About Me

My photo
I'm forty and (not) loving it.

Monday, June 21, 2010

Eva Minah Mendes

Once upon a time, masa kat sekolah rendah, i knew this girl, teman tapi tak mesra. Mungkin ada la sekali pergi rumah dia for her birthday party. Dia anak bekas perajurit laut...masa zaman 80s dulu there was like a mass exodus of anak perajurit laut masuk kat sekolah2 di tempat i tinggal tu dgn tutupnya pusat kat spore (i think) and bukanya another pusat near to where i live. Oh tidak, anak2 mereka ini kebanyakannya kekwat2...susah nak cari yang tak. Ada yg cakap rumahnya 3 tingkat (err...sebab depa dok rumah flat???), ada yg cakap bila holiday depa pi Fantasy Island (ala...i pun nak jumpa si pendek yg cakap 'the plane..the plane...' tu) dan kebanyakannya menggunakan bahasa yg asing seperti kita (utk ganti perkataan saya atau kami), pey-gang, and yes they have lovely lunch boxes yg hanya boleh didapati di gedung di singapura sinun. They were a breath of fresh air...

Balik ke cerita tadi, well this girl and the bro who was a year older pakai specs. Yg peliknya to a young mind like mine masa tu awat bila panasnya cermin specnya jadi gelap...of coursela specs depa yg paling trendy masa tu kan?? Mine was just this big platic framed ones in red...jaman segalanya disponsor oleh FAMA idakle depa nak pi sponsor metal framed ones for me kan??? The cheaper the better (especially when all your kids kena pakai specs). For this girl, specsnya bagaikan handbag ElBi utk sesetengah orang.

Fast forward 25 years later, masa my bro kawin hari tu, i tengah bermekap kat atas rumah..it was still early, cuma org marhaban je yg ada masa tu utk doa selamat. My sister terkocoh2 dtg bagitau i ada mak kawan i datang and dia tingin sangat nak jumpa i..i tanya sapa nama anaknya? My sis kata EvaMendes...i kata mana i ada kawan nama EvaMendes..my sis kata itula, dia pun tak pernah dengar nama kawan i yg berbunyi begitu..

Anyway, i pun turunlah berjumpa dgn mak EvaMendes ni. Salamlah kami. So i pun tanya, sapa nama anak makcik yg penuh? Dia cakap Eva Minah Mendes..oooo, i cakap kitaorg biasa panggil dia minah..

Makcik tu pun start la filled in apa yg telah berlaku dalam kehidupan anaknya Minah Mendes in the last 25 years. Pok pek pok pek pok pek...tak sikit pun dia tanya, CK cemana lak?

Dia cerita yg Minah masuk sekolah teknik lepas SRP. Pas tu lepas SPM masuk ITM buat diploma. Kerja sekejap, then sambung buat degree kat ShahAlam pulak (masa bercerita tu terjuih2 mulut makcik ni..napa uols? ITM ShahAlam paling gedegang ke?). Sekarang ni kerja kat HQ kedai francais yg bukak 24 jam yg jual slurpee yg kasi lidah orang hijau tu. Lakinya pun kerja situ...pergi kerja naik kereta sama2. Anak ada dua (or is it tiga,empat or lima? Seriously, konsentrasi i dah tinggal sebesar amoeba je masa tu), ada maid..tinggal kat PandanIndah (or is it Puchong Indah?).

Then she told me that how my former friend ni excited gila bila tau yg maknya nak dtg rumah i, how she wanted her mum to ambik no phone i. Makcik ni pun keluarkan hpnya and insisted that i spoke to the daughter dan dan tu jugak! Erk?!!! Cecepat i cakap, nanti saya call, takpe, lepas kenduri ni. Tak best cakap sekarang, mesti tak dapat nak borak panjang2 (ptuih! I malu dgn tipu helah i)Then she asked for my number utk dia fwdkan pada MinahMendes..i must have terbalik2kan nombor tepon i...it's instinct ok dlm situasi begini...

Then my sis came to hidangkan air. She asked me, awak buat apa sekarang? Err..saya sambung belajar balik. Then dia ulang balik, a ah..cam Minah dulu le, lepas diploma sambung buat degree...

Then she asked some more, ada adik beradik Cik Kiah yg kerjanya dokkottor kan? Errr...sayalah tu, said i. Hah??! Cik Kiah ke? Bukan kakaknya tadi?
Bukan...., saya ..
Makcik berkata2 lagi, eh kata tadi tengah sambung belajar..
A ah! Sambung buat phd, i cakap.

