About Me

My photo
I'm forty and (not) loving it.

Wednesday, January 15, 2014

Azam tahun baru saya


Azam tahun baru 2014 untuk saya-bukan-cik kiah:

1. Sekiranya ada orang nak melintas jalan kat zebra crossing walaupun tiada traffic light, saya akan memberhentikan kereta dan membenarkan orang itu lalu. Saya berazam tidak akan menunjukkan mentaliti dunia ke3 saya dgn memecut laju seperti anak munyit bila melalui zebra crossing. Malulah kat orang luar kan...(Lagi2 kalau saya tinggal di pusat pentadbiran yg ulung di negara kita ni).

2. Kalau saya pulak yg diberi peluang utk melintas zebra crossing, saya tidak akan berjalan seumpama saya nak pi kena sunat, dengan lemah gemalainya..

3. Sekiranya saya berada di tandas awam dan terasa nak kincin sangat, saya akan berbaris single line...bukannya kalau ada 4 pintu toilet, pi buat 4 barisan pulak dgn orang ramai...so kg.com tau! Saya heran kenapa orang ramai tak terfikir kalu 1 barisan, lagi cepat peluang nak dapat kincin bec ada 4 pilihan toilet. Kalau pun depan u takde orang and u berdiri depan 1 pintu toilet, what if orang kat dlm tu bey bey keras or sibuk berselfie ke and u kena menunggu sampai kematu? U kena start balik queue kat pintu lain, kan? So akak2 sekalian, single queue ok! Baru nampak cam cherodek* sikit!

4. Bila nak masuk lif, tunggu orang kat dalam keluar dulu. Saya tidak akan berperangai macam sekawan seladang dan bulldoze masuk je. Pas tu, kalau saya naik kat tingkat G and nak pi tingkat 15 sinun, saya akan dok bahagian dalam. Tak perlulah saya jadi patung Buddha pulak tercegat dekat dengan pintu lif and menyusahkan orang nak keluar masuk.

5. Saya akan buat eye contact dgn semua orang dan bukan yg hensem je kerana saya bertugas dlm bahagian customer service. Dan takkan sekali2 saya akan buat muka macam kena tinggal dek boipren walaupun memang ye siamang tu baru cakap oktengsbai kat saya semalam. Dan oh ye...saya takkan bergossip2 dgn co worker saya depan customer melainkan saya share sama gossip itu dengannya. Baru adillah kan?

6. Bila naik pengangkutan awam seperti lrt dan yg sewaktu dengannya, saya akan kasi seat saya pada orang tua, pompuan mengandung, yg bawak anak kecik etc. Berbudi bahasalah kan...saya takkan menjaga budi bahasa saya cuma dengan pelancong asing saja, nak2 omputih. Sekiranya saya berbelalai, saya takkan buat silap 'termasuk' ke koc pink komuter...kerana saya lelaki macho dan bukan hanchorr..

7. Bila masuk pintu, orang di barat salu pegangkan pintu untuk orang di belakangnya. Dan orang kat belakang tu akan kata thank you! Dan seterusnya dia pulak pegangkan utk orang belakang dia. Saya takkan hempaskan je pintu selepas saya masuk. Saya tak pernah ke negara barat lagi dgn katebang everyone can fly tapi saya akan berfikiran macam orang barat (setazah saya cakap, setakat pegang pintu ikut cam orang barat takkan menyebabkan akidah saya rosak).

8. Dan kalau saya pulak orang yg dipegangkan pintu tu, saya akan senyum manis dan cakap tima kasih! Saya takkan tunjuk muka kelat cam orang tu nak ngorat saya pulak. Tak kelas la camtu!

9. Bila bawak keta and keta sebelah indicate nak masuk depan kita, saya akan bagi...rugi dua tiga saat je pun..bukan boleh sampai perlis pun dgn dua tiga saat tu. Dan kalau saya pulak orang yg nak cilok tu, saya akan angkat tangan. Awat nak eksen nak  agro sangat2 pun? Kalaulah keta saya cam keta tengku adam (yg esah n piah hari2 dok usha) tu logiklah saya nak berlagak...ni keta saya takat vulva (oops!) Mybee je ...Tapi kan, kalaulah saya potong barisan kat tol, saya harap2lah tuhan rosakkan keta saya sebagai balasan.

Itu sahaja azam saya-yang-bukan-cik kiah.

Sent from Samsung Mobile

4 comments:

  1. Boleh post website link kat fb tak? Suke saranan CK.

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Kann...acik dah bagi pesanan ni kat sesapa yg kena tambah azam 2014..dah, pasni jangan bikin pala acik pusing!

      Delete