Hari ni saya rasa cam nak demam. Malam tadi saya selsema sangat-sangat. Sepatutnya bangun dan korek handbag, ambik piriton, cari air dan makan. Tapi malas yang teramat tambahan lagi si kecik pembawak demam dok melekap kat dada. Bila dah terjaga tengok bantal dah berkerak dgn hingus (eiiiiyeeeewww!), ni tak boleh jadi ni..jadi gagahkan diri jugak bangun makan ubat..harap2 malam masih panjang and sempat la tidur hilangkan ngantuk piriton. Tengok2 jam dah pukul 6.15 pagi. Laaaa......
Datang kerja walaupun rasa bagai di alam bunian yg mamai. Komputer buat hal tak mau luahkan dokumen yg kita nak utk pagi ni. Bos kecik from workplace B pulak dah berjanji dgn dia semalam nak pergi belah2 tikus hari ini. Waktunya kritikal kerana tikus2 yg tak bernasib baik tu ranum2 7 hari and dlm 'paper' kata itulah waktu yg ranum. Aiseyman! Camna nak buat ni??? Dalam keadaan camni saya betul2 tak sanggup disumpah oleh tikus2 dan saya jugak banyak kerja lain yg perlu dibuat seperti menyiapkan kertas kerja utk pergi buat my head permanently damaged. Hmm....kalau saya ingkar cakap permaisuri, nanti kena sumpah tujuh keturunan langit saya tinggi rendah....
Hmm....harap2 taktik saya ini akan berjaya..saya tak rasa saya bersalah kerana memang saya tengah meleleh hingus kerana tak sihat tadi. Jadi sebelum saya pakai mekap, pagi2 lagi saya pi menapak ke bilik dia yang jauhnya sepelaung jugak. Bila saya ketuk bilik dia tunjuk muka, dia terus pelawa saya masuk dan cakap, u tak sihat ye???! Then tak yah pergi, nanti jangkit penyakit ke dari tikus or monyet2 kat situ..
Alhamdulillah! Saya berjaya gunakan paranoia dia utk kepentingan saya kali ini..
p/s Bos, kalau bos ada terbaca blog ini nanti sori ye....betul saya tak bermaya..
(Agaknya memang saya ni takde kecantikan semulajadi...kesian laki saya yg kena tengok muka saya hari2 di rumah. Tapi nak saya cakap, masa mula2 kawin dulu dan muda remaja (30 still muda ka?), saya pakai gincu dan sambut MG balik sambil tersengih2. Kesan yg saya dapat ialah, MG cakap....................................................................................................................................
..................................................................................................................................................gila ke?)

No comments:
Post a Comment