About Me

My photo
I'm forty and (not) loving it.

Wednesday, November 30, 2011

Random

Been a dedicated lab rat since last week. Tolong bukakkan lampu kat lab lagi pagi2...ni takde unsur2 nak pikat si gordonramsay tu ye. Memang style I...kalau ada task, mesti nak siapkan cepat2. Scientists think that my kind are scared/useless at doing labwork...or scared of the hardwork. But I dah pernah experienced terpacul tengok clients subuh2 lagi. Imagine masa dok uk dulu, sejuknya sampai ke tulang sum2. Berjln ke sepital, kereta takde, balik rumah lambat, work on weekends...so setakat nak terbit kul 7am kat sini, no hal one.

But today dah sakit bontot...lab stools are not comfy enough for my butt.

Tadi, si mama's boy bawak balik early birthday present for me...cicak mengkarung! Panjang betul ekor menatang tu. I lari masuk bilik and tutup pintu. Memang sah dia berlari ikut naik..ish..asal bawak presejt balik mesti nak tunjuk dlm bilik. Pagi tadi mandikan dia...first bath of the year kut. Nak guna hair dryer but mamat tu takut.

Yesterday jumpa 3 kitties with their mummy. Silver colour...cantik. Tak nampak pulak cam kurus. Waah.terus I perasan nak jadi rescuer..nak rehome the family...this means pi campak kat rumah abang I yg tukang kutip kucing jalanan. I tanya adik jual buah. Ni kucing sapa? Takde sapa punya, kata adik. Sapa bagi makan? Kitaorg katanya..
Makan apa, tanya akak sibuk ni lagi..because kalau setakat scraps je, that's it, they're coming home with me. Bagi makan Prodiet..kata adik tu. Oops, tak jadi catnap..someone must really care for the cats. Kucing stray akak pun makan friskies je. I cite kat MG..dia cakap, ni ha ada 3 ekor nak join family cat tu. Ces! I said to MG, imagine kalau banjir besar berlaku kat area rumah I (taklah kut sbb atas bukit), and we have to evacuate, I am not leaving my furkids. Dia cakap, tinggallah u, babai! Gini le jantan kan...chenta sejati le sangat tu.

I've been having this recurring dream: dlm mimpi mcm di bagi peluang sekali lagi...but still sampai ke sudah asyik bicker and bicker. Before I got the chance to make it right, I pun terjaga...and then rasa sedih. Yeah, its that time of the year again...every year..and dah masuk 10 tahun dah.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, November 24, 2011

Wednesday, November 9, 2011

Kitty pancake is never on the menu



Err..tu bukan gambar tangan i bercakaran dengan MG ye..we're not into S&M unlike Esah ye.

My neighbour sorang ni, tau hangat2 taik ayam membela kucing. Pas tu beranak-renek and dia lepaskan je free willy. Kalau mak pak kucing i tak kisah sangat because they can take care of themselves. Ni anak2 kecik yang sebesar dua genggam pun tak sampai. Not that i mind their very existence, tapi memandangkan rumah we all ni designnya takde pagar (read: anjing liar malam2) and ruang car porch sempit (idakle dia pikir nak ke depan yg lebih luas), i fear running over them with my car. I selalu pesan kat MG, bila start kereta, biar engine on lama sikit. Tekan2 minyak, kalau kitties ada, bagi dia masa untuk lari keluar dari bawah tayar, engine..This morning, i wanted to run some errands. Baby X ikut i. Elok nak keluar kereta dari rumah, bunyi 'dub'. I tengok kat mirror, takde pun 'benda' lenyek..i singgah Petron. Elok i nak isi minyak ada orang bagitau, kak, ada kucing bawah kereta. Aiyok! Of course what i fear most telah terjadi! Sib baik kitten tu tak lenyek! It must have clinbed into my engine dari tayar bila i start kereta and nasib baik Petron tu dekat rumah je.

Bermulalah adegan kejar mengejar. i could have just left the kitten there..it's not mine pun and pandai2lah cari jalan balik ke rumah (sepelaung je). But oh tidak! Tuhan menjadikan i ni terlebih sangat belas kasihan so terbongkok2 la i merangkak intai bawah kereta orang. And this kitten pulak, bukan setakat masuk bawah kereta, had to masuk dlm engine kereta orang some more! Jenuh i cakap, ni bukan kucing saya, kucing stray...but these 2 lovely men (bawak H@rrier and Stre@m), thank you very much, whoever you are, melayan karenah akak sorang ni yang mengejar kucing, that doesn't even belong to her. Finally, the kitten was fished out of the H@arrier's engine. I grabbed the kitten..the adik H@rrier cakap, kak, masukkan je dalam kereta..i dumped that kitten into my boot and drove home. Of course antara nak masuk kereta tu, sedap dia mencakar2 kat tangan i, hence the battle scars. Terjerit2 i panggil maid i, mintak keluarkan cat carrier for me to take the kitty to the ver for thorough check up. But bukak boot je dia mencecet lari. So my guess is, she was ok (menurut laporan my maid as of just now, yeah, she looked allright, tak tempang semua). That was one lucky kitty. Of course mulut i membebel marahkan my neighbour, not directly lah kan. But my maid went directly to the owner. Actuallynya mak kitten diaorg punya..tau bela camtu je, tak spay, bila pregnant anak2 bersepai. Now ni dah pregnant lagi. The cat and kittens are wild..bukan jenis boleh kena pegang punya, kalau tak dah lama i rehomekan kucing2 tu or the least, pi hantar sunat. My maid cakap, the owner gelak2 je bila diceritakan what happened to me. Tanya napa tak kurung kittens tu, dia cakap, takde tempat nak buat rumah kucing. Alasan cam $#@$#%!

