Baru2 ini, appa dan amma saya datang rumah. Tetiba je terbit kat depan pintu. Amboi main lagi sukanya si Little D. Masa tu saya kat opis and dia telefon, 'atuk dgn opah datang rumah little D'. (Dia tak tau concept rumah 'kita').
Tidurnya 2 malam saja tapi amma saya sempat observe banyak perkara (bukan setakat perati saja, dia juga rajin mencungkil cerita dari maid saya, i bet!). Dia tegur saya garang dengan anak..saya cakap, supaya anak jadi orang (erk..budak2 tu kecik lagi, tak paham pun bila saya keriau marah2. Sebenarnya saya rasa saya stress dan saya lepaskan pada mereka). Pada masa yg sama, biar mereka tahu saya ni memang garang, pada anak sendiri dan bukan hanya pada anak2 sedara (dulu jaman2 saya takde anak, diaorg ingat saya ni saja suka dera anak sedara). Lepas tu amma saya tanya lagi, samada saya gembira dengan kehidupan saya. Saya kata sapa yg betul2 gumbira dengan hidup mereka? Sudah tentu saya boleh menjadi lebih gumbira: sekiranya saya bertukar penyelia ataupun penyelia saya kena sampuk and terus jadi macam kucing atau tetiba laki saya gemar berbual2 dan sedar akan kewujudan saya.
Saya tahu yg amma saya nak korek pasal kehidupan rumahtangga saya. Saya cakap pada dia yg nak kata saya gumbira sangat, taklah, tapi saya syukur dengan apa yg saya ada buat masa ini. Saya tidaklah rasa begini sentiasa dan saya mengambil masa yg lama juga utk mempunyai kesedaran ini. Iaitu, ada orang lain yg lebih teruk situasinya dari saya. Ya...saya sudah lama tidak berjalan di atas angin, tidak ingat bila akhirnya saya berada di awang2an dan kali terakhir saya senyum seorang diri. Siapa tak nak semua perasaan itu? Tapi saya percaya yang perasaan itu semua tidak kekal, tidak pada sesiapa pun di dunia ini, walaupun anda KateMiddleton sekali pun. Tapi saya akur dengan kehidupan yg saya terjebak ini (kalau diberi pilihan, mungkin saya pilih kehidupan yg lain kut). Adakah kalau saya tinggalkan padang ini, rumput di padang sana lebih menghijau?
Bak kata kawan saya di sinun itu, kami adalah makhluk yang mahu disayangi (woi sapa taknak?) tapi pada masa yg sama, kami juga tidak suka dikonkong. Bila saya keriau2 diri ini seakan tidak dipeduli, ada masa2nya juga seperti bila saya terkebil2 atas katil, bila saya buat keputusan matahari dah naik baru nak mandi, nak pergi jumpa kengkawan atau desperate hoswipe cousins, laki saya tak pernah melarang. Dia juga tak pernah memaksa saya masak (dia dah giveup sebenarnya), membasuh atau menggosok baju. Sebanyak mana saya kesal kerana berpasangan dengan lelaki yg 'keras' macam ikan tuna di pasar jepun, sebanyak itu juga saya bersyukur yg saya tidak dikonkong oleh lelaki yg hendak saya mengadap dan mengulitnya setiap masa. Tuhan itu lebih mengetahui...
So saya cakap kat amma, amma tak perlu risau. Kalau dulu pernah saya terfikir yg saya nak mulakan hidup baru tapi takde sumber kewangan yg mencukupi, tapi bila duit dah terlebih2 seperti sekarang, saya sedar, rumput sana rumput sini, sama hijaunya. Inilah kehidupan yg saya pilih (lagipun jantan semua sama..pada awalnya saja yg nampak lain).
Apa2 pun saya cakap kat amma, saya tetap salahkan dia pasal dulu dia cukup tak bagi saya kawin mat saleh..saya cakap kalau tak at least sekarang anak2 saya lawa2 belaka, layak masuk iklan tv..kah kah kah.
Dan saya salahkan awak AnuarJen..sedetik lebih? Pergh! the kind of love you preach does not exist la!

Cik Kiah!
ReplyDeleteSaya setujulah
especially tang "lagipun jantan semua sama..pada awalnya saja yg nampak lain"..
saya pun stress, marah2 gak budak kecik tu. tapi time tido, tgk muka dia, menyesal la pulak pi marah dia.. haih laa, apasal la aku buat phd!!!
Tu la, apsal pi buat phd? Kalau tak kita lebih bergumbira ria sekarang
ReplyDeleteHi kak kiah! Miss u lah..lama xkomen..
ReplyDeleteI dok baca part mana lah kesalahan anuarjen ini?skali propah jek kak kiah ni..;p
Neway, i pon dok berperasaan adakah rumput lebih hijo disana atau disinun? (not dat i dah de pengganti-perlu ditegaskan disini)hehe.. Tp baru 5 tahun kawen saya dah rasa saya mcm dh salah buat keputusan ni. Laqi ku mmg ikan tuna n sangatlah mengongkong kongkong! Complete package kan? Haihh..
Sorilah tetiba terasa nak luah perasaan kat blog org pulak..saya xde blog..;)
Xxx,
FKK
FKK,
ReplyDeleteKan manusia ni suka sangat nak blame org lain kan..jadi tetiba je anuarjen kena.
Hmmm..munsykil di sini, laki FKK ikan tuna yg takde perasaan atau terlebih perasaan thus suka mengongkong? Kalau tu dipanggil sotong, bukan tuna.
Takpe, luahkanlah perasaan utk kesihatan.