About Me

My photo
I'm forty and (not) loving it.

Tuesday, November 25, 2008

Post bangang

Saya sangat mengantuk. Tengah menjaga bebudak trainee yg berexam. Duduk kena sopan, takut saya tunjuk coffeshop kat diaorg walaupun kalau boleh saya nak bersila kat kerusi. Ingatkan saya nak tunjuk muka sekejap je kat dewan ni dan pas tu balik bilik dan tido tapi saya takutkan mulut pseudo-kj saya yg cam puaka nanti mengutuk saya. Budak2 kat rumah tengah batuk dan selsema jadi malam tadi saya tak boleh tidur. Baby X sumbat hidung dan dia asyik keriau je. Little D yg pembawak virus itu pulak asyik mengigau yg sungguh vokal dan sekali lagi membuatkan saya terjaga dari tidur. Alangkah bagusnya kalau bilik belakang kat rumah saya is habitable dan saya boleh lari ke sana. Saya cakap dlm bahasa melayu ini adalah utk menyahut seruan hajah esah memertabatkan bahasa melayu. Lagipun kan jiwa dan hati kami 'se'...kalau boleh nak kongsi sepentot lagi..Saya terkesima sekejap tadi....

Suatu ketika dahulu semasa saya masih seorg mahasiswi lagi, adalah seorang mamat mahasiswa ni berkawan-kawanan dengan saya. Dialah org melayu yg pertama saya tegur di kota universiti itu, sejurus saya turun dari teksi di berdekatan dgn pejabat perumahan universiti. Saya tanya, u melayu ke?Dan ungkapan itu menjadi mainannya sepanjang persahabatan kami. Dia mengejek 'accent' british saya (ye lah...saya kan budak 'sekolah umum' selama dua tahun) dan juga berkata, tak mungkin dia can be mistaken as bangsa lain. Well, saya cakap, dgn kulit sawa matang (is it ular sawa we're talking about here??) tetapi bermata sepet bak keli, saya nyaris teringat yg dia tu org gurkha. Anyway, hari berganti hari an bulan berganti bulan, dia menjadi antara kawan lelaki terbaik saya. Tapi tak tahu lah kalau dia baik dengan saya atas sebab2 perlukan saya mengcheck assignment dia yg sudah tentunya dlm bahasa inggeris itu. Saya bukanlah hendak sombong dan bongkak..saya tak pandai mana tapi grammar tu betul lah, takde la tunggang langgang. Sebabnya, dari kecik lagi saya sudah dimasukkan ke sekolah mubaligh jadi rata2 kengkawan saya adalah cina dan india yg hanya bersoksek soksek. Lagipun mak bapak saya lahir sebelum merdeka dan bila bergaduh depa lebih suka berbahasa benggali putih itu.

Anyway, berbalik ke kawan saya itu tadi...di celah2 kehadiran dan ketiadaan Encik Sri Siamang saya, dia yg saya sangka hanyalah kawan baik, rupa2nya menaruh hati kepada saya. Dan saya pada masa itu yg sungguh berjiwa tak tenang kerana berpacarkan seorg siamang telah menggunakan his affection pada saya..teman utk saya berbual, bertension2 dan juga teman yg sering belanja saya makan kat restoran paki (kerana dia scholar yg loaded bukan scholar *** cam saya). Oleh kerana masa tu saya muda belia jadi saya 'boros'..saya telah menolak cinta dia...saya kata saya kena setia pada siamang (buang masa aku je!) walhal sebenarnya mamat tu budak kampung, rumah tepi sungai....saya terfikir, aiya! Camna nak bey bey tepi sungai ni??? OK tuan puan boleh benci saya kerana saya materialistik...saya budak pekan..saya tak boleh nak imagine bey bey tepi sungai, kalau sakit perut tengah malam camna?? Saya takut hantu dan juga pacat...bolehkah saya seperti saadiah yg berkasih2an dgn PR@mlee si penarik beca??? Adakah saya materialistik tuan puan atau realistik?? Tapi kerana usia saya agak muda juga pada masa itu, saya berfikiran singkat...saya lebih tertawan dgn encik Siamang yg lebih 'worldly'lah kata org.

Sepanjang kami berkawan itu jugalah saya galakkan dia mintak buat professional degree lepas dia grad. Saya yg isikan borang2 tu dan juga karangkan esei yg dipinta oleh firma2 tersebut. Dia dipanggil temuduga tapi sayangnya tak dapat. Gorengannya semasa temuduga mungkin tidak berjaya.. Sebelum balik ke Msia, dia pergi makan angin kat Eropah. Setiap tempat yg dilawatinya, dia akan mengirimkan poskad kepada saya. Ye, saya memang berasa bersalah menolak cintan monyet dia ketika itu.

Semasa saya masih di UK bekerja, saya dengar dia kahwin dengan adik angkatnya. Bila saya kahwin, saya jemput dia dan masa tu dia dah nak ke US satu family utk bekerja....masa tu sejenak saya berfikir, alangkah......dapat saya berice skating kat NY centr@l park itu. Ye, saya masih bersikap materialistik dan hanya ingin berfoya2. Baru tadi saya discover melalui buku muka (sebab itu saya benci buku muka sebenarnya kerana pada saya buku muka selalu mendedahkan perihal org lain yg lebih menarik dari saya..saya tahu sebenarnya saya yg perlukan pertolongan pakar P.S.Y), dia sekarang kat obersea lagi...dan telah menjadi CFO or entah apa O O di salah satu bank di sana.....

Dan siapalah saya sekarang???? Makcik yg tiada hala tuju dalam kariernya dan juga bukan dewi rumahtangga atau ibu mithali....

Jadi adik2, dengarlah nasihat akak ini...berumah ditepi sungai tidak bermakna satu hari nanti tak berpenthouse di obersea sinun...(i'm not sure if my conclusion here answers the aim and objectives of this post hence why it's bangang). Apa2 pun saya bersyukur yg saya ada MG yg menerima saya seadanya (sudah tentu kena ada puji2an sikit utk cinta hati saya sekarang..) walaupun saya rasa i am more like his nightmare.

Sekian...

2 comments:

  1. i suke phrase itu "berumah ditepi sungai tidak bermakna satu hari nanti tak berpenthouse di obersea sinun"... kena bg tau kat anak2 i one day..hahahha

    ReplyDelete
  2. Lurpak,
    Hahaha..kan? If only we have a crystal ball..

    ReplyDelete