Amboi..! Kemain lagi korang2 yg mintak2 telenovela itu diteruskan. Cam la Cik Kiah ni takde kerja lain (selain dpd tengok astro, membuta dan…OK itu dua je la perkara ruji). I ada literature review nak buat OK…my supervisor pun idakle sekejam uols yg mintak I menulis 2, 3 bab(ak) dalam satu minggu. Whatever it is, starting raya weekend I stop sekejap, OK? Nak pi masak rendang. Anyway, where were we? (Nampak gaya I teruskan jugak drama bersiri ni because I have a tendency bila stop, stop langusng…nanti kang tak dapat I walker’s crisps and cekelat dari org ittew).
(tetiba je bila berdrama ni I kena angin nak tulis dlm bahasa ibunda pulak…cam buang tebiat. Let me get into the right mode).
Sementara saya dan MH memerhatikan kocakan air di tasik (dan saya berangan2 cam saya ni JuliaRoberts dlm My best friend’s wedding yg tengah scene atas bot tu), MH pun mengemukakan saya satu soalan.
MH, awak tau ke apa nak buat kalau org jatuh dlm air?
CK, panggil ambulans. Sementara tu balut org tu dengan selimut.
MH, mana nak cari selimut? Katalah macam sekarang, kalau awak jatuh dlm air…tau tak yg sepatutnya awak dibolenkan (bogel kata org perak) dan saya kena kongsi panas badan saya dgn awak? (I’m trying to word this very carefully so that it doesn’t sound obscene because it wasn’t…more like si MH ni nak hit on me cara saintifik)
CK, no way, kalau awak buat begitu, saya akan sepak awak punya u know what..
(Ceh! Dia ingat I ni ValKilmer dalam the saint ke, and he’s my ElisabethShue?….my god! I’ve to stop quoting all these movies…Nampak sangat yg my head is permanently in the clouds asyik tengok cite romantic yg sama berpuluh kali)
Saya terus terdiam dan mula berfikir….. haiiii….mamat ni ada apa2 ke? Yg selama ni kami (saya, mak angkat dan dia) selalu berjalan sama –sama balik ke asrama (pasal asramanya pun berdekatan)…kat common room selalu bersembang-sembang…Seterusnya, kami berjalan-jalan menghirup udara segar, makan tengahari di pub dan bersembang-sembang macam biasa. Takde siapalah nak membolenkan sesiapa. Sudah tentu hati saya melonjak-lonjak, tak sabar nak balik semula ke asrama dan berjumpa dgn ‘makpak angkat’ saya dan perkabarkan cerita sensasi yang weird tapi flattering itu.
Baru saya nak bukak mulut, pak angkat saya telah bertanya…tadi MH ngorat awak ke? Saya kata, eh, mana awak tahu? Mereka cakap, mereka lama dah syak perkara ni pasal si jantan tu suka sangat nak meleser dekat saya…but sudah tentulah saya tak pernah sorang2…sentiasa ditemani oleh mak angkat bak dara pingitan (ptuihh). Haa sekali saya keluar Bandar sorang2, terus je si MH tu ayat saya…jantan! Walaupun ayat mengayatnya cukuplah unik…
Oh tidak tuan puan….kami tidak memulakan hubungan yang tidak bermoral…cukup sekadar pi jalan-jalan (saya heran la napa dia ni tak slim2…walaupun suka berjalan…apa omputih cakap? Rambling??), tengok wayang dan makan ayam goreng kat DixyChick (ko ado Esah?) Saya yang kureng sikit bab berjalan2 ni pun ikut jugaklah walaupun dalam hati menyumpah2. Memang dalam hati sentiasa tertanya2…ish..takkan la kut pehubungan ini boleh ke satu tahap lagi? Saya Muslim, dia pergi gereja setiap hari Ahad. Saya nak balik dok Mesia jumpa makpak dan dia tak sabar2 nak balik negaranya menjaga lembu2nya dan bertani secara moden. Apsal ngaji pandai2 sampai juling bijik mata tengok mikroskop pas tu nak bela lembu je, saya pun tak tau la. Kalau paling nak kompromi pun dok kat Negara benggali putih ni je la (amboi, belum apa2 dah fikir nak menetap kat mana…sib baik tak pikir pasal nama anak ke).
