Itu hari saya pi jumpa 'bapak' saya mengenai conference yg dia nak saya pergi. Dia tanya ada dapat funding ke? Saya cakap status macam saya ni sapalah yg nak bagi funding unless dia yg nak bagi kerana saya anak buah dia sekarang (of course the last part cakap dlm hati saja). Tapi saya cakap, saya akan pergi bayar sendiri sekiranya dia rasa saya akan dapat banyak ilmu jika dok mendengar org bercakap. Dia diam sekejap tu dia kata melainkanlah saya ni ahli professional yg dealing with people like that barulah akan benefit saya sebenar2nya. Ooo! Suka hati saya tak yah pergi. Dia kata takpe, dia akan bawakkan poster saya (aik haritu dia kata dia tak boleh pergi hence dia nak i pergi). Pastu saya beritau dia mengenai satu lagi conference yg saya nak pergi dan ini dah berjaman dulu saya bagitau dia. Pastu dia boleh cakap kat saya yg saya ni asik pergi conferenceeeeeeeee je! Dia kata yg dia sungguh laidback dgn saya dan nanti apa students lain cakap. Huh? Saya asik pergi conf je? Bila le pulak? Mungkin setahun sekali kut. Takkan la selama 3 tahun saya pi belajar saya nak let go of what i do totally? It is so bad because the other day masa tengah tengok client sorang ni (selepas like 6 bulan), instead of asking for the right instrument kat my assistant i pi cakap, nak sudu...tak ke haru!
Lagipun ada saya kisah students lain nak mengutuk saya? Pas tu dia cakap saya patut concentrate je kat phd saya, saya ni kurang focus. Hmm sekali lagi pasal kurang focus tu. Saya nak je mencarut masa tu dan cakap, saya nak focus kat apa lagi kalau bukan phd saya??? Saya dah tak bekerja, anak2 pun dah jadi anak2 bibik, laki pun suka saya tak focus kat dia, saya bukanlah ahli puteriumno atau bulan sabit merah ke...saya ni pun bukan le ratu memasak cam lurpak (yg sungguh dinamik itu, belajar dan boleh masak terer2), tengok clients pun berjaman tak dah. Benda yg saya pikirkan ialah phd dan bijik saya je. Mintak maaf le mencarut tu. Pas tu dia boleh cakap lagi yg saya suka ambik cuti..hah?? Just because this weekend and terlanjur isnin selasa saya nak pi bercuti dgn keluarga. Last sekali i mintak cuti was masa raya. The thing is, sebagai pelajar sepenuh masa yg matured, takdenya org buat pi isi borang cuti and submit, ok. The most that they would do is sms je to notify their svs. Tapi saya hormatkan dia, saya tak nak take it for granted buat macam org lain buat tu. Saya jugak tak nak menghilangkan diri je kerana kalau dia cari nanti parah gak. Tapi begini pulak jadinya, kata saya suka ambik cuti. &%$#$% betul! Jadi saya cakap kat dia, kalau awak tak nak saya pergi to any conferences anymore saya tak akan pergi. Dah, puas hati? (ni cakap dalam hati saja). Rasa pelik betul...postgrads kat tempat lain berebut2 nak perdenngarkan research diaorg kat audience and bapak saya??
So sekarang saya sedang dlm percutian saya, tapi saya masih rasa bengang dan tak gumbira. Bayang hitam yg menghantui hidup saya ada lah bapak saya tu. Berbelas tahun saya jadi student kat tempat org...tak pernah cikgu2 saya tak suka kat saya. The most pun dia org tak kenal siapa saya because saya ni jenis diam tak melawan and ikut je apa diaorg cakap. Bila dah tua camni cikgu saya tak suka kat saya! Memang saya sedih, nak menyesal tak tukar bapak hari tu pun dah terlambat, kan? Sebagai org yg mengajar anak org jugak, saya tahu kalau mulut seseorg cikgu tu asyik cakap, heiii..budak tu tak boleh pass je gayanya..., memang budak tu takkan pass because macam cikgu tu tak menghalalkan ilmu yg dia bagi. Hmm..i ni dah kena sumpahan students i ke? idakle rasanya i ni kejam tak bertempat. I selalu cakap kat diaorg, i can accept kalau dia org slow atau kurang pandai, but what i cannot stand ialah org yg malas. Idakle i rasa i ni pemalas. Anyway, i berdoa banyak supaya bapak i ni berlembut hati dengan i. Lagipun semuanya datang dari allah. Lagipun dia kena beringat, yg dia pun ada anak, di akhir zaman ni balasan selalu dapat jam2 kat dunia lagi.
Nanti bersambung semula. Anak & laki dah ajak breakfast.

everytime you update your blog, mesti la lambat dia nak appear kat bloglist I tauuu.. after 2 days baru I tau you dah menceceh, berita dah tak panas dah weyy
ReplyDeleteanyway, KEJAM la bapak you.. dia dengki la tu you nak pi conf, sebab tu dia tetiba nak pi.. heheh.. org lain pi conf sampai 5 times sepanjang buat PhD, I ni nak dptkan satu pun payah, sebab paper tak buat, ahhahaha...
bapak I kata takyah pi conf banyak2.. pi satu ja, satu lagi buat journal, pastu viva.. bapak I sebenonye malas nak carik grant bagi kat I, benci tauu!!!
A ah..bloglist memang lambat la, i pun perasan.
ReplyDeleteTak tau la pasal bab dengki ni...i rasa dia style zmn dolu2..suh belajaaaarrr je, toksah pi buat benda lain.
hahahaa...cakap kat bapak you, no hal, you ada grant senirik...mesti dia takde excuse lain dah.