About Me

My photo
I'm forty and (not) loving it.

Friday, July 29, 2011

Muhasabah diri

Minggu ni hati i ada banyak juga susah (cak. cam. kel...ko paham esah?). Bella cakap the problem with me is that i'm a people pleaser (aka no balls one lah - but this is coming from me). Btw, Esah, Ani BNS, Bella bukan taknak kawan dgn kita dah, dia sebenarnya sibuk menguruskan adiknya serta ladang ternakan lembu frisian kat KK sinun serta menjadi isteri mithali dan jadi polis pemerhati di laman pesbuk..ye la kot2 pekerjanya tak siap kan mansionnya di ladang anggur..almaklumlah..mestilah ada org yg akan ambik kesempatan dirinya yg jutawan buah2an dan macam2 lagi ittew.

Anyway, ceritanya:
1. Ni kena cakap secara analogy ye. Cam andaian i simpan buku2 i kat library awam, kiranya kalau satu hari i dah tak pakai buku2 ni, i dermakan je la kat library tu. Tapi eh eh..i need to borrow some..but the librarian cakap, tolong isi borang A->Z dan tak boleh pinjam semua ye! Does not matter i yg donatekan buku2 ittew..erk?? Anda faham semua? Pastu bila dah dapat greenlight utk pinjam, kuli librarian yg dok kat counter sibuk sokmo..so buku2 masih tak boleh keluar lagi.

2. Cemana ni? Peksa dah nak dekat, buku tak boleh pinjam lagi...(ni masih bercakap secara analogy lagi)

3. I perlukan buku2 lain yg i tak dapat cari. Librarian cakap, awak contact orang ni, dia ada lebih kurang 700 buah buku yg dia kumpul..takkan dia nak pakai semua kot. So i pun contact, and this person cakap, nantilah, i akan decide mana yg i taknak, pastu baru i bagi you sikit, ok? Entah bila le tu...errr....i really want to complete my phd in 3 years ..

4. Anak buah DarthVader yg dari dulu i suspect mungkin kominih dlm selimut (remember the one yg cakap kat i, 'so easy one! You just follow the protocol') rhope2nya pernah kasi warning kat budak ni yg mengajar i teknik2 utk buat roti mengikut protokol tersebut (analogy le gak ni) supaya jangan buatkan roti2 utk i! Biar i buat sendiri. How dare she! Walaupun duit i banyakkkk berkepuk (apa motif utk jadi tin kosong di sini pun i'm not sure) dan boleh upah sesapa buatkan roti utk i, tak pernah i terpikir nak buat camtu! I am pissed off..sampai ke situ dia boleh have that impression of me...i tau la i ni takde basic dlm hal2 buat roti, but that's why i'm here for..nak belajor le. Inilah masalahnya org yg first degree universiti kampung, masters phd pun dari unikam yg sama, and kerja pun kat unikam..tak pernah keluar tempat lain in the last 10 years. Tak yah la nak rasa threatened dgn i..you either provide me with some assistance like you're supposed to or get the hell out of my face. (Dialog ni dah i karang dlm kepala otak i, so kalau senario yg seakan sama berulang, nescaya i akan menang award nanti). I am like the camel who is just waiting for that last straw..

5. Kenkadang, when we are faced with an obstacle (or in my case several in one go), we pray and hope for some divine intervention. I was hoping that it'd be in the form of the 'library books' or better those 'precious books' yg i kena mintak dgn org lain or si kominih berenti kerja ke. But 'help' never came in the form that i expected. Ni nak cerita le ni..Mak i suh i cari cikgu mengaji utk little D. Sib baik i masih ada mak i utk mengingatkan i tentang benda2 akhirat ni..kalau tak dok berangan nak hantar anak main muzik la, balet la, tennis la but benda2 keagamaan lupa. I must emphasis on the word berangan here because selagi i malas nak keluar rumah and jadi supir budak2 tu, kita angan2 je lah nak oi..(pssttt..Ani BNS, pinjam kuda kepang satu). So buh add kat internet..cikgu ngaji yg nak buat nak buat housecall. So 3 weeks ago, startlah little D jadi anak muslimah. Baby X refused to join sama tapi akan main lego depan cikgu, boleh??? Cikgu ngaji ni budak U, cari duit lebih buat belanja. I pun suka le tengok student gigih camni, so unlike the ones i knew yg mengabihkan taxpayers and bapak's money beli hanfone canggih2, pas tu tak pass2 sampai kematu. Anyway, i cakap kat maid i, bila 'ustazah' datang, buat le air, masak jemput2 ke, nuggets ke, paling kurang pun biskut la. It's only 3X/week. And i suka bertanya bila i balik dari office, ustazah makan ke? Kul berapa dia sampai? etc. Tak pernah yg my maid cakap apa yg dihidangkan tak dimakan dgn licin, walaupun cuma biskut kelapa. I asked my maid to risik2 dia punya family background..saja je.