Makcik tu terus grab kuih bahulu, masuk mulut and kunyah slow2..she had nothing to say after that, so i excused myself.

(Pas kenduri i tanya mak i, cemana mak boleh kawan dgn mak Eva Minah Mendes ni? Tak berenti renti cakap pasal si minahnya..bragging habis! Silap orang lah kan..)

17 comments:

  1. SNAP! i suke!dieorang memang suke perasan over the top Singaporean (celup) ni!!memang kiasu. bak kate depa; ah siak! kalau shopping kat Macro ngn Giant Johorjaya, muka very perasan kasta atasan konon beli banyak2 sampai 2 trollies.
    gud job CK!
    -cn-

    ReplyDelete
  2. Beli banyak2 sampai 2 trollies tu untuk simpanan 2-3 minggu atau beli untuk sedara-mara yang lain. Salahke tu?

    Singaporean

    ReplyDelete
  3. I realised that my previous comment without the intonation and such may be misconstrued as being rude (or macam nak carik gaduh?). Sorry about that. Actually memanglah tersentap when i read cn's comment. But upon pondering, I think perhaps there may be some singaporeans who have condescending attitude that caused people to have such perception.

    Singaporean

    ReplyDelete
  4. Anon1 - Sebagai rakyat Spore saya tak terima awak cakap begitu. Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

    Banyak juga rakyat Msia yang kiasu dan sombong, beberapa kali saya bertembung dgn rakyat Msia sewaktu menunaikan solat dan saya senyum pada mereka tetapi mereka buat dak je..mana perginya nilai2 Islam........

    Peace.......

    ReplyDelete
  5. CN, Singaporean and Nur,

    Chill ok...jangan gaduh2 kat sini.
    Different people have different experiences.
    The one i mentioned here is not a true Sporean, but as CN said, Sporean celup..(i.e. Msian yg tinggal lama kat Spore).
    Speaking of Msian yg sombong pulak, memang ada especially if you meet them at overseas. Just recently i was in Jkarta airport at the duty free. This lady and i were looking at some stuffs, memang sah dia msian because cakap macam kita, i made a joke about something to her, but i could have been talking to the wall! She totally ignored me!

    ReplyDelete
  6. let's put nationality tu ke tepi.. sebab manusia punya perangai mmg lain2, tak ikut race or nationality or even religion. Mmg ada jenis org ni mmg ingat everything about them adalah hebat gile, kalu jumpe same org lain, bragging tak ingat plus names dropping pun kuat juge.. dlm dunia education kat IPTA banyak gile org mcm tu.. aku nak pengsan kalau masuk meeting dgr org bragging tahap dewa mcm gitu.. tapi sebab kita kan ada class, malas la nak kecoh2, so buat macam CK.. suck it up sekejap, pastuh at one point, shoot.. hambek ko makcik, pandai lak ko diam makcik....HAHAHAHA>> gelak syaiton...

    ReplyDelete
  7. CK, i like your writing ;) memang bab2 show off ni x kenal negara ke ape kebende pon, its human nature, so kite yg kat receiving end ni redho je la, takkan nak zip mulut dia plak kan? nak balas? abis air liur pon x terbalas ;p

    ReplyDelete
  8. Kiah..aku malaysian and perasan Brits..boleh?

    Esah Knightley

    ReplyDelete
  9. @ck
    -sorry CK for my comment led to to argument.

    @singaporean & nur
    terlebih dahulu, memohon maaf atas komen berkenaan. Diakui ianya bersifat perkauman dan sinis.

    tetapi mengenai situasi "trollies" berkenaan, here's the story ;

    beratur di cashier, di depan ade family singaporean, can be distinguished from their conversation "eh kat Geylang ni 3 dollar, sini 1ringgit je yada yada". then datang kawan/a member of the family ni bawak lagi satu trolly penuh beratur kat sebelah dieorang, means then depan saya. obviously I can't help myself from not being annoyed right? though maybe they do have the rights to split and ask one to line up while the other continues shopping. and shall I start with the road traffic issue in JB and the other half of my family?

    yet again, I'm sorry for generalizing which is based upon my experiences. I shoudn't blame on the nationality, I should blame on the person himself.

    -cn-
    half johorian, half singaporean and a proud 1Malaysian.

