About Me

My photo
I'm forty and (not) loving it.

Saturday, December 27, 2008

Milik siapakah anak ini?

It's saturday morning...its supposed to be a long break for me what with xmas, awal muharram n all, anak2 org nak masuk sekolah sepatutnya baru i terbit semula. Tapi apakan daya...i am easily terrified..little boss at workplace B tefon semalam regarding a client of mine that i did some procedure on wed yg tak keluar2 lagi atas sebab2 kesihatan. She just wanted to inform me, she said everything is under control. Let me tell you, this boss is not someone you'd want to cross. No one in his right mind would want to incur her wrath. If one pleases her, jalan utk maju terbuka luas mcm KuluP highway. Otherwise lubang n lekuklah mcm jalan nak ke banting.

At the same time also, its not that hard to please her. One only needs to be willing to tinggalkan over the weekend anak dan laki yg masih beradu , ikut dia round2 jumpa clients and ngadap dia masa breakfast (kalau dia ajak jangan sesekali cakap u kenyang) and hang on to her every word. Mau hidup maaa...terpaksalah. It turned out ok. Client yg tak larat makan n muntah2 tu tengah bersila mkn nasik lemak when we came so can byebye today.

Namun begitu, dicelah2 keseronokan yg boleh balik rumah tadi, ada le kat katil depan tu sorang baby probably as old as baby x. He couldnt stop crying...even after ive moved away from there and dok kat station (bukan bas punya) utk siapkan paperwork. Pas tu cik kak yg kerja kat situ angkat dia, masukkan dlm pram n parked him near the station. So i tanya, anak sapa ni? Maknya mana? Cik kak jawab, dia anak tengku..
I said, tengku mana? (yelah, is there a tengku that everyone at workplace B knew except me ke? Kalau dah ada title tu, takkan takde at least a bibik to teman the child, kan?).

Cik kak cakap, tak cik kiah, ini anak tengku dot dot (she mentioned the name of an orphanage). Tak tau apa dia nak lagi, susu dah, mandi dah...

At the risk of sounding corny, nak je cik kiah cakap, what about love? ..pegang le dia sekejap. Yes i appreciate cik kak2 kat situ banyak kerja...but how can you not...? Jiwa keibuan i (jangan ko gelak esah) diruntun2 so i scooped him up and dodoikan dia. Then i noticed other tell tale signs of a child who belonged to nobody. His top and pants were mismatched (for mothers its not on kan if your babies pakai baju lain seluar lain). His clothes looked tired. The pram he was lying in ada tinggalan kerak2 entah nestum entah muntah.

Agaknya baru first time org nyanyikan dia baa baa black sheep. He fell asleep in 5 mins. Nasib baik juga di dalam handbag i yg serba besar tu, di celah2 segala mala hole puncher, stapler, tweezer, pampers etc. terselitlah juga nail clipper dan dapat jugaklah i memotong kukunya yg panjang bak kuku beruang. Its hard to put him down. But alas bos kecik tefon, duty calls. When i put him down in the pram, he woke up and started to whimper again. When i held baby x that evening, my thoughts were with that poor, unwanted child. I'm sure he'd be alone in bed that night with no one to tuck him in. What if he poos in his nappy and the cik kaks tak sedar? He'd sure to get the uncomfortable nappy rash. 1001 things crossed my mind, all to do with the baby.

What is there left for me to say? I wish i'm made of sterner stuff...so that emotionally i'd be able to handle having more kids and not all of them biologically mine. I know of some friends who are mulling on the idea of adoption tapi ada pulak lain yg tak setuju kengkawan adopt and bagi alasan tak tau sapa mak bapaknya etc. In fact bos kecik tu pun pernah terfikir nak adopt babies like the one above but was talked out of it by the same people who treat them dgn sebab diaorg ni banyak penyakit (teringat lak i cam nak adopt pets kat spca. Yg tua2 and not pan-asian looking will most often be left behind). So tuan-tuan dan puan-puan, if any of you pernah terfikir nak adopt, go ahead, you have my full support and admiration (sapa la i ni..as if my opinion matters). Pedulikan kata2 sumbang masyarakat kita. Bak kata my mum (after i told her about the baby) its not the baby's fault. He didnt ask to be born. Its up to the 'mum and dad' to corakkan the kain putih tu. There you go, i selalunya jarang nak dengar cakap mak i but here i'm glad to know that if ever i want to adopt some day, i will have her full support. Lagipun i believe sekarang ni zaman cash. Tak payah nak tunggu kat akhirat nak dapat bayaran...if you besarkan baby tu dgn betul, penuh kasih sayang and rotan (spare not the rod) i'm sure akan dapat ganjarannya. No such thing as anak pungut tah sesapa punya will turn out bad.

