About Me

My photo
I'm forty and (not) loving it.

Sunday, April 21, 2013

Cerita siamang dulu, kini dan selamanya


Alkisahnya...Temah tanya I tadi apa kes dgn adik kat atas ni dgn boipren dia yg kononnya jejaka idaman malaya. Kasi can lah kat Temah kerana diakan jet setter..jarang berada di Malaya ni kerana sibuk mengendalikan perniagaan jamu nya. Masa kisah depa meletop hari tu i menggelitik nak mengomel but never got round to it. So citenya begini Temah...

Adik kat atas tu telah dipermainkan hati dan perasaannya oleh boiprennya yg nama ala2 fizzy pop gittew. See...berboiprenkan Siamang tidak berlaku hanya pada you, I or Esah..comel lote kat atas pun boleh  kena. Adik tu  berpacaran dgn Si Fizzy Pop agak punya lama ke...sempatlah  kalau depa ada anak, mesti dah masuk std. 1 apparently. Di samping itu mestilah siamang menabur janji2 pelesu..lepas menang award ittew ini dia akan masuk minang. Tunggu punya tunggu...(macam menunggu Monty eunuch i tu tumbuh bebolanya balik), tup tup keluar perkhabaran yg fizzy pop bertunang dgn orang lain (pakai jeans dgn topi sempoi gila! Kalau i bakal mertua memang i tak kasi masuk rumah..sapa? Dia ingat dia Brek Pik ka??). Kesian adik manis di atas tak dibagitau bahawa pelamin angan2ku musnah gitew. Kalau kita mau dah teghoyak pi panggil batu belah batu bertangkup....tapi dia cam tenang je...siap boleh cakap lagi yg a ah..kami sejak dua menjak ni dah tak berapa rapat lagi. Something about him not wishing her on her birthday...kalau i lah Temah..ko berchenta bertahun2, siaplah kalau nak bagi wish2 je. Lempang bak mai..kalau tak sekurang2nya kitchenaid sebijik, jangan harap nak bergilpren kan i lagi hokay! Tapi, itu i..yg materialrealistik ni.

Mungkin fizzy pop ada cakap saya tak pernah menjanjikan dia apa2..tak taulah kan..bukan i yg interbiu dia but that always seem to be the std answer bagi jantan siamang yg berchenta dgn u, kawin dgn org lain. Tup2 tak sampai seminggu (kut) tetiba terbukak cite yg 'tunangku isteri orang'..phwoaaar! Gempak Malaya masa tu.Sila baca di sini Temah. Tetiba si Fizzy Pop kata, eh no wonderlah saya rasa laaiiin je sejak dua menjak ni..macam...entah2 pompuan tu dah guna2 saya..(kalau omputeh kata she has bewitched me, tapi omputeh takdak unsur2 tok moh). Sampaikan boleh cakap yg saya tak tau pun asal usul pompuan tu tetiba je diriku bertunang. Bengong sangat statement tu. Memang dah sah2 yg dia menggunakan otak kecik dlm sepentotnya utk berfikir. Agaknya, in his defense dia nak kata sesungguhnya saya tak patut disalahkan atas kelakuan siamang saya tempoh hari. Apparently citenya, laki tunangannya timbul and cakap a ah..wanita itu isteri kedua saya...ala2 dia hilang ingatan yg dia dah bersuami dan pi ngorat fizzy pop. Yg i munsykil tu, family pompuan tu tak tau ke? Pastu Fizzy pop cakap yg laki pompuan tu ngaku yg bininya weng...kalau makcik2 kat kg mesti cakap...sian budok pompuan tu..lawo budoknya eh..tapi gilo! (Esah lepaih ke i cakap N9 ni?). La ni i tak tau sapa yg lebih memerlukan khidmat Esah..Fizzy Pop ke or ex-tunangan dia.

Ni i nak bagi nasihat kat adik cantik manis kat atas. Walaupun you kata ex boipren you tu memang kena buatan orang pasal tetibaaaa je dingin beku kat you, sebenarnya tak, ye dik...lainlah boipren you tu hensem sangat cam brek pik or kaya rende cam tonik pernandes. Ada ke orang yg betul2 nak kat dia sampai nak guna khidmat tok moh? Dan dia tak juga kena virus 48 hours yg buat dia hilang ingatan (kalau wujud le virus cenggitu). Yang ya nya, dia spesis siamang. Chenta dgn you tapi nak kawin dgn orang lain (matilah..sedap je tuduh siamang jantan berperangai gini). Had he wanted to marry you, he would have done so long time ago. Trust me, we all have been there. You are better off without him.

Sekian ceritanya..


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

8 comments:

  1. Kiah, oh so pedihhhh...but again, cinta itu buta.

    ReplyDelete
  2. Kiah....

    I baca lah cerita nih kat newspaper ari tuh ....aouchhhH!!! kenapakah ko yang cantik manis ini sanggup diperdayakan lagi dikkkkk?????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Chenta pertama gittew kan..susah nak dilupakan..

      Delete
  3. Entahnye, ape ke heynya lamo beno nak kawin?

    pastu tup tup kawin dgn org lain, ape heynyaa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jantan kan..agaknya dia nunggu pompuan yg lebih meletop la kut.

      Delete
  4. Sokong cik kuah...budus lah almy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh...i jadi cik kuah pulak...yummss jugak nama ni ye..

      Delete