Please la, to all cat owners out there..be responsible. Neuter/spay your cats to reduce the number of stray population. Ini untuk kebajikan diaorang jugak. I don't mind feeding them twice daily but i tak sanggup terlenyekkan diaorang jadi pancake or jadi habuan anjing liar malam2. Janganlah kata melawan hukum alam mak nenek...cats boleh beranak sampai 3-4 kali setahun, they mature at 6 months of age. So just imagine setahun how many unwanted cats are produced. And buang ke pasar and kena torture dgn orang tak berhati perut is not an option.

Dah puas hati dapat membebel, i sajikan dgn gambar dua budak tembam.



P/S ada someone dah comment gambar budak tembam ni just now, sorry, comment dah hilang bila i dah edit ni...

Sunday, November 6, 2011

Menu Malaya

Selamat hari raya korban uols!

I tak boleh tido, dok layan astro. Terngiang2 budak butter tu berkata, oi baca journal kan lebih baik! In my defence, ada sikit jugak rabun malam..z(read: tipu). Eh, tapi perlukah you nak interrogate I ni? (Read: dah sewel. I'm hearing voices in my head). Yg sebenarnya baru tengok cite Dakness Falls and takut nak stay up sensorang. Hik...

Yeah, menjawab komen di bawah, yes that's budu. Sorryla, ambik gambar dgn mangkuk sememeh. Sian mendengarnya lurpak...makan mee dgn budu. I peminat budu...no la, esah oii..takkan la I nak samakan u dgn leftover food. You are like budu to me, eh jangan kecik ati, bukan kalernya. Budu sedap penambah perisa..tapi tak boleh sentiasa ada because baju yg sediada tak dapat nak menampung sekiranya sekali round makan nasik tambah 5x. Cam kau la esah oi, kalau balik jadi PR malaya idak ke haru? Sekali jumpa, tambah nasik tomato 8x, cekodok sepinggan...ish ish..

Budu semangkuk tu pun simbolik jugak pada perhubungan kita esah. Ko kata makan Dom tak best...ko nak makan malaya..tapi ko punya malaya setakat popiah and karipap. Deghoyan tak makan! Cencaluk budu haremmm..kalau bawak pi restoran ala gudang kgbaru kang mesti kembang tokak (ni versi tekak ye..bukan luka yg basah serta busuk) ..belum lagi tengok pemandangannya. Bebalik order chicken chop..eh ni bukan masakan melayu berteraskan matsaleh ke? Tapi I think itu memang menu kegemaran bebudak KPP. Bila bawak pi seafood, makan udang je le pulak..ketam haremm..siput haremmm..(Eh tak pandai sedut ke? Hehe)

Tapi takpe, nanti sampai malaya nanti bagitau je nak makan apa...kfc pun kfc lerr..

P/S Rasa bersalah kutuk kau esah..harus aku practise buat (goreng) kuih kegemaran mu i.e. Kosui (karipap frozen). I lap u!

Sent by Maxis from my BlackBerry� smartphone

Friday, November 4, 2011

Selingan

Adakah chenta antara kita?Jawab Esah, jawab!

Thursday, November 3, 2011

Saya akan hide awak

Dari pesbuk saya sekiranya awak:

1. Sikit-sikit cakap 'mahsyukkkk' setiap kali awak dapat gaji ke, duit ke..
Ni set2 yg nak menunjukkan betapa lucrativenya dia menjadi saudagar emas-anda bila lagi..juga terbuka kepada segala jenis perniagaan mlm yakni taperwei sekalipun.

2. Yg berlanggan khidmat memberitahu di mana anda berada walaupun setakat makan maggi goreng di kedai mamak. Tiap2 malam akan tertera 'abu has checked in at pangsapuri block e'...oh tidak! Adakah isteri anda yg memaksa anda report kat 'HQ' every minute of the day of your whereabouts? Kerana kalau setakat kengkwan cam saya ni idaklah saya berminat nak tau...