Lastly, pesanan dari penaja: walaupun tak sihat, takde cacat cela, pandai buat, pandailah bela.

Tuesday, December 23, 2008

Source of my happiness

At home......


At work.....



Monday, December 22, 2008

Merepek

MG's car is at the workshop. A few months ago keta dia kena langgar...but kalau tak kena langgar pun keta tu memang dah nazak sangat. Ibaratkan kalau lampu depan tu mata, dua2 mata dah terjojol keluar. Kalau bumper belakang tu bontot, maknanya bontot dah jatuh...tapi MG cool je bawak....cam takde apa2....dressing main punya smart...tapi keta sedih!! Anyway, for the past two weeks i have been driving him to work and picking him up at the end of the day. I do actually enjoy the 10 mins drive from the house to his workplace, just the two of us, takde yg kecik2 (in the form of little D) nak mengacau. I rasa macam 'powerful' sekejap....i boleh dictate pukul berapa i akan datang ambik dia and dlm keta i boleh grope2 dia (Terror tak Cik Kiah, boleh multitasking pelbagai..pegang stering and pegang tah hapa2 lagi..hehe). Terkepit2 dia diperlakukan begitu..kah kah...ye lah, kena la ada perks utk i kan, since everyday sejak bercar pool ni i asyik tiba lambat kat office.

Bunyi macam i ni deprive sangat dgn attention dari laki (sendiri) kan? FYI, i'm the youngest in my family. I used to sit on my dad's knee sampai i masuk A-Levels kut..until i got too big for him. Bila golek2 satu family, my sis and i selalu end up berbantalkan my dad's tummy. Lagi satu habit kitaorg was to tarik kain pelikat my dad sampai terburai...tapi bila saat2 genting terburai tu kitaorg selalu tutup mata (sumpah!). Therefore, my dad pun wise up bila kitaorg balik dari asrama dia akan pakai sepentot underneath his kain pelikat....so kalau terburai pun dia akan relax je, biar je kain tu bergulung cam ular sawa and dia nyadin (org perak punya term for couldn't care less) je jalan in his sepentot (I'm trying to coax MG pakai kain pelikat kat rumah atas sebab2 yg tak perlu dijelaskan lagi tapi he's not buying it).

I'm a touch feely person....tangan i cam sotong (sib baik ada 2 je). Masa takde anak dulu, MG cakap jom kita bela kucing supaya i boleh distributekan my 'lurrrvvvee'....(sebenarnya dia rimas asyik diramas2 kut...hehe). So we got the two cats Monty and Princess Boyot. Monty is ace...kata orang kalau boleh masuk dlm perut mak tu dah lama dia berumah tangga kat situ. Asyik2 nak kena peluk, i masuk toilet pun dia nak ikut. Bila tidur malam tiba2 ada je fish breath and guni berat 6.5kg atas dada. Sometimes i rasa 'eeiiii! He's so neeeedyyyy!' But with PB, tipah tertipu you! Masa nak beli dia tu, nampak cam friendly sangat but 2,3 hari dok rumah, sombong nak mampus! Pegang sikit pun tak boleh....(MG understands her very well, kan MG??)

When the kids arrive, nasib baik kids naturally like to be touched, kissed, smothered apa2 lagi lah....(s0, takde la i rasa sangat the need to cecium kucing kat tepi jalan, ayam tok i ke, kambing bapak i ke...) ..but the downside is bila dok sebelah pak diaorg kang ada la pulak yg sipendek akan dok terselit kat celah2. Tak kasi can langsung!

Actuallynya, entry hari ni tiada hala tuju. I'm trying so hard to concentrate and type tapi ada colleague kat sebelah ni tengah yak yak yak nak membincangkan misi dan visi tempat ni...aiyo! So heavy a topic utk waktu2 camni....

Apa2 pun pada akak kita yg dah pulang ke London nun, aktifkan lah diri anda kembali...sesungguhnya anda bukan beruang yg perlu berhibernasi walaupun mungkinkah anda sekarang seberat atau seberbulu beruang???

Wednesday, December 17, 2008

MG yang seksa

A few days ago, I met one of little D’s teachers from next door. And makcik ni membawa hajat besar pesanan daripada cikgu cikgi little D yg lain…if little D’s mummy can please tell her daddy to dress decently bila menghantar si kecik tu ke nursery …apparently cikgu yg masih dara itu (or frigid according to MG) tidak tau mana nak letak mata bila MG and little D sampai. (FYI, MG akan hantar little D ke nursery sebelum dia mandi utk pergi kerja so pikir2 je la sendiri apa dia pakai).

