Oh jangan gusar tuan puan...telenovela ini tidak lama lagi akan tamat. In fact seperti cite Dallas, Dynasty atau Superman, bila dah meleret2, skrip pun jadi merepek2....rating musti turunnya lepas ni. Mestikah i perkenalkan hero atau villain yang baru? Kita saksikan sebentar nanti...
Anyway, hati berdebub debab...selepas membaca email pagi tu, satu hari CK tak dapat nak concentrate..apa dia? G (mat saleh yg dok kat London sinun) nak datang melawat saya hari minggu nanti..alamak! OKlah, kami telah bersahabat lebig daripada 6 bulan. Setiap hari ada saja kami berbalas2 email menceritakan apa yang berlaku kepada diri masing2...kenkadang saya heran..fair enough hidup saya di sana tu memang membosankan..takde aktiviti2 yg bernas dan menghiburkan yg saya boleh lakukan. Saya selalu tertanya2, G pulak apasal nak dok melayan persahabatan siber? Dia tak pergi ke pub hari2 atau takde ke dia gofren? Dengar cerita macam takde tapi tak taulah kan? In fact semasa saya di mesia tempoh hari pun saya berusaha perhi ke cyber cafe utk mengutuskan email kepadanya..tapi menggunakan cyber cafe kat kampung saya tu memang macam sial je. Bayar ikut jam tapi dlm satu jam nak hantar satu email pun kucing sempat beranak lagi uols! Hang nak mampus! Idakle saya buat kerja tu hari2 sehinggakan G akan merungut2 kerana jarang mendapat khabar berita dari saya. Setelah berfikir satu hari tu, saya pun membalas email G. Saya cakap, sorry, saya tak boleh jumpa awak minggu ni. Saya ada hal. Tapi minggu depan saya free..
Hehe...takkan la saya nak bersembunyi sampai bila2 kan? Saya perlukan satu minggu utk psyche myself up. Harap2 satu minggu cukup utk saya kurangkan berat badan saya sebanyak 500auns (ini memang salah satu penyakit saya. Bila nak jumpa orang, balik kampung ke, saya lebih risaukan berat badan padahal as if it makes any difference!) dan fikirkan tentang aktiviti yg patut kami lakukan nanti dan juga menu utk saya memasak. Ye la...takkan nak bagi si mamat tu makan ayam panggang and telur goreng ketuhar gelombang je..
Oh ye, saya masih lagi bersahabatn dgn MH macam biasa bak LindaOnn dgn Fahrin dulu..selalu dilihat bersama tapi eh kami takde apa2, kami cuma kawan je! Tapi (ni cerita selingan) ada la mulut besar sorang dari kawan kami dari TamilNadu ni telah menaburkan pitnah konon2nya saya dan MH membuat hubungan sulit. Sibuk dia menjaja cerita kami di common room and beyond. Saya tak sempat nak sepak muka tembam bermisaikan MGR tu kerana MH cakap, biarkan je la, dia budak2lagi tu. FYI, mamat TamilNadu ni duduk satu asrama dgn MH, memang dulu mereka selalu berdua akan tetapi persahabatan itu terhenti bukan kerana saya tetapi kerana bau badannya yg busuk mengalahkan bedak sejuk masa diperam uols!! Tak tipu! Nasib baiklah saya tak pernah satu kumpulan tutorial dgn dia kerana uols bayangkan la..dah la kat sana tu ventilation tak bagus..mana dapat udara segar? Rata2 yg satu kumpulan dgn dia akan pening2 lalat lepas satu jam and kalau ada budak mesia, diaorg akan tenyeh le minyak cak kapak kat segala lubang deria yg ada. Walaupun bulan puasa dan cerita ni dah lama berlalu (dan saja saya nak panjangkan lagi telenovela ini)saya akan umpat dia sekarang. Pernah sekali masa cuti mamat TN tu datang ke mesia, dan dia boleh samakan KL dgn tempat dia...whatttt? Delusional ke hapa??? Dan dia cakap, CK marilah lawat tempat saya, awak akan rasa bebas, tak payah pakai tudung kerana tak siapa yg akan paksa awak. Saya pun cakap, tak siapa paksa saya, ini adalah kemahuan saya. Tapi jantan busuk tu cakap dia pernah jumpa org mesia kat negara dia yg cakap eh, seronoknya kat sini. They don't make you wear the tudung. Menyampah saya mendengar cerita dongengnya itu.
Oleh kerana G nak datang tak lama lagi, saya pun kena aturkan jadual saya. Saya cakap dgn MH, hari minggu ni sorrylah ye, saya ada kawan dtg, kita tak boleh tengok Blind Date sama2 (sad betul kitaorg kan?). Dia OK je..kan kami cuma kawan tapi mesra?
Hati saya memang berdebar2 nak jumpa G. Masing2 dah tengok gambar each other. Dia berfikiran terbuka dgn ketrampilan muslimah saya yg manis dan ayu (ptuihh) dan saya erk...menerima kekurangan rambutnya?? Ada seperkara lagi yang saya tak tau camna nak tackle...kat mana mat G nak tidur? Adakah dia jangka....puas saya tanya kengkawan saya keliling kelalang mengenai protokol mat saleh ni. Utk jalan selamat kawan saya minah saleh ni cakap, apa kata awak tanya je dia terus terang?? Saya pun tanya, mmmm...nanti awak nak tidur kat mana ye? Adalah bilik flatmate saya ni, dianya takde hari minggu nanti....Si G cakap, eh, awak tak perlu risau! Saya akan uruskan sendiri penginapan saya..saya baru nak tepon katil dan sarapan kat tempat awak. Fuhh! Lega Cik Kiah!