Then one day, my maid told me that the ustazah came and sebelum mengaji dah tanya, kak, ada nasik tak? Dia lapar sangat, so my maid said, no sweat, nanti dia panaskan lauk. Licin lauk2 semalam my maid said. So, risik2 rhope2nya, dia anak org susah...bapak kerja buruh buat jalan. Mak hoswipe. Adik beradik ramai and she's among the elder ones. Sebelum masuk uni dia dah pernah kerja utk kumpul duit buat biaya nak masuk uni. She's not on any scholarship, ajar ngaji utk dapat duit poket. Yg tak bestnya, oleh kerana cikgu mengaji selalu cakap berapa2 la utk parents bagi gaji, ada yg bayar 5 inggit je utk sejam punya lesson. Waaah! Bayar tuition maths english ke hapa sampai 5, 6 puluh sejam boleh lak (or whatever the going rate is), belajar mengaji boleh bayar 5 inggit je?? The saddest thing is, she can only afford to eat once a day. Not more that 5 ringgit/day. Time2 lain makan biskut, kuih or roti je utk alas perut. Bila i dengar my maid cerita, i sebakkkkkk sangat. There was i hot sana hot sini...at least i ada duit, ada rumah (kalau esah nak tambah, dia akan kata duit bazir gi beli henbeg dgn bling2 and lagi mau keriau2). It really puts things into perpectives...yes, god didn't grant me my wishes but he made me realised that i am lucky than most. So, sekarang ni dlm kepala otak i asyik terfikir pasal this poor girl and tetiba i rasa hidup i lebih bermakna lagi...if you know what i mean (and yes, that i whine too much).

P/S sesapa yg tengah cari cikgu mengaji utk anak2 area2 bangi, putrajay, kajang, leave me a message.