Jangan tak tau…pakaian ruji MG kat rumah ialah seluar katuk and singlet. The latter is not the pagoda type that our atuks or fathers suka pakai…MG’s version would be the sporty ones and menayang segala..dari ketiak ke dada and any bulu in between oops! Kalau dia berkebun kat depan rumah pun he’d still be clad this sexy. According to my former maid, ‘kak, bila mak kakak datang saja baru bapak (MG) pakai tshirt di rumah’. In defense of MG, dia kata dia tutup aurat what! Anything between pusat and lutut adalah ditutup (walaupun cuma dengan kain tipis selai tu dan apa yg bergantungan tu masih tak dapat dimask pun).

I said to MG, agaknya kalau you ni pompuan mesti you set2 amoi yg dedah sana dedah sini..nasib baik tuhan maha mengetahui and jadikan you jantan. MG replied, imagine kan, kalau body i macam masa jaman2 I masuk gym dulu mesti teacher Little D akan lagi teruja, kan? Macam ni pun dah malu2 nak tengok..’

You all jangan tak tau laki I ni…where do you think the nick MG comes from? It’s short form of Mr. Gig or Gigolo…dia memang maha seksa I tell you.

I ni bukanlah pompuan melayu terakhir (wannabe yes) seperti teacher little D kat sebelah but even that I told MG masa hari kita kahwin you dah parade kat dlm bilik pakai towel kat pinggang je and I really didn’t know where to put my eyes! Pas tu bila kita pi hotel, you pi pakai swimming shorts yg clingy set2 semut nak lalu pun tak muat. Ada sekali tu I selak album pakcik ni masa dia bujangan dulu and time dia bercutian di Ti0man ngan kengkawan. What I saw nearly made my jaw dropped..MG was clad in this black swimming trunk import dari german porn movie set. Lagi mau pose maut atas batang pokok..!!

So, MG yg menurut perintah ramai the next day hantar little D pakai long pyjama bottoms and tshirt.

Monday, December 15, 2008

Moral di pagi hari

I had to be at workplace B this morning. Was in the assigned room by 8. Procedure would have taken only 5 min. Tp biasalah kan, gaya mesia..ding dong ding dong waited for 45mins for the client to start to be prepared for me and another 20mins before i could get anywhere near her. Since i started here, dpd super junior and now dah kira berakar tunjang, it always amazes me that people here are so laid back about time management. Kalau kata start pukul 8, pukul 8 lah start. Ni tak, kalau set2 akar tunjang cam i ni, takut kena timpa daulat kut kalau dtg awal. Ni hantar anak2 ayam yg kecoh2 tp not able to do anything unless akar tunjang is around to give orders. Selalunya, bila i terbit anak2 ayam tu pun tak terbit2 lg. It does piss me off big time because even for a 5 min procedure like just now, pukul 11 baru i sampai workplace A. Hish!! Bazir setengah hari.

On a lighter note though, antara kaedah2 utk membuang masa tadi sementara menunggu akar tunjang yg berkenaan sampai, of course i paid a visit to the loo. Antara benda2 berharga yg perlu dikosongkan dari pocket special attire tu were my 1. Hanfon - the source of my happiness especially during such solitary confinement 2. My watch yg digelungkan with my wedding ring - of course priceless due to sentimental values even though the $$ for both is less thn gadget no. 1. 3. My tudung brooch n why the heck it ended up in the pocket pun tak taula.
Pocket had to be emptied because utk menggunakn tandas kegemaran ramai rakyat mesia yakni set cangkung, ada kemungkinan barang jatuh masuk dlm lubang ketika bangun dari posisi mencangkung. ( I tak la favour toilet set gini but itu je yg available. Bukan nak memilih gaya2 perbankan tapi i ni jenis mamalia yg dah tak supple lagi.) This is speaking from someone else's experience who dropped his car key down there n had to eventually retrieve it using someone else's hand (obviously someone who was besotted with him) after multiple attempts using senduk failed. So it shant happen to me..

But what do you know? This clout dropped something into the lubang while trying to place all the items back into her pockets. N the toilet was flushing at that time. Something silvery went down. Damn! There goes my wedding ring (matilah MG takkan gantinya. A new ring would have to come from my pay cheque or kena kawin sekali lagi) n the watch (a cheapo swiss i got from the time i visited germany nearly 10 years ago. Bila nak dpt pergi sana lagi kan??). My heart skipped several beatslah kata org..

