Last Monday was MG’s and mine 7th wedding anniversary. Walaupun dah 7 tahun melalui bahtera* rumahtangga, masih banyak lagi hal-hal mengenai bini dia yang MG tak tahu. Tak tahu atas sebab2 i malas atau malu nak bagitau ataupun MG seperti suami2 yang lain, once cakap ‘aku terima nikahnya bla..bla..’ terus disampuk chronic selective hearing and kalau i ada cerita pun, dia takkan registernya. Kalau ada orang cakap kita ni dgn husband mesti maintain ke 'eksotikan’ kita with not exposing every wart and all, i ni dah tahap eksotik si iguana you!!
Anyway, sempena dah anniversary yg ke 7 itu, free2 akan bercerita 7 benda yg dia tak/pura2 tak tau...MG this one’s for you:
1. I used to be really good at roller skating. I started to skate since i was 5. Kepada adik2 yg lahir post 1990, tolong jangan gelak. Jangan tak tau, roller skate dulu was the in thing. Jaman dulu mana ada roller blade inline skate semua....sampai masuk2 competition semua you, jangan main2!
2. I used to play the guitar. Belajar masa tunggu SRP, pas tu masa SPM belajar sikit lagi, pi obersea boleh gang lah dgn jejantan yg setakat tau strumming je. But then when i started my practical in the 3rd year (undergrad), we were required to have unblemished hands (i bukan model iklan tangan kat tv ye). Playing the guitar left me with callused finger tips, so i had to stop. Since then, guitar tah ke mana..(now in my head tengah bermain lagu Dhalan Zainuddin pasal gitar tua tu..apa tajuk dia ye??) So MG, i’m not tone deaf, i’m quite musically inclined, so please let me have some space at home for a piano!
3. I have walked 18 miles for charity during my A-Levels. Even though it did take me 6 hours to complete it...mana idaknya...sesat jalan la (sebab kononnya nak rentas, so ikutlah entah mana2 public footpath), stop makan brambles, stop tengok lembu (because bulu mata dia panjang, cantik – so if i pernah cakap kat you mata you cam mata lembu, it’s a compliment actually), stop tengok tah hapa2 lagi. Even though minah kekwat dari London nun eksen bebenor le yg dia larat jalan dari Renaissance ke Amp@ang Park, i jalan lagi jauh tau (satu masa dulu).
4. I could play tennis very well...(oh tidak, aku sendiri pun tak percaya sekarang!). Oleh kerana saya ni pernah masuk sekolah atas bukit yg Hajah esah cukup anti kerana dia jaki tu, tennis court nya banyak...daripada i main basketball ke, netball ke yg banyak bergoncang sana-sini (apa yg goncang tak tau la!), i picked up tennis....pas tu bila wat A-Levels, setiap term diberikan pulak allowance bersukan. Saya ulangi, dpd saya bergoncang ke sana sini, saya teruskan bertennis and dgn allowance tu siap boleh ambik coach lagi. Was i any good? Terror lagi Steppii Grap jaman tu. But yes, i could hold a game against one or two boys masa uni dulu. (lagipun ex-siamang was an athelete and happened to be good at tennis too – agaknya ituje la one thing i had in common with him. Don’t you worry MG darling, you and i had more things in common: perut, dada (oops), our love for pizza, doughnut, ais tame (bak kata little D), sexy men underwear (ish apa ke jadahnya ni!), membongkang, astro...i could go on and on.
5. I used to be very active in girl-guide movement (walaupun niat masuk terpesong – sebab nak usha king scouts. Because guides and scouts selalu ada meet). I pi camping 2,3 malam..i pi cuci rumah orang..In fact i pernah meluncur pakai tali je turun dari gayutan and meniarap masuk bawah terowong tanah liat semua. Memang le sekarang nampak cam gadis pingitan yang ayu dan tak ku sior (ni org perak punya term for tak hingin ) nak bercamping2 ngan pacat and hantu semua. (Agaknya pasal takde king scouts nak protect kut...)
6. Belanja sekolah i dulu tiga posen...naik jah 6 baru empat posen. Mak i bekalkan nasik atau burger sendiri buat hari2. Air minum pun bawak bekal. Pergi sekolah jalan kaki or naik basikal. Kalau nak apa2 benda, kena score dlm peksa, tunggu birthday or kumpul duit sendiri. Baju berganti cuma setahun sekali masa raya....sebab itu sekarang ni pun i am quite careful with how i spend my money..(bukan tak nak berkeless...). So, anak2 kita terutama little D yg suka ngat beregek (term for menggayakan diri depan cermin) tu, udah2 le dimewahkan dengan baju2 dan aksesori yg mahal2..the kids have to earn it. It also explains why i had to suffer with spek plastik warna merah besar cam gold fish sampai habis SPM. Pasal pak mak sponsor!!!
7. When i was in school, i was quite active..story telling lah, masuk concert lah, kuiz sana sini.... i tak le petang2 gi basuh baju (ada org tu kan masa kat asrama, pasal dia taknak use up weekend to basuh baju, nanti study time kena ambik lak – ish i kutuk nerd mana ni, tak tau la!). Was pretty activelah, tak le setakat main kompang je (ish kutuk lagi!). But bila masuk uni, i terus jadi tikus mondok. Bila balik cuti i dok kat bilik, kalau tak baca buku sekolah i baca buku cerita. Tapi yg paling best sekali is tidur...
I can only reveal 7 points...kalau lebih karang tak eksotik la pulak lagi.
*sebenarnya bahtera i ngan MG dah lama karam. Masa tu kahwin tak sampai 2 tahun pun. The bahtera here refers tu our katil kahwin..no...tiada unsur akrobatik ganas berlaku ketika itu. We were all fast asleep, tiba2 pengadang kaki belah i lekang. I thought ada earthquake (masa tu baru lepas earthquake kat Bam)...rupa2nya laaaaaa....kalau dengar cerita MG, dia kata pasal i berat sangat sebab tu patah belah i. I pulak ada theory napa....kalau pengadang kaki tu digunakan sebagai fulcrum utk aksi berulang kali, mesti le lekang, kannnn?

No comments:
Post a Comment