Mother of five - 2 biological, 3 of the hairy species. Bimbo and domestic goddess wannabe..
Friday, January 4, 2013
Good manners 101
Happy New Year to all of us. 2012 was really memeningkan kepala and i'm happy to bid it farewell (tapi cam terngiang2 kat telinga i si Esah berkata2, yang ko pi bawak baggage 2012 ke tahun baru buat apa? Ala bebeh, man man la..)
Anyway, i sungguh terpanggil untuk menulis satu entry berbau kak nam with regards to the lack of manners in our people. Bila teringat, hati boleh panas je…
1. Just because you don't have to pay for my service…
Pada suatu hari, i was asked by an acquaintance if i could see her brother punya adik ipar punya cousin punya anak bla blaa….urgent tu urgent tapi takdelah life and death case. Me being the type of person kalau orang dah mintak tolong, i seboleh2nya will want to get it out of my way secepat mungkin biar senang hati. Takdelah pulak kita kata, 'take a number' and tunggulah kau 4 bulan lagi. I must have seen the person 3, 4 kali. Mengenangkan dia nya minor and datang appointment pun ikut pak bawakkan so kita tak boleh salahkan dia kan? Memang typical orang mesia, kalau kata kul 10 mesti paling awal nak terbit 1030 or 1045…gua panassss je…because it's not as if i takde kerja lain kan? The last time my assistant tepon Tanya kenapa tak terbit2 lagi, paknya jawab, oh…dia ada hal, lupa nak bagitau kitaorg utk reschedule appointment. Then when my assistant cakap kat dia yg 'encik tak boleh buat camni, CikKiah banyak kerja lain nak dibuat atau sekurang2nya boleh tengok orang lain dlm slot tu'. And you know apa dia jawab? 'Oh yang saya ni banyak hal jugak you all tak kisah??!'
Ewah ewah! Banyak cantik muka kau! Who asked for whose favour? This is one story..
What about yg masuk ke office i, anaknya dah dok elok2 and i have to wait for the dad to finish his conversation on the phone? Pastu bila kita tanya soalan dia akan cakap, i don't really know anything, mak depa yg selalu bawak. Errr..if you already knew you know not anak kau punya hal, boleh tak buat homework dulu sebelum datang? Mestilah ada banyak questions si Pakar nak bertanya, kan, considering kita baru bersua muka? Can you not waste my time?
And those who think they are more important than everyone else..depalah yg paling busy….so nak ask to be on time tu macam i tanya Monty, boleh tak jangan do katas riba i satu hari. Gittew..On average mesti lambat at least 15-20mins. I work on a very tight schedule…dah tau central KL selalu jam and parking susah nak dapat, kalau kata 10 pagi, can you like leave your home by 830 latest? No, i don't go by 'Malaysian time' yeah.. Ni bila my assistant tepon, mesti jawab, we are on the way…kut2 masih kat rumah lagi tengah pakai sepentot.
2. Orang berbudi………
I must say that lebih dari 10 tahun i berkecimpung dalam bidang 'customer service' ni, adalah kut i dapat present 3-4 kali kut…this is tooooo few. Bukan tak ikhlas i bagi service…ikhlas, tapi….considering masa i dlm training kat Negara benggali putih dulu, selalu dapat cekelat, origami, kad buatan sendiri…it's really much appreciated. Katanya org2 asia ni berbudi bahasa…kalau kata tak suka kat i, i jugak yg uols cari kan? Nanti kang kalau suruh ikut budaya Mat Salleh, cakap napa nak ikut budaya kapiaq?Is it because depa ingat i dapat gaji, so tak yahlah nak beri memberi kut??
Ni story lain pulak. Ada sorang akak ni mengahwinkan anaknya. Of course mintak tolong teman2 dan sedara rapat kan? Kita pun berumahtanggalah kat rumahnya beberapa hari. Yang bestnya, bila kita menyinsing lengan, akak ni dok perati je atau layan kengkawan mak datinnya yang datang berziarah. Dia kata dia takde seni so cannot joinlah. Takpe, we understand…pastu dia tabor janji manis, 'lepas wedding ni i belanja uols spa' Fuh! But me being segan berspa, i cakap, takpe, tak yah spa..you belanja je kitaorg makan deghoyan. Kebetulan masa tu musim deghoyan…terasa2 kat lidah ni musangking..ye lah..dengar kabar, akak ni tak makan deghoyan selain dari sang musang. Purnama berganti, sampai laa ni uols! Spa entah ke mana, Si musang entah ke mana! Lagi boleh kata pulak yang on the wedding day itself kitaorg ni tak menjalankan tugas menyambut tetamu dgn jayanya. Dia laki bini je penat. Benda2 yang weols dok kelebet 3 hari 3 malam tu, satu pun tak nampak bayang utk weols. It's beyond kecik hati already. Menyampah tau! Sib baiklah potensi anaknya utk kahwin cuma satu….kalau tak, sorry tiga lori ku tak hingin lagi.
