I went through my stuff at the office just now and came across my diary. The only one i have (blog ni kira macam diary jugak la kan? Even though banyak benda gak yg kena sensored), which i kept from 1990-2001. Until i met MG and married him...pas tu dah takde bunyi apa2 dah because chenta hati telah diketemui and takdak pi mengorat or diorat orang dah.
I first wrote in that diary when i was half the age i am now. Entries yg awal2 masa i tengah buat english course before i went to the UK to do my A-Levels. Antara ceritanya ialah:
1. I like this one guy a lot but my close friend pun minat dia and nampaknya macam this guy pun minat my friend ni. Tapi ghope2nya pompuan yg dia asyik kata cousin dia was actually his steady girlfriend and they had started when they were like 7? Man! (They did get married to each other eventually, tapi sekarang ni tak tau la if they're still married)
2. Since the guy above menjadi pujaan orang ramai, i pun decided, eh, mamat yg sekor ni pun comel gak....tapi tak le pulak nampak cam pujaan ramai so i'm safe. (Yeah yeah..safe sangat la tu..when we were already in the UK, we sort of became close the 1.5 weeks we were in London before all of us had to go to our respective schools. Dia janji nak pi dobi dgn i, then he told me he had to go somewhere, so kena cancel. The MSD put us at a B&B then. As i was walking down the stairs, passed his room and boleh dengar suara dia gelak ketawa dgn pompuan lain dari dalam. Gila punya remuk rendam jiwa. Kononnya, that was it la..frust gila! tak tau that was just the beginning of a series of patah hati. Kalau dok celah ketiak mak je kan tak jadi benda2 sebegitu. The next day he apologised setelah i gave him the cold shoulder - dia cakap, he couldn't help it. Minah tu minat sangat kat dia. Pergghhhh!)
3. Highlight of the day while doing the course was nampak jejaka tampan pujaan hati beli roti canai dekat gerai depan asrama. (style mengusha lelaki was to intai belakang curtain yg pendek and setakat tutup kepala je and it didtn't matter orang yg kita intai tu boleh nampak kaki kita)
4. Masalah seperti apa nak pakai pergi class the next day dirasakan sungguh besar (cuba kalau dapat masalah cam sekarang yakni supervisor gila ke, sudah pasti pi bunuh diri dulu)
5. Takde sapa boys yg minat i masa ni kecuali that guy yg bagi i dodol tu. (have blogged about him previously. Must be because i was ugly...itupun dah pakai contact lenses tau..agaknya kalau la depa tengok i masa sekolah2 dengan spek besar ikan mas, konpem dapat nickname ugly betty)
6. Selain daripada jantan dari No.1 di atas, i jugak minat kat sorang ni. Langsung tak hensem but so kind and considerate. Tapi boipren orang la pulak....on the flight to UK, he sat next to UstazahMunah (ikut alphabet kitaorg kena duduk) he UM the pic of his gofren..dia pandang gambar tu macam sayang sangat, pas tu dia tanya UM, cantikkan gofren i...(UM later told me that dia rasa mamat tu juling atau UM yg rabun because serius tak lawa..lawa lagi uglybetty. So i yg mami jarum ni pun pi la tanya that guy, nak tengokla gambar bakal madu (mana tau)..that guy keluarkan gambar tu dari wallet dia and buat aksi2 dengan pandangan sayup je cam chenta sangat lah (memang sah chenta sejati..if i was mean, or if that guy was shallow, kalau i nak renggut chenta that guy boleh saja kut..ya la...she was like 10000miles away kan. Well, he did marry her. One fine day, many, many years later, i was on my way balik kampung and made a stopover kat KFCBidor. Masa tu solo molo lagi..guess who walked in, with his pregnant wife and mak mertua (aku rasa le). Him! Of course i purak2 tak nampak dia)
7. Was so pissed off with one guy masa kat english course ni. He said to my friend yg dia rasa i ni kaki clubbing. Erk??? On what basis dia buat tuduhan terlampau tu pun tak tau la (After i dah grad and dah balik mesia and tengah sedap makan roti canai (as well as bunuh nyamuk) after work with a friend, i saw this guy selang beberapa meja dari we all. Cecepat i buang alat bunuh nyamuk tu and i told my friend that was the guy that pissed me off big time once upon a time. I cakap, kalau dia datang kat meja kita, i akan purak2 tak kenal dia. Guess what, he came over and said to me, you Cik Kiah dari ALevel* kan? And me being me, haa...BenAffleck (bukan nama sebenar)! you kat mana sekarang??
Bengong gila..

No comments:
Post a Comment