About Me

My photo
I'm forty and (not) loving it.

Saturday, September 18, 2010

Masalah rumahtangga sedunia

Ada laki orang ni tepon i, mintak i slow talk dgn wife dia. He is concerned that the wife doesn't handle stress too well. Cepat sangat nak melenting and as a result BP naik menggila. Laki orang ni jugak cakap oleh kerana dia lah makhluk yg paling dekat (di badan bukan di hati) dengan makcik ni jadi dialah yg selalu get the brunt of it. Dia cakap, dia tak tau cemana lagi nak menggembirakan hati bininya, selain daripada turun padang sesama sidai kain angkat kain. Mulut i ni ringan nak bertanya, kalau you rasa dgn sidai kain angkat kain boleh solve half the problem, awat you tak buat dari awal kawin lagi? Tapi oh tidak....berlagak sebagai feminis nanti dgn jantan ni takkan solve problem bini dia yg tengah nak meletup2 BPnya.
Baru semalam i dapat SMS dari sang pompuan pulak, kalau tidak kerana kucingnya yg berpuluh ekor tu, dah lama dia tinggalkan lakinya. Ni susah la sikit nak relocate anak2 bulu kesayangan kan? So, we asked each other, adakah rumahtangga sesapa yg betul2 bahagia? Adakah sesapa yg tak rasa bahagia dlm rumahtangga itu kerana they're asking for too much? Like hoping our other halves to sidai kain, bila nak keluar tu bagitau, kalau dah minum tu cawan bawak ke dapur, jangan gi buat dapur kat depan rumah lak. Takkan gaduh sikit dah rasa tak bahagia....si laki lepuk kain pelikat berlingkar kat tepi katil, dah rasa tak bahagia..si laki tak nak tukar pampers anak tengah malam, dah rasa cam nak mintak cerai...Is it mengada2 ke rasa tak bahagia ni? Kena tunggu sampai ada penderaan fizikal baru boleh pi naik mahkamah ke? I told her that please bagi satu contoh rumahtangga yg bahagia..i can't come up with any example...pak mak i sampai sekarang merungut about one another..yg makcik tadi pulak came from a broken family. My sister sokmo ada masalah kewangan, so bahagiakah dia? Atau she's one of those people yg rasa hidup cukup dgn chenta ala2 piramli and sakdiah in penarek becha? Dulu2 i selalu tanya mak i, 'mak, mak, apa kata mak tinggal je bapak pas tu pi ngorat mestapamakrop? Kan dia dah lama menduda tu? Or paling kurang pun azizsatar (masa tu pakcik ni masih kosong lagi)?' 'Hish..taknak aku menyemakkan kelambu!' kata mak i..I supposed to her why la lepas keluar mulut buaya nak pi willingly masuk mulut rimau lak. But masa tu i couldn't understand. Why la you want to stay with the man yg selalu mendidihkan darah you. Pi la cari jantan lain yg at least sedap mata memandang. Now ni dah besar panjang i understood that jantan (melayu) memana sama saja. At least yg ini (bapak i) idakle expect her to berlari2 anak bukakkan gate each time keretanya menjalar nak masuk rumah like some husbands i know. Well, there are women out there yg tak putus2 mencari chenta...tak serik2 lepas cerai nak kawin lain yakni seperti ex-madu-dlm-diam Wahidah. Adakah betul kerana chenta ataupun kerana status kewangan (idak kut this time round) ataupun payah gak takde jantan kat rumah...kalau tangki air atas bumbung tiba2 bocor payah gak nak deal ngan masalah camtu (but my friend said, ada duit semua boleh jalan).
Mak i cakap, kita selalu kena pikirkan pada orang yg lebih teruk dari kita...but then i ask her, tak boleh ke kita jaki kat other people who have happier marriage than us? Apakah rahsianya? Orang selalu cakap, suamilah yg menjadi tonggak kejayaan sesuatu rumahtangga tu..sebab itula sesetengah pompuan tu tak mau pi seniri try and test, lebih senang ambik yg had orang lain dah testkan i.e. laki orang. Tak caya pi tanya JijiEjette, TokSiti, Wahidah etc.
Utk makcik di atas tadi, so now, i punya tugasan utk minggu ini ialah to convince her that she has to go have her BP monitored. Kalau kena tahan kat wad, kenalah masuk gak sepital dan ini bukanlah cubaan lakinya utk menyahkan dia. I mean if he wants to do that, baik cuba masukkan dia ke unit psy and not la KPJ, or PCMC kan...and i think she also should go see a counsellor (cemana la ejaan yg betul utk ni Esah oii..)...for her anger management and also to have a better self esteem..i rasa semua masalah ni berpunca dari low self esteem hence kenapa dia terlampau defensive hence asik nak melenting je (eh, cam kita kenal je lagi sorang makhluk yg cenggini perangainya kan Esah?). Elok gak bebila nanti i perlukan counsellor, dia dah test dulu mana yg elok haha.
I supposed we are responsible for our own happiness..of course nak rasa gumbira sokmo tu is impossible. Especially kalau happiness orang lain bergantung kat tindak tanduk you..kenkadang terpaksa korbankan jugakla your own happiness buat masa ni. Ada sorang ni kata dia buat sembahyang tahjud almost every night, selalu baca quran sampaikan dia dah tak kisah dah dgn benda duniawi. Ada yg akan buat kerja amal sampai tak hengat donia (like the late PrincessDiana and many other women i know) and ada jugak akan mencukur lakinya sampai botak in retaliation to her husband selalu menstresskan dia. Ada yg tulis blog (ehem)...ada yg asik lemparkan ungkapan jiwang karat kat pesbuk (sapa le tu..nak kah sangat kau ni aku hidekan?) and my friend yg asik berlari sana sini panjat gunung semua was propelled to be like ForrestGump adalah kerana masalah rumahtangga and i supposed having her own thing makes her happy. Adakah orang2 yg selalu mention 'my beloved hubby', 'my sayang', 'sayang i', 'baby i' (ptuihhh 10x) on pesbuk or blog adalah betul2 gumbira, kalau ye, i nak tau apakah rahsianya???
