About Me

My photo
I'm forty and (not) loving it.

Wednesday, April 3, 2013

Nafsu makan..nafsu bergossip...nafsu melihat..

I sakit perut cer ber dari malam tadi. Nak bawak kawan2 i lunch kat Keyhelcc fine dining gittew, tapi tepi longkang Kg Baru jugak depa nak. Lunch makan lauk penuh pinggan..macam kita pulak yang baru balik obersea, kan? Merasalah Si Baung kena take over petang ni.

Btw, kengkawan i dua orang tu: sorang Ratu Hengland yg merangkap CEO pompuan rumah sakit jiwa yg dibenci orang bawahan (gamaknyalah kan...i told her it's a compliment for her because to me bukan senang nak dapat title camtu...because like me, i will forever be  a pushover. Setakat Queen of (kekucing) hearts je lah). Saja nak emphasise on the word pompuan. You know what they say about female bosses, right? Pushy sungguh acik tu...suka suh i buat benda2 yg i kena-buat-tapi-i-would-rather-do-it-at-the-last-minute kind of thing. Then kawan i yg sorang lagi chief editor ruangan gossip sokhabar korma-aljazeerak. And between the two of them, ada kah lagi orang kat Malaya ni yg diaorg tak kenal? Sebab itulah most little girls punya ambition kalau tanya dek cikgu would be 'pramugarik'. Pasal boleh tahu banyak hal org gamaknya. I should have at least attempted one walk in interview utk jadi pramugarik dolu2 kan? Biarlah i ni ada sikit vertically challenged and mak i kata vontot i besar lori and sudah pasti langgar orang kiri kanan. Mesti contohi meenachi yg dah 23 kali pi interbiu katebang kelip2. Last weekend yg ke 24 kali katanya...i feel youuu! I hope dia berjaya kerana kalau i jua keturunan ammapoddi, sudah pasti lama dah i tonggang roundup. So my sakit perut could be from the lauk kerang semalam (or is it mempedal, keli sambal, pajeri?) or kena daulat pasal bergossip tak hengat donia dari kerabat sultan ke pak menteri and bang nuarjen?

Nak sambung cerita sejak dua menjak menjak menjadi ibu mithali ni...masa kat swimming pool..i have always told MG to really get back to swimming. Ye lah kan..umur dah tua cam dia tu (ahak!) kenalah take it easy bila nak berexercise and no exercise is kinder than swimming. Tak de nak strain2 joints bagai. And i do think he swims beautifully (tak yah cakap kat dia because dia dah cukup jati dirinya @ kembang).  Furthermore, i do like (tipu, i adore...swoon) swimmer's body..the v-shape, bahu bidang, sekeping cenggitu. Ada sekali tu, masa MG bawak budak2 pi swimming, i heran nengok dia bawak seluar ketat swimming yg cam cyclist shorts tu. Eh awat pikir i...selalunya he wears swimming shorts..walaupun taklah menutup aurat pasal atas lutut, at least mata i tak sakit nengok benda terkepit terbonjol gitu. So, when i was accompanying Little D, sudah jelas lagi terserlah jejantan kat situ semua pakai had2 yg terkepit terbonjol gitu. Sampaikan i had to text MG, 'tolonglah wei..i dah jenuh zina mata hari ni'. I'm not a prude (but sikit2 tu adalah kut) but masa kat obersea dulu, i was so used to seeing the boys at my uni pakai swimming shorts. Rasanya takde sapa yg pakai set2 ketat atau swimming trunks dari set filem porno jerman. And i do think Little D's chief coach is soooo comel what with swimmer's body some more kan...fuh! Tergugat iman akak sekejap.

And when i got home, i segera menceritakan kegugatan iman i kat MG. And i found out rhope2nya, kat sini, swimming pool semua kena pakai set2 yg had lycra punya. So, MG's swimming shorts walaupun decent tidak terkepit terbonjol, tak memenuhi syarat2 pool. Sungguhlah MG bengkek pasal katanya, apsal diaorg ni tak ikut perkembangan fesyen? I beli seluar ni mahal tau kat MaksimoBoonting! Oooo...i said, mengikut perkembangan fesyen ye...Yg seluar kecik trunk you dulu yg set2 jerman porn star tu ikut fesyen bila? Tu katanya masa obersea dulu lah..I said sumpah i tak pernah nengok bebudak uni i pakai camtu! So i asked him, dulu dia sekolah kat Eur0trash ke? Hik hik..




8 comments:

  1. CK, i pernah jadik part time lifeguard kat pool dolu2. Materials other than lycra especially cotton stuff can shred off slowly in the chlorine and get trapped in the pool pump system. Same goes to long hair. Mahal nak service bebenda tu. So they made compulsory to wear lycra and swimming cap. Tp i mmg rasa lg fashionable pakai floral calvin klein swim shorts kan. Lebih sopan gitu.

    =Micha=

    ReplyDelete
    Replies
    1. I told MG about this. Takkan diaorg tak buat RnD pasal ni..! See pakcik masih tak puas hati tak dapat pakai seluar bunga2...kesian.

      Delete
  2. Cik Ki..

    Boleh i temankan you pegi swimming session Little D...

    Ani BNS

    ReplyDelete
  3. CEO rmh sakit jiwa tu mmg gitu, tak payah nak entertain makan mahal...nawak gi bawah pokok je. janji sodap! Senang kan bwk org hingleng! Psttttt gossip apa kah ittewww??hehehehe

    ReplyDelete
  4. A ah...tapi banyak benor pantang larangnya pulak...no budu, no tempoyak, no ikan pekasam, no cencaluk...tak thrill lah kan!
    Gossip? Fuh boleh menggegarkan dunia hiburan mesia, kata org.

    ReplyDelete
  5. Tudia Kapitan, CEO dah tanya dah tu. Sila perkenalkan diri anda..!

    ReplyDelete