About Me

My photo
I'm forty and (not) loving it.

Wednesday, March 5, 2014

Jangan biarkan sodalam bersimpul

Salam and good morning uols!! 

Meh sini acik nak ngomel sikit. Sikit je...tak boleh banyak2 di pagi hari ini..pasai nanti adalah orang tu kang bising kata acik makan gaji buta (Kita mogok kang tak mo hapdate, baru tau!) Yelah...mentang2lah she's her own boss yg kononnya sokmo sibuk. Tapi kan..woi..sibuk sangatlah kan tapi sekejap2 ada je hapdate status pesbuk dgn gambar dia terlentang atas sofa dengan anak bulunya sekali. Dah2 la tu skodeng instagram adikputrak..buat2lah membaca forum penjagaan anak2 bulu ye...ada jugak pekdahnya.

Adalah i masuk fb page kelab diet ni...ada sorang follower tanya satu soklan yg takde kena mengena dgn diet. Nak mintak pendapat katanya. Dia cakap mak dia dah 2 hari mulut berdarah. Bila baring, lagi banyak keluar..apa dia patut buat? Apa ke vengongnya awak dik oi...mulut mak kuar darah without any triggering factor macam kena parang ke, cucuk sembilu ke..perlukah tanya lagi apa nak buat? Pi la bawak mak ke sepital dik oi!! Mesti la serius and ada underlying factor tu..

Yg tak tahan tu dr2 yg tak bertauliah memberi comments. Ada yg kata..haaa..kurang vitamin C dik non. Wah! Tanpa mengambil history and check mulutnya, boleh dah bagi diagnosis? Common ke penyakit scruvy kat mesia? Ada sorang pulak nyampuk...dia suh cari apa tah ubat ni...dia kata tu mesti barah gusi tu..dulu dia seminggu kena barah gusi..pas buh ubat tu terus baik. Aiyo...nak je mulut i ni berkata2..barah gusi? Have not heard of it esp. bab yg buh ubat sapu je pastu boleh baik. Am wondering why pencipta ubat tu tak dapat nobel prize for coming up with a cure for kanser/barah gusi..btw, kanser mulut ada..gusi je..takde. ish ish...comment2 yg diberikan sungguh la tak masuk akal uols!

Pastu ada yg tanya 'err...saya tak makan breakfast, lunch saya makan sikit je seperti yg disarankan and malam saya minum air kosong je..ok tak diet saya ni?' ..aiyaiyaiyaiyai...dik...sebelum nak buat sesuatu yg baru, adik pi la bertenet..cari informasi..baca banyak2 dulu.. Mana boleh diet cara cenggitu. Sama jugak ada sorang acik ni dulu pernah bagitau kat i. 'Kita minum oat je pagi2...tengahari tak makan apa2..petang je baru makan nasik. badan tak mo gak kurus2!'. Lerr makcik....kalau kilang tak dapat bahan mentah, boleh kah kilang berfungsi? Sama gak ngan badan kita..kalau takdak makanan to provide fuel, camna metabolisme nak berjalan? The body goes into starvation mode lah..maknanya metabolisme becomes slower. How to lose weight like this? There you go, lesson on human physiology sikit. (Dan awak...dah dah lah suh saya jadi maun je...). Ok back to the question akak yg tak makan tu, adalah orang2 yang comment. 'Eh..kalau awak dah biasa camtu, ok lah tu' . Haiyaaaa..sebelum beramal, kita kena berilmu...where to get ilmu? Go read up..

Pastu yg budak mati and a few other sakit because makan ayam tercemar with Salmonella tu. This came from Berita...i thought newsreader kena buat research sebelum be on air? Salmonella is not a virus ye...check your facts la dulu...Tegak bulu roma i mendengarnya..setegak camna i dengar sorang correspondent kat Hinglen ni pronounce Notting-em as Notting-ham..bila Esah tanya dia (btw, Esah ngaku yg acik tu idolanya), dia kata..oh mesti kesilapan tu during voice over. Piraah! Memang sah suara dia..and i'm not yet deaf as we speak.

Last but not least...this group of people yg really, really against modern medicine..of course news yg few days ago agak tidak membantulah...about this boy yg naik rashes, ulcers and what have you lepas makan ubat yg dr prescribed. Ada sokabar tabloid mana tah pi buh title besar 'Doktor beri racun'. Boleh?? Of course it didn't help with the pak budak pi buat report polis. Dalam kes camni, janganlah kita biarkan *sodalam kita bersimpul ye...buat kajian dulu...tunggu pandangan dari pakar..Takkanlah dr yg siuman nak bagi budak racun kut...what this boy had was severe allergic reactions to the drugs...it's called Steven Johnson's syndrome. Takkan dr tak tau..you may say. Well..unless the boy has had it before, no one would know. In the future, kalau dah ada known history and parents inform the dr and dr still bagi ubat yg sama, haaa..yg tu barulah boleh cakap 'DOKTOR BERI RACUN'. Tak cukup font size16, buh 44!

Oh yes...let's not get started with the anti-vaccine group....memang bagus ikut pemakanan sunnah..memang bagus makan habbatus sauda..tapi uols tak fikir ke yg vaccines are also a form of ikhtiar? Kalau anak you suffered from some form of adverse reactions from any vaccine, janganlah terus perang habis2an dgn segala jenis vaccine yg ada di muka bumi ni..he may be the unlucky 1 in a 1000 (katalah) to suffer from the reaction. And please, baca dgn lebih mendalam lagi before forming an opinion, please read scientific articles also..eh..read these first sebelum baca blog2 yg of course came from biased opinion. 

Lagi satu...masa i kena demam denggi dulu and temperature dah 39+ celcius, of course kena makan panadol macam kacang putih. That was the strongest anti-pyrexia i could take since i'm allergic to all other types. One day tu sampai misi2 suh i mandi air sejuk basah rambut semua (bayangkan di bilik beraircond..idak ke menggigil sampai ke tulang sumsum? Pastu, siap kena neb pasal semput pulak). Someone queried..dia kata..cer kurangkan sikit makan panadol tu...cer try mop je badan and minum air banyak2. Hmmm...OK..untuk informasi semua ye..if body temperature terlampau tinggi and you don't do anything fast to bring it down, the effect on the body is similar to heat stroke ye..Imagine budak2 yg mati lemas kepanasan terkunci dlm kereta..metaphorically speaking, the brain gets fried. So nak ke kita benda ni terjadi pada anak2 yg demam kat rumah and ibu bapa refused to bagi panadol or sewaktu dengannya kerana tak termasuk dlm pemakanan sunnah??? Yes, you boleh mandikan, mop badan dengan air, letak bawah kipas etc..but how fast? So think again.

Whatever it is, berilmulah sebelum beramal.

Sekian, terima kasih.


*jangan biarkan sodalam bersimpul = don't get your knickers in a twist = jangan la cepat gabra

5 comments:

  1. I love this post cik kiah....i so agree with you . Kadang2 org yg komen ni ikut sedap tgn je nk type...

    ReplyDelete
  2. seb bek bagi tau apakah itu sodalam bersimpul...

    x

    ReplyDelete
    Replies
    1. Piah, in your case would be: Jangan biarkan sodalam Garfield anda bersimpul..

      Lap you!

      Delete
  3. Lu kijammmmmmm!

    Lol.

    x

    ReplyDelete