3. Yg ada masalah laki bini..nak bagitau satu dunia tapi nak suh org teka2 dulu..jadi keluarlah banyak one liners seperti 'aduh! Pedihnya! (Kita memula ingat period pain ke). 'Hands off!'..pas tu mula uploadkan gambar2 kawin 20 tahun dulu. I mean unless le yg merampok laki kau tu your pesbuk friend, kalau bukan sesia je pi meroyan sensorang kat fb. Kalau niat nak bagitau kengkawan, cakap je terus terang cam 'laki aku kena goda betina gatai'. Kan tak yah berteka-teki. Ada pulak yg set2 profess undying love for the husband. Eh islam memang menggalakkan kita berkasih sayang...but we know for the fact yg time2 dia declare chenta dia kat satu donia ialah time2 lakinya shag up dgn pompuan lain. If pendekatan secara halus camtu tak jugak curb your hubby's philandering ways baiklah tukar tactic dgn mengeluarkan update sebegini 'saya tengah asah kapak..baliklah sayangku' ataupun 'sila pulang..sebelum anak2mu ku lelong kat pasar..'. Untung2 mencecet dia balik rumah.

4. Set-set yang bercakap pelat2. Eh aku bukan boipren kau, perlukah? Tucen, omey, per (apa), wat, dye (dia?), shayang, usyuk...
Eiii geli geleman teman!

5. Mak2 and bapak2 of the year. Dgn sukacitanta upload and bagi daily progress report baby diaorg buat apa. Humpphhh....masa sebulan dua baru dapat baby, yes, kita boleh understand dia punya ecstasynya but daily sampai kawan tu boleh mengundi dah?! Lagi satu yg panggil babies diaorg 'our darling princess', 'my handsome prince' tapi baby rhope cam joker lebih dari princess! MG cakap tak baik kata anak orang! Oklah I cakap dlm hati je..

6. Yg suka share and upload gambar setiap kali keluar makan...of course kalau makan ikan rebus cicah budu kat kedai gudang kampung baru tu idakle dia masukkan...kalau makan deghoyan pun mestilah set2 udang, musang, tenuk..sekali tu saja je I upload gambar I makan deghoyan tepi longkang..eii minah tu cakap I tak bisa makan yg jenis camtu...dari kecik lagi appa I bagi we all makan jenis udangggg je. Errr...jaman jepun dulu dah ada ke deghoyan anak udang, musang semua?

7. Yang set2 so opinionated. Cakap pasal poliiiiiiitik je...and parti dia je lah yg betul. Atau cakap bab2 agama and menginsafkan semua orang. Tapi boleh pulak pastu masuk adegan2 dia mengutuk orang kawkaw or sopping tak hengat donia tanpa sifat2 tak kanaah langsung..

8. Set2 menunjuk. Bagi statement bagus cam 'ooo..another coach to the collection'. Alaa..Ani BNS tokey handbag cakap tak heranlah setakat coach je...eh pepandai je aku masukkan words ke mulut Ani. This same person juga pernah upload gambar baju penuh liplap utk mendapat approval kami rakyat jelata yg oh so not worthy ni. Tapi bila orang tanya berapa rhege, boleh pulak cakap 'kalau bagitau pun you tak mampu' .ek eleh...coming from this person yg I know pernah satu masa dulu sopping baju kerja kat gedung mari-mari..sudah lupakan kulitkah anda?

9. Yang penuh dan memanjang je appreciation utk sang suami. Captionnya selalu berbunyi begini 'thank you darling hubby for last night..' Geli geleman tekak saya. Or upload gambar yg ke 121di bawah tajuk 'my beloved'.

Hish, what a cranky person I am kan? Okla, kalau setakat kenkadang je keluarkan youtube lagu airsupply, corrs, silamajit, boleh dimaafkan lagi..siapalah agaknya tu kan? Hint: dia berjerat perchentaan dgn ikan tuna.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, November 2, 2011

Omongan

Someone mentioned to me that she's my number one fan...i segan uols. Apalah sangat blog i ni...There's not much of cerita2 berunsur teladan..blog mummy2 sungguh jauh sekali...blog memasak cam Lurpak? Harammm...blog hardcore cat lover pun tak boleh qualify lagi...nak kata blog handbag? selagi takde dot dot dot or wordless wednesday, tuesday and whatever day jangan mimpilah kan? Lainlah macam blog bff i kat London sinun tu..at least her life (and mouth for that matter) is so much more colourful than mine. What i do especially nowadays, is to bangun pagi, pergi office on some days, buat2 kerja sikit, makannya banyak, drive balik rumah, pegang remote astro, kebil2 depan tv, keriau2 sikit kat anak2, sengih2 kat laki i and then membuta sampai esok pagi...oh yes, most days ditambahkan dengan adegan2 geram sana geram sini. Seriously, i need to get a life! Anyway, kepada sesapa yg claim suka membaca blog ini, terharu makcik..! Ok, Esah lainlah kan, dia selalu keriau2 suh i update because dia dgn i have this 'bukan chenta biasa'..(whatever it is Esah, kentut kau maintain busuk).

