Masa kami kecik dulu2, mak saya selalu cakap, jangan buat dia marah kerana dia dah nak datang bulan jadi dia akan cepat naik darah. Mak saya orangnya...yaaa ampunnnn...garang macam singa. Fiusnya cepat short. Sebenarnya saya rasa dia lebih selalu marah dekat bapak saya tapi kerana kenkadang dia pun dah tak larat nak leter, kami yang akan berada di hujung kemarahannya (at the brunt of it) - mintak maap ye, kena explain sikit dlm BI pasal Esah kan kata mannerism English saya bagus. Lagipun dulu masa sekolah glamer atas bukit yg tak berapa glamer sebenarnya tu Cikgu BM saya selalu marah pada saya dan dia cakap karangan dan meringkaskan karangan saya macam taik..but tentulah dia tak gunakan perkataan taik tu kat luar hatinya kan. (masa tu saya selalu fikir, apasal makcik ni suka nak marah2? Padahal dia jarang masuk kelas menagar..maklumlah, dia penolong kanan kiri jadi sibuk semedang. Siapa yg kerja cikgu kat luar sana, tolong terangkan pada saya, ye ke kalau jadi penolong kanan kiri ni, kita tak payah nak masuk kelas sangat kerana kerja pentadbiran kita banyak, jadi lebih penting?) Dia pernah cakap BM saya lebih teruk dari ada anak mat saleh celup kat kelas sebelah. Masa tu saya kebil2 saja tapi sampai sekarang saya tak hingin nak berjumpa semula dengan cikgu tu. pada hemat saya (cewah), seorang guru itu sepatutnya menjadi sumber inspirasi..nak garang pun boleh, tapi garang bertempatlah. Masa saya kat obersea buat alevels dulu, idak pulak cikgu2 omputeh pernah cakap kat saya, your english suck bigtime! saya masih score jugak dalam biologi, matematik dan kimia walaupun ada sekali tu cikgu biologi pernah tulis kat kertas assignment saya "english please!' dan sempat dia betulkan grammar saya antara mengorek (ni bukan korek hidung maupun vontot) kertas saya. Cikgu2 kat malaya ni kalau tak buat anak muridnya kencing dalam seluar memang tak sah..oh ye terlupa nak cakap, mak saya dulu cikgu, jadi garangnya kat kelas dia bawak balik ke rumah. Ok la, untuk berlaku adil, ada la sorang cikgu BM saya masa tingkatan 3, namanya cikgu hendon. Dia adalah sumber inspirasa kami..dia pandai menjadikan suasana di kelas tidak bosan dan juga kami suka sekodeng suaminya yg selalu hantar dia pagi2..suaminya hensem persis latipibrahim.
Bukanlah motip penulisan hari ini untuk mengingatkan kembali netapa garangnya mak saya. Dia pernah ada hati bagitau kami yg dia memang tipikal scorpio. Diam2 dan lama2 boleh meletup. hai...macam tak percayaaaaa saja. Seingat saya, dia cepat melenting...ok la, untuk berlaku adil saya perhatikan dia ni bila patut melenting tak melenting..contohnya: bila darah daging dia sendiri buat mulut pasal dia, bila ada pompuan nak mengorat bapak saya sampai datang rumah kami pakai baju kurung tak pakai kain dalam and dah tu duk kat luar rumah utk bersembang dengan bapak saya dan kami di dalam rumah boleh nampak kakinya 2 batang itu. Masih mak saya tak cakap apa2. Tapi bila kami tanya, mak dah masak ke? Mak saya boleh melenting sampai campak sudip dekat kami. sekarang ni mak boleh cakap dekat saya kenapa kamu garang sangat buat anak? Ek eleh.....