3. Orang memberi…
The moral of the story here (eh? Belum start cerita dah buat kesimpulan moralnya) is, when people give you something, maknanya orang tu teringat kat you and take the time and spend some money to choose you a gift. Ok la, kalau tak keluar duit pun, ada keluar tenaga, kan? Dah tu pulak, kalau orang memang sah2 keluarkan duit utk belikan you present tu, dia pun agak2 jugaklah standard you camna. Kalau nampak cam you gaya2 Bersacing, takkan dia belikan you Kamdang je kut. Paling kodi Gas. Kenkadang, it does burn a hole in that giver's pocket. Paling kurang pun, all you have to say is 'thank you'. Buat mimic muka suka, walaupun dalam hati tak berapa berkenan. Takpe tipu utk jaga perasaan org tu. Tak kisahlah org tu belikan you kain batik whereas you dah berkodi kain batik kat rumah. Kalau dapat benda yg kalernya bukan your favourite kaler, nemind, just accept it graciously, apa you nak buat lepas tu lantak kaulah. I tell you sebagai penerima, it's DAMN BAD MANNERS if you reject the gift. Alasan yang selalu diberikan: dah banyak, tak tau nak pakai ke mana lagi….this is not my colour……i tak pakai/gunalah benda ni….i don't eat this…remember, bad manners ok!
Lepas tu, kalau orang dah bagi, janganlah lupa cakap thank you. Kalau orang tanya sedap ke, or ok ke? This is not the time to bagi kritikan membina ye…dan tolonglah jangan cakap 'oo..masa i kecik dulu, i tak biasa terima2 gifts ni..so i donno apa sepatutnya i buat..' Kecik2 lain hal..sekarang dah bersunat ke belum? Kalau dah, ignorance is no excuse.
Pernah sekali i belikan someone ni kain. Just because i thought of her. Masa tu pun duit seciput je. Tap ii beli jugak kain yg same standard dgn i. Idaklah i first class punya kain, dia no class. Bila dah siap jadi baju, si polan ni boleh habaq kat i yg the material makes her look fat. Walaupun i terkesima dgn sikap si Tanggangnya, i sempat cakap, well, because you are fat. So tolonglah, Esah, Senah (nama manja loyar sabung ayam), Piah, Ani oiii..kalau gua bagi present, sila cakap tima kasih and lompat tinggi2 kengkonon uols suka ye.
SEKIAN.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

kuasa kan uol ada makhlok gituh?? nasib le mesia ada penal code segala, kalo idak lama dah i bekerjaya pembunoh hehehe selamat tahun baru mak bulu :)
ReplyDeleteSA (katanyaaaa)
Selamat tahun baru to you too. Jangan geram gerammm...
DeleteOhh... sakitnya hati baca posting hang ... Terutama sekali your first story.. Terasa nak bagi penampaq walaupun tak kenai...
ReplyDeleteAnd I agree about the givee yang tak reti nak berpura2 suka apa yg kita bagi... I pernah kena ... Itu lagi satu nak kena penampaq..
Oh garang sungguh aku hari ni...
Entah dia kan...pura2lah suka. Bukan susah sangat pun..
DeleteJangan emo di tahun baru ni CPK..nanti cepat tua!
Cik Kiah:
ReplyDeleteSelamat Tahun Baru.
Kes nombor satu sila bagi enjeksen orang itu. Tak sedar diri. Dilayan mebuat sakit hati, tak layan salah.
Kes nombor dua, orang cengini berjanji manis dan mereka mudah lupa. Ermmm kadang menjanjikan sesuatu yang indah kerana mahu meng-kabo-kan dia hanya makan musang king. :P
Kes nombor tiga, saya ada terasa-rasa pedasnya kerana makan cilinya. But I did say thanks. :P Yelaaaaahhh... kang saya pakai lah baju tie&dye kaler oren magenta fushia dan hitam berambu ramba ...* tarik muka sikit sikit*
Hmm..kaler oren magenta fushia, hitam berambu ramba? Set2 tie n die? I boleh imagine...buat alas meja boleh dak?
Deletesaperti Mak Piah, saya juga memakan cili. bukan saja kerana saya selalu kata saya tak makan benda yg awak nak beli, saya juga dgn cibai nya selalu mengorban hadiah awak yg saya beli kepada org lain e.g. abang teksi and apek kontraktor. dgn itu terima lah lagu 'terima kasih' dan ucapan 'terima kasih' namblas juta kali dari saya.
ReplyDeleteyang venerrrr, angelina joulie laboucah hisap dadah
Terima kasih juta kali dah tak laku nyah...sila ganti dgn cekelat Lindt sea salt (no less).
Delete