have been mighty busy all week...bukannya atas sebab2 aktiviti malam seperti yg diwar warkan oleh Esah (dia tu...! Suka sangat nak imagine i beraktif2 ni...). Mentang2 la dia baru nak hapdate seciput sebanyak janggut ikan keli je tu, dah demand lebih2.
My laptop kena masuk klinik kat bawah because while i was using it tiba2 hitam gelap..on tak boleh, off pun tak boleh. Entah virus babi melanda gamaknya. Pastu tadi my desktop pun mengalami nasib yg sama...mula la nak cemas..nanti kang org kat pusat komputer tu bising tah hapa2 ingat i masuk website larangan pulak kan??? And no Esah, i havent been making full use of the nice settee either..
Anyway, ceritanya begini..i have just bought myself a new car. Lagipun kereta nasional i dah lama...i tunggu je utk cukup cover loan. Dia takde la rosak mana2 but it's old, and sekarang ni asyik perbaiki wear and tear dia je..lagipun, i just teringinnnn a spanking new car. So i went and got myself one. Memang i berhajat nak kereta kecik (supaya kali ni MG pulak kena beli keta besar nak kena muatkan anak, bini, kucing and pokok2)......tingin mini cooper macam ada kawan org tu tapi poket cuma mampu 2 tayar MC je kut...but i still got myself a quirky looking car, 2 doors and if you're about 3 feet tall, baru selesa dok kat belakang..(hint2 pada si esah, bila balik mesia esok, korang bertiga, rebutle sesapa nak dok depan).
Anyway, one day diri i telah disoal-siasat habis-habisan oleh hamba allah ini mengenai kereta i. I memang slow, bila dah balik rumah, sehari semalam, dok bertapa kat toilet opis barulah i terasa seperti hak asasi manusia i telah dicabuli! Even mak i pun tak tanya sebegitu detail.
HA :Bila dapat kereta?
I :Isnin lepas.
HA : Berapa harganya?
I : RM$%%$#. Tapi dapat discount RM15K (ni laki i lak sampuk. Apsal nak justify aku pun tak taula kan??)
HA : Berapa bayar bulan2?
I : Errr..err..(rasa macam bersalah pulak, apahal kan??) Lebih kurang RM1@#$$...
HA : Kalau mampu bayar takpe! (Ulang 2x) ---Laaa...kalau i tak mampu, takkan la i beli pulak kan..itupun dah kira, tolak, tambah etc. etc. dah.
Tapi i sengih je (menyampah! Dgn diri sendiri)
HA :Kereta *toot* hari tu bukan baru lagi ke?
I : tak...dah 6 tahun lebih dah..
HA : Berapa jual hari tu???
I : Dapat la RM2#$%^ lebih...
So sekarang, hati i masih geram because bongok pergi jawab semua soklan2 tu dgn segan2..padahal, i punya suka la kan. Hajat hati nak mini cooper, beemer tapi kalau beli tu nanti ada la maid dpt gaji separuh je ke, anak tak pi nursery or setengah rumah kena repossess pulak ke.
Ada cerita satu lagi pulak, hamba allah 2 lak ni.
HA2 : Kereta tu you punya ye? Bila beli?
I : A ah..A few weeks ago.
HA2 : Second hand ke???
Ayoyo!!!kadawale!! Ini macam pun ada! Sampai hati...i dah kerja 10tahun lebih, dok menyekang mata, memerah otak study lebih2 utk dapat qualification utk naik pangkat camni lak jadinya. Kalau tak soal2 lebih2 as if i tak mampu, second hand la pulak org ingat kan...

salam perkenalan....
ReplyDeletenice maroon RAV4 you have there..:):):)
wasalam...
ilazalila
Hii,
ReplyDeleteYes....it is maroon...but RAV4???