1. Sikit-sikit cakap 'mahsyukkkk' setiap kali awak dapat gaji ke, duit ke..
Ni set2 yg nak menunjukkan betapa lucrativenya dia menjadi saudagar emas-anda bila lagi..juga terbuka kepada segala jenis perniagaan mlm yakni taperwei sekalipun.
2. Yg berlanggan khidmat memberitahu di mana anda berada walaupun setakat makan maggi goreng di kedai mamak. Tiap2 malam akan tertera 'abu has checked in at pangsapuri block e'...oh tidak! Adakah isteri anda yg memaksa anda report kat 'HQ' every minute of the day of your whereabouts? Kerana kalau setakat kengkwan cam saya ni idaklah saya berminat nak tau...
3. Yg ada masalah laki bini..nak bagitau satu dunia tapi nak suh org teka2 dulu..jadi keluarlah banyak one liners seperti 'aduh! Pedihnya! (Kita memula ingat period pain ke). 'Hands off!'..pas tu mula uploadkan gambar2 kawin 20 tahun dulu. I mean unless le yg merampok laki kau tu your pesbuk friend, kalau bukan sesia je pi meroyan sensorang kat fb. Kalau niat nak bagitau kengkawan, cakap je terus terang cam 'laki aku kena goda betina gatai'. Kan tak yah berteka-teki. Ada pulak yg set2 profess undying love for the husband. Eh islam memang menggalakkan kita berkasih sayang...but we know for the fact yg time2 dia declare chenta dia kat satu donia ialah time2 lakinya shag up dgn pompuan lain. If pendekatan secara halus camtu tak jugak curb your hubby's philandering ways baiklah tukar tactic dgn mengeluarkan update sebegini 'saya tengah asah kapak..baliklah sayangku' ataupun 'sila pulang..sebelum anak2mu ku lelong kat pasar..'. Untung2 mencecet dia balik rumah.
4. Set-set yang bercakap pelat2. Eh aku bukan boipren kau, perlukah? Tucen, omey, per (apa), wat, dye (dia?), shayang, usyuk...
Eiii geli geleman teman!
5. Mak2 and bapak2 of the year. Dgn sukacitanta upload and bagi daily progress report baby diaorg buat apa. Humpphhh....masa sebulan dua baru dapat baby, yes, kita boleh understand dia punya ecstasynya but daily sampai kawan tu boleh mengundi dah?! Lagi satu yg panggil babies diaorg 'our darling princess', 'my handsome prince' tapi baby rhope cam joker lebih dari princess! MG cakap tak baik kata anak orang! Oklah I cakap dlm hati je..
6. Yg suka share and upload gambar setiap kali keluar makan...of course kalau makan ikan rebus cicah budu kat kedai gudang kampung baru tu idakle dia masukkan...kalau makan deghoyan pun mestilah set2 udang, musang, tenuk..sekali tu saja je I upload gambar I makan deghoyan tepi longkang..eii minah tu cakap I tak bisa makan yg jenis camtu...dari kecik lagi appa I bagi we all makan jenis udangggg je. Errr...jaman jepun dulu dah ada ke deghoyan anak udang, musang semua?
7. Yang set2 so opinionated. Cakap pasal poliiiiiiitik je...and parti dia je lah yg betul. Atau cakap bab2 agama and menginsafkan semua orang. Tapi boleh pulak pastu masuk adegan2 dia mengutuk orang kawkaw or sopping tak hengat donia tanpa sifat2 tak kanaah langsung..
8. Set2 menunjuk. Bagi statement bagus cam 'ooo..another coach to the collection'. Alaa..Ani BNS tokey handbag cakap tak heranlah setakat coach je...eh pepandai je aku masukkan words ke mulut Ani. This same person juga pernah upload gambar baju penuh liplap utk mendapat approval kami rakyat jelata yg oh so not worthy ni. Tapi bila orang tanya berapa rhege, boleh pulak cakap 'kalau bagitau pun you tak mampu' .ek eleh...coming from this person yg I know pernah satu masa dulu sopping baju kerja kat gedung mari-mari..sudah lupakan kulitkah anda?
9. Yang penuh dan memanjang je appreciation utk sang suami. Captionnya selalu berbunyi begini 'thank you darling hubby for last night..' Geli geleman tekak saya. Or upload gambar yg ke 121di bawah tajuk 'my beloved'.
Hish, what a cranky person I am kan? Okla, kalau setakat kenkadang je keluarkan youtube lagu airsupply, corrs, silamajit, boleh dimaafkan lagi..siapalah agaknya tu kan? Hint: dia berjerat perchentaan dgn ikan tuna.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Kiah...
ReplyDeleteHahhahahh. aku tertawa riang baca ini, sesungguhnya aku pun berpikiran begini bila baca hupdate status org, tapi tak tergamak nak komen.
Ani BNS
Kiah,
ReplyDeleteSalam kenal.....nak tambah lg satu golongan yg perlu di "hide" yg promote dia punye blog ke apa yg ade jual2 brg..nak unfriend kawan sendiri plak...tp tension btul dgn post2 promosi tuh....
So sgt memahami entry ni... Yes yes sokong 100%. But how to hide ek? Owh so buta it ke skrg??.
ReplyDeleteAhahahaaha. CK, ada la kawan perempuan aku tu kan, siap update status macam ni..
ReplyDelete"Oh sedapnya suara encik suami baca Al-Quran..."
"Oh indahnya. Baru selesai sembahyang berjemaah dengan my lovely hubby...".
Alahaaaaaiiiiiiiiiii!!!!!!!
PS: CK, if you still looking for cikgu piano, I ada kawan yang jadi cikgu muzik kat muzik school. Dia kata dia buat jugak home to home, tapi kena tengok la jugak rumah tu kat mana. Kalau CK nak, bak sini email, saya akan emailkan her contact.
part yg last tu kita kenal sapa, mrasalah org tu tak buat bantuan kemanusian dah pas ni hahaha
ReplyDeletep/s:setuju dgn MG....tak baik ckp anak org cam tu. tapi betul ke cam joker?*petirrrrr* hahaha
alahhhhh. takde butang like la pulaks.
ReplyDeletemencik titer...eh!
Hahaha, suka posting ni. Baru jugak buat posting ala2 amni tapi pasal blogging.
ReplyDeleteI paling menggeletis dgn no 8 tu.. eee, mcm org lain tak mampu kannn? walaupun sebenarnya mmg tak mampu, wakakakak!
ReplyDeleteAni BNS,
ReplyDeleteI dah tak tahan sangat dah tu..
Ati,
Hide, jangan tak hide!
AreDeng,
You jalankan cursor sebelah kanan, then akan ada arrow appear, so you click kat situ. Sila ikut arahan, nak hide ke, unsubscribe ke...
Izuan,
Menyampah kan, tegak bulu roma i baca komen cenggitu.
Thanks for your offer...i terlupa yg beli piano dapat free 3 months lesson. So hari ni anak i dah start...tapi kalau cikgu garang ala ala Cikgu Bedah, i akan buzz you ok?
Lukmang,
ReplyDeleteHahahhahaa!
Tijah,
Ak per..titer au awak shuka titer alam ati...
Arena,
Entah2 orang yg sama kut??
Lurpak,
Ala...dia eksen je...baru sekali sekala belanja besar tapi eksen yg lebih..
Sis kiah,this entry so kelass.
ReplyDelete-peminat sis kiah + sis esah-
Peace
Crossroad, hamboi! Nick hebat sungguh!
ReplyDelete