Saya sibuk kebelakangan ini. Tipu! Baru minggu ni saya sibuk kerana saya ada tugas dalam conference. Minggu lepas saya kena penyakit malas...seperti yg telah diwar warkan. Saya ingat minggu ini nak mula semula, tapi tup2 rupa2nya saya terlupa yg saya ada tanggungjawab sebagai sebahagian daripada LOC conference. Camana boleh lupa setelah selama lebih kurang 3 tahun kami merancang untuk ini. Anyway, best gak sekali-sekala dapat buat sesuatu selain daripada ambik darah orang...lebih2 lagi malam esok saya akan bermalam di ibukota bersama dgn BFF saya. Saja je..bukannya tak boleh balik ke rumah lepas gala dinner...lagipun kami bukan menginap di hotel venue conference tersebut..dah lewat booking, manalah ada bilik kan...lagipun saya suka design hotel sebelah restoran SM tu, jadi saya dah book situ. Saya cakap kat MG, babai! Esok malam saya tak balik rumah ye..!
Baru2 ini saya pergi majlis pertunangan sedara saya. Waduhhhh! Siap ada pelamin lagi..bagaikan di sorga, bagaikan di atas kayangan bak cite Pramlee Jula Juli Bintang..whatever (betul ke ni? yg ada R.mahadi tu). Waduhhhh...bakal pengantin perempuannya dok dengan pelbagai gaya untuk dirakamkan..(sib baik bakal pengantin lelaki tak bersama bergaya, kalau ye mau muntah cirit saya meluat). Amboi, cincin batu nilam berikatkan berlian...teringat saya pada time saya dulu....mana ada bertunang semua itu....MG datang dengan mak bapaknya saja, bawak cincin belah rotan (masnya yg kuning bak mas benggali) dan mak saya serahkan cincin itu pada saya sambil berkata, nah! Dan masa itu, saya tengah menyenduk nasik kat dapur...adakah saya telah disolekkan?...tidak...adakah saya pakai baju cantik?....ya..tetapi baju raya 5 tahun sebelumnya (kan saya tak kisah raya bila kat obersea)...adakah jurugambar yg merakamkan detik2 indah bersejarah itu?...sebijik haram gambar pun takde..! Adakah saya menyesal??? Ye, kerana sekarang ni terfikir kenapalah bongoknya aku! Konon macam macholah, tak mau nampak cam gedek sangat nak kahwin..padahal dalam hati bagai digaru2! Adakah saya belajar dari kesilapan semasa merisik cum bertunang cum tah hapa2 saya itu dan buat yg lebih bagus untuk hari pernikahan saya?? Tidak jugak..kalau hari kahwinnya esok, mungkin jugaklah kan. Masa hari saya kahwin, saya masih lagi malu2, tangkap gambar pun cukup syarat je. Idakle macam muda mudi sekarang yg terlentang tertonggeng atas katil, atas titi, celah pokok bunga, dalam semak, apalagi? Sampaikan jurugambar tu cakap kat kita orang, 'apa? luorang gaduh ka?'
Apa2 pun bila saya tengok balik gambar kahwin saya, saya rasa bangga (OK la puji diri sendiri)...kenapa? Kerana apa yg tertera di muka saya dan MG adalah priceless...susah nak dicari pada zaman itu apatah lagi di kalangan pengantin hari ini. Terserlah betul ke'innocent'nan kami. Muka kami malu2..dan pengantin sepatutnya mesti macam tu OK, bukan lambai2 kat tetamu dan senyum nampak gigi molar ke molar walaupun diri empunya dapat kahwin dengan doktor/datuk/model/angkasawan...eh tak baik mengata orang. Tapi ini panduan untuk bakal2 pengantin musim cuti sekolah ni ye..ingat adik2, kalau senyum jangan nampak gigi..biar demure gitu..sekian...
p/s adakah saya berlakon innoceng di hari kahwin saya? Oh tidak...sebabnya saya dgn MG baru keluar sebulan dua, cakap pun adalah sepuluh patah je kut, pas tu makpak suruh kahwin. So kitaorang pun ikut je, macam kena paksa gitu (ptuih!). So memang le masa tu genuine malu2..kalau sekarang..toksah harap le..

Hehehe.. u buat i nak korek balik gambar kawin.. rasanya takde pun i menyengeh masa amik gambau.. heheheh.. i sebenarnye jeles tgk cara-cara org sekarang kawin.. majlis bertunang siap ada pelamin yg cool.. jeles tau! rasa esok nak bertunang lagi..hehehe
ReplyDeleteOh tidak... I must check my wedding photos to see if i senyum malu2 or menyeringai !! Oh tidak !!!
ReplyDeleteBut I am sure we did not tangkap golek2 atas katil or at mana2 taman okeh...