Last weekend, i went out with MG, just the two of us. I nak pi cari printer. Tak yah la sabtu ahad masuk office semena2 nak print out surat saman ke kan..Then i thought, hmmm..might as well i got to this music centre that boasts they can send music teachers to any home within KlangValley. Ye lah, mak si Little D akan jenis queen termite yg takkan bergerak dari singgahsananya so, i need one to come to us instead. Found the place..then eh....baru terpikir, cemana nak suh cikgu datang ke rumah when we don't even own a toy piano! Dah kena pi cari piano la pulak..sebelum tuan puan ingat saya ni macam jenis yg buat hasty decision, sebenarnya tak..dari i umuq 7 tahun i nak ada piano kat rumah but i didn't get the opportunity. Lagipun Esah selalu gasak i (can i blame nearly everything i do on you, bebeh??), udah2 le beli henbeg and bling2...(saja tak mo cakap tapi 3 minggu sudah teman terbeli henbeg sementara tunggu kawan nak lunch sama2 kat KayElCC..hehe). So we got one...MG approved the aesthetic value of that piano. Now benda tu dah terbongkang kat rumah, i'm yet to call up the centre and arrange little D's piano lessons. Sungguh menggelitik hati i nak belajar sama...

Diriku di dalam dilemma...i mean i'm an old dog..can i be taught new tricks? I nak usha cikgu Little D dulu...kot2 garang ke...i have enough GordonRamsey teacher figure in my life at the moment..ni kang bertambah stress le pulak kalau dapat cikgu piano from hell. I have been reading quite a lot around this subject...ada pendapat cakap yg play by ear is much better..ada yg kata sight reading is much better..so, anyone has any opinion? Kalau nak cakap udah2 le Kiah, bagi le peluang kat anak2 je...pun i akan terima (make sure evidence based to support you argument yea..kalau tak nanti i rotan).

Until next time, taraaa!

Tuesday, November 1, 2011

Anak bulu saya

Princess Boyot is ill. She has some problems with her right eye. Memula last month her third eyelid appeared. The vet who has seen her at home before was on leave. The partner couldn't leave the clinic so he told me to get a pic of PB's eye and bring it to the clinic. PB kalau kat vet clinic jadi garang macam kena rasuk dek mayakarin. I pun tak boleh handle dia. Vet bagi ubat titik and after 3 days she was ok.

On divali last week, she was back to being one eyed jack. We tried another vet..closer to home. Manalah tau tempat baru perangai boleh ok sikit ke. Hmm hampeh! Doctor vet pun cam baru grad semalam. Berat tak timbang, history makan minum tak ambik. Bagi ubat gel pulak. Dah nak dekat seminggu tak baik2...I rasa cam atas mata PB cam ada benjol..frontal bone looks slightly asymmetrical. I perasan dari the last vet visit lagi. But the very, extremely young dr idak cakap apa2 pun. She's still eating, going for walkies, berak all normal. But she doesn't look happy..you might ask, how does one tell a cat who sleeps for 24 hours a day is not happy? A mother's instincts I tell you. So this morning I took her to the 'king' of all vets..UPM animal clinic. I like this place..its clean, staff are professional, cheap..masalahnya depa tak bukak on weekends! PB keriau but the vet assistant restrained her. Nampak kejam..but myself working with kids yg kenkadang kena restrain them physically, I know its only done with good intentions. Memang bijik mata PB normal..bengkak kat atas mata yg buat mata tu tertutup. Kesian sayangku ni...jenuh la mata kena titik ubat segala neka..kang dari tak buta jadi buta pulak. She needs more thorough investigations done, so kena puasa dari malam ni, esok pi upm lagi and kena sedate. Please send her +ve vibes for her to get well..hopefully cuma bisul and not tumour or worse..the big C.

I only needed to pay 85 sen for consultation fee tadi..after discount and all that. Seriously, UPM vets the best..sekarang hospitalnya dah pindah belakang hosp. Serdang as opposed to dlm main campus previously. Lagi senang nak pergi.

P/S masa I sampai tadi I pi la menonong dgn cat carriernya masuk ke dlm bangunan..nampak meriah semacam..wah..diaorg baru nak rasmi tempat ni..ada photographers, org pakai semart semua, penyambut tetamu etc. Dah I sampai ke reception baru le staff cakap, akak salah tempat! Sepital haiwan kat belakang sana! Lerrrrr! Awat yg tunggu luar pintu masuk tak khabor? Malu tau! Depa sengih2..Rhopenya I masuk building academic n not clinic..sheesh!


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone