About Me

My photo
I'm forty and (not) loving it.

Wednesday, March 30, 2011

Fairy tales

Once upon a time.... Talking about once upon a time ni, little D sekarang sungguh teruja dgn fairy tale classics. MG bought her the complete set of story books..semua ada dari little red riding hood ke the big pancake. When i was slightly older than her, i suka sangat fairy tales gitu. I yearned for the books...kalau la dapat..but alas, i ni budak pekan kecik..mana la ada kedai buku yg jual buku cerita...yg ada kedai buku sekolah yg berlambak buku fajar bakti (ingat tak Esah?) atau kedai kap lam yg jual mingguan perdana..dan mungkin juga buku monagersang bacaan kegemaran Esah). Anyway, my exposure to fairy tales would be during storytime kat kindy. Cikgu akan dok depan kelas, kitaorg dok atas lantai dengar dia bercerita..then dia akan tunjuk gambarnya sekali. Bukan ke jaman2 tu the Beast from Beauty and the Beast was huge and hairy...ala2 dada buffalo gitu. But versi yg little D ada, humph...rhope the beast was like a cross between planet of the ape and NicholasCage..yeah, don't like this guy). Lean, mata kuyu and dahi senduk like that. Not much hair and bila dah jadi prince pun lagi tak hensem. Pas tu cerita Snow White nya pulak, the 7 dwarves look like the evil Rumpelstiltskin...no more roly poly jolly looking dwarves. Snow White doesn't have rosy cheeks..what's that about??? Pas tu, the goldilocks got scared off by the bears..bukan ke she actually got lost in the forest, hence stumbled upon their cottage and they eventually made friends with her? Atau adakah versi i ni mazhab yg salah? Then the prince from princess and the pea rhope2nya was seriously looking for a princess to marry..awat tak boleh kawin org kebanyakan? Then Rapunzel pulak entah mana2 jantan dia bagi naik masuk ke biliknya? And don't get me started on the frog from the princess and the frog. Saja je nak makan sama princess lah, nak tido sama princess lah. Gatai! But ok i have no complaints regarding the 3 little pigs although kesian yg 2 ekor kena makan dgn wolf. Padan muka gingerbread boy last2 kena makan dgn fox pasal gedik sangat pi larikan diri awat? Sian atuk opah takde anak (according to babyX). That's my critical appraisal of the literature tuan puan (kalau lah cenggini dgn journal ilmiah yg i baca kan...dah tentu chapter 1&2 ku excellent)

Tuesday, March 22, 2011

I blame it on AnuarJen

Baru2 ini, appa dan amma saya datang rumah. Tetiba je terbit kat depan pintu. Amboi main lagi sukanya si Little D. Masa tu saya kat opis and dia telefon, 'atuk dgn opah datang rumah little D'. (Dia tak tau concept rumah 'kita').

Tidurnya 2 malam saja tapi amma saya sempat observe banyak perkara (bukan setakat perati saja, dia juga rajin mencungkil cerita dari maid saya, i bet!). Dia tegur saya garang dengan anak..saya cakap, supaya anak jadi orang (erk..budak2 tu kecik lagi, tak paham pun bila saya keriau marah2. Sebenarnya saya rasa saya stress dan saya lepaskan pada mereka). Pada masa yg sama, biar mereka tahu saya ni memang garang, pada anak sendiri dan bukan hanya pada anak2 sedara (dulu jaman2 saya takde anak, diaorg ingat saya ni saja suka dera anak sedara). Lepas tu amma saya tanya lagi, samada saya gembira dengan kehidupan saya. Saya kata sapa yg betul2 gumbira dengan hidup mereka? Sudah tentu saya boleh menjadi lebih gumbira: sekiranya saya bertukar penyelia ataupun penyelia saya kena sampuk and terus jadi macam kucing atau tetiba laki saya gemar berbual2 dan sedar akan kewujudan saya.

