idea yg bernas apa nak dibeli kat Rahsia Victoria setelah menonton pay per view channel...iye ke??? Entah2 channel yg menengok dia. Apa2 pun diharapkan MG menimba ilmu serta pengalaman dari sana utk kesejahteraan negara, bangsa dan rumahtangga..haha.

Anyway, in my previous post, there was a comment from an anonymous person about how pelik MG is. I supposed he is....but i am partly to blame. When i first married him, he must be one of the nerdiest, prudest (ada ka perkataan ini wahai Esah?), prissy guy i have ever met. Agaknya, he was a challenge to me....kalau set2 yg jual lambak cam kat pasar malam, sikit pun i takkan minat. Masa mula2 kawin, dia cakap kat i, kalau nak koreng hidung, do it in the toilet....tapi la ni, masa bawak keta pun sempat lagi korek lombong mas tu, wa cakap lu! And then i kagum dengan the condition of his pakaian dalam (seluar le, bukan baju)..they are in such good condition...takde yg ada lubang sebesar hama pun, apatah lagi yg tercabut riben (oops) or jahitan kelim dah terkeluar benang kat sekaki..get what i mean or not? (Btw, masa i dekat nak kawin, mak i cakap kat i, Cik Kiah, pi buang semua baju, seluar dalam mike and buy new ones. Malu kat MG! ---as if la masa tu the state of my undies matter, kan MG??) And it amazes me until today that bila i nak pinjam barang dia for e.g. notepad warna biru yg besar 2 inci...he'd be able to find it in 2 mins and tau je mana dia simpan i.e. kat laci nombor 2 dari kanan...amazing! Kalau suruh i cari seterika (if i were to keep it) yg sebesar alam tu pun i takkan dapat cari because heck! hidup i tak bersistem.

Yes, MG must seem weird to some people now...tak tau la kut he's also having mid-life crisis as suggested by Ida, andropause ke (too early huh??) ataupun memang he's kind of weird dari dulu and i encourage this trait in him...sort of like i have unleashed a monster le katakan.

Yes, he does get on my nerves a lot of the times.... and i do wish he depends on me more like for e.g. tak boleh tido malam tanpa nescafe buatan tangan (pengkor) i ke, atau perlu i picit2 ke, bukakkan stokin bila balik kerja ke (ee! Ngadanya!)....no, none of the above. It worries me that should i be gone tomorrow, dia tak sedar pun and masih menyeringai sorang2 tengok Friends ulangkali.

But for a start, that he even bothered to SMS is indeed good news to me..i think we should be away from each other more often. Although next time it should be me on girly trips to Bandung-ChiengMai-Pattaya like i've talked about and his turn to mind the little monsters at home.

Saturday, April 11, 2009

I've got the power!


(Gambar diupload semula atas permintaan Captain lukmang) --dan gambar telh diremove balik semula..

For 10 days, beginning from today i will be the sole pembancuh susu little D. MG had left this morning, at long last after nearly 2 weeks belting out sumbang mambang ‘if you’re going to san franciscoooo...’. Ever since we had the kids, MG has never worked outstation...before, and he was with another company, yes. He’d be gone for a few days every 2-3 weeks. I sometimes look forward to it because it sort of gave me a break – tak yah masak dinner, boleh lepak dgn kengkawan lepas balik kerja and tak yah mandi biarpun bau cam ketiak beruang, dok je baring2 atas katil baca buku cerita. Of course now would be different with the kids around.....nak moan sangat2 kang org kata mengada pulak...i just hope i could keep my cool with the kids or to be precise little D without MG yg selalu cool ngan anak2.

Anyway, we had our annual dinner last night. The theme was ‘movies’. We decided to go all out (we here refers tu kengkawan sekepala dgn Cik Kiah – i.e. late 30’s, kepala dah tak berapa center and fast approaching mid-life crisis. Pergilah kami segerombolan ke kedai menyewa baju. Try baju mak si adam’s family sendat kat dada, try costume witch, muat topinya je...so mulut ni ringan je menanya adik penjaga kedai tu, ‘you ada costume ostin p0wers, tak?’ Wahahaa...ada uols! Macam petanda pulak, because the whole day i had been humming the theme song. And muat!! And this Ostin impersonator berjaya smooth talked the other 3 makciks into becoming her foxy ladies, siap ngan baju lip lap and wig afro lagi. We all ni all out, jangan main2! Lengkaplah Ostin dgn specsnya, rambut, kasut and gigi jongos pun ditempah khas utk malam tu. Alang2 menyeluk budu....

Kemain lagi! I think bila dapat peluang nak dress up camni, we all get to live up our fantasies. Sorang mamat ni mati2 nak jadi Ne0 from matrix (albeit Ne0 with receding hairline) and the foxy ladies??? Mungkin deep down ada unsur2 nak bernaughty2. But me Ostin P0wers? Adakah ini bermakna i terlebih testosterone??? For a moment there, ada sikit confusion esp. apabila dikelilingi oleh foxy ladies yg genit serta montok2 itu. MG said to me, ‘org selalunya kalau fancy dress akan pakai yg elegan..ni cam badut je’. To which i replied, ‘kalau you pompuan, memang i takkan kawan ngan you’. Laki i ni prissy uols, jangan tak tahu...dia redha je le dapat bini cam i. But i must tell you, there we at least 10 princesses, dpd snow white, cinderella ke puteri bunian gamaknya...but there was only one Ostin. Ori ke tak??? Mula2 kemain lagi cockynya Ostin, tapi bila dah sampai kat hotel, nampak trainess ramai, mula le si ostin hilang power and started to menyorok belakang pillar...

All in all, the ‘disguise’ was a success sampaikan big boss ingat si Ostin adalah tetamu import. I tiba rumah pukul 1 pagi...ambik kereta tinggal kat opis and teman si Ne0 and Foxy lady3 hisap rokok kat kawasan larangan – tak senonoh betul diaorg tu (Cik Kiah teringin tapi segan nak join sama because pernah org cakap CK tak de gaya to smoke in public. Asap takdak keluar dari hidung...(i smoke but i dont inhale one). Kalau setakat dgn makcik2 tua yg kunyah sireh tu ok la kut).

So, MG left this morning and bini 'mithalinya' masih di katil dgn anak beranak, separuh mamai. Usahkan nak drive ke airport!

P/S EJ – kalau you ada kat sini, i nobatkan you jadi Bey0nce i, OK tak??? Kena buat implant la pulak kan...and i’m not talking about the dental ones here..hehehe.


Thursday, April 2, 2009

Conversation berbau mid-life crisis sangat

Conversation #1

Me: We were discussing about husbands and sports, at work yesterday. They asked me what you like and baru i terfikir, apa sport yg you tengok ye??? you ni nerd kan? Satu sport pun you tak main or minat....kan, kan????

MG: Tell them i like watching wet t-shirt contest...

Conversation #2

My bro: I've got railway sleepers in my garden (ni abang i yg bongkak pasal kawasan kat rumah dia luas seluas alam and he actually gajikan bangla to take care of his garden. Konon2 landscape cun le ni..Do you call it sleepers??? Anyway, the kayu yg buat jalan ketapi tu..)

Me: (terdiam sekejap) well...i'm getting a beetle...!

My bro: Huh?? Kumbang????

Me: No la!!! Kereta!

My desperate hoswipe cousin: Seriously?!! Why beetle?

My bro: Dia tengah mid-life crisis tu...

Conversation #3

On MG's impending company trip to the US..

Me: Don't forget to go to the Golden Gate Bridge and naik that boat in St Louis.

MG: I have no time for sight seeing! I need to shop shop and shop! (Laaaa...! ingatkan tak boleh pasal sibuk nak berseminar. Ces! Ni agaknya lebih sesuai di bawah topic 'laki ku seorang himbo' rather than mid-life crisis)

Conversation #4

Me: Boleh tak you hantar little D to school today. I'm sure the teacher next door dah rindu sangat kat you sejak you tak hantar dia pakai your seluar katuk anymore. (read here)

MG: The teacher needs to be 'punished' and i'll spray my ******* on her (terpaksa di tootkan uols! Keji blue sangat!!!!)

Me: *roll my eyes*