Hari yang ditunggu2 tiba. Saya masak pasta to be safe. G datang naik keretapi (favourite kenderaan depa kat sana) dan tengahari je dah tercegat dia kat asrama saya. Oh mat saleh ni..punctual sungguh! Memang awkward betul....nak shake hand je ke, nak kiss pipi ke?? Dia pun tunggu cue dari kita..last2 buat cium angin lekat pipi (whatever la, donno how to explain). Walaupun belum pernah berjumpa, bersembang macam kawan lama. Agaknya pasal kitaorg memang selalu bersembang albeit on cyber. Setelah saya beri dia makan kenyang2, hmmmm..kemana kita ye? Biasalah kan bila dah masuk musim luruh...cepat je hari dah gelap. Kami pun decide masuk bilik je...
Hehe...of course tak! Saya ni bukanlah pompuan murahan (walaupun laki saya selalu cakap saya ni suka jual lambak. Apa y terlambak pun tak tau la). Memandangkan nak pi sightseeing pun dah gelap, window shopping apatah lagi...apa yg ada kat tempat dia ada di tempat saya, so, kitaorg pi tengok wayang. Cite Jurassic Park 3 yg dah kedua kali saya tengok. Berkongsi Nachos dan Cheese di panggung wayang (Cik Kiah tension jugak pasal CK memang gemar sangatkan nachos tu kalau boleh taknak share..dia taknak makan katanya tapi last2 share. Ceh! Ya tuan puan tiada elemen romantika langsung di situ).
Lepas wayang kami berjalan kaki balik ke asrama. Saya hidangkannya masakan ala cina duck orange, sweet n sour spare ribs dan nasi goreng cina. Sudah tentu saya tak memasaknya! Ada chinese take away Paki punya kat belakang asrama saya. Kami tengok Blind Date bersama2 flatmate saya yg lain. Lepas tu coffee dan sembang2. Hmmm..kalau anda semua harapkan sesuatu yg romantik berlaku, takde apa2 pun sebenarnya...kalau ada mungkin sekarang ni saya dah ada anak berambut perang dan bermata biru haha! Lepas tu dia pun berjalan pulang ke rumah tumpangannya.
Keesokan harinya saya bawak dia ke muzium dan jalan2 kat pekan kut..tak ingat dah. Kami makan tengahari lepas tu saya bye bye dia naik keretapi. Hari minggu yang singkat tapi bila dikenangkan semula memang memori yg pleasant. Dia balik je saya terus tido tak hingat donia. Penat wooo melayan org ni..kena tak berhenti2 bercakap.
Musim luruh menghilangkan diri dan musim sejuk tiba. Bila tiba musim sejuk, saya selalu jadi cranky. Agaknya pasal tak dapat cukup matahari kut. Saya dan G masih berbalas2 email. G menjemput saya datang ke London pula..tapi saya beri alasan yg saya sentiasa sibuk. Tapi yg ianya, mahal la tiket ketapi. Saya pernah datang ke london melawat kegkawan saya tapi saya tak beritahu dia kerana hmm...saya tak kosser sebenarnya.
Suatu hari (lagi), di celah2 cuaca yg muram dan seperti biasanya bila nak balik ke asrama, saya singgah dahulu kat comp lab. Utk mengirimkan email harian kepada G tetapi kedatangan satu email yg lain mendeba-debarkan hati saya...
OK uols...i nak pi bukak pose ngan kengkawan i hari ni, so ni nak pi bersiap. Jangan keriau2, stay tune!
(amboi! Captain! Kemain lagi bagi2 arahan ye! sentapppp!)

alaaaaaa potong lagiiiii lah cik kiah...bersemangat chek menatap setiap barisan ayat-ayat kiat screen nih...
ReplyDeletemmmm kena tunggu lagi nih....tolonglah Ck...cepattttttt sambung!!!
Chek pulak terbayang berjalan-jalan merentasi park menuju ke town in autumn....ohhhhh
aiyo..telenovela sempena hari rayer kah..habislah citer kt tv tak laku..
ReplyDeletepenat baca..
selamat hari raya cik kiah
dbi
Edelweiss,
ReplyDeleteRomantik sangat kan???? Berjalan merentas park masa autumn and kaki sepak2 daun kering. Tapi masa i undergrad dulu tak berani nak buat camtu kat tempat i..kalau tak kena rampok dek mat gagak, kena rogol pulak le kang.
Cite telenovela tunggu season 2 pulak hehe..
DBI,
Amboi2! Perli la pulak nampak??
Anyway, selamat pulang ke tanahair and selamat hari raya maaf zahir dan batin.
haaa nak tak Walkers n choc??**matilah ugutan?? KB awak dah bawak balik dah smlm, berplastik2 ni, saya antor di ke apot.
ReplyDeleteasal kak kiah jgn berAISYAH cam org tuh sudehler**matilah aku** haha