About Me

My photo
I'm forty and (not) loving it.

Sunday, October 25, 2009

Telenovela episode 5 (is it?)

Ada sesuatu tentang musim luruh dan sejuk di sana yang mengusik perasaan saya. Musim luruh sebenarnya sangat indah, bila daun-daun kering yang telah menguning gugur ke bumi…dan bila berjalan di taman, berkeriuk2 bunyinya kena pijak. Sementara suhu di luar masih boleh tahan, takdelah menyengat sampai ke tulang sum-sum. Perasaan diusik kerana, alangkah bestnya sekiranya saya mempunyai seseorang utk berkongsi keindahan semulajadi itu. Kemudian, bila dah masuk musim sejuk, pukul 3 petang dah gelap…bila balik dari kelas pukul 5 petang, dengan angin yang dingin rasa cam nak lekang telinga dari kepala. Sebab cuaca sejuk begini, orang lebih suka dok bawah duvet, sebab tu agaknya kengkawan I banyak yg dapat baby bila pi sambung belajar…dah kerja mereka asyik dok bawah duvet. Kalau laki nak lepak kat gerai, gerai pun takde kat disinun.
My entire existence at that time serba tak kena. Bila kemunculan matahari makin lama makin singkat, semakin murung pulak rasanya. Rasa nak terbang balik ke Mesia tapi tak sanggup pulak nak berkongsi satu time zone dgn you know who. The initial plan was to get away from msia dan memulakan bab baru dalam hidup…aiya tapi kat UK? Macam boleh enjoy sangat la tu kan, makji esah oi?
Anyway, dah memang jadi rutin setiap petang sebelum balik ke asrama, saya akan periksa email sekali lagi. Suatu hari tu, datanglah email yang mendebar2kan beralamatkan Negara Hitler. Si Siamang membawa khabar yg dia pada masa tu telah berada di sana untuk kursus selama 6 bulan. Dia sertakan nombor telefonnya kepada saya, ‘sekiranya awak nak hubungi saya, dan saya suka sekiranya awak sudi’. Oh tidak! Bila la episode ni dalam hidup saya akan berakhir. Dia ibarat gam basikal dan saya penghidu yang tegar. Saya balik ke bilik, masak nasik, goreng telur, bukak tv, pi bilik mak angkat saya…tapi hati saya tak tenang. You know, selama satu tahun hidup saya bebas tanpa ‘gam’…saya balik msia masa musim panas tempoh hari, saya tak terdorong pun nak cari ‘gam’. Saya tak berhubung dgn sesapa pun yg akan memperkhabarkan berita tentang ‘gam’ atau sogokkan ‘gam’ pada saya. I was fine! That’s what one is supposed to do to break a bad habit..jauhkan diri daripada gejala tak sihat tu tapi tengok2 gejala tu yg ikut kita (cam saka kita la pulak kan?). So, apa yang saya buat???
Saya pergi tefon dia uols! Hish! Jaman tu kat asrama university I tu takde tefon kat dalam bilik or paling cikai pun kat communal area flat (apa la lu LU). Yg ada was kat tangga, shared between 4 flats and tak kosser le I nak buat adegan bak batu belah batu bertangkup kat tempat org lalu lalang pulak kan? So keluarlah I dari bangunan asrama ke tepi pagar yg ada public phone which btw bukanlah yg warna merah dan bertutup penuh cam kat London nun dimana Makji Esah selalu meninggalkan calling cardnya..kan makji kan? (eh, selingan pulak). Dgn i yg cuma berselipar je, mak datuk mau beku jari kaki i pada hari2 biasa. Tapi semua tu tak rasa langsung masa tu..
Mula2 cakap gaya rasmi, so how are you, I’m fine..pastu I pun dah tak ingat apa dah (sorry la, terpaksa abandon penggunaan bahasa klasik pasal gue lemas). What I remembered was, dia cakap nanti dia nak mintak cuti, nak mai datang UK. Kengkononnya dia sungguh rindu dgn UK, rindu kat mat saleh yg cakap English. Eleh..! Cakap je la yg dia tu rindu kat I, atau sengaja nak menyemakkan hidup I sekali lagi. I also don’t understand apsal la I allowed him to mess me up once again. Dia tak buat apa2 dia cuma kata dia nak kawan i. But both of us knew that we were only kidding ourselves. Bila cakap kita ni kawan, he thought he had this liberty of bercerita kat I segala mala, termasuk masalah etc. and kononnya I ni his most suitable sparring partnerlah and me for hoping that somehow something would trigger in his mind that he couldn’t live without me because he needed me as his friend his lifepartner. Perghhh! Dalam cite romance je jantan2nya akan sedar pompuan pillar of the earth macam I ngan makji esah tu but in reality, men usually will choose the ones yg iyakan je apa diaorg cakap, yg sedap di mata, sedap di seluar..
So, plannya, he was supposed to come over during Christmas break. Tapi lagi 3 minggu nak xmas, dia email, so sorry CK, supervisor dia tak bagi dia lepas. I pun dah tak ingat sangat apa alasannya. So he said, apakata you pulak yg datang sini CK…what?? Aiyo…sebenarnya, kecil tapak tangan, padang bola I tadahkan..i threw cautions into the wind. I memang mengikut kata hati betul. I tau memang ada 50% chances that I akan terbakar sekali lagi. Oleh kerana masa itu I anak mak yg mithali, I mintak permission mak I, mak..CK nak pi Negara hitler jumpa siamang. Mak I kata, pergilah…just jaga diri baik2, takut nanti orang kidnap and jual I jadi hamba seks (kalau keadaan I cam sekarang ni mungkin jadi hamba abdi kut..haha). I think my mum knew I had to get him out of my system. Ataupun dia tau, kalau ditegah pun, I akan merengek nak pergi gak or would have gone anyway, baik siap2 bagi blessings. Memang kuat betul penangan gam basikal ni.
So adik2, jauhilah diri dpd tabiat menghidu gam. Tata for now, baby X dah nangis tu. Sambung nanti.

2 comments:

  1. hahahah dah mmg jadi tabie pun kan, org yg kita menyampah tuh lah kita dok ZAITON SAMEON...kan?? Anyhow, kenapa kalau org tuh suka kat kita, kita plak kene make effort.,dia camana??**matilahaku!!**

    hadir ku dari Moscow bersama sejuknya angin bayu

    ReplyDelete
  2. Captain,

    "Anyhow, kenapa kalau org tuh suka kat kita, kita plak kene make effort."

    Sebab dia tau kita lagi sukaaa! Kahkah.
    Waaa..mung tak sejuk bedi ke dari Moscow nu?

    ReplyDelete