    ReplyDelete
  10. Anon - if that was your experienced a fren of mine also had the same experienced at Carrefour, JB. A Malaysian cutting her queue and immediately her son stand up for her. Me too I had that cutting queue experienced and whenever in that situation I always talk to the person nicely and normally I get my way.

    So its your fault why didnt you stand up for yourself? I think if we talk nicely to the person who is/are cutting queue(in this case) the person referred to will feel embarrass......

    Lagi satu I tak fahamlah kenapa orang2 Malaysia espc Johorians menyampah sangat dengan orang Singapore. Must remember kitorang pun menaikkan ekonomi negara anda so takyah nak kecoh2. Kita serumpun and we always need each other.

    Peace....

    ReplyDelete
  11. CN, I think it's nice of you to clarify and apologize... i ni pulak knee-jerk reaction,fingers moved faster than brain, heh~ (hulur tangan bersalaman) Bila u cerite pasal kisah trolley tu, kalau i pun memanglah bengang abis and i dont know if I would tell the person off, kang dia kata eh, bukannya saya potong queue pun!
    Nur... alarr... tak payahlah continue story-mory pasal Singaporean-Malaysian, like all the posts above, I agree that it's more of the personality than anything else, kang blog CK jadi international debate pulak ;)

    Singaporean

    ReplyDelete
  12. Yay CK,

    Orang selatan ganti nama saya jadi kita.
    Dan pegang kami sebut pey-gang....
    I gelak guling baca tulisan ni, sebab gitu gitulah I ni menyebutnya :-)
    True bred Johor Bahru-an.....

    Jaman kita sekolah dulu CK (I tau you lebih kurang umur I), duit kita lebih kurang sama dengan Sing Dollar...
    Glamer habis tu, pencil mechanical, beg kotak merah putih, payung tekan, baju hujan trendy, lunch box and botol air latest gitu...and the fav thingy...buah anggur jadi santapan kasi sekolah tu...
    Semua orang ada benda yang sama, iyalah dah kami satu kelompok kan....jadinya tak rasa pelik tau.

    Masuk jaman college and kerja, baru ku tahu, apa ke bendanya yang kami buat masa kecik tu...abnormal...hihihi.
    Kita kita orang kan, tak gheti nak naik basikal jauh jauh sebab dari tadika private tu...hihihi....dah naik bas sekolah.
    Tengok TV pung Singapore, I tak tau langsung TV Malaysia jaman tu.... :-)

    Siap cita cita nak jadi artis lagi...


    CK, terima kasih mengembalikan kenangan kecik kecik ya.

    Dan tahniah sebab CK berjaya mengawal keadaan dari jadi keruh dengan makcik tu. Anggaplah ini asam garam hidup. I jumpa banyak pesyen species asing Malaysia sepanjang I kerja merata dunia.
    I pun banyak jugak silapnya.

    SH

    ReplyDelete
  13. Nur ni overlah!buat malu je. janganlah tambah2 lagi.orang lain dah minta maaf dah.

    ReplyDelete
  14. Hi folks,
    Let's not get too emotional OK...the entry was meant for easy reading. Tak kira singaporean ke, msian ke, kalau yg OK, OK, kalau nak berperangai pelik, tak kira bangsa.

    Nevertheless, thank you to those who enjoy reading my nonsense.

    P/S Esah, ku terima mu seadanya kerana sesungguhnya ku yakin bontot mu tetap hitam.

    SH,
    'Jaman kita sekolah dulu CK (I tau you lebih kurang umur I), duit kita lebih kurang sama dengan Sing Dollar...'

    err...you mean you're also 18?? (for the 20th year?)

    ReplyDelete
  15. @singaporean
    *salam salaman* =))

    @ck
    sorry ye CK buat kontroversi kat sini.

    -cn-

    ReplyDelete
  16. Hmm... it just got me thinking, Cik Kiah, you've got quite a large number of fans.. tak nak buka fan club ke? Boleh kami berkenalan satu sama yang lain, hehe...
    And yes, I enjoy reading your blog. Ada kalanya some words I just guess the meaning,
    like kekwat (show-off kot?) :D

    S'porean

    ReplyDelete
  17. Anon-saya yang over ke awak yang over...relax ah...cebab........hehehehehe..
    Anwy, CK I memang suka baca your blogs as and when I have the time....penghibur hati yang lara lah katakan......hahaha....Keep up the good work.:)

    Peace

    ReplyDelete