I 'copy & paste' this from my fb wall.
"Firdaus Wong Wai Hung
[BN, PR, Perkauman & Obama]
Saya adalah Cina yang kembali kepada Islam. Saya tidak diminta lahir sebagai Cina sebagaimana anda tidak diminta dilahirkan sebagai seorang Melayu, India, Kadazan, Iban & sebagainya. Yang paling penting, saya adalah Muslim & InshaAllah akan mati sebagai seorang Muslim.
Tulisan saya ini khas untuk semua & saya mulakan dengan penyokong PR. Adalah sesuatu yang memalukan serta mendukacitakan anda sanggup meminta dari Obama untuk membantu. Sedarkah anda bahawa Obama & Amerikalah yang telah menghancurkan kehidupan rakyat beberapa negara dan anda meminta mereka utk caimpur tangan dalam hal ehwal negara? Masalah negara kita, kita selesaikan antara kita dan walaupun anda menuduh bermacam-macam namun apakah anda mahu melihat Msia huru-hara seperti negara lain akibat tidak berpuas hati dengan keputusan PRU?
Saya menyokong PR dalam PRU lepas tetapi saya menerima BN sebagai pemerintah & kerajaan walaupun ada yang berkata terdapat penipuan tetapi saya mengutamakan kedaulatan negara dari dicemari. Meminta bantuan Obama bukan jalan penyelesaian yang bijak. Pemimpin mencerminkan rakyat & anda ada masa 5 tahun untuk 'berkempen' sebelum PRU 14.
Kedua ditujukan kepada BN, jangan berkata DAP mahupun Cina menolak Melayu dan Racist. Kenapa bila dulu MCA menang banyak tak dikatakan mereka racist dan adalah pernah MCA menyenaraikan calon Melayu untuk PRU dalam sejarah mereka? MCa juga ditolak ramai Cina sedangkan MCA adalah parti Cina? Dari 15 kerusi parlimen pada PRU 12, kini mereka hanya adalah 7. MCA juga ditolak oleh orang Cina, Melayu & Indiya. Bila Gerakan dengan ramai ADUN & MP Cina sebelum PRU 12 kenapa pula tidak dikatakan racist dan ada agenda? Adakah kerana mereka parti gabungan BN maka anda berdiam diri? Cina tidak menolak Melayu kerana jikalau anda rajin mengkaji, kenapa Rafizi seorang Melayu boleh menang di Pandan yang banyak pengundi Cina? Ibrahim Ali & Zulkifili Noordin kalah di kawasan yang banyak pengundi Melayu. Orang Cina hanya kurang dari 20% dari penduduk Malaysia jadi kenapa Cina yang selalu dikambing hitamkan? Jangan salahkan Cina mahupun Melayu ataupun India jikalau sokongan berkurangan tetapi tanya diri kenapa rakyat Malaysia menolak gagasan anda. Yang jelas sebenarnya rakyat jelata baik Melayu, India, Cina, Jawa, Bangla mahupun Iban menolak politik perkauman yang menjadi senjata setiap PRU terdahulu. Rakyat makin matang berfikir dan menilai.
Usah meniupkan api perkauman baik dari PR mahupun BN. Usah juga kongsikan gambar atau dokumen yang anda sendiri tidak pasti kesahihannya lalu dikatakan inilah agenda mereka. Sediakah kita menjawab di depan Allah jikalau ianya adalah palsu akibat teruja sangat untuk berkongsi info yang kita sendiri tidak pasti? Sedihnya ramai Muslim terjebak dalam isu sebegini dan mengapakah ini terjadi sedangkan isu perkauman adalah mainan jahiliyyah dan apakah kita masih terperangkap dengan bisikan syaitan?
Yang telah menang, tunaikan janji anda. Penyokong calon dan parti yang menang, ingatkan mereka akan janji yang ditabur. Yang kalah, fikirkan di mana silapnya dan teruskan berkhidmat dan bukannya muncul apabila tiba musim PRU. Wahai saudara seIslam, ingatlah bahawa Allah SWT memberikan kekuasaan kepada siapa yang Dia kehendaki dan hidup ini adalah ujian bagi setiap manusia.
Dari kita bercakap mengenai perkauman dan bangsa, mari kita mengembleng tenaga mendakwahi mereka agar mereka menjadi saudara seakidah dengan kita walaupun berlainan bangsa. Allah SWT tidak akan bertanya apakah bangsa dan kaum kita tetapi InshaAllah kita akan ditanya apakah yang telah kita lakukan dengan Nur Islam yang Allah telah kurniakan kepada kita dan pastikan kita ada jawapan di akhirat kelak. Wallahualam... "
I'm asking you out there sudah2lah menjadi keyboard warrior di fb or blog. Whether you are against racism or the present government. Adakah anda tidak percaya kepada qadha dan qadar? Sebelum menyalak2 kata itu ini tak adil or sapa2 tu bodoh bangang etc. take a look at yourself. Adakah anda tidak pernah melakukan kesalahan? Adakah anda seadil2nya boss di tempat kerja? Adakah anda tidak pernah terlalai menjalankan apa yg telah diamanahkan pada anda oleh tuhan, boss, pekerja2, kawan2 atau sesiapa sahaja yg pernah menaruh harapan pada anda? Apa alasan anda pada masa itu?
Do not preach about Islam when you yourself takde jauh beza dari diaorang yg you call mungkar - baca something on the internet and then share kat fb you. Kalau apa yg you share tu tak betul, sudah jatuh fitnah. Atau bagi pendapat yg one or two liners bertujuan utk provoke orang berdebat dgn you. Dan semestinya awak hebat berdebat.
Now is the time to heal and work hard to betulkan apa yg kita rasa ada kepincangan dgn pemerintah, sistem dan masyarakat kita sendiri. Gunakan saluran yg betul, ikhlas and pray hard that you will be able to make a difference. Rintangannya pasti ada tapi menyalak tanpa henti (di fb) atau remote control dari jauh tidak akan menyelesaikan apa2.
Sekian.
Komen2 yg berunsur negatif tidak akan dilayan.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:
Post a Comment