If i were to tell my mum, she'd say adalah benda yg tak betul i buat so i kena muhasabah diri since ditimpa that unlucky episod bla bla...i would have said i was damn lucky because yg masuk lubang was my silver ghege 35 inggit je brooch tu n beli pun berhutang 2,3 hari sampai dpt gaji, from my colleague. So tak payahlah i nak guna sudip, senduk pelbagai. Or cari laki baru..
rupa2nya ada sebab brooch tu dok dlm pocket pagi tu. God seriously does work in mysterious ways.

Wednesday, December 10, 2008

Short one

i dlm meeting ni. kena ganti bos kecik. so entry via pda ni shall be short n sweet. of course with typos n lack of capital letters etc.yesterday i bersiap utk kerja dgn lembut gemalai. mekap pakai kat rumah n bukan dlm kereta tgh jem. bila dah siap, i asked mg..ok tak rupa i? n he said, okla..bolehla..kalau *** tu tak yah tutup mata.. ces loocah!
gosh i'm such a sucker for compliments. it may come in 'odd forms' (check this one out) but my heart still swell with pride.

Sunday, November 30, 2008

Post bengang

Terima kasih kepada semua yg memberikan komen positif tentang penggunaan BM saya. Bukan tujuan saya untuk menunjuk-nunjuk dan jauh sekali untuk mempersendakan bahasa kebangsaan kita. Cuma, dengan menggunakan BM untuk mengata, mengutuk dan sewaktu dengannya, saya rasa kurang jahat sikit...saya rasalah.

Tadi hati saya panas..kalau boleh sepantas kilat saya nak memblog..nasib baik la connection internet kat no.31 ni set set zaman jopun dulu dial up tah hapa ke menda (ish ish tengok tu...baru ingat nak menggunakan BM standard, yg pasar jugak keluar)...sementara menunggu untuk disambungkan, hati saya pun dah sejuk semula.

Tadi saya hantar little d ke bawah dan suruh dia berjemur di panas matahari (pagi) supaya hingus dia yg sumbat tu akan keluar dan cepat kering. Bapaknya ada di luar tengah berkebun. Tapi bapaknya suruh dia masuk balik ke rumah, saya cakap biarlah dia main kat luar supaya (saya ulangi sebab2nya) tapi bapaknya kata ýe lah tu'. Ingin saya jelaskan di sini yg saya di atas rumah pun tengah bersilat dengan cadar dan tilam dan bukannya bergolek2 atas katil seperti yang saya tahu dia ingatkan. (Kalaupun saya bergolek2, give me a break la kan..like i don't keriau2 bila org ittew berpeleseran di shopping complex setiap kali lepas kelasnya pada hari sabtu. Semua kita perlukan time-out kan??).

Jadi hati saya terus panas....walaupun saya ni mempunyai kelulusan yg mencukupi dalam bidang kesihatan, org ittew selalu kurang percaya pada benda2 yg keluar dari mulut saya. OK la..saya taklah belajar sampai jadi doktor perubatan tapi ilmu yg saya ada ni mencukupilah utk memastikan pelanggan2 saya tak mati di tangan saya. Atau pun bila saya bercakap sesuatu tentang sains, percayalah...saya ambil sains dan kimia sampai ke peringkat tingkatan enam atas lagi...bukannya setakat tingkatan 3. Jadi bila saya bagi komen tentang cacing tanah ke, semua itu adalah fakta dan bukan anganan saya.

Kadang-kadang org yg paling rapat (kononnya) dengan kitalah yg tak boleh lihat kita dengan pandangan lain. Saya adalah wanita professional dalam bidang saya. Orang menunggu berbulan2 utk berjumpa dengan saya. Sesetengah tu sanggup bayar lagi utk berjumpa dengan saya. Memanglah di rumah saya macam makcik2 lebih2 lagi pada hari minggu dan saya jarang mandi sebelum pukul 10pagi (seperti sekarang), walau apa2 pun ilmu yg saya ada tersemat di dada dan tidak ditanggalkan seperti lipstick dan foundation saya.

Jadi tolonglah percaya bila saya bagi nasihat tentang kesihatan...gelaran pada pangkal nama saya melambangkan sesuatu..lebih daripada hanya digunakan utk mengisi kad jemputan kahwin atau sewaktu dengannya (ouch!). Dan...tolong cari vocab lain selain dpd ýelah tu'dan ýeah right' kerana sebenarnya saya cukup benci dengan dua tu dan esok harijadi saya, sila buat pembaharuan.

Harap maklum.