Sunday, July 24, 2011

Chalk n cheese

Weekend ni i nak hot je. Agaknya it's nearing to that time of the month, which i can never tell because it keeps shifting. In fact last puasa, so confident was i that i would get to puasa penuh, sampai bet 20 inggit dgn member i si Neo. Tengok2 sehari sebelum raya dapat period. Kalau tak takkanlah pregnant 3 bulan pun tak sedar kan?
My maid took the weekend off. Hot betul i pasal dekat kul8 malam tadi beru nak terbit. She blamed it on the train bus etc. I cakap dah tau train KTM tu selalu lambat and would stop at every odd station, house, busut whatever and bus hari ahad selalu tunggu penuh baru jalan macam katebang biman, then, boleh tak like kul 3 dah tunggu train? Ni i called kul 5 baru nak bergerak ke station.
Lagi satu i hot kat housemate i. Susah duduk dgn org yg dibesarkan dgn lain ideologi. Maknya pernah cakap dgn i kenapa nak keriau2 kena kemas rumah cuci pinggan semua, tu dah memang tugas kita org pompuan. OK, lain la kalau kita ni suku sakat taliban ke..i vividly remember my bro satu hari turun je dari basikal dari sekolah terus cakap kat mak i, mak, kalau mak taknak masak pun ustad kata ok. Ustad cakap isterinya punya tanggungjawab bukan utk masak kemas rumah. And he was only in std 4 then. And then, masa kursus kahwin, the only 2 things that i could recall ustad yg berceramah tu beria2 nak kitaorg ingat were, para suami, kalau isteri awak taknak buat kerja rumah, awak tak boleh paksa atau marah2 and that sperm boleh telan pasal tak najis. When we were married for just 6 months, MG cakap kat i, sekarang ni you malas masak ye...and i looked at him macam dia alien. And he sworeee that masa dia kursus kawin ustadnya tak kata pun camtu..i said you must be having a nap while he was talking (knowing his tendency to tertidur pun and kalau tak tidur pun one must know how to tap into his dimension). Not that i berkira nak masak ke hapa tapi i like to cook (when there's no one to tidy up afterwards) as much as he likes to basuh pinggan sebijik kat dalam sink tu. And jangan nak keriau2 tension dgn i kenapa tak bagitau dia yg maid nak cuti because he has sooooooo much stuff to do..hello! Kalau dia tak mengamalkan konsep bila bini bukak mulut je dia terus switch off, benda camni tak berlaku OK..lagipun apa gunanya smart phone you tu kan, catit la! Furthermore, org sekarang dah tak pi beratur kat ATM machine to pay bills ok..last month bank yg i buat car loan dah boleh bayar loan online, so bye bye going to the bank forever. When my brother grumbled depan we all yg dia la kena buat gardening, dia la yg masak, dia la yg buang taik kucing, i just looked at my SIL and said, never ever you start doing those things..biarkan! Wanita sedunia rejoice!
Then masuk bab2 keagamaan ni pulak. We plan to move little D to another kindy. Cukup la 3 tahun with the present one. MG wants to enrol her into one islamic kindy..i think sebab musababnya because bini kawan dia yg bukak. I said, i'm really not into budak kecik bertudung because kesian tengok diaorg panas and bila lepas kul 10 pagi dah tak rhope anak org dah, even though i am all for early islamic education. In fact sekolah kebangsaan pun setau i the teachers tak boleh paksa. Dia kata, teachers tak paksa tapi kita mak bapak paksa le. I said, im', so not into memaksa anak2 i pakai tudung. When the time comes and diaorg sendiri terbuka hati utk bertudung atas sebab2 yg betul, then by all means. Not because of peer pressure, teachers ke atau budak2 jantan mulut cilanat yg perasan alim sangat and cakap hari2 depa tengok budak pompuan tak bertudung depa dosa. Dah tu toksah tengok le. I told him that i tak bertudung sampai i dah nak kematu..i turned out not so bad pun, idakle kaki jantan ke (esah would beg to differ), kaki tonggang ke, kaki clubbing ke, atau pun idakle mulut i laser asik nak mengata org sampai terjuih2 bibir. Lagi mak i berleter kat i dulu suh pakai lagi i liat. Bukannya apa dia pernah tercakap kat i yg malu le dia kat kengkawannya yg i tak pakai tudung. To me, it's all about akhlak. Ada orang islam yg perangai cam piraun..pi buang sampah merata2, rumah kotor ya amat, guna toilet cam org tak berpelajaran, suka torture binatang (tak kisahlah setakat masukkan goldfish dlm balang kecik sampai ikan tu nak pusing pun susah - i trauma dgn kejadian ni sampai sekarang) etc. And there are non-muslims yg pencinta binatang, suka tolong orang, polite, etc.
Memang pompuan islam wajib bertudung but bila dah mula bertudung kena la betul2 committed, ni sekejap pakai sekejap bukak atau pakai tapi aurat lain nampak like pakai baju lengan pendek ke, baju ketat or worse pakai baju pregnant had betis..aiya yai..i said, sebagai contoh org bertudung like my two friends at work. Pakai dari sekolah, in fact yg sorang tu kalau keluar ke gate depan rumah pun pakai cekup, this is sepatutnya lah kan. But semayang haram idak! And i said some more, budak2 bertudung jugak ada terlibat in video amatur lucah lubuk tah mana2 tah celah semak or memadu asmara kat vistaangkasa sinun..
MG terdiam tak kata apa.

