I am getting various comments from people who previously haven’t made themselves known to me. Thank you….i will reply to each and every comment soon. Sejak akhir2 ni bila bukak topik mengenai aku, laki dan dot dot dot memang mendapat sambutan ramai…we women must unite against the évil force’ hahaha..
Utk menjawab komen anonymous in my previous entry, laki asyik dicelah ketiaknya tapi masih sempat tersesar dari landasan, so apa yg silapnya? Sekali lagi Cik Kiah angkat bendera putih and terus terang, idak le teman tau. Kalau tau memang konpem Cik Kiah dah berjaya solve satu mystery yg universal. I think it’s because they can…tuhan dah kata boleh kahwin 4. Obviously for most men at the beginning saja nak test power…tak terfikir pun nak menambah cawangan (dan masalah2 yg bakal timbul sewaktu dgnnya) but kalau dah terjebak jauh, no harm maa!! Tuhan kan dah kata boleh kawin lagi…gitu la gamaknya si Norman ngan Memek.
Take my male colleagues for example…I think a lot of them are committed to their wives and families. Pergi kerja balik kerja, holiday pi bawak makan angin. Makan minum semua tanggung..no problemlah kata orang. Oh yes, they flirt with the ladies at work…kalau dapat set2 yg setakat harmless flirtations kat tempat kerja takpe..tapi kang ada pulak la minah yg menaruh harapan….dpd omong2 kosong kat office terus omong tah hapa2 kat sms..itu yg parahnya.
Ada pulak yg sekor dua tu yg asyik kurang sindrom kasih sayang…kononnya bini asyik sibuk ngan anak2. Dah tua bangka nak berfriendster uols! Pas tu masuk chatting…pretended to be someone else. The minah dah tangkap syok and nak jumpa. My friend ni pergi jumpa! Kononnya this woman telah diduakan oleh lakinya yg dah menjadi ex and now she’s all out to take revenge on men! Agaknya dia ingat my friend ni is her saviour and thus buat si mamat perasan macho sekejap. Tapi, first time jumpa my friend ni, terus dia mintak tolong sponsorkan baju kebaya nyonya, boleh?? And my friend ni pulak boleh cakap kat I, ish, pisau cukur la pompuan tu…don’t intend to see her again. But korek2 punya korek ghope2nya minah tu tak cun…no wonderlah tak nak jumpa lagi.
I think most men (almost all or all??) memang nak berbini 2,3,4, 5 etc. kalau dibenarkan? Sapa tak nak kan??? When you have a box of chocs, you don’t just go find yg ada nut aje kat dalam kan? Mesti nak try yg ada nougatlah, turkish delight lah etc. Most of them setakat berfantasia je sebabnya takut kat bini (sebab utama), takut anak marah (penting gak ni) and jaaaaaarrrraaaang sekali yg akan rasa bininya la satu2nya soul mate dia sehidup semati..this only happens in cite P Ramlee*. Kalau dibenarkan I think pompuan pun nak gak kalau boleh kawin ramai…I nak yg romantik satu, pas tu yg rajin kemas rumah (jimat duit tak yah gajikan bibik), yang pandai masak (since sampai sekarang I tak pandai2), yang boleh buat I ketawa and last sekali jangan lupa, yg loaded (so I tak yah membanting tulang hari2). Hah! Lima sekali kau! But no, god has stated pompuan boleh kawin satu je at any one time…so, we accept it. So tak boleh la nak kita menyeringai cam that man from Ktan or is it Tganu yg kena masuk turun court nak kawin satu lagi..and pandai sungguh dia dapat semua pompuan yg self supporting.
At the moment my bahtera rumahtangga masih OK…but there’s no guarantee 5 tahun lagi, 10 tahun or even tomorrow tetiba si MG terjatuh hati kat minah genit mana2? Walaupun I dah tetapkan syarat2nya sebelum dia boleh menggatal ngan org lain (i.e. selagi bijik mata I tak nampak putih je pasal dah jenuh ngan intan berlian and toot! *censored*, tak usah haraplah I nak iringi ‘pemergian’ dia ngan doa). And boy, banyak sungguh dia boleh komplen pasal i….memang I akan sakit hati on top of rasa inferiority complex yg melambung….i’m sure I will give him war (ni dah tentu)…but at the end of the day, sampai bila I nak feel sore about it kan??? Jangkahayat kat dunia ni dah la pendek…eventually, I’m sure most of us will pick ourselves up, brush off the dirt and move on.
Sebenarnya I nak bercakap pasal topik grieving sesuai dgn mood orang ittew, tapi melalut cite lain pulak. But to anonymous tadi dan sekelian wanita yg lain, kita doa la banyak2 takde pompuan (or jantan??!) yg menggoda laki kita, kita jangan tergoda dgn laki lain and sapa2 yg menjadi penggoda tu..dah dah lah tu..pergi le buat khidmat masyarakat kaedah lain.
P/S Gigih betul Cik Kiah menghapdate dua, tiga malam kebelakangan ni. Previously laki takde, ni dah balik pun masih mengadap komputer. Laki I tengah terbongkang depan TV you! Jet lag la kononnya

No comments:
Post a Comment