About Me

My photo
I'm forty and (not) loving it.

Thursday, September 23, 2010

Sini ramai orang gila 1

Drama di suatu pagi.

Misi: CK, CK...ni patient, nak tak blood?

Yang bernama CK tu pun pi interbiu budak yg nak kena ambik blood dgn kakaknya. Tanya kakak berapa tahun, katanya 18. OK la, can sign consent for adik. Dia cakap OK, boleh ambik darah adiknya. Tanya datang dgn sapa? Katanya pak, tapi pak tunggu dlm kereta. Tetiba, kakaknya cakap, haaa...tu pun pak saya. So, i pun pi la cakap kat pak bebudak tu,

CK: Encik, boleh tak saya nak bercakap dgn encik, sila duduk.
Sambil menunjukkan meja dan kerusi utk duduk. Bapak budak (dimana from now onwards shall be shortened to BB) dgn gaya tercangak bagaikan org yg baru bangun tidur pandang kat kita macam kita ni alien.
Saya so and so dari so and so, saya tengah buat study tentang pesakit **** dan masalah kecacatan pada **** diaorg....Kami nak tahu kenapa pesakit **** ni mempunyai masalah pembesaran *****. Selain dari tu jugak, saya nak tanya, anak encik ada tak encik bawak pi jumpa ^^^ setiap 6 bulan atau kat sekolah je..

BB: Hmmmmm.....dgn muka tension bagaikan ia suatu masalah sebesar alam...terus terang saya katakan..selalunya mak diaorg ni yg bawak...saya dgn isteri ......pahamla kan masalah rumahtangga..dia tak bagi tahu saya, kami tak berhubungan..

CK: ish...lemah le bab ni. Tak mo la nak jadi cik sri siantan pulak..

BB: Pada pendapat saya la kan, pesakit punya**** membesar pasal darah yg kita masukkan tu bertumpu kat situ (errk??!) kalau kita boleh cipta satu alat, bila masukkan darah pada pesakit ****, alat tu stopkan darah daripada mengalir ke bahagian yg boleh membesar tu
(ingin saya nyatakn di sini bhw bahagian yg boleh membesar tu bukan seperti yg ko fikirkan ye Lukmang).

I mengangguk2 memberikan galakan kerana I bagaikan org kemaruk hidu gam, sanggup berbuat apa saja utk dapatkan barangan ittew yakni gam/darah.

BB: Saya pakar dlm bidang elektronik..saya suka cipta alat2 elektronik ni. Tapi malangnya org mesia ni tak mo barang yg orgnya seniri cipta..depa nak yg import punya gak. Itula saya pikir nak cipta satu alat yg boleh tolong anak saya.
Terbayang di mata kereta import I...setelah menjadi pengguna keta mesia yg tegar selama lebih satu dekad dan dah masak sangat dgn hal2 tingkap keta yg kejap tak boleh turun, kejap tak boleh naik, CK pun berpaling tadah.

Saya pun ada phd!

CK: sungguh excited mendengar pengakuan BB tersebut. Waa...a researcher would understand another one perfectly.
Encik kerja kat mana?

BB: Saya kerja kontraktor...saya jual barang elektrikal jugak...haa..student phd saya ada 10 000 org dah..

CK: hah??! ini phd dlm bidang MLM ke, bidang perbomohan melalui mimpi ke ni?? Mula timbul perasaan syak wasangka..betul ke mamat ni??

BB: cuba terangkan pada saya sekali lagi, kajian ni mengenai apa?

CK: menerangkan sekali lagi dgn sabar dan keluar air liur berbuih2..

BB: Saya masih tak faham, cuba terangkan dgn ringkas.

CK: dah mula rasa nak mencarut dah..
Camni Encik, kajian ni ada 3 bahagian. Saya kena ambik darah, hantar xray and periksa anak encik. Boleh? Kalau encik ok, tolong tandatangan sini..

BB: Darah tadi dah ambik ke?

CK: Dah..

