About Me

My photo
I'm forty and (not) loving it.

Thursday, July 5, 2007

Firstly i would like to thank Bellabedot for her entertaining summary of sitcom dolu2. Dua tiga menjak ni i am too lazy to drop a comment or update my blog walaupun selalunya ku keciwa kalau ada certain manusia kat Lawn-dawn nun tu yg kejap update blog regular cam itik berak lepas tu gersang macam sex life sesetengah org tu (sapa tataw..ni saja mulut nak bercelupar. Completely forgot about the Small Wonder sampailah you ingatkan Bella, now can't get that annoying Harriet's freckles from my mind.

Last weekend went to Bookit Merah with papa bear and baby bear (maid kena tinggal rumah jaga bebudak bulu tiga ekor tu). This is not my idea of a holiday, not really into theme park ni, and kalau ye pun nak pergi, Sunway Lagoon jaraknya cuma setanak nasik je dari rumah, lagipun the weather has been extremely panas cam neraka dua tiga hari ni (sekali lagi mulut celupar ni berkata..neraka of course takkan terbayang panas nya and definitely won't be able to tell this tale pun..ampun tuhan). The bos of the department that i'm attached to in the other workplace has summoned all of us there for some meeting and getting together lah basically. I was too much of a scaredy cat to come up with excuses tak mo pergi so in the end the Big Bear family was there and i must admit i enjoyed myself watching little D enjoying herself...mandi pool sampai terbenam dalam air 4, 5 kali...

Weekend is just round the corner..and what with 7/7 ni banyak la jemputan org kahwin..kononnya nak dapat berkat auspiciuos date ni lah katakan....ptuihh! Koser aku. But of course masih terngiang2 kata2 nasihat dari social worker lawn-dawn tu, dia kata kalu dah kawin ni, susah sikit nak jadi anti soc (cam dia pernah!! Kawin that is. Ye ke tak nah, literally speaking?? Hehe..). I don't enjoy dressing up tengah panas remang tengahari dgn baju yg dah start sendat kat bontot, perut, ketiak segala neka and having to make small talk dgn aunty2 yg mulut macam puaka. Ditambahkan dgn Mr Gig yg suka sangat nak bawak little D and she'll end up bergayut from my tudung...kalu tak yah pakai tudung and pakai spaghetti strap je cam little D boley??? Nanti kang ada pulak CNN kaki ampu repot kat Cikgu Nor kat Peghak lak (mak i la ni).

Anyway, the moral of the story is...ada la cousin jantan i sorang ni nak kawin kat rumah pompuan this Sat. According to my bro, si mamat ni idak le menjawab multiple sms or calls dia buat to confirm kan the time and place utk kitaorg berkumpul..ye la, takkan nak dtg sekor2 cam kambing balik masuk kandang kan?? I am beginning to feel a tad annoyed. Heloo!!! We are actually trying to do you a favour here, nak meramaikan rombongan you, takde la kena umpatan nanti yg kononnya cam you takde sedara mara. Seteruk mana pun you tengah asyik mahsyuk with the thought of being the king for the day, i think you're obliged to at least menjawab sms or calls from your sedara kan?? For me to agree to attend any kind of function during weekend pun dah cukup bagus, ni ditambahkan dgn panas remang tengahari camni, so i tensi la kalu ada org perangai camni..

And issue makcik2 mulut puaka ni kan..why do some people think they have the liberty to pass comment yg menyakitkan hati. E.gs.

- Ko ni bila lagi nak tambah satu lagi (apa makcik ingat saya ni factory vcd haram ke?? Nak beroperasi siang dan malam?)
Masa takde anak, sibuk tanya bila nak anak, bila dah ada satu, tanya bila nak tambah lagi..seriously there's no pleasing this ppl lah! Or shall i answer this way,

Ok, makcik nak saya beranak ramai cam anak macik si ABC tu? Dia muda dua tahun dari saya kan? Anak dah lima ye? Ooo..patutlah saya nampak dia cam ikan sepat masin je..kecut tak bermaya... Dia senang lah, laki tak bekroje..boleh le bila bangun tido hantor bebudak tu kat rumah makcik utk bela..eh, takkan?? Si ABC tu masih duk kat ghumah makcik kan walaupun dah 10 tahun kawin kan? Patutla boleh beranak ramai, ada org nak bela..(wuish! Dasat sungguh mulut ku ini).

Ataupun, mesti ada mulut yg akan berkata,

- Ko dah gemuk balik lah!
Shall i jawab,

Mana tak gemuk, asyik makan kat hotel je. Bayar dah mahal, takkan nak teguk air je kut..

ataupun

Mana tak gemuk, exercise setakat pegang remote control astro je...ada maid ni senang..tak yah buat apa2 kerja..

That's why i hate going to weddings, family gathering etc. why? Because some people are bound to reduce me into being despicable myself dah ever ready dgn jawapan2 puaka.

Last time when i didn't have little D yet, ada la sorang pakcik i yg mulut mgalahkan makcik yg suka pot pet kat 3 dara pingitan tu..dia selalu cakap.

'Nah (dia panggil bini dia), aku tak nampak apa2 pun kat perut budak ni (meaning my tummy yg pregnantless tu)' and he'd say this tak kira tempat, tengah berarak pengantin pun ada sekali tu sempat nak berpuaka.

I nak je jawab 'entahle apa yg tak kena..boleh tak kitaorg nak konket nanti, pakcik tengok, entah2 silap teknik ke, MG gi pancut masuk lubang hidung ke?'

And one point i was sooo tempted to jawab like this, but my mum said it was not on..ces!

'a ah..tak taulah kan..memang hajat di hati nak cam Pakcik, beranak 5. Tapi takut pulak nanti 2 hisap dadah, sorang asyik kawin cerai gila kat GRO, sorang kleptomaniac and the only one yg ada degree pun laki kalu balik kampung taknak tegur sedara mara kita' Boley???

You can sense how stressed i am about having to attend family weddings kan?? I hope i can just get through this weekend with my dignity intact, my tudung in place and no carut marut in the car on the way home.

No comments:

Post a Comment