About Me

My photo
I'm forty and (not) loving it.

Tuesday, July 16, 2013

Sembang morning coffee

Tajuk je tu...i sesungguhnya berpuasa uols...!

Ok, sebelum i start menceceh, i'm going to paste the baba ganoush recipe here and flat bread here. Hummus pulak kat sini. So idaklah terasa2 cam penampilan gambar2 makanan itu adalah tanpa arah tujuan. Both easy peasy only since i pun boleh buat, kan? And contrary to orang ittew yg ingat semua maid i yg buat, mintak maap sikit ye. Bibik ku ittew masakan yg berbaur tempe dan seangkatan dengannya boleh la...yg international dia wa pu chi tau. Btw, boleh tak sempena bulan ramadhan yg you kena berposer ni, makan yg berkhasiat sikit? And with that i don't mean maggi mee, lucozade or kuih raya. Pastu keriau2 kata takdak energy. Bila bulan poser makan sikit benar...bila bukan time poser boleh lak bantai nasik lapan pinggan kan? Tu tak tengok lagi performance you kat SushiKing...sapa tu..tak taulah kan..

Speaking of kasut merah, kenalah i jugak mewar2kan kat sini regarding the Help & Hope walk in the name of charity, since i satu2nya retis jemputan utk program tu. Hihihiihii..perasan! Anyway, let's beramal and at the same time keluar peluh and berfeeling2 sihat. Nak lagi gempak join gang kasut merah ataupun kalau uols dah ada kasut warna2 garang bak Padaiyappa, you can form your own group..ceria gittew (Btw, sapa nak tengok gambar boipren padaiyappa Esah, click here...that's where she gets all her bright colour ideas from).

OK, ni cite lain. Dulu2, ada sorang staff kat tempat kerja i, si Aunty chenna ni. Dia dah retire dah masa tu but sambung contract kat tempat we all. Setiap hari, dia masuk kerja kul between 630-640. She said, she couldn't sleep past 4am. So lepas siap2 mandi, siram pokok, dia pun masuk kerja. I terpikir masa tu, lor...gilo ko apo? I time tu jaman2 tu masih lagi golek gelantang atas katil or bersubuh gajah. Laa ni...guess sapa la pulak yg dapat penyakit camtu? Me! I so malas want to be caught in the morning traffic kan..so bulan poser ni, lepas makan tepi katil kurma 3 biji i pun rolled out of bed and dah siap mandi nunggu azan subuh je. Pastu bedak2 muka sikit and zup masuk keta. Yesterday i arrived at work at 650am. Itupun dah bawak keta sehabis selow and ditambahkan lagi pulak dgn mata rabun2 ayam ni..kalau tak maunya 630 terpacul kat office. Pastu barulah perasan...aiyaiyai...takdak orang lain you! Gelap lagi!! Mulalah cakap2 kat sesapa tah..aku ni nak kerja je...jangan kacau...BTW adik2 sekalian, jangan kata masa bulan poser takdak hantu ye..yg kena ikat adalah syaitan..yg jin2 tu masih free willy tau..Dah la opis ni bekas sepital..mesti depa ada yg nyanyi2 'it used to be my playground...'. OK2 i dah melalut sangat ni..Pastu i terfikir...waaahh kalau hari2 camni mesti productive gila...i get like 1.5 hours of work done before orang lain masuk kerja...haa..kalau nak balik awal kul 3 pun takde sapa nak keriau2..Yelah tu kan..what am i doing now?? Memenuhkan napsu serakah Esah and Piah (and ko jugak DLL oi) suh hapdate..hapdate! Yes...some days...i mungkin akan sambung tido atas sofa i ni..hahaha..buruknya perangai..But then what to do? Ngantuk tak ngantuk mesti datang kerja sebelum jem. And kalau mata masih ngantuk, how to perform? How to keluarkan idea2 yg bernaskan? MG always says that we all ni ngabihkan boreh je (and Esah always dengkikan sofa kat ofisku ini)...but then he wouldn't undertand people in academia ni..dalam masa tengah meneran pun otak tu boleh berfikir pasal methodology (i ingat i sorang je yg buat kerja ni..rhope2nya my ex-little boss from workplace B pun cenggini gak gayanya..haa..dia tu excellent gila..idea bernas berlambak2). Haa, dalam sedap2 korang tido malam dapat la pulak phone call cemana nak proceed dgn this procedure or that..ko ado?

Righty ho, sembang kosong je pagi ni. Pas bukak poser kang, i bergossip ye?

P/S Kad raya and hadiah secumit tu dah sampai? 

4 comments:

  1. Sudah sampai, chumil sangat. Thanksssssss X)

    ReplyDelete
  2. I hope you like it. That little thing is in support of myanimalcare.org:)

    ReplyDelete
  3. MB, Thanks for the recipe Baba Ghanouj; terung banyak dalam freezer kutip hok tanam sendiri. Nak buat kerabu terung bakar, tak makan nasi...Baba Ghanouj ni bagus ler nak cicah chachos..munching2 masa buat homework.

    ReplyDelete
    Replies
    1. DrH,
      yes, kalau ada terung setakat petik kat pokok belakang rumah mesti lagi best buat BG..rasa cam JamieOlliver gittew!

      Delete