Sebagai anak mak yang solehah, saya memang tak pernah merahsiakan apa2 dari mak saya. Cemas jugaklah mak saya ketika itu takut dapat cucu yang rambut bergulung 7 keturunan tak hilang. MH walaupun tak sedap mata memandang, namun dia …..pandai…saya ni memang lemah sikit dgn lelaki yang otak bergeliga. Satu lagi, dia memang kelakar. Tak pernah la pulak dia ajak saya kahwin atau cakap I lap u u lap me…hakikat yang sebenarnya, kami masing2 cuma nak mengisi masa lapang saja. Tapi sebagai seorang perempuan, kita ni kan kompleks sikit…suka nak berfikir2 pasal masa depan what if..padahal si jantan take it easy, one day at a time…nanti di penghujung cerita mengenai MH ni, terserlah sungguh perbezaan antara Mars and Venus..(kena la sabor sikit CaptainLukmang oi..takleh la nak lompat2 episode lak..).
Hari berganti hari, bulan berganti bulan…dah tiba musim panas. Hati ini pun melonjak-lonjak nak pulang ke tanahair. Kiranya sedikit sebanyak telah terubat jugalah hati yang telah luka ini…langsung tak terfikir utk menjejaki siamang itu sebabnya………kalau saya berhenti cerita ini di sini, saya risau nanti saya langsung tak dapat ole2 daripada you know who..mata ini sangatlah mengantuknya…
Sebabnya, saya telah mengatur segala aktiviti saya di mesia…berjumpa ustazah munah, kengkawan seofis dan…..berjumpa kali pertama dgn jejaka yang melonjak2 nak berjumpa dgn saya..Ceritanya anda semua boleh baca di sini, tak kosser nak ulang balik semula. http://makbulu.blogspot.com/2008/01/cerita-ceriti.html
Saya kembali semula utk meneruskan pengajian saya untuk tahun kedua. Saya makin bersemangat…semakin kurang perasaan yg selalu muram macam nak panggil batu belah batu bertangkup. Saya sempat berpeleseran dgn makbapak saya di Langkawi semasa saya di tanahair. Memang sad (cam kata omputeh)…dan besar panjang dan berkeroje tapi masih usung mak bapak pi holiday. Nak buat camana? Kengkawan semua sibuk mengulit laki diaorg. Entah kenapa saya terfikir utk membawak buahtangan utk teman siber saya si G tu.
Suatu hari (hehe..bila I start je sentence dgn ‘suatu hari’ mesti akan diikuti dgn cite sensasi ) seperti hari-hari yang lain, saya akan tiba di computer lab seawal 8 pagi walaupun kelas bermula kul 830. Sudah tentu hobi saya membaca email….masa tu jugak saya sentiasa tertunggu2 email dari jantan mesia tu tapi ya ampun….! Kucing sempat bertanduk 5, 6puluh kali sebelum saya dapat balasannya. (Haaa.. ni pasal dah org kata jodoh tu la Cik Kiah end up jugak dgn jantan tu padahal yg gelap depan mata ada, kalau nak ngorat yg kat siber tu pun boleh). Anyway, suatu hari, saya membuka email ni….Si penghantarnya bertanya, Cik Kiah, boleh tak hari minggu ni saya datang jumpa awak?
Haiyaaa..seriously la…I need to go get my beauty sleep. Cemana la I nak habiskan telenovela ni cepat2?? Citenya memang panjang edelweiss oi…at least lagi 2 babak..sabar itu separuh dari iman..
Goodnight everybody!

Dear Ck,
ReplyDeleteRasanya abis tak cerita you ni before raya?!! hehehe, tolong la abiskan before you cuti raya...kesian kat pembaca2 setia ni ha...hehehe
esah bagi skit je coklet**ops**, kalau nak byk lagi sila sambung even lepas raya, jgn lupa...**matilah arahan**
ReplyDeletelaaaaa cik kiahhhh potonggggg tul lah...kusyuk i dok membaca line by line tau...ehhhh dan dak sambung b4 raya nih??? jangan coba nak sambung lepaihhhhh rayaaaa....sebelummmm lahhhh
ReplyDeleteDixy? kat tempat dulu ada dixy gak...teringat pulak friesssss dia