About Me

My photo
I'm forty and (not) loving it.

Sunday, October 21, 2012

Me is Naikgila Losong

 Ada orang tu kan, keriau2 babai kat semua orang pastu tanpa segan silu dia whatsapp i, Bedah, mana hapdatenya? Mana cukup banyak tu je...! Sungguh bernapsu gajah dia tu...Cammm le i ni takde kerja lain kan...just because dah lama i tak yah punchcard..I is busy oso you know. I've got a cake to bake, a lecture to prepare, an official letter to write (official sangatlah tu kan) and oh yeah..a PhD tu finish (seriously tak boleh blah ni). Yes, jugak nak menyelesaikan misteri ke manakah menghilangnya sampah recycleku setiap hari Isnin..Maidku cakap AbangLa sapu sampah ambik...AlangPora cakap they cannot do anything, complaint has to come from the owner. So owner ni yg konon takde kerja tepon majlis bandaran. Eh kata adik yg sungguh efficient ni, not under their jurisdiction. Kena cakap kat jabatan lupus melupus katanya. Yet to call them up...seriously! For sampah oso you want to keriau, you might say. Asalkan ada org ambik biarlah. Thing is kalau si AlangPora ambik, dia bagi plastic bag recycle yg baru. Kalau AbangLa ambik, dia tinggal tapak kakiiii je.

Apakah gambar yg itam longot di atas? I malu nak bagi nama kek tu. Kalau jadi namanya kek Sarang Semut (KSS), Sarang Lebah and apa2 saranglah. Kalau tak jadi, macam bengkang bantat je. Masa i kat obersea dulu, each time i balik ke UK, mak i akan bekalkan kek ni bertaperwei2. Lepas tu ada musim yg takjadi langsung2! Lama dah mak i tak buat...so sekali tu i pun cubalah..memula ikut resipi akak ni from the internet. Dia cakap 'beat the eggs to froth'. Tu dia kau! Kek naik cam busut anai2 and bila keluar dari oven turus melendut cam pasir jerlus (quicksand Esah oi). So i cuba lagi...lubang2 up to 1/2 of the cake depth. And lagi...lubang2 up to 3/4. And lagi! Gambar kat atas tu paling cantekss...! Yes, gua puas hati gila (about time la pun because bebudak kat opis cakap er...dah dah la KSS..buat le pulak lava cake ke...red velvet ke..ceh demand kemain! Sempena aidil adha ni adalah kengkawan nak tempah..cewah..rasa cam serious baker pulak. Kacanglah kan! So this afternoon i pun pilah kedai bakery yg kekononnya utk hardcore bakers....bought all the ingredients..dah harcorelah katakan..tak main lah kedai kaplam tepi rumah kan (lupa daratan). Main campak2 tutup mata je...tup2 bila masak..lerrr....awat lubangnya hama pun tak lepas? Non ado! Is it the soda ke? Or the tepung? Or telur dah lama or tak cukup besar (the only time telur yg besar berpekdah is if it can be used in cooking ye kengkawan). Or is it pasal i melewatkan zohor tadi? Kwang kwang kwang..esok kena try lagi. With new ingredients, and back to trustworthy kedai kaplamlah nampaknya..

Speak to you laterr...nak tengok the Walking Dead..


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

5 comments:

  1. Aye..sorry puas i baca alangpora dan abangla...wakakaka makaihhh bangla ka? nampak bebenau i lambat pikap..baca beberapa kali baru ingat..ke memang ada watak abangLa tu...adehhh!

    Eh i suka kek sarang semut neh...nak minta resipi bleh tak (muka tak malu..hikhikhik)

    ReplyDelete
    Replies
    1. LW,
      Ye le, bila panggil AbangLa tu nampak manis sikit..
      Resepi KSS sat naaa...masih membega2 utk kepuasan maksimum.

      Delete
  2. saya tak sanggup nak try buat kek ni, dugaan nye sgt besarrrr, silap haribulan saya bakar oven tu, wakaka!!


    tapi saya sanggup je makan, mai sepotong, hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. DLL,

      Memang kan..sib baik dekat2 dgn rumah ada tasik so mana yg tak jadi tu kita humban kat ikan2 kat tasik. Jangan sepotong, sebongkah besar pun boleh...bila nak mai KL ni?

      Delete
  3. Flight saya LHR-Batu Berendam, kehkehkeh.. mak saya mengada nak buat kenduri gak bila saya balik, so sebab tak nak jadik tenggang, terpaksa la balik melaka, kalau takde plan kenduri, dah lama dah saya nak pi jalan2 one utama tauuu.. heheheh

    ReplyDelete