Saya tahu yg amma saya nak korek pasal kehidupan rumahtangga saya. Saya cakap pada dia yg nak kata saya gumbira sangat, taklah, tapi saya syukur dengan apa yg saya ada buat masa ini. Saya tidaklah rasa begini sentiasa dan saya mengambil masa yg lama juga utk mempunyai kesedaran ini. Iaitu, ada orang lain yg lebih teruk situasinya dari saya. Ya...saya sudah lama tidak berjalan di atas angin, tidak ingat bila akhirnya saya berada di awang2an dan kali terakhir saya senyum seorang diri. Siapa tak nak semua perasaan itu? Tapi saya percaya yang perasaan itu semua tidak kekal, tidak pada sesiapa pun di dunia ini, walaupun anda KateMiddleton sekali pun. Tapi saya akur dengan kehidupan yg saya terjebak ini (kalau diberi pilihan, mungkin saya pilih kehidupan yg lain kut). Adakah kalau saya tinggalkan padang ini, rumput di padang sana lebih menghijau?

Bak kata kawan saya di sinun itu, kami adalah makhluk yang mahu disayangi (woi sapa taknak?) tapi pada masa yg sama, kami juga tidak suka dikonkong. Bila saya keriau2 diri ini seakan tidak dipeduli, ada masa2nya juga seperti bila saya terkebil2 atas katil, bila saya buat keputusan matahari dah naik baru nak mandi, nak pergi jumpa kengkawan atau desperate hoswipe cousins, laki saya tak pernah melarang. Dia juga tak pernah memaksa saya masak (dia dah giveup sebenarnya), membasuh atau menggosok baju. Sebanyak mana saya kesal kerana berpasangan dengan lelaki yg 'keras' macam ikan tuna di pasar jepun, sebanyak itu juga saya bersyukur yg saya tidak dikonkong oleh lelaki yg hendak saya mengadap dan mengulitnya setiap masa. Tuhan itu lebih mengetahui...

So saya cakap kat amma, amma tak perlu risau. Kalau dulu pernah saya terfikir yg saya nak mulakan hidup baru tapi takde sumber kewangan yg mencukupi, tapi bila duit dah terlebih2 seperti sekarang, saya sedar, rumput sana rumput sini, sama hijaunya. Inilah kehidupan yg saya pilih (lagipun jantan semua sama..pada awalnya saja yg nampak lain).

Apa2 pun saya cakap kat amma, saya tetap salahkan dia pasal dulu dia cukup tak bagi saya kawin mat saleh..saya cakap kalau tak at least sekarang anak2 saya lawa2 belaka, layak masuk iklan tv..kah kah kah.

Dan saya salahkan awak AnuarJen..sedetik lebih? Pergh! the kind of love you preach does not exist la!

Pasrah part 2

This blog macam dah nak berkubur. I am busy but even if i were, like before i embarked on this thing i had always managed to write. I think my inability to churn out anything funny, interesting, worth of anyone's time is gradually disappearing. I realise that it's not because i'm dead busy...some hours during the day, i find myself staring at the ceiling doing nothing...(seems like it but usually i'm processing some info or solving problems in 'there'). Thing is, i'm just depressed. Marks out of 10, my holiday was only 4 1/2. If not for the kids, it'd be totally unsalvageble. I felt 'his' presence all the time. I was in no mood to shop or read like i normally do when i'm on holiday.

On the same week (before i went on hol), the place where i went to collect my sample informed me that i can no longer use their xray machine. Apparently, my subjects are slowing them down. Of course burden kerja bertambah...you know like in a session, daripada tengok 10 orang dah jadi 12 camtu. And this probably happens like ...twice in a week?? I went to see them, i pleaded and pleaded...i am so close to finishing that part of my research..less than 20 to go. In the end they allowed me to use their facility one day/week. It's better than nothing but it will only serve me some good if my subjects were to come in on those days...when they come in is dictated by the condition of their disease *(i rasa cam nak teghoyak). Then i went to see some other people whom i've worked with before and maintained good relationships with. From the same institution but totally 'non-related' department. I asked if i could use their machines, and they gave me 3 days! So, 3+1=4 days...so i'm back in the game!

* Footnote:
I felt helpless...rasa cam nak balik rumah and tidur. And then i paused...kenapa i selalu lupa yg bukan manusia yg control segala2nya kat dunia ni? Then i spoke to him the almighty...'i'm leaving it all in your hands because i know not what else to do'. Lepas tu baru i teringat nak pergi jumpa 'kengkawan' lama and alhamdulillah those 3 extra days.

