About Me

My photo
I'm forty and (not) loving it.

Wednesday, May 22, 2013

Belalang perpaduan

Fuh! Title cam tv pendidikan je.Malam ni takde cerita kontroversi. Biasa2 je.

Dulu2 i sekolah konben. Lepas tu i masuk sekolah co-ed. Anak2 melayu yang lain semua dah masuk asrama. Masa zaman i, kalau you tak masuk asrama, you consider dropout, ok. Mak2 bangga bila orang tanya, si Polan kat mana sekarang? EmArEsEm...tak kisahlah kan yg anak tengah sengsara asrama dalam kebun kelapa sawit and silap2 teman tido adalah ulaq..(this one too much imagination).

Anyway, oleh kerana i lama di sekolah pompuan, i of course rasa masuk co-ed school tu adalah satu penyiksaan. Malu!  Jalan tundukkkk je. Masa dapat period siksa jiwa ragaku..dah la time tu tola pelekat takdak set2 yg kuat serap serupa hari ini..dulu2 tu, ada 3 choices je kut. Sanita, Daun or Kotex. Ada yg had bergelung cam hospital buat orang lepas beranak pakai. Daun? Rentikanlah..memang senipis daun kaedahnya. So Sanita it was...yg panjangnya dekat sehasta..nampak je bonjol2 macam ekor itik. Terlupa, ada satu lagi brand kut, namanya Lady (because tetiba i teringat lagu iklannnya: Lady lembut, Lady selesa, lady selamaaattttt...Pastu tunjuk dua, tiga orang pamugarik turun dari katebang, gaya2 gedik. And u still wonder why my cita2 masa kecik dulu nak jadi pamugarik Piah?). Dgn inovasi tola pelekat jaman tu, sudah pasti 'cap batik' akan selalu berlaku. Tambah2 lagi kita ni badan yg sedap2 subur ni.

So when i had to enter the co-ed school, ada siksa jiwa ragaku! Setiap lima minit kalau bangun kawan pompuan yg dok belakang akan kena scrutinise bontot kita kot2 terbocor. Itu tugasan dia utk satu minggu tu.

Satu hari, cikgu sains bagi homework, suh pi kutip belalang untuk kelas hari jemaat. Aiyo kadawale. Harus i and kawan2 i yg ex-konben ni pening kepala and geli geleman kan? Dahla kitaorg ni orang baru, tak kenal sesapa. Kalau rhope serupa DianaDanielle ke lainlah kan? Petik jari, mau 10 ekor belalang jejantan tu carikan. So, my two friends and i pun berpakatlah nak masuk kebun ubi tinggal not far from where we lived. Takde le semak samun kebun tu. Pokok ubi tinggi2, terang2..so we thought oklah. Not scary. On the fateful day, kitaorg park basikal kat tepi kebun, armed with bag plastik, pun masuklah kebun.

Phwoaarrrr! It was sorga belalang uols! Big, fat, yellow ones. Lompat sana lompat sini..even though we weren't fast enough, we were sure by the end of the day, mesti akan dapat punya because there were loads! Kalau i orang Siam yg makan belalang goreng, mesti i thought i've died and gone to heaven. Lepas 5 minit, i terpandang kat kaki i (pakai selipar je). Mak datukkkkkk! Not only was the place sorga belalang......it was sorga PACAT alsoooo! A few pacats were adjusting their position on my toes..elok2 nak port. Mencicit tiga dara jelita lari keluar dari kebun, hentak2 kaki, angkat2 skirt, i check you, you check me kaedahnya, kot2 la ada pacat nak 'menjandakan' we all (aik??).

Pasrahlah je esok pi sekolah tanpa belalang. And what do you know?? Ada sorang budak laki yg paling tak hensem (serta gagap) telah berjaya menangkap seakuarium penuh belalang, uols! Dan dengan baik hatinya berkata kepada we all, 'lu takda itu belalang kasi angkat saya punya'. Sweet! Rasa cam nak peluk2! I dok kat sekolah tu sebulan je...pastu kena masuk sekolah asrama budak2 sombong tu. Walaupun dapat masuk sekolah pompuan balik and kononnya elit buukan main, i missed the sekolah co-ed yg penuh budak2 simpang tu.

Btw, kesemua characters di atas adalah bangsa Malaysia, bukan Melayu, kecuali i. Eh, melayu bukan Malaysian ke?

No comments:

Post a Comment