About Me

My photo
I'm forty and (not) loving it.

Sunday, June 22, 2014

I'm not your superwoman....Boy i am only humannn...

Hola uols!

Topic kita hari ini masih berkisarkan men are from ..which ever planet they are from and women from?? Perut mok masing2.

Specifically nak bercakap tentang 'superwoman'. Cik swomi saya yg sungguh saya kasihi (tetapi kenkadang saya rasa nak agrooo memanjang dengan dia ni) baru-baru ni bercerita tentang kenalannya. Katanya pompuan ini walaupun anak berderet (no joke..i tengok pun penat) adalah ratu rumahtangga..masak terer, kemas rumah terer tanpa apa2 jua bantuan dalam bentuk maid. Saya cakaplah kat cik swomi saya...it's quite impossible yg seseorang wanita mahu pun lelaki yang akan ace at everythinglah..kalau pandai kat tempat kerja, nescaya cam zombi di rumah....kalau pompuan pulak, kalau pandai bab mengemas, tak semestinya masak pun dia nigellalawson...(unless you are MarthaStewart la kut..yg segala2nya pandai belakalah!) And if you have that many kids, can you manage to give each and every one of them the attention they need? Something has got to give...like if anak ramai and semua masih kemetot and you don't have home help, logikkah rumah  tak macam tongkang pecah? Melainkan budak2 dirantai gajah atau dikurung dalam satu bilik je..I said, for e.g. like my sister...anak berderet, masak sap sap sui i.e. apa nak 10 minit dia boleh produce and sedap pulak tu..but...rumahnya...macam dilanggar dek burung garuda kata mok i dulu. Yes, something has got to give. I told him, you are only seeing her public persona..melainkanlah ko ikut sama balik rumah and dok makan minum main HayDay or pesbuk kat rumahtangga kawan tu..

I said, for e.g., lihat sajalah isteri tercinta di sebelahnya ni...
How am i in public? Pijak semut pun tak mati hokay! Sampaikan adalah orang2 tu ingat i bukak tutup mineral water pun tak larat. And my clients lurveeee me...mok pok depa sekali suka kat i kerana who wouldn't? (cewah, bangga diri nampak?). I can carry the work painlessly, cakap pun lemah lembut sending their kids into trance and i pun can sap sap sui...bukan sap sap sui pastu terhidang makanan tapi haaa..tepon sana tepon sini, i give them what they want. And di sebalik baju lip lap gelang sampai siku or rantai aksesori sampai ke pusat (i kalau nak jumpa kekanak ribena memang dressing over sikit pasal nak bagi depa mesmerised), i am not one to hesitate kalau kena nengok anak depa dengan bersila atas lantai yakni kat car park sekali pun. Tapi cer kalau dengan anak seniri or anak buah?? Ko taknak kemas katil? Siap! Belum cuci kasut sekolah? Ada brani?! Nak main kompitel je? Siap la! But adakah 'peminat-peminat' saya di luar sana tahu apa yang berlaku dalam rumahtangga saya?? Tak, kaaaan...?

 My colleagues at my department rasa i ni pandai memasak..padahal setakat buat benda simple2 macam kek, quiche, bingka and what have you. Because none of them really do, so they think i'm great..padahal...itupun lepas R&D 45 kali..sampai orang2 kat rumah ni and anak2 jiran tak larat nak menelannya lagi (hari tu i tergerak hati nak buat acar buah, since sebelum ni tunggu mak buatkan je. Lepas 2, 3 kali perfecting the recipe, MG boleh kata, 'eh! Orang dah tak makan dah la acar buah ni...so old fashioned'. Boleh kau dia cakap camtu!! Boleh??! Inilah tipikalnya laki2 melayu yg salu macam rasa tergugat dgn 'hobi' bini depa....Tapi adakah i gentar atau gusar dengan perlekehan dia? Oh tidak ye...kerana saya adalah Cik Kiah yg tahu jati diri saya bagaimana. Right, i'm opening orders for bulan puasa, kita buktikan dekat cik swomi saya yg acar buah adalah evergreen dan masih ada ramai peminat).

The grass on the other side of the field is always greener...
Memang i ni tak boleh la nak claim diri ini ratu rumahtangga..(ratu tidur di rumahtangga boleh la). I have a supermaid..that gets a super pay hence...i takda lah nak keriau2 gaduh dengan dia rasa diri ini didisplace sebagai 'isteri' dan 'ibu' di rumah...saya bukan superwoman..on the contrary,  i need help looking after the house making sure things run like clockwork. Tapi adalah mulut2 sumbang yang mengatakan yang saya ni 'mak remote control' je..bila saya agro, kata kita defensive pulak? Yg iya nya awak dengki saya ada super maid ye? Remote controllah sangat bila budak2 sakit mok ni jugak yang bawak pi spital (selalu tanpa poknya ye bec pok sibuk bermeeting je) tak tidur malam, neb every 4 hours, sponge badan, pegang baldi muntah..hey all mothers do that right? And trust me, budak2 ni pasal dapat gene lelah, salu je sakit and semput. Pantang berhingus sikit, standby lah..Yes, i do check if they have homework and coach their reading, maths, piano etc. Yg i tak buat cuma basuh berak and yg sewaktu dengannya..(Lepas nenen dua tahun, off you go gittew. Yeah, but i do check gigi depa berus bersih ke tak!). I may not prepare food for them but i hope their lasting impression of me would be a mum yg sanggup masuk bawah meja main hide and seek dgn depa, bagi depa main mekap2, main hantu2 almost everytime between solat maghrib and isya (with telekung you can do many versions of hantu) and main pancut air kat laman or balcony bila hari panas sangat..