BB: Since you dah ambik, nampak gayanya saya kena bersetujulah kan? Padahal saya tak faham pun apa faedah kajian ni pada anak saya...
dgn buat muka mencebik cam nak nangis..eh! Emo lak dia.

CK: dah nak naik hot dah. Kata tadi phd holder, students dah 10 000 orang, takkan tak paham2!
Encik, kalau encik tak bersetuju takpe, darah anak encik tadi saya akan lupuskan. Ni borang maklumat mengenai kajian tu, encik boleh baca dulu dan pas tu baru buat keputusan.

BB: Saya tak boleh baca sekarang dalam keadaan tertekan camni.
Serious muka bapak budak ni cam nak nangis.
Ha..you tulis nama you and no telefon. Kalau saya nak tanya dgn lebih lanjut lagi nanti saya call.

CK: Semacam la pulak pak budak kali ni.
Errr..kat belakang borang tu ada nama saya dan no hp. Call lah kalau nak tau apa2 lagi..
Dgn senyum2 yg buka setakat tak ikhlas dah, naik menyampah pun ada!

BB: Saya rasa you dgn saya patut buat kajian sama2. Kita satukan bidang elektronik dgn perubatan. Kita cari jalan utk atasi penyakit anak saya ni..
bersungguh2 muka mamat ni buat proposal kat I.

CK: Encik...dgn tarik napas gaya penat bercakap dgn org yg tak paham2 ni. Masalah diaorg ni pasal *** membesar ni takde lagi protokol rawatannya kat mesia. Sebelum kita nak cipta cara nak merawat diaorg ni, kenala cari punca sebabnya. Itula yg saya tengah nak buat ni. Bila dah tau sebabnya baru le boleh cipta itu cipta ini.

Sib baik masa tu misi bagitau ada patient remaja ni (hish! Sebab tu la CK sungguh tak berkenan sangat kat teenagers ni) tak mo gi ambik xray. Dia muntah2 kononnya. So, i left, didn't even excuse myelf from that quack phd bapak orang. Seriously!!

**Jenuh le pulak i pi pujuk adik sekor yg lari dari ambik xray tu. I convinced him ambik satu je instead of dua xray. Yg kena gigit benda tu tak payah. Still kata tak mo. Nantilah hari isnin depan saya datang. Misi2 dgn HO nyampuk, yg kau ni muntah2 mengandung ke? (could be if he wasnt a guy, kan). Banyak la alasan dia bagi, lepas lunch la, minggu depan la..pas tu boleh la tepuk2 kepala maknya and cakap, takde pun, masuk agenda utk hari ni yg kena buat xray..? Hish, kalau le kitaorg bukan dikhalyak ramai, dah lama budak tu i luku.

Last2 i cakap slow je. Helo! Sapa lak yg nak tunggu adik datang next week utk xray? Saya pun banyak kerja. Jom sekarang kita buat, Cik Kiah bagi duit raya nanti.
Amboi, sebut je nak upah, terus kata OK la.
10 inggit i sogokkan kat budak tu utk 3 sec job tau! Teenagers! Does my head in!






5 comments:

  1. You know... hehehe... It is too comical and confusing for me to say anything.

    Gelak je lah... hahahahhahaha

    ReplyDelete
  2. hahahaha.. CK, nasib baik dia tak demand, note color purple kannnn... bapak budak tu ada 10,000 student phd?? dia dah dpt nobel laureate ke? hebat hebat!!!

    ReplyDelete
  3. CK, apa benda yang membesar dengan blood supply selain dari tumor and benda alah yang aking pikirkan tu?? *ttbe

    ReplyDelete
  4. Too funny, tak daya nak tulis respond.. hahhah memang orang gila.. hahhaha

    ReplyDelete
  5. CPK and Arena,
    Masa tu pun i rasa cam nak gelak...

    Lurpak,
    Kalau tanya entah2 dia paling kurang pun akan ngaku dia calon nobel..

    Izuan,
    Idaknya pasal masuk darah *** boleh membesar..itu dakyah salah pak budak tu. Masalahnya tulang depa membesar pasal badan tak cukup oksigen..

    ReplyDelete