Masa raya haritu, my cousin yg telah mematchmakekan i ngan MG datang ke rumah. Dia dah berpuluh kali cuba nak matchmake kan i dgn sesapa ever since i boleh berjalan...last2 menjadi gak la ke jinjang pelamin i dgn MG ni..(kalau sampai i dapat cucu nanti baru i akan cakap kat dia 'well done!'). Dia berceritalah pasal salah satu mamat yg dia pernah nak matchmake kan i dulu (yg jugak sedaranya)...ni masa2 i kat UK dulu and this guy was in Paris. We met each other a few times at her house in UK masa tu. He was chubby but nice enough. Tapi i bo layan sangat pasal masa tu i tengah hangat berpacaran ngan Siamang. He invited me to Paris, memang syok kalau ada duit but i sentiasa sengkek, so never went. Bila i balik UK dia cari i jugak, tapi masa tu dia dah stremlined sikit, dah jadi butterfly kata orang. I pulak was not myself, dah macam orang kena sampuk lepas kena dump ngan siamang. Eyeewwww..basically masa tu i sungguh melemaskan..macam pompuan melayu terakhir..kalau boleh dating 3X i insist org tu kawin dgn i. I was so not my easygoing self like the time he knew me masa student. Antara sebab2 siamang dump i, dia kata i ni kuat makan, nanti atas pelamin tak cantik badan cam belon. Pas tu dia cakap jugak yg i ni pentingkan career je, mesti kalau ada anak nanti lintang pukang rumahtangga. So i tried to be someone yg kononnya ideal di mata siamang hence jantan2 sedonia. Makan sikit (depan orang je), gelak hihi hihi je bukan mengilai cam langsuyak and tunjukkan yg kita ni arah kekeluargaan lah..basically get married and produce loads of babies and be tied down to the kitchen sink kerana itulah ciri2 wanita sejati siamang. Because kitaorg ni sedara sedara, it's sort like mak i suka, mak dia suka, cousin we all sukalah if we did end up together..during one of our relatives' funeral, my mum finally met his mum, and his mum said..ooo..ni la mak Cik Kiah...(eh! Cam i pernah jumpa mak dia, kan??). Pas tu i tak tau sapa kawin dulu....masa raya hari tu, saja mak i bertanya pasal sedara tak jadi tu..my cousin cakap that he got married, match made jugak but after 1 or 2 years it didn't workout. He got a divorce, no anak and now he's in the middle east ($$Kerchingg!).....(ni mak i la bercerita balik kat i pasal masa juicy gossip tu was taking place, adala berak budak yg i kena cuci pulak!). Masa mak i bercerita tu, i dah tersengih2 dah...ingatan ni balik ke masa kitaorg dating2 dulu. Dialah jantan yg bawak i naik atas menara twintowers tu....
Sepantas kilat jugak la lamunan i terhenti..antara sebabnya i ni dah jadi mak orang and satu lagi...he was just not that into me! Hehe..Kalau i tak call, dia tak call, kalau i call baru dia ajak keluar..ceh..saja je i erased that part from my thoughts. But seriously..i was damn embarrasing at that time! I was this spineless, low self esteem, pura2 baik woman or how i hate asap rokok (padahal oi sapa punya semporna dlm laci study table i ni..and uols tau masa breakfast kat rumah mak i masa raya haritu, elok je abang i pi hulurkan rokok cap jambannya kat i..dia kata jangan purak2 tak isap. Mak i cakap tsk tsk tsk tapi dia jugak cakap masa i memuda dulu dia selalu jumpa rokok dlm keta i. Pas tu dia pulak pergi pau. I cakap i blamed her..sapa suh dia ngan aunty2 i dulu isap rokok sambil makan sireh kat rumah tok i dulu? Sapa yg bagi contoh tak baik ni?? Memang i benci asap rokok, tapi bila join sama somehow asap rokok tu tak menyiksakan pulak)
I wish i could meet him now, the real me, have roti canai somewhere, makan cam tak hengat donia (i had to pretend cam i tak kuat makan masa keluar dgn dia urgghhhh!). I'm sure he would have liked me better, but 10 years too late la..

2 comments:

  1. CK! menarik entry ni. parents saya berpisah mase saya standard 5. sampai sekarang my mom tak kahwin lain. I tak nak dan my mom pun jenis yg malas nak buat air teh. kadang2 I kesian jugak sebab my mom sihat datang period lagi. somehow I selalu tertanya tanya jugak,bahagia je family orang lain tu, ape rahsianya? wang ringgit yg secukupnye dan patuh kepada ajaran agama? ketua keluarga yang baik?

    ape ape pun, saya doakan keluarga CK bahagia dunia dan akhirat. amin

    -cn-

    ReplyDelete
  2. CK... I suka baca entry you panjang2.

    Bahagia ni subjective. We have to learn to live with our partners weakness.

    Saying that, baru semalam aje aku rasa nak pack my bags sebab si Kamil tidur tak pegang tangan I.

    Auuwww.... Yes, yes... aku mengada....

    ReplyDelete