About Me

My photo
I'm forty and (not) loving it.

Friday, January 17, 2014

Merapu

Bila tengah malam, i tend to merapu. Layan je lah...

Kawan2 ketat i ajak i berjimba slumber party di hotel mewah, kata mereka tadi. Waduhhh! Saya sudah tiada stamina...semalam tido cuma 4 jam kut...slept around 2am, and woken up around 5 something by MG. Itu time dia biasa bangun...tapi pakcik tido kul 9pm! Dia bukak tutup lemari pilih baju apa dia nak pakai pi kerja pagi tuh...saya pun terjaga.
Tadi memang tingin jugak nak ikut kengkawan saya...tapi...saya nak rawat laki saya...ish ish...rawat la Esah! Bukan santau! Walaupun kengkadang tu...hish...tak baik pikir yg bukan2!

Kakinya macam ada kuping2...sebelah kakinya bengkak from the knee down. Rhope2nya dah berhari2 camtu but pakcik tak cakap kat saya. These past few days, people around me dropped dead like flies...just like that. I am sooo disturbed by it that it sent me straight to the supermarket and got myself 2 big packets of oatbran. Satu letak kat rumah, satu untuk office. Macam magic beans pulak..bagi superhuman power.

With kaki MG, all sorts went through my mind..yes, i'm a hyperchondriac. But pakcik ni pulak, bila suh pi sepital, oh esok tak boleh, ada meeting. Khamis tak boleh ada ...whatever! So i told him, i don't want you to die now bec anak2 kecik lagi and i taknak rheta yg tak seberapa ni habis kena bayar hutang2 you. Some people needed the shock tactic. I even took the day off to accompany him...he went off to work afterwards, and i went to take a nap. Drained...but not before si swomi cakap i ngabihkan duit kerajaan buang masa tak habih2 phd lagi dgn tidooo, boleh? Kalau biarkan je kata tak pedulikan pasal dia...buat masa utk dia kata buang masa pulak. 

Anyway, bila nak ke spital, he asked me which one? I said, lets not go to so and so bec i rasa dr2 dia cam tak pandai. But ended up kat situ pasal MG nak dekat and cepat (ye lah meeting petang kang bisnes million2 rupiah ngalahkan tengku adam). The dr prescribed antibiotics lepas cakap  ' allergic ni'. Ish! I didnt go into the surgery with him. No blood test done. Aiyaaa! Kalau camtu je, i pun boleh tenyeh2 kat kertas, cop and pi beli antibiotics kat pharmacy je.

Nanti kang if i bawak balik jarum, tube, torniquet semua kang mesti dia tak confident pulak bininya nak ambikkan darah hantar for testing.

Dah tak pergi berjimba malam ni, i mintak nak nengok kakinya. Seperti biasa MG akan protest ala2 manja gitu. Dia salu sangsi yg i nak ambik kesempatan atas dirinya. Feeling2 Ariana Rose sangat dia kan?  I nak letak ubat gamat kat kudis/bisul?? ...i kan ong kampung je...sikit2 minyak gamat. He asked, why gamat? I said luka cepat kering and tried and tested a good anti fungal. I said i should know...mujarab on Abang Kuning - kucing kurap kat luar rumah tu...:) I ambik gambar...buh duit syiling doposen sebelah lesion tu utk compare size. Pakcik sangsi..i cakap, nak le evidence pre- treatment camna (dan nak wasap kat Baung and En. Sotong mintak pendapat. Depa pandai2...dalam kelas dulu depa pay attention lebih gamaknya). Dia cakap no wonder la bila pi sepital dr2 salu ambik masa lama. Errr..dr tak bertauliah kat rumah ni je yg buat camtu. Memula2 sangsi pastu lebih2 pulak semua yg rhope cam bisul/jerawat kat kaki dia suh bubuh minyak. Kawan ketat i tu cakap yg i takut kat laki. Hmmm...bukan takut...sayang sangat i kata..(nak pi clear the throat kejap).

MG suka grunt grunt je dgn i...but once dia terlepas cakap that 'i rock his world'..hah? Ulang sekali lagi? Sekali tu je la...suh ulang pun tak hingin. But the next day he said 'gila aku buat dek bini'. :)

Bear with me je la...this post banyak pasal mati, mati, mati...Esah cakap i mungkin get to go before MG..bec she said i'm selfless..haa? Selfless is like kawan sorang tu yg salu volunteer buat mercy flight..like Esah yg salu bagi discount perkhidmatan dia.  Yg sanggup esok2 nak masuk kg orang asli hantar donation...me? The spirit is willing but the flesh takut pacat..

Satu hari tu ada uncle jatuh motor lepas kena langgar..about 10 feet away from my car which was stationary. I froze...masa muda2 dulu, masa apa yg pernah belajar masih fresh kat otak, i cakap kat MG: kalau ada accident berlaku depan mata kita, you have to stop. I am under the obligation to provide assistance semana yg boleh. Kekwat....

Dah tu, suddenly one happened right before my eyes and i froze. Uncle baring terlungkup. I fear kalau ditelentangkan...what if muka tersagat atas jalanraya? I rasa cam nak menyorok. Mula menyesal napa la aku lari dari 'kerahan tenaga' dulu.....but then, it could have been my father. Who did jatuh motor, and went home all bloodied, on his own. Takde orang nampak...hence no one helped. That got me started..the thought of my dad. The least i could do was to call for an ambulance. Which i did. I keluar kereta...mana ler budak dua orang ni...they would have been more qualified than me to perform...whatever. Sorang has first aid skills right at her finger tips...sorang lagi? Tanpa sthethoscope gantung kat leher pun ong boleh percaya dia dr..apatah lagi baru2 ni i dengar dia pasang catheter atas katebang lagi! But at this moment, kedua2nya hampeh! Entah apa buat dlm toilet lama sangat!

A few men came to help...dpd eh what should i do, i boleh jadi supervisor lak kat situ. Support head, jangan bagi dia pengsan, keep talking to him, kata i. The uncle takde nampak luka mana2 pun..sib baik bec any blood yg bukan dari mulut sungguhla menakutkan i.

Then, ambulance sampai...elok2 kawan i dua orang tu turun dari 'kayangan'. 'Eh, ko bagitau diaorang ko doktor ke? ' kata kawan i tu (sapa lagi kan? Cer teka..)
Shushhhh! I said...At the same time i'm telling the ambulance driver dgn assistant dia yg uncle tu kena bawak pi checkup kat spital walaupun takde nampak darah (and he could communicate by then) pasal tadi adala dlm 2-3 minit dia LOC ye..Oops!


Sent from Samsung Mobile

No comments:

Post a Comment