Sunday, March 6, 2011

Pasrah part 1

Itu hari saya pi jumpa 'bapak' saya mengenai conference yg dia nak saya pergi. Dia tanya ada dapat funding ke? Saya cakap status macam saya ni sapalah yg nak bagi funding unless dia yg nak bagi kerana saya anak buah dia sekarang (of course the last part cakap dlm hati saja). Tapi saya cakap, saya akan pergi bayar sendiri sekiranya dia rasa saya akan dapat banyak ilmu jika dok mendengar org bercakap. Dia diam sekejap tu dia kata melainkanlah saya ni ahli professional yg dealing with people like that barulah akan benefit saya sebenar2nya. Ooo! Suka hati saya tak yah pergi. Dia kata takpe, dia akan bawakkan poster saya (aik haritu dia kata dia tak boleh pergi hence dia nak i pergi). Pastu saya beritau dia mengenai satu lagi conference yg saya nak pergi dan ini dah berjaman dulu saya bagitau dia. Pastu dia boleh cakap kat saya yg saya ni asik pergi conferenceeeeeeeee je! Dia kata yg dia sungguh laidback dgn saya dan nanti apa students lain cakap. Huh? Saya asik pergi conf je? Bila le pulak? Mungkin setahun sekali kut. Takkan la selama 3 tahun saya pi belajar saya nak let go of what i do totally? It is so bad because the other day masa tengah tengok client sorang ni (selepas like 6 bulan), instead of asking for the right instrument kat my assistant i pi cakap, nak sudu...tak ke haru!

Lagipun ada saya kisah students lain nak mengutuk saya? Pas tu dia cakap saya patut concentrate je kat phd saya, saya ni kurang focus. Hmm sekali lagi pasal kurang focus tu. Saya nak je mencarut masa tu dan cakap, saya nak focus kat apa lagi kalau bukan phd saya??? Saya dah tak bekerja, anak2 pun dah jadi anak2 bibik, laki pun suka saya tak focus kat dia, saya bukanlah ahli puteriumno atau bulan sabit merah ke...saya ni pun bukan le ratu memasak cam lurpak (yg sungguh dinamik itu, belajar dan boleh masak terer2), tengok clients pun berjaman tak dah. Benda yg saya pikirkan ialah phd dan bijik saya je. Mintak maaf le mencarut tu. Pas tu dia boleh cakap lagi yg saya suka ambik cuti..hah?? Just because this weekend and terlanjur isnin selasa saya nak pi bercuti dgn keluarga. Last sekali i mintak cuti was masa raya. The thing is, sebagai pelajar sepenuh masa yg matured, takdenya org buat pi isi borang cuti and submit, ok. The most that they would do is sms je to notify their svs. Tapi saya hormatkan dia, saya tak nak take it for granted buat macam org lain buat tu. Saya jugak tak nak menghilangkan diri je kerana kalau dia cari nanti parah gak. Tapi begini pulak jadinya, kata saya suka ambik cuti. &%$#$% betul! Jadi saya cakap kat dia, kalau awak tak nak saya pergi to any conferences anymore saya tak akan pergi. Dah, puas hati? (ni cakap dalam hati saja). Rasa pelik betul...postgrads kat tempat lain berebut2 nak perdenngarkan research diaorg kat audience and bapak saya??

So sekarang saya sedang dlm percutian saya, tapi saya masih rasa bengang dan tak gumbira. Bayang hitam yg menghantui hidup saya ada lah bapak saya tu. Berbelas tahun saya jadi student kat tempat org...tak pernah cikgu2 saya tak suka kat saya. The most pun dia org tak kenal siapa saya because saya ni jenis diam tak melawan and ikut je apa diaorg cakap. Bila dah tua camni cikgu saya tak suka kat saya! Memang saya sedih, nak menyesal tak tukar bapak hari tu pun dah terlambat, kan? Sebagai org yg mengajar anak org jugak, saya tahu kalau mulut seseorg cikgu tu asyik cakap, heiii..budak tu tak boleh pass je gayanya..., memang budak tu takkan pass because macam cikgu tu tak menghalalkan ilmu yg dia bagi. Hmm..i ni dah kena sumpahan students i ke? idakle rasanya i ni kejam tak bertempat. I selalu cakap kat diaorg, i can accept kalau dia org slow atau kurang pandai, but what i cannot stand ialah org yg malas. Idakle i rasa i ni pemalas. Anyway, i berdoa banyak supaya bapak i ni berlembut hati dengan i. Lagipun semuanya datang dari allah. Lagipun dia kena beringat, yg dia pun ada anak, di akhir zaman ni balasan selalu dapat jam2 kat dunia lagi.

Nanti bersambung semula. Anak & laki dah ajak breakfast.