Lepas tu, kalau anak2 bulu kat rumah tak sihat...adakah supermaid yg mengendalikan pesakit? Oh tidak ye...supermaid juga tak mandikan budak2 bulu...moknya jugalah..Jadi, pesanan saya, kalau nak bela kucing, kita tak perlukan supermaid, jadi tak payah lah nak jaki...belajar2lah bagi budak2 bulu makan ubat, cuci telinga, spray ubat kutu etc. sendiri

I have told myself sejak i tak kawin lagi that my life will not be dictated by apron strings and kitchen sink. Still, I am concerned about the memories and legacies i would leave behind for my kids...but i hope they will see it beyond the food i do not/seldom cook or clothes i do not sew..

But yes, they know, their mum is into saving planet earth and god's creatures big and small...earth hour ka hapa benda, recycling, making garbage enzyme etc. Mok depa jugaklah yg agro dengan orang bakar membakar sampah ni sampai pi balai polis bikin ribut. Catknapping neglected kitties and transporting them to loving homes? Or hantar pi snip2 supaya tak beranak pinak? Or tengah malam pi rescue kucing di playground? I'm glad they bear witness to all. Speaking of cat rescue, bebaru ini I telah di SOS oleh a friend regarding a cat of a friend of her's. Tuannya outstation. Cat dok ngan grandma and no one in that house yg boleh drive. The cat was ill..so 'if something's strange..in the neighbourhood...(sila nyanyi gaya ghostbusters)..who do you call? Cik Kiah and beet mobile lah kan? So i travelled from my office in KL, masuk S'gor ambik kawan i tu, drive dah nak masuk Nismilan ambik miau tu and patah balik S'gor ke UPMvet. And it was a Tamil speaking cat yg entah paham ke tak BM/BI...you know what? I'm glad i did it because the cat had ingested poison..imagine kalau lambat...lepas warded 2 hari, picked him up from the hospital and send him home. 

Baru2 ni jugak i notice bila balik kerja, kat roundabout kecik  on the way home ada mummy and puppy dog. Kesian fikir i..dah la cuaca panas sekarang ni..mana nak cari air? And the place i live...tong sampah semua tinggi2 and berat2..it's not as if they can kobek sampah and there are no dog-friendly gerais around here where population 99.9 % are Malays.  I always carry cat food in my handbag..tapi nak berenti kereta and bagi anjing makan? Hmm..since this place is soo 'kampungan', when one berenti kereta, other drivers may stop to inquire ada apa masalah ke..or worse..stop kereta and marah napa bagi binatang 'haram' tu makan..so i pun terpaksa berlakon cam i stop kereta pasal tengah bercakap telefon. Pastu bila kereta lain jauh sikit terus i scoot over to pasenger's side, bukak pintu and tinggalkan cat food tepi jalan. The 2nd time i did that, the puppy was just on his own free willy terlompat2 main seniri..i thought cool..kereta lain pun takde because masa tu i chow dari office awal. So i got out of the car. Ingatkan puppy tu macam suka ler datang orang bawak makanan...tapi di pi lari naik bukit uols! And to make matters lagi menggerunkan i, moknya nyalak2 sikit punya cam nak kluar anak tekak dari atas bukit sambil menyeringai tunjuk gigi. Good survival instincts...tapi jangan la dikokak aunty ni...aunty cuma nak bagi makan je...

Well anyway, back to this notion of what a superwoman should be...of courselah ciri2 i ni sungguh tak menepati kriteria MG..takde i nak berangan ke arah situ pun. But i hope he reads this post...because i think i do do some wonderful things but not to his knowledge because i just don't know how to start ....maybe i could say...'daddy, ada satu hari ni kan...this tamil speaking cat yg i tak tau pe namanya and terpaksa register as RomeoSivaji....'

Tapi kan adik2...bak kata ProfMuhaya ke MuftiMenk ke tah sesapa tah, penghargaan dari manusia semua tu adalah tak penting...kita buat semua tu utk mencari keredhaan dari Ilahi (eh..is it AbbiAbadik ke yg cakap ni??).

8 comments:

  1. Caner i terbaca ratu di tempat tidur instead of ratu tidur rumahtangga?
    Hurmmm sangat..lol

    X

    ReplyDelete
  2. terkesan di hati i tau cik kiah baca setiap baris posting u nih...

    huhu....i kena muhasabah diri nih...
    i pun bukan superwoman....huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak habih2 muhasabah dari ari tu lagi..dah laaaaa...lol

      Delete
  3. Darling I have learnt to never explain to other people about what we do as a mum. No matter what we say, they will always find a reason to scoff and point fingers. Lantak le. You are a great mom, in your own way, eh ?

    ReplyDelete