About Me

My photo
I'm forty and (not) loving it.

Sunday, November 30, 2008

Post bengang

Terima kasih kepada semua yg memberikan komen positif tentang penggunaan BM saya. Bukan tujuan saya untuk menunjuk-nunjuk dan jauh sekali untuk mempersendakan bahasa kebangsaan kita. Cuma, dengan menggunakan BM untuk mengata, mengutuk dan sewaktu dengannya, saya rasa kurang jahat sikit...saya rasalah.

Tadi hati saya panas..kalau boleh sepantas kilat saya nak memblog..nasib baik la connection internet kat no.31 ni set set zaman jopun dulu dial up tah hapa ke menda (ish ish tengok tu...baru ingat nak menggunakan BM standard, yg pasar jugak keluar)...sementara menunggu untuk disambungkan, hati saya pun dah sejuk semula.

Tadi saya hantar little d ke bawah dan suruh dia berjemur di panas matahari (pagi) supaya hingus dia yg sumbat tu akan keluar dan cepat kering. Bapaknya ada di luar tengah berkebun. Tapi bapaknya suruh dia masuk balik ke rumah, saya cakap biarlah dia main kat luar supaya (saya ulangi sebab2nya) tapi bapaknya kata ýe lah tu'. Ingin saya jelaskan di sini yg saya di atas rumah pun tengah bersilat dengan cadar dan tilam dan bukannya bergolek2 atas katil seperti yang saya tahu dia ingatkan. (Kalaupun saya bergolek2, give me a break la kan..like i don't keriau2 bila org ittew berpeleseran di shopping complex setiap kali lepas kelasnya pada hari sabtu. Semua kita perlukan time-out kan??).

Jadi hati saya terus panas....walaupun saya ni mempunyai kelulusan yg mencukupi dalam bidang kesihatan, org ittew selalu kurang percaya pada benda2 yg keluar dari mulut saya. OK la..saya taklah belajar sampai jadi doktor perubatan tapi ilmu yg saya ada ni mencukupilah utk memastikan pelanggan2 saya tak mati di tangan saya. Atau pun bila saya bercakap sesuatu tentang sains, percayalah...saya ambil sains dan kimia sampai ke peringkat tingkatan enam atas lagi...bukannya setakat tingkatan 3. Jadi bila saya bagi komen tentang cacing tanah ke, semua itu adalah fakta dan bukan anganan saya.

Kadang-kadang org yg paling rapat (kononnya) dengan kitalah yg tak boleh lihat kita dengan pandangan lain. Saya adalah wanita professional dalam bidang saya. Orang menunggu berbulan2 utk berjumpa dengan saya. Sesetengah tu sanggup bayar lagi utk berjumpa dengan saya. Memanglah di rumah saya macam makcik2 lebih2 lagi pada hari minggu dan saya jarang mandi sebelum pukul 10pagi (seperti sekarang), walau apa2 pun ilmu yg saya ada tersemat di dada dan tidak ditanggalkan seperti lipstick dan foundation saya.

Jadi tolonglah percaya bila saya bagi nasihat tentang kesihatan...gelaran pada pangkal nama saya melambangkan sesuatu..lebih daripada hanya digunakan utk mengisi kad jemputan kahwin atau sewaktu dengannya (ouch!). Dan...tolong cari vocab lain selain dpd ýelah tu'dan ýeah right' kerana sebenarnya saya cukup benci dengan dua tu dan esok harijadi saya, sila buat pembaharuan.

Harap maklum.

No comments:

Post a Comment