Cerita untuk hari ini, tadi saya sudah naik darah sama saya punya pembantu rumah (PR). Dia berikan anak saya makan jajan. Di rumah ini, saya tak benarkan sebarang bentuk jajan yang mengandungi ajinomoto, jajan jeli yang kemungkinan berlakunya tercekik jika makan, jajan yg manis dan melekit yang boleh merosakkan gigi dan juga dalam bentuk minuman yang terlebih gula. Secara kesimpulannya, semua jajan tak boleh masuk rumah nilah. Kecuali cekelat dan minuman tanpa gula..itupun di hari minggu saja. Sekali sekala tu bolehlah..but budak2 mana tau konsep sekali sekala kalau dah ketagih kan? Dari kecil memang mak saya tak benarkan kami makan jajan. Kakak saya pun besarkan anak2 dia dengan nasik saja. Rata2 saya lihat kalau budak2 ketagihan jajan ni, biasanya badan cekeding kerana tak berselera makan nasik. And gigi2 mereka, ya ampunnnn, tinggal tunggul hitam. Biasanya, gigi tunggul ni melambangkan keluarga senang..orang susah mana mampu beli jajan, rebina, bitagen segala kan?
Jajan ini didapati dari lagi sorang PR kawan baiknya pasal mereka berempat (2 PR, anak saya, anak jagaan dia) singgah petonas nak beli topap. Dan teman lelaki baby X seperti biasa pow PRnya jajan. Jadi anak saya pun dibelikan air kotak. Aik??! Semalam dah beli twisties. Ni saya baru seminggu lebih dok rumah..bayangkan sepanjang masa saya takde???? Jadi saya bagitau PR saya, kenapa dibelikan jajan? Lepas tu dia cakap, bukan dia belikan, tapi PR yg satu lagi. Lepas tu dia cakap kat baby X, 'baby X, baby X, kan bibik dah cakap mummy tak bagi?' Saya naik angin la..saya cakap baby X tu kan budak, dia mana faham. Oleh kerana bukan kamu yg belikan tapi kawan kamu, lain kali kamu jangan temankan dia dah (kerana bibik ni buta huruf, so nak tekan duit kat atm ke PR saya kena ikut sekali). Kalau nak pergi jugak, tinggalkan budak2 di rumah, jadi kena tunggu kami ada di rumah baru kamu boleh ikut dia.
Memang betul2 saya 'mabuk marah'. Kalaulah PR boleh dapat di Giant, dah lama saya akan buat gimik 'bungkus kain baju kamu!' Oleh kerana gimik tu tak boleh diguna pakai pada masa2 susah nak cari PR ni, maka saya pun terus melayari internet tengok laman sesawang korel dan tod's dan berikan PR saya 'bahu sejuk'.
Kalau mak saya fikir dia tu kononnya tipikal bintang scorpio yg suka pendam, sebenarnya silap. Saya ni yg tukang pendam, siap kena ambik kursus dgn Esah utk meluahkan perasaan dengan cara yang betul dan bukannya dengan cara tak betul seperti baling2 barang, tinggalkan tandas tanpa pam, angkat wiper kereta orang, campak papan tanda dan lain2. 6 bulan sekali baru saya meletup - sungguh tidak bagus utk jantung saya.
Sekian..

Cik Kiah,
ReplyDeleteTypical scorpion tak pendam tau.. tapi baling senduk, baling meja, baling periuk nasik tu yang typical scorpions. Tak caya tanya suami saya.. tapi scorpion tinggi sex appealnya.. ecehcehh....
p/s i rasa i kena register kelas kontrol marah jugak la... hajah esah, bila nak conduct kelas ni?
Sally Mally
Ecehh, pendam kemarahan lantas menjengok laman sesawang Tod's kahh? Hehehe.. I dgr pinggan correle set of 4 tu murah gile kat US.. mak I pesan dkt my cousin, satu set rm65 aje, ciss!!!
ReplyDeleteI pun ada cikgu yg I menyampah nak jumpa.. sebab dia lempang I mcm bukan sebab nak mengajar, tapi sebab stress.. rasa nak pi dkt dia, and nak kata Ihateyou, grrr!!!