Someone mentioned to me that she's my number one fan...i segan uols. Apalah sangat blog i ni...There's not much of cerita2 berunsur teladan..blog mummy2 sungguh jauh sekali...blog memasak cam Lurpak? Harammm...blog hardcore cat lover pun tak boleh qualify lagi...nak kata blog handbag? selagi takde dot dot dot or wordless wednesday, tuesday and whatever day jangan mimpilah kan? Lainlah macam blog bff i kat London sinun tu..at least her life (and mouth for that matter) is so much more colourful than mine. What i do especially nowadays, is to bangun pagi, pergi office on some days, buat2 kerja sikit, makannya banyak, drive balik rumah, pegang remote astro, kebil2 depan tv, keriau2 sikit kat anak2, sengih2 kat laki i and then membuta sampai esok pagi...oh yes, most days ditambahkan dengan adegan2 geram sana geram sini. Seriously, i need to get a life! Anyway, kepada sesapa yg claim suka membaca blog ini, terharu makcik..! Ok, Esah lainlah kan, dia selalu keriau2 suh i update because dia dgn i have this 'bukan chenta biasa'..(whatever it is Esah, kentut kau maintain busuk).
Last weekend, i went out with MG, just the two of us. I nak pi cari printer. Tak yah la sabtu ahad masuk office semena2 nak print out surat saman ke kan..Then i thought, hmmm..might as well i got to this music centre that boasts they can send music teachers to any home within KlangValley. Ye lah, mak si Little D akan jenis queen termite yg takkan bergerak dari singgahsananya so, i need one to come to us instead. Found the place..then eh....baru terpikir, cemana nak suh cikgu datang ke rumah when we don't even own a toy piano! Dah kena pi cari piano la pulak..sebelum tuan puan ingat saya ni macam jenis yg buat hasty decision, sebenarnya tak..dari i umuq 7 tahun i nak ada piano kat rumah but i didn't get the opportunity. Lagipun Esah selalu gasak i (can i blame nearly everything i do on you, bebeh??), udah2 le beli henbeg and bling2...(saja tak mo cakap tapi 3 minggu sudah teman terbeli henbeg sementara tunggu kawan nak lunch sama2 kat KayElCC..hehe). So we got one...MG approved the aesthetic value of that piano. Now benda tu dah terbongkang kat rumah, i'm yet to call up the centre and arrange little D's piano lessons. Sungguh menggelitik hati i nak belajar sama...
Diriku di dalam dilemma...i mean i'm an old dog..can i be taught new tricks? I nak usha cikgu Little D dulu...kot2 garang ke...i have enough GordonRamsey teacher figure in my life at the moment..ni kang bertambah stress le pulak kalau dapat cikgu piano from hell. I have been reading quite a lot around this subject...ada pendapat cakap yg play by ear is much better..ada yg kata sight reading is much better..so, anyone has any opinion? Kalau nak cakap udah2 le Kiah, bagi le peluang kat anak2 je...pun i akan terima (make sure evidence based to support you argument yea..kalau tak nanti i rotan).
Until next time, taraaa!

usah la kau merasa gusar, belajar sajalah piano.. T-Bag pun nak belajau drum tatkala umurnya dah nak menginjak ke 30tahun, hehehe..
ReplyDeleteI pun dah jarang masak Cik Kiah oi, kerja banyak, otak serabut, tgh mencari 1-2 contributions, kahkahkah!
Anyway, i always love this blog. Especially bila part u mengata Makji Esah (Makji, selagi u tak belanja I makan dkt Kadiri's, I ikut sama la mengata u, hahahahahaa)
Lurpak,
ReplyDeleteMakaji cakap Kadiri's anytime tapi dah alang2 ko turun london, sila bawa nasik lemak and karipap sekali (ceh..matilah aku pitnahkan Esah)..
Lambat nak komen , tapi takpe. My comment is belajar aje piano tu. Usually cikgu2 muzik ni ade pendekatan yang lain for kids and adults yang baru nak kenal notes, so they akan cari ways to make your learning easier.
ReplyDeleteSepanjang I belajar main instruments ni, tak pernah lagi jumpa cikgu muzik yang garang. ( Cikgu sekolah tak kira. I penah kena ketuk kepala dgn rekorder sebab salah tiup note. Sedih ).