About Me

My photo
I'm forty and (not) loving it.

Friday, January 23, 2009

Cik Kiah fofular

Hi uols, peminat-peminat setia makcik,

(saja je nak sound bongkak padahal baru 6 followers..and pada follower Cik Kiah yg masih bersekolah tu, at the risk of losing one follower, haruslah Cik Kiah tetap menjalankan kerja kemasyarakatan dgn mengingatkan adik tersebut: aduh dik oi..pak mak tau tak adik masuk blog above 18 only ni??? Hendak acik (takkan akak lagi kut, kan?) pesan, blog ni takde la berpaedah sangat selain dpd melatih pembaca2nya to express oneself. Kalau adik ikut blog si cumi ciki tu mungkin akan lebih menggembirakan pak mak adik..)

Anyway, i have been keeping rather quiet haven't i?? Other than one or two smses to Esah Ju-On just to let her know that i'm still alive and kicking (actuallynya takut dia melemparkan kata nista tak menghapdate blog even though dia tu sendiri senyap sunyi ngalahkan kena sorok ngan hantu kopek lagi), but biasalah, with her it's a one-sided affair....bila la nak gunakan harta kompeni dan bersms jauh2 tak tau la kan...

Like i've told you before, i sort of got roped in to become one of the committee members to prepare for this conference...i was asked tugas apa i nak, i kata belakang tabir sesuai dgn diri i ni yg pemalu gitu....berbekalkan sedikit kepandaian, i pun volunteerlah nak buatkan program book even though i've never done it before. Mind you, tugas i cuma menyusun and apa2 design telah ditentukan oleh boss2 power puff girls.....pas tu bagi 2 hari utk company siap printing semuanya. Bila dah dapat balik ada je mulut yg terjuih2 tak happy with the finished product. Kalau tak mengenangkan wujudnya supporting staff dlm meeting tu, nak je i carut2 kat ppg tu..Itupun ada company yg sanggup buat dlm 2 hari and for such small quantity pulak tu...

I keluar tv...but not for the program i mentioned earlier. Yg tu i berjaya tolakkan ke bulan depan (hopefully diet no-nasi-as-if i akan berjaya). Yg ni rancangan pagi subuh buta, last minute baru i dapat tahu. So, pasrah je la, nak buat camna kan??? (According to my supportive colleagues, it's OK Cik Kiah...your 'matronly curves' befit your profession...takkan nak appear cam Pamela Anders0n ke kan?). Tapi dapat tau last minute pun mestila kita kena buat preparation kan?? OF course kalau i ni set2 power puff girls di atas, i'd be doing some research at the library or paling kurang pun bergoogle giggli..But i ni kan ada sifat2 bimbo wannabe, so obviously i went to have a facial and manicure...! Sib baik jugak pasal jari jemari i difokus kat screen sekali dua you all! Kalau i tau, i pakai cincin batu aked penuh sepuluh jari!

So, MG was at his most supportive and drove me subuh2 lagi ke studio (walaupun lepas tu title suami mithali ditarik balik selepas dia cakap i tembam and pimply). Selepas dimakeupkan ala2 YB M@sitah (atas permintaan DBI, walaupun i'd rather they make me look like Erra Pajira ke..), dok la i sementara menunggu slot i. Tangan dah sejuk berpeluh2, nak nafas pun susah because i pakai segala jenis perisai to lift up, hold in, push down and tah hapa2 lagilah (yg i'm sure couldn't do much to help my chubby face, sagging *toot* , more for my piece of mind je). I thought, sod it! I'm just going to be my (badut) self...(i have the tendency to make jokes when i'm nervous or need to impress gaya2 ákulah penghibur' uols..)

Pengkritik2 bukan upahan i said i did well...ada yg kata i nampak ayu dgn tudung ala2 EkinMawi pasar malam i...my little boss kata at one point masa ada call in i looked sort of glaze (biasalah i yg short attention span ni kan..). Tapi ada gak yg dengki cam MG tadi yg kata i look 10kilos heavier on camera (i think i had 5 focused on me..haha!)...my parents think between Xmas and now i have put on that much weight...haiya!!! Ni la kan...its always the family members yg akan hilang focus and tak dapat message yg kita cuba sampaikan. Balik2 tengok perut kita buncit ke, memboyot ke..hellllooo! Even dah berglamour2 (ptuihhh!) i will and forever shall be their little girl.

No comments:

Post a Comment