Sunday, July 17, 2011

Cerita 2H

Seriously, i had nothing to say. Usually, even though there is no new post, i'd be blogging in my head but these past few weeks, it's even empty up there. And you two (you know who you are!), asik nak nakkkkk je!
Anyway, thank god the dry spell was short...had some good news last week. Cuka getah akan dibiayai sepenuhnya...yeyyy!! Then i thought...errr...apa nak buat dgn duit yg dah dikumpul tu??? Nak beli rumah baru, tak cukup. Nak ganti sofa, curtains ke, tak mendapat kepuasan yg setimpal as compared to beli benda2 kecik (read bling bling) ni (and takde pekdah pun sebenarnya). I asked MG, do you wanna go to HK after raya? Nope, katanya. Do you wanna go to Universal Studios? Nope, katanya lagi. I said, ok then..i nak gi beli henbeg. And you should know that your girl tak dapat tengok princess this year because budget tarak dah. And i sooo envy kawan kita ni (yes you) yg pi jenjalannnn semedang tu..vietnam la, Jeju laaaa..habih je study i, babai MG, babai kids, mummy nak jenjalan!
And i seriously thought MG and i need some bonding time...we've been all weird with each other macam bukan laki bini. Kenkadang memang terfikir patut kumpul duit utk beli rumah sebelah ni..so that sorang dok sini, sorang dok sebelah sana. Anyway, when he is the happiest?? Shopping! So off we went...i cakap jom masuk kedai henbeg yg oh-s0-Asian ni..( i know..i know..i pun dah terjebak although i know it's oh so asian). Sensorang i tak berani nak masuk..i was calculating duit yg dah terkumpul (yg tak le banyak benor pun)....i cakap Beronah lawa, MG cakap tak. I said Speedo looks allright (rhege pun ok banding dgn yg lain tu). He said kalau penuh la, kalau tak lembikkkkk je. Then he set his eyes on MakNina...i said tu kalau dia nak sponsor separuh, lagi cantik! In the end we settled on AmmaAppa...which looked like a Makdatin's tapi takpe, laki aku suka...(errr..laki i suka i pakai). Now i can concentrate on my studies. Idak le asik dok melayari website henbeggggg je. Dok la si AmmaAppa dgn anak katak dlm closet i...

Keluar je kedai, MG menonong je jalan. Bawak i masuk kedai pen Gunung Tahan. Wa...no wonder la dia penyokong tegar i berbelanja, rhope2nya dia nak berbelanja beli pen..pakai bic je tak mau ka? Papermate ke...

We were both elated. Pi queue up for pretzels auntie anne's. I dok perati adik yg serve belakang counter ni. Macam baru lepaih spm dan this is like his dream job because dapat usha awek kayelcc (or balak ke). Tapi muka pun tak angkat langsung, jangan kata nak greet customers, masam je, cakap cam parrot, skrip dah ready. But, when he went to the back ambik pretzels, boleh pulak gelak ketawa dgn colleagues. Berdiri je kat counter automatic muka stone. Came to our turn pas dah bayar semua (taknak la cakap sebelum tu, nanti diludahnya pretzels i), i said, dik..senyum le sikit. You're working with customers kan...Terus adik ni, oh so sorry kak, dgn senyum fake tak sampai ke mata. MG cakap kat i, takyahla ngorat adik tuh..Haiya dua2 jantan blur..totally missing the point!

A few weeks ago, i went on holiday with the kids and amma appa. Appa bebudak takde, dia pi berwinter sonata and makan octopus hidup atas dasar kerja, katanya. We stayed at this ground floor apartment kat tepi laut ni. About midnight tengah i melayari laman sesawang, i dengar orang ubah2 perabut kat apt atas. Beria2 pulak tu. I terus teringat kat cite ustad mak i yg setiap rumah/bangunan ada penunggu@jin nya tersendiri yg dok kat bumbung (spesifik habih ustad mak i ni). If penghuni pun set2 macam dia, dia sukalah, lagi senang nak masuk rumah. That's why kita kena selalu sembahyang and baca alquran kat rumah kita (ye kawan2, pasang niat je tak jalan ok). Balik pada jin had malam tu, i pun baca ayat qursi. I would have loved to wake my mum up so boleh kitaorg dengar sama2 tapi takut pulak la nak pi bilik dia. Beria2 benar dia menariknya. Until i cakap, udah le tu...and dia berenti.
The next day i googled kisah2 hotel berhantu. Laaaa....hotel ni termasuk ke?? Sib baik satu malam je!

Thursday, July 14, 2011

I've run